Anda di halaman 1dari 1

JOW 452 PERHUBUNGAN INDUSTRI

Sidang 2021/2022

TUGASAN BERKUMPULAN (20 Peratus)

Para pelajar di kehendaki menyiapkan tugasan secara berkumpulan yang terdiri dari TIDAK
LEBIH 5 (Lima) pelajar dalam setiap kumpuan.

Tajuk tugasan

Setiap kumpulan perlu mengemukakan tajuk tugasan sendiri berkaitan satu isu / permasalahan
yang bersesuaian dengan skop kursus Perhubungan Industri ini kepada pengurus kursus untuk
kelulusan sebelum menyiapkan tugasan masing-masing. Contohnya jika anda memilih untuk
buat topik tugasan berkaitan dengan bab 5 terma pekuniari iaitu berkaitan gaji, elaun dan lain-
lain faedah kewangan untuk pekerja. Topik tugasan anda mungkin begini, “PERATURAN GAJI
MINIMA DI MALAYSIA; KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KEPADA GOLONGAN MAJIKAN DAN
PEKERJA”. Isi kandungan tugasan adalah bergantung kepada kumpulan anda sendiri untuk
menentukannya. Panjang tugasan adalah antara 10 hingga 15 muka surat, ditaip langkau 2
baris, font 12 (times new roman).

Pemarkahan adalah berdasarkan kesesuaian dan keunikan isu/topik yang dipilih dan cara
bagaimana isu/topik tersebut dikupas dengan susunan perbincangan dan hujahan yang
menarik. Pelajar perlu memberikan perhatian kepada kejelasan penulisan, kesinambungan
dalam penulisan dan penulisan mestilah bersistematik.

Tarikh akhir serahan tugasan ialah pada 31 March 2022.

Anda mungkin juga menyukai