Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN

______________________________________________________________________________

BBEK 1103
PRINSIP MIKROEKONOMI
SEMESTER MAY 2021
_________________________________________________________________________________

NAMA PELAJAR:

NO. MATRIKS :

NAMA TUTOR :
ISI KANDUNGAN
BIL TOPIK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN TENTANG BARANG PERSENDIRIAN. 3–4

2.0 PENGENALAN TENTANG BARANG PERSENDIRIAN YANG 5–7


DIPILIH.

3.0 CIRI – CIRI BARANG PERSENDIRIAN DAN FAKTOR 8–9


PEMILIHANNYA

4.0 PERBINCANGAN TENTANG KESEIMBANGAN PASARAN 10 – 11


BARANG PERSENDIRIAN

5.0 PERBEZAAN BARANG AWAN DAN BARANG 12 - 13


PERSENDIRIAN

6.0 KESIMPULAN 14

7.0 RUJUKAN 15

2
1.0 PENGENALAN TENTANG BARANG PERSENDIRIAN

Sektor ekonomi merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang ke arah
pembangunan sesebuah negara. Pihak kerajaan dan swasta sangat memainkan peranan
dalam memastikan sesebuah negara itu mampu seiring dengan negara maju yang ada
di dunia. Penawaran dan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan menjadi asas
kepada negara dalam menjana pendapatan. Barang dan perkhidmatan dihasilkan
melalui kegiatan ekonomi untuk memenuhi kehendak individu yang tidak di terbatas
dimana kegiatan ekonomi yang berlaku melibatkan kegiatan penggunaan, pengeluaran
serta agihan barang dan perkhidmatan. Secara umumnya terdapat empat kategori
barang iaitu barang awam, barang persendirian, barang monopoli dan sumber biasa.
Memandangkan tugasan kali ini lebih berfokus kepada barang persendirian, maka kita
akan kupas topik yang berkaitan dengan barang persendirian. Apakah itu barang
persendirian?

Definisi 1:

Barang persendirian merujuk kepada barang atau perkhidmatan yang


digunakan oleh individu yang dapat disediakan oleh syarikat untuk
mendapatkan keuntungan. Menurut business dictionary.com (2010) secara
umumnya, barang swasta diperuntukkan oleh firma-firma swasta dengan kata lain,
syarikat bersedia menghasilkan barang-barang ini kerana mereka dapat memperoleh
keuntungan dengan menjualnya kepada pengguna. Menurut Ivan Png, (2002)
sesuatu barang dianggap barang swasta apabila seseorang meningkatkan
penggunaannya melalui beberapa kuantiti lalu mengurangkan jumlah kuantiti
yang sedia ada kepada yang lain. Persaingan dalam penggunaan merujuk
kepada situasi ketika pengguna membeli dan menggunakan produk tertentu,
produk yang sama tidak akan tersedia untuk dibeli atau dikonsumsi oleh
pengguna lain. Contohnya, jika anda membeli sepotong kek, tidak ada orang lain yang
boleh membeli sepotong kek yang sama. Begitu juga, jika anda membeli rumah,
rumah yang sama tidak akan tersedia untuk dibeli oleh orang lain.

3
Definisi 2 :

Barang persendirian ialah barang yang hanya dapat digunakan oleh pemilik pada satu-
satu masa dan faedah penggunaannya tidak dapat dinikmati oleh orang yang lain,
misalnya kereta persendirian. Barang persendirian juga merupakan barang yang akan
dimiliki oleh seseorang individu melalui kuasa beli. Apabila setiap orang mempunyai
keinginan memiliki sesuatu barang atau produk, mereka perlu mempunyai kuasa beli.
Ini dinamakan persaingan. Hanya individu yang mempunyai kuasa beli yang tinggi
akan dapat memiliki barangan persendirian tersebut contohnya kereta, rumah, barang
perhiasan dan sebagainya. Selain itu, makanan juga merupakan salah satu kategori
barangan persendirian.

Oleh itu, sektor swasta lebih suka menawarkan dan mengeluarkan produk berasaskan
barang persendirian berbanding barang awam kerana mereka boleh mendapatkan
keuntungan. Ini kerana, barang persendirian melibatkan persaingan antara individu
atau syarikat dalam memilikinya. Keadaan ini sangat memberi manfaat kepada
pengeluar barangan tersebut. Contohnya, anda mungkin ingin membeli
kereta,tetapi anda tidak semestinya mempunyai kaedah untuk membeli kereta tersebut.
Walaupun anda mampu, anda mungkin tidak bersedia membayar harga yang diminta
oleh penjual. Oleh itu,hanya mereka yang mempunyai kaedah dan kesediaan untuk
membayar kereta tersebut yang dapat membeli kereta tersebut dan mendapat
faedah daripadanya. Pengecualian adalah ciri penting barang persendirian
kerana berkaitan dengan fakta bahawa syarikat hanya akan menawarkan
barang dan perkhidmatan jika ada pembeli yang sanggup membayar harga yang
diminta. Hanya dengan itu syarikat akan dapat memperoleh keuntungan dari usaha ini.

4
2.0 PENGENALAN TENTANG BARANG PERSENDIRIAN YANG DIPILIH

Setiap manusia mempunyai keinginan dan kehendak untuk menjalani kehidupan yang
lebih selesa dan mengikuti arus kemodenan dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai
kemudahan dan barangan dipasaran kini yang dapat membantu meningkatakan taraf
hidup manusia. Jika kita tidak menggunakan kemudahan yang ada tersebut, mungkin
kita akan ketinggalan. Semua barang tersebut adalah kategori barang persendirian
kerana tidak semua orang mampu memiliki dan menikmatinya. Oleh itu, saya memilih
telefon pintar sebagai barang persendirian yang akan dibincangkan dalam tugasan
saya.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama telefon pintar yang ada dipasaran pada masa kini.
Perubahan arus teknologi moden membuatkan telefon pintar ini bukan lagi berada
dalam ketegori kehendak tetapi menjadi keperluan. Pandemik covid 19 yang melanda
dunia telah mengubah cara kerja dan cara hidup masyarakat. Telefon pintar digunakan
oleh hampir semua golongan tanpa mengira usia, status pekerjaan ataupun pangkat.
Dunia dihujung jari anda, melalui telefon pintar kita boleh akses dan cari apa saja
maklumat dengan pantas. Murid – murid juga belajar melalui telefon pintar.

Keadaan ini mengakibatkan, syarikat – syarikat telekomunikasi dan kilang – kilang


pengeluar telefon pintar ini bersaing untuk mengeluarkan dan memasarkan telefon
pintar yang memanuhi keperluan pengguna disamping menawarkan harga yang
berpatutan dan mampu milik.

Penggunaan telefon pintar (smartphone) semakin popular dalam kalangan masyarakat


Malaysia. Telefon pintar merujuk kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri
pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa.
Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya
berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.
Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan
satu pelantar untuk pembinaan aplikasi

5
Berikut adalah beberapa kebaikan yang dapat dilihat dalam penggunaan telefon pintar
ini, iaitu:

2.1 Aplikasi yang menarik

Telefon pintar mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam
menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi
yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan
dan banyak lagi.

2.2 Menghubungkan yang jauh

Melalui telefon pintar, kita dapat berhubung dengan sahabat handai, adik-
beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di
mana kita berada, tetapi perlu ada internet.

2.3 Info yang cepat

Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju
sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di
sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau
telegram. Pasti ada yang menjawab. Memang pantas! Maklumat dihujung jari.

6
2.4 Mudah ke mana-mana

GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS coordinate dan kita
dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan
guna GPS pun sesat ye

2.5 Alat hiburan

Pelbagai aplikasi yang dapat membantu kita menghilangkan kebosanan dan


stress dalam telefon pintar ini. Contohnya, bagi mereka yang sukakan muzik,
mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan telefon
pintar. Seterusnya,bagi yang bosan bolehlah bermain permainan yang dimuat
turun dalam telefon pintar tersebut.

7
3.0 CIRI – CIRI BARANGAN PERSENDIRIAN DAN FAKTOR
PEMILIHANNYA.

Memandangkan telefon pintar merupakan barangan persendirian yang dipilih dalam


perbincangan tugasan ini, maka marilah kita kupas atau lihat apakah ciri – ciri telefon
pintar yang memenuhi kriteria barangan persendirian. Berikut merupakan ciri – ciri
barangan persendirian:

3.1 Barangan persendirian mempunyai sifat kekecualian.

Telefon pintar ini mempunyai sifat kekecualian. Apakah itu kekecualian?


Kekecualian merujuk kepada tahap penggunaan barang atau perkhidmatan
terhad kepada pelanggan yang membayar. Sebagai contoh, telefon pintar hanya
boleh diakses sekiranya pengguna mempunyai data atau capaian internet. Ini
bermaksud, walaupun semua orang ada telefon pintar, hanya pengguna yang
mampu membeli data atau membayar langganan internet yang dapat
menggunakan semua aplikasi yang terdapat pada telefon pintar tersebut.

3.2 Barangan persendirian adalah hak mutlak pemilik.

Ciri yang kedua ialah, telefon pintar yang digunakan oleh seseorang adalah hak
mutlak pemiliknya. Iaitu, apabila telefon pintar yang ada di pasaran atau di
kedai dibeli oleh seseorang, maka telefon pintar tersebut tidak boleh dijual
kepada orang lain lagi. Telefon pintar yang sudah dibeli adalah hak mutlak
orang yang membeli. Pengguna lain tidak boleh membeli telefon pintar yang
sudah dibeli oleh pengguna lain, tetapi pengguna lain boleh membeli telefon
pintar lain yang mempunyai ciri yang sama dengan telefon pintar yang telah
dijual tersebut. Contoh lain, walaupun pemilik telefon pintar tersebut memberi
kebenaran kepada pengguna lain untuk menggunakan telefon pintar miliknya,
telefon pintar itu tetap menjadi hak mutlak pemiliknya kecuali jika beliau
menjualnya semula kepada pemilik yang lain.

8
3.3 Barangan persendirian boleh dimiliki melalui persaingan.

Ciri yang ketiga, untuk memiliki barang persendirian ini, ia melibatkan


persaingan dalam penggunaan. Persaingan dalam penggunaan merujuk kepada
tahap di mana seseorang menggunakan unit barang atau perkhidmatan tertentu
menghalang orang lain daripada menggunakan unit barang atau perkhidmatan
yang sama. Sebagai contoh, telefon pintar mempunyai persaingan yang tinggi
dalam penggunaan kerana jika seseorang menggunakan telefon pintar, orang
lain tidak boleh menggunakan telefon pintar yang sama pada masa yang sama,
walaupun mereka boleh berkongsi menggunakan telefon pintar tersebut.

3.4 Barangan persendirian boleh dimiliki dengan kuasa beli.

Ciri yang seterusnya ini melibatkan kuasa beli seseorang. Hanya pengguna
yang mempunyai kuasa beli sahaja yang boleh memiliki telefon pintar. Ini
kerana telefon pintar tidak ada yang diberikan secara percuma kepada mana –
mana individu. Walaupun sekarang terdapat pelbagai bantuan yang diberikan
oleh kerajaan untuk membolehkan pengguna yang layak memiliki telefon
pintar secara percuma, hakikatnya kerajaan yang mengeluarkan kos
pembiayaan untuk membeli telefon pintar tersebut sebelum dapat diberikan
kepada yang pengguna yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh
kerajaan. Namun demikian, pengguna masih juga perlu mengeluarkan kos
untuk membeli data atau melanggan internet agar dapat menggunakan telefon
pintar tersebut secara maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung
memanfaatkan sektor swasta yang memasarkan telefon pintar dan talian
internet.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa telefon pintar mempunyai


ciri – ciri barangan persendirian dan faktor pemilihannya sebagai barang
persendirian dalam tugasan ini telah dihuraikan seperti diatas.

9
4.0 PERBINCANGAN TENTANG KESEIMBANGAN PASARAN BARANGAN
PERSENDIRIAN YANG DIPILIH.

Keseimbangan barangan merujuk kepada situasi apabila kuantiti permintaan barangan


seimbang dengan kuantiti penawaran barangan (Qd = Qs). Permintaan dan penawaran
merupakan model untuk menunjukkan ‘kehangatan’ di pasaran antara peniaga dan
pembeli.

Gambarajah 1:Titik Keseimbangan

Titik keseimbangan berlaku apabila terdapat persilangan antara keluk pemintaan dan
penawaran. Apabila berlakunya keseimbangan pasaran maka harga barangan akan
stabil, tetapi jika berlakunya ketidakseimbangan pasaran, wujudlah lebihan permintaan
dan penawaran dalam keluk keseimbangan pasaran.

Keseimbangan pasaran boleh dipengaruhi oleh samada perubahan pada permintaan,


pengeluaran, atau perubahan luar yang mempengaruhi kadar operasi pengeluaran,
seperti pengenaan cukai, pemberian subsidi, faktor berubah lain yang melibatkan kos
pengeluaran,seperti tenaga kerja, operasi, mesin dan lain-lain lagi. Baiklah, mari kita
lihat bagaimana kesimbangan pasaran telefon pintar di Malaysia.

4.1 KESEMBANGAN PASARAN DIPENGARUHI OLEH KUALITI DAN


HARGA.

Keseimbangan pasaran dalam pemasaran telefon pintar banyak dipacu pada


kelebihan teknologi yang ada pada gajet tersebut berbanding harganya. Lebih
banyak teknologi atau perisian yang dipasang pada telefon pintar maka lebih
mahal harganya. Namun begitu, terdapat persaingan antara pengeluar telefon
pintar yang saling menawarkan harga yang berpatutan serta mampu milik
dengan perisian aplikasi telefon pintar yang menepati citarasa pengguna.

10
Di Malaysia, permintaan terhadap telefon pintar ini semakin meningkat akibat kesan daripada
situasi semasa yang dihadapi iaitu pandemik covid 19. Kebanyakan pekerja tidak kira sektor
awam ataupun swasta terpaksa bekerja dari rumah. Keadaan ini memaksa pengguna untuk
mencari peranti yang sesuai agar tugas yang diberikan dapat dilaksanakan walaupun bekerja
dari rumah. Telefon pintar merupakan salah satu peranti yang sesuai dan mesra pengguna
berbanding peranti yang lain. Kecanggihan teknologi yang diaplikasikan dalam telefon pintar
dapat membantu penggunanya. Namun begitu, ekoran ekonomi yang terjejas, pengguna akan
memilih telefon pintar yang menawarkan harga yang mampu milik, jika harga tinggi
,kemungkinan akan berlaku lambakan iaitu penawaran melebihi permintaan. Oleh itu,
persaingan antara syarikat pengeluar telefon pintar ini akan meningkat.

Rajah dibawah menunjukkan bagaimana keseimbangan pasaran telefon pintar dapat dicapai.

Keseimbangan pasaran boleh dicapai apabila kuantiti permintaan adalah seimbang dengan
harga. Keseimbangan pasaran boleh berubah apabila penawaran dan permintaan berubah. Ini
bermaksud hanya telefon pintar yang memenuhi kriteria pengguna iaitu harga murah tetapi
berkualiti akan mendapat permintaan yang tinggi. Oleh itu untuk mencapai titik
keseimbangan, pihak pengeluar telefon pintar hendaklah mengeluarkan dan memasarkan
telefon pintar yang memenuhi kriteria tersebut agar tidak berlaku situasi penawaran melebihi
permintaan.

11
5.0 PERBEZAAN ANTARA BARANG AWAM DAN BARANG PERSENDIRIAN.

Perbezaan yang ketara antara barang awam dan barang persendirian boleh dilihat dari
segi ciri – cirinya. Antaranya ialah seperti berikut:

5.1 Kepunyaan atau pemilikan.

Barang Awam biasanya dimiliki oleh kerajaan tetapi boleh digunakan oleh
orang ramai tanpa mengira kemampuan. Manakala barang persendirian hanya
boleh digunakan dan dimiliki oleh orang tertentu. Contoh barang awam ialah
jalanraya, lampu jalan dan sebagainya. Barang persendirian pula adalah seperti,
rumah, kereta, makanan dan sebagainya.

5.2 Persaingan

Barang awam tidak bersifat persaingan. Faedah daripada penggunaan barang


tidak berkurang walaupun barang itu digunakan. Sebaliknya barang
persendirian melibatkan persaingan, iaitu apabila barang tersebut telah
digunakan, ianya tidak lagi boleh digunakan oleh orang lain. Contohnya
makanan yang telah dibeli dan dimakan oleh pembeli pertama, tidak boleh lagi
dibeli dan dimakan oleh pembeli kedua. Ini adalah kategori barang
persendirian. Manakala barang awam pula ialah seperti jalanraya, walaupun
jalanraya tersebut telah dilalui oleh pemandu kereta pertama, pemandu kereta
kedua masih boleh melalui jalanraya tersebut tanpa halangan.

5.3 Prinsip pengecualian.

Barang awam tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu sama ada
seseorang bayar atau tidak, dia tidak disekat daripada mengguna barang itu.
Sebaliknya penggunaan barang persendirian tertakluk kepada prinsip pengecualian
iaitu hanya mereka yang mampu dan sanggup membayar sahaja dapat memliki barang
itu.

12
5.4 Penawaran dan permintaan.

Barang awam disediakan untuk kebaikan semua walaupun tidak terdapat permintaan.
Manakala barang persendirian disediakan atas permintaan pengguna. Biasanya ia
disediakan oleh syarikat swasta dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Barang
awam biasanya memenuhi keperluan, barang persendirian pula lebih kepada
memenuhi kehendak manusia. Contohnya , kereta terdapat pelbagai jenis kereta yang
ada dipasaran, tetapi jalanraya tetap sama walaupun dimana – mana.

5.5 Tanggungan atau liabiliti

Barang awam biasanya menjadi tanggungjawab bersama. Contohnya taman


permainan, alat permainan yang terdapat di taman tersebut menjadi tanggungjawab
bersama dalam memastikan ianya sentiasa bersih, dan tidak dirosakkan. Manakala
barang persendirian adalah menjadi tanggungjawab pemiliknya sahaja dalam
memastikan barang miliknya berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat.
Contohnya rumah, hanya pemilik rumah dan ahli keluarga yang tinggal di rumah itu
sahaja yang perlu menjaga kebersihan dan keselamatan rumah tersebut.

13
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk
memahami tentang barang persendirian dan apa perbezaannya dengan barang awam.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari berkenaan keseimbangan pasaran dalam
penawaran barang persendirian. Terdapat pelbagai jenis barang persendirian di sekitar
kita. Apa yang perlu kita fahami ialah, barang persendirian hanya boleh dimiliki oleh
individu tertentu kerana ia melibatkan kemampuan seseorang untuk memiliki barang
tersebut. Walaupun ianya boleh dikongsi, contohnya telefon pintar yang dipinjamkan
kepada orang lain, namun hakikatnya ia tetap hak mutlak pemiliknya dan ianya tidak
boleh diambil atau digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran pemiliknya. Selain itu,
barang persendirian ini juga adalah disediakan oleh syarikat swasta kerana ia
melibatkan urusniaga yang boleh mendatangkan keuntungan. Syarikat swasta tidak
akan menawarkan barangan yang tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat
mereka. Oleh itu, mereka jarang ambil alih dalam pengeluaran atau penyediaan
barangan awam. Namun demikian, mereka perlu mengenalpasti permintaan pengguna
terhadap barang persendirian agar tidak berlaku keadaan yang merugikan seperti
penawaran melebih permintaan. Contohnya, banyak barang persendirian dipasarkan
sedangkan pembeli adalah tidak ramai. Mereka juga perlu mengambilkira, kemampuan
pengguna, agar mereka dapat mengeluarkan barang persendirian yang mampu milik.

14
7.0 RUJUKAN
Ariff, M. & Ab. Aziz. 1988. Economic Development Strategies ill Malaysia: An
Appraisal. Kiel: Friedri ch Elbert Stiftung, Kiel Institute of World
Economics, Kiel, Germany.

ArifF, Mohamed. 1972. Export Trade and the West Malaysian Economy - an
Enquiry into the economic impl ications of export instability. Kuala Lumpur.
Faculty of Economics and Adm inistration, Universiti of Malaya.

Ariff, M. & Hal Hill. 1985. Export-Oriented Industrialization: The ASEAN


Experience. Sydney:

Hoffmann, L. & T.N. Tan. 1980. Industrial Growth, Employment alld Foreign
Investment ill Peninsular Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

Khor KP. 1986. Industrial Policy in Malaysia - Problems and Prospects. Kajian
Ekonomi Malaysia 23(1):5-26.

Pengarllil Pasaran dall TeklloJogi do/am Ekollomi Malaysia: 63


Lee, K.B. 1977. Export Structure and Export Insrability: The Case of Peninsula

Malaysia. lOl/mal of Developing Area 24: 19-26.


Lim, D. 1975. Readings 011 Malaysian Ecol/omic alld Developlllel1f. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.

Kementerian Kcwangan. Malaysia. LaporclIl Ekollomi, peJbagai (ahun. KuaJa


Lumpur. Percctakan Nasional Malaysia Berhad.Mohamed, Y. 1987. Malaysian
ExpOJ11nstibility and Policy Implications. JOllmalof Asian Economic Review
29( I ):49-61.

Salter, W. 1960. ProdUCTivity alld Technical Change. London: Cambridge


University Press.23:73-90. Ecollomies 37(2): 162-196.

15

Anda mungkin juga menyukai