Anda di halaman 1dari 32

PEN 3093 KERTAS PROJEK

TAJUK TUGASAN

TAHAP MINAT DAN SIKAP MAHASISWA TERHADAP


BAHASA ARAB

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

NAMA: NURUL HUSNA ‘ALYA BT NORHISHAM


NO MATRIK: D18310885
NO K/P: 010624080598

NAMA PENSYARAH: USTAZ MOHD ARIF BIN JUSOH


TARIKH:
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

3
4.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

4
4.2 PENYATAAN MASALAH

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


5

BAB 1 1.3 PERSOALAN KAJIAN 5

(PENGENALAN KAJIAN) 1.4 SKOP KAJIAN


5

1.5 BATASAN KAJIAN 6

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 6

1.7 DEFINISI ISTILAH 6-7

1.8 METADOLOGI KAJIAN 8

8
1.8.1 PENDAHULUAN KAJIAN

1.8.2 REKA BENTUK KAJIAN 8

1.8.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 8

9
1.8.4 INSTRUMEN KAJIAN

1.8.5 ANALISIS DATA 9

1.8.6 KESIMPULAN 9

1
2.0 PENGENALAN 10

2.1 TERDAPAT BEBERAPA KAJIAN 10-11


YANG TELAH DILAKUKAN
BAB 2 2.2 FAKTOR KURANG MOTIVASI PELAJAR 12
TERHADAP BAHASA ARAB
(KAJIAN LITERATUR)
2.3 PENGUASAAN BAHASA ARAB DI 13
MALAYSIA

2.4 KEPENTINGAN BAHASA ARAB 14

3.0 PENGENALAN 15

BAB 3 3.1 ANALISIS DATA MAKLUMAT 15-19


DEMOGRAFI
(ANALISIS & DAPATAN 3.2 ANALISIS DATA BAHAGIAN A 20
KAJIAN)
3.3 ANALISIS DATA BAHAGIAN B 21

4.0 PENGENALAN 22

BAB 4 4.1 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN 22-23


(RUMUSAN ,CADANGAN
4.2 CADANGAN KAJIAN 23-24
& KESIMPULAN)

4.3 KESIMPULAN 24

LAMPIRAN 25-29

RUJUKAN 30

2
BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.0LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam arus perkembangan kehidupan moden hari ini, bahasa Arab terus berkembang sebagai
bahasa komunikasi di Malaysia. Bahasa ini juga telah diperkenalkan di peringkat yang lebih
tinggi seperti di kolej dan universiti sebagai bahasa pilihan dan juga sebagai bidang pengajian
utama (Hassan Basri,2005;Zawawi,2001).

Sejarah awal pengajaran bahasa Arab di Malaysia boleh dirujuk kepada sejarah kedatangan
Islam ke Malaysia, iaitu pada kurun awal hijrah atau ketujuh masihi (Ahmad Jelani,1996).
Pada zaman perkembangan Islam di alam Melayu sekitar kurun-14 dan seterusnya,
pengajaran bahasa Arab berkembang mengikut perkembangan pendidikan Islam di istana.
Pengajaran bahasa Arab secara rasmi jelas dapat dilihat dalam masyarakat Melayu khususnya
semasa kemunculan pusat-pusat pengajian Islam yang berbentuk pondok pada abad ke 18 M.

Di peringkat awal pengajaran bahasa Arab, penekanan yang diberikan adalah sebagai
prasyarat bagi mempelajari ilmu Islam. Perkara ini dapat dilihat dalam pengajaran al-Quran
sama ada dalam memahami isi al-Quran atau mempelajari sebutan huruf,perkataan,ayat dan
tajwid. Pengajaran bahasa Arab mendapat tempat dalam masyarakat dengan tujuan untuk
memahami ilmu-ilmu Islam muktabar yang ditulis dalam bahasa Arab. (Abdul Halim Mat
Diah,2005)

Subjek bahasa Arab merupakan antara subjek bahasa Arab ketiga terpenting apabila kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada
tahun 1995 yang antara fungsinya adalah untuk memperkasakan pendidikan Islam, bahasa
Arab, institusi pendidikan agama dan dakwah. Menurut Idris (2015) status bahasa Arab yang
tinggi oleh masyarakat Malaysia dan kerajaan adalah disebabkan faktor agama Islam yang
menjadi agama rasmi negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dalam kajian ini didapati bahawa minat dan sikap memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian pelajar (Lee,1991). Minat merupakan suatu
perkara penting sebagai pendorong kepada pelajar untuk bergiat cergas dalam subjek tersebut
(Noor Erma, 2014). Pelajar yang minat Bahasa Arab pasti mempunyai sikap yang positif
terhadap Bahasa Arab tersebut. Pada hari ini, terdapat juga pelajar yang mengambil jurusan
3
yang mempunyai Bahasa Arab tidak dapat mempelajarinya dengan baik kerana tidak faham
atau tidak dapat menguasainya. Adakah ini disebabkan tahap minat atau sikap mereka
terhadap Bahasa Arab? Hal ini kerana Bahasa Arab adalah subjek teras atau pilihan yang
ditawarkan di semua universiti awam di Malaysia dan sebahagian universiti swasta. Pelajar
yang mengambil program pengajian berasaskan ilmu Islam akan mengambil Bahasa Arab
sebagai subjek teras manakala pelajar yang memilih program bukan berasaskan pengajian
Islam boleh mengambil subjek Bahasa Arab sebagai subjek piihan.

Kajian ini akan melihat tahap minat dan sikap mahasiswa terhadap bahasa Arab iaitu
merangkumi mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah yang mengambil diploma Bahasa Arab
dengan pendidkan (DBAP), diploma Syariah Islamiyyah (DSYA) dan diploma Usuluddin
(DUSL). Subjek Bahasa Arab ini merupakan subjek major yang sebaiknya perlu dikuasai
oleh mereka.

4.2 PERNYATAAN MASALAH

Menurut Salawati (1998) pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan
kemahiran menyelesaikan masalah merupakan faktor yang menyebabkan masalah minat dan
sikap murid terhadap subjek Bahasa Arab. Jika mahasiswa tidak mempunyai minat dan sikap
yang baik terhadap Bahasa Arab, maka pencapaian mereka akan mulai merosot. Sikap pelajar
terhadap Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka. Kita tidak boleh
menyalahkan semuanya kepada cara pengajaran pensyarah kerana minat dan sikap datang
dalam diri mahasiswa. Atan (1988) menyatakan minat boleh dianggap sebagai daya
penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu
kegiatan atau benda.

Permasalahan utama yang dihidapi ialah kurangnya motivasi. Ia menjadi faktor utama dalam .
minat dan sikap mahasiswa terhadap Bahasa Arab. Mahasiwa yang kurang motivasi akan
menjadi kurang tumpuan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Dalam kajian Politzer dinyatakan
kelemahan pelajar Amerika yang mempelajari bahasa Perancis dan Sepanyol adalah
disebabkan ketiadaan motivasi untuk mempelajari kedua-dua bahasa itu (Rusydi Ahmad
Ta’imah, tanpa tarikh, 261).

Kejayaan mempelajari sesuatu bahasa itu dimulakan dari dalaman yang lahir dalam diri
mahasiswa itu sendiri dan juga dari luaran seperti sokongan dan motivasi. Zulkifley (2000)

4
menyatakan bahawa dua faktor instrinsik yang memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan dan kegagalan pembelajaran bahasa kedua ialah sikap dan motivasi.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusunya,kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti tahap minat mahasiswa kepada Bahasa Arab

2. Mengetahui sikap mahasiswa kepada Bahasa Arab

1.3 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap minat mahasiswa terhadap Bahasa Arab?

2. Apakah sikap mahasiswa terhadap Bahasa Arab?

1.4 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan kepada pelajar Universiti Sultan Azlan Shah khususnya yang
mengambil diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, Syariah Islamiyyah dan Usuluddin
kerana subjek Bahasa Arab ini merupakan subjek major yang perlu dikuasai oleh mereka. Ia
bertujuan untuk mengkaji tahap minat dan sikap mahasiswa terhadap Bahasa Arab dan ia
sesuai dijalankan kepada mereka kerana mereka banyak menggunakan Bahasa Arab dalam
pengajian mereka.

5
1.5 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dianggarkan tertumpu kepada 27 orang pelajar yang mengambil diploma Bahasa
Arab Dengan Pendidikan , Syariah Islamiah dan Usuluddin di Universiti Sultan Azlan Shah.
Kajian ini dijalankan menggunakan kajian kuantitatif iaitu soal selidik atau berbentuk ujian.
Untuk mendapatkan hasil kajian, pelajar diedarkan soalan tentang tahap minat dan sikap ini
dengan menggunakan google form sebagai satu alternatif. Pelajar diminta menjawab soalan-
soalan yang berkenaan bagi menjawab segala persoalan kajian yang dilakukan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dan penting untuk pelajar yang mengambil Bahasa
Arab sebagai bahasa kedua. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap minat
pelajar yang mengambil Bahasa Arab sebagai subjek major dalam pengajian mereka. Selain
itu, kajian ini juga untuk melihat sikap pelajar terhadap Bahasa Arab. Oleh itu, kepentingan
yang menjadi keutamaan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan mahasiswa terhadap Bahasa Arab

2. Dapat memperbanyakkan aktiviti atau program untuk meningkatkan minat Bahasa Arab.

1.7 DEFINISI ISTILAH/OPERASIONAL

Berdasarkan kajian ini, pengkaji ada menyatakan beberapa difinisi yang perlu diutamakan
bagi membolehkan orang di luar bidang ini memahaminya.Penjelasan ini berdasarkan tajuk
kajian yang dilaksanakan. Terdapat dua definisi utama dalam kajian ini iaitu definisi
operasional dan definisi istilah. Definisi operasional bermaksud definisi yang telah dinyata
dan dijelaskan oleh sarjana-sarjana yang bertanggungjawab meletakkan definisi sebenar
perkataan atau membuat definisi sendiri. Definisi istilah pula adalah berdasarkan kajian ini
atau diaplikasikan daripada sarjana lain sebelum ini.

6
Minat

Definisi istilah

Minat merupakan suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu
dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari maupun membuktikannya lebih
lanjut. Hal ini menunjukkan bahawa dalam minat di samping perhatian juga terkandung suatu
usaha untuk mendapatkan sesuatu dari objek yang diminati tersebut.

Definisi operasi

Menurut Noor Erma et al. (2014) , minat merupakan suatu perkara penting sebagai
pendorong kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti pengajian tersebut. Pelajar yang
meminati sesuatu perkara akan mencapai prestasi yang cemerlang. Seseorang yang berminat
dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian
yang tinggi.

Sikap

Definisi istilah

Sikap ialah tingkah laku, perangai dan akhlak seseorang. Biasanya sikap sesorang itu
berdasarkan hatinya namun kadangkala sikap kita juga menggambarkan bagaimana emosi
kita. Sikap dalam pembelajaran adalah suatu pandangan pelajar terhadap subjek tersebut.Jika
pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap subjek tersebut maka pelajar tersebut akan
gigih dan berusaha. Jika pelajar mempunyai tanggapan negatif maka pelajar akan lemah dan
gagal.

Definisi operasi

Menurut Katz (1960), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi individu dalam memberi
nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai dan tidak. Sikap adalah sesuatu yang
terhasil daripada perasaan,kepercayaan dan pemikiran seseorang terhadap objek.

7
1.8 METADOLOGI KAJIAN

1.8.1 PENDAHULUAN KAJIAN

Bab ini akan membincangkan metadologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk
kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah menganalisis data. Ia bertujuan memberi
penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data diperoleh dan dianalisis bagi memberi
maklumat yang tepat.

1.8.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini penting sebagai panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai
serta menjawab persoalan kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan metod tinjauan bagi
mendapatkan maklumat dengan kaedah soal selidik dalam kalangan pelajar Universiti Sultan
Azlan Shah khususnya kepada pengajian diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, Syariah
Islamiyyah dan Usuluddin yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Kajian ini
bertujuan mengkaji maklum balas pelajar mengenai tahap minat dan sikap pelajar terhadap
Bahasa Arab.

Kaedah kajian menggunakan soal selidik. Borang soal selidik terbahagi kepada 2. Bahagian
A mengenai maklumat demografi responden yang mengandungi maklumat responden kajian
seperti jantina, umur, jurusan pengajian dan tahap minat. Bahagian B pula menyentuh tentang
tahap minat dan sikap mahasiswa terhadap Bahasa Arab. Kesemua item dalam bahagian B
menggunakan skala 5 mata iaitu 1.Sangat tidak setuju 2.Tidak setuju 3.Setuju 4.Sangat
setuju.

1.8.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi yang terlibat dalam kajian ini ialah 27 orang pelajar daripada beberapa universiti
peringkat diploma yang khususnya diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, Syariah
Islamiyyah dan Usuluddin yang rata-rata berumur 18-23 tahun terdiri daripada pelbagai
semester dan data kuantitatif berjaya memperoleh 27 maklum balas yang lengkap.

8
1.8.4 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah soal selidik untuk mengumpulkan data. Kaedah
soal selidik ini berbentuk tertutup dan terbuka iaitu soalan yang berstruktur dan responden
hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.

1.8.5 ANALISIS DATA

Data yang dikumpul dan dianalisis daripada kaedah soal selidik adalah menggunakan aplikasi
perisian Microsoft Excel 2013.

1.8.6 KESIMPULAN

Berdasarkan bab ini, pengkaji telah berusaha mengikut metadologi dan prosedur yang telah
digariskan sebaik mungkin. Kajian ini mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah
soal selidik kerana soal selidik merupakan cara yang ringkas untuk mendapatkan maklumat
dari responden dan liputan yang luas.

9
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

1.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang tahap minat dan sikap mahasiswa terhadap Bahasa Arab dan
beberapa sebab kurangnya motivasi pelajar terhadap Bahasa Arab. Permasalahan perkara ini
akan diselesaikan sedikit demi sedikit dan akan mencari penyelesaian. Kajian literatur ini
juga akan melihat kepada beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian lepas
dan ianya pernah dilakukan oleh orang lain untuk dijadikan panduan dalam menjalankan
kajian ini. Diharapkan kajian literatur ini akan dapat membantu pembaca memahami latar
belakang kajian yang dijalankan lebih jelas lagi.

4.2 TERDAPAT BEBERAPA KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN


ANTARANYA OLEH:

Nur Afifah Fadzil,Dzarif Ahmad,Zahidi Ahmad dan Ahmad Nurilakmal Norbit telah
menjalankan kajian mengenai Hubungan Di Antara Persepsi dengan Sikap dan Minat Pelajar
Tahfiz Bestari Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini melibatkan 81 orang pelajar
Tahfiz Bestari Kolej Universiti Islam Melaka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
pengalaman mereka belajar Bahasa Arab sebelum memasuki Tahfiz Bestari dan mengenal
pasti hubungan antara persepsi dengan minat dan sikap pelajar terhadap Bahasa Arab.
Persepsi adalah gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara sama ada di dalam hati atau
fikiran. Dapatan kajian menunjukkan pengalaman mereka belajar Bahasa Arab sebelum
menyertai Tahfiz Bestari adalah majoriti responden mula mempelajari Bahasa Arab adalah
sejak sekolah rendah dan kedua dua hubungan antara persepsi dengan minat dan sikap
terhadap Bahasa Arab adalah hubungan yang positif.

Seterusnya, Mohd Fahimi Zakaria dan Amzar Mirwi telah melakukan kajian tentang
Faktor Kecendurungan Minat Pelajar Terhadap Subjek Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
di Management and Science University. Kajian telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar

10
MSU yang mengambil subjek Bahasa Arab daripada program dan fakulti yang pelbagai.
Hasil kajian membuktikan bahawa umur paling tinggi menyumbang kepada faktor minat
pelajar terhadap Bahasa Arab iaitu usia muda lebih mendorong pelajar untuk belajar. Hal ini
kerana pelajar lepasan sekolah menengah sekitar usia 18 tahun mempunyai semangat yang
tinggi di samping sebagai ulangkaji subjek yang telah dipelajari sewaktu sekolah menengah.
Hasil kajian ini juga menunjukkan majoriti responden ingin belajar bahasa yang baru
berdasarkan faktor dominan.

Ab. Halim Mohamad dan Wan Muhamad Wan Sulong turut melakukan kajian terhadap
Minat dan Sikap Bacelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia Terhadap Bahasa Arab. Kajian ini
dilakukan terhadap 130 orang pelajar yang mengambil pengkhususan Bahasa Arab di IPTA
seperti UPM, UIAM, UKM, UM dan USIM. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana
minat boleh mempengaruhi sikap dan aktiviti seseorang pelajar terhadap bahasa yang
dipelajari. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai minat yang tinggi
terhadap Bahasa Arab, tetapi mereka tidak menunjukkan keselarian antara sikap dan minat.
Mereka juga kurang membaca akhbar arab, cerpen dan novel.

Mohamad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman dan Zamri Arifin juga telah
melakukan kajian berkaitan Hubungan Antara Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa
Arab Dengan Kualiti Diri Guru Bahasa Arab di MRSM Ulul Albab, Kota Putra terhadap 57
orang murid pelajar tingakatan 4. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap
minat pelajar terhadap Bahasa Arab dan tahap kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab.
Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kecenderungan minat pelajar dan tahap kualiti guru
Bahasa Arab berada pada tahap yang baik. Namun terdapat masalah iaitu kebanyakan
responden mengakui bahawa mereka tidak membuat persiapan sebelum kelas bermula dan
masalah yang berkaitan dengan kualiti guru adalah kaedah pengajaran yang berkesan dan
kaedah penyampaian yang mudah difahami.

11
2.2 FAKTOR KURANG MOTIVASI PELAJAR TERHADAP BAHASA
ARAB

Mahasiswa yang kurang motivasi terhadap sesuatu pelajaran akan menyebabkan kurang
tumpuan dan tidak bersemangat dalam kuliah. Hal ini dapat mengurangkan rasa minat
mereka terhadap subjek tersebut.

Ames&Ames(1989) Motivasi ditakrifkan sebagai dorongan untuk mewujudkan tindakan serta


mengekalkan niat bagi mencapai matlamat yang diingini. Ia merupakan satu elemen utama
yang menentukan sejauhmana penglibatan peribadi, keaktifan, dan kejayaan dalam
menguasai bahasa kedua (Oxford & Shearin, 1994). Noels(2002) membahagikan faktor-
faktor yang membentuk motivasi kepada dua kategori iaitu yang pertama adalah orientasi
dalaman (instrinsic orientations) yang merujuk kepada kepuasan dan rasa seronok samaada
kerana pengembangan ilmu pengetahuan, pencapaian diri atau memperoleh pengalaman yang
mengembirakan. Kedua adalah orientasi luaran (extrinsic orientations) yang berlaku
disebabkan pulangan luaran seperti mendapat ijazah, pekerjaan, hadiah dan sebagainya.
Dornyei(1994) mengatakan bahawa aktiviti-aktiviti pembelajaran, bahan pengajaran dan
tugasan individu boleh mempengaruhi motivasi pelajar terhadap bahasa kedua.

Penguasaan dan pencapaian pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia secara keseluruhannya


belum memuaskan dan masih tidak mencapai matlamat yang disasarkan. Siti Saudah
Hassan(1994) mengatakan bahawa masalah yang mempengaruhi kelemahan penguasaan
Bahasa Arab ialah suasana bahasa yang tidak memotivasikan pelajar. Pembelajaran Bahasa
Arab tidak mempunyai suasana yang baik kerana tidak menerapkan komunikasi harian dalam
Arab dan dianggap sukar. Oleh itu pelajar akan menjadi lesu dan kurang bermotivasi dalam
persekitaran tersebut. Sofian Muhammad & Zainal Abidin Abd. Kadir (1986) juga
menyatakan kelemahan pelajar dalam Bahasa Arab disebabkan oleh motivasi yang rendah
sehingga mereka menganggap Bahasa Arab adalah subjek yang sukar. Osman Khalid (1993)
mengatakan bahawa tahap motivasi mereka yang lemah sehingga menyebabkan ramai pelajar
kurang berminat dan kurang berusaha. Oleh itu pelajar tidak mengambil kesempatan untuk
mempelajari Bahasa Arab walau ada kemudahan seperti makmal bahasa, majalah,filem dan
akhbar. Satu faktor utama yang menjadikan pelajar gagal atau banyak ketinggalan dalam
pengajaran Bahasa Arab adalah disebabkan sikap mereka terhadap bahasa itu sendiri
Ariffin(2014). Ini memperlihatkan bahawa motivasi dan budaya penggunaan Bahasa Arab itu
adalah rendah.

12
2.3 PENGUASAAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Kajian-kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa tahap minat dan sikap murid
terhadap Bahasa Arab adalah tinggi namun tahap usaha mereka terhadap Bahasa Arab tidak
memuaskan. Hal ini kerana ramai pelajar yang kurang mempraktik Bahasa Arab dalam
aktiviti harian mereka disebabkan rasa tidak yakin, rendah diri dan takutkan kesalahan.
Mereka harus mempunyai tujuan dan niat yang betul dalam mempelajari Bahasa Arab.
Mengikut Mahmud Kamil al-Naqah , ada 27 faktor penting yang mendorong orang-orang
Islam mempelajari Bahasa Arab antaranya adalah memahami al-Quran dan hadis, keinginan
untuk mengajar Bahasa Arab dan keinginan untuk bercakap dan mendengar berita-berita
Arab.(Rusydi Ahmad Ta’imah,1989;82-83)

Ab. Halim Mohamad & Wan Muhamad Wan Sulong juga telah menjalankan kajian terhadap
130 orang pelajar yang mengambil Bahasa Arab di UPM,UIAM,UKM,UM dan USIM.Kajian
ini menggunakan kaedah soal selidik dan pengumpulan data secara reka bentuk tinjauan.
Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap
Bahasa Arab namun kurang daripada separuh responden yang suka membaca akhbar
arab,membaca cerpen,novel arab dan lain-lain.

Mohamad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman dan Zamri Arifin menjalankan kajian
hubungan kecenderungan minat dan sikap pelajar dengan kualiti guru dalam bahasa arab
terhadap 57 orang pelajar sekolah. Hasil kajian mendapati tahap kecenderungan minat pelajar
dan tahap kualiti guru adalah tinggi.

Mohd Fahimi Zakaria dan Amzar Mirwi telah melakukan kajian perpustakaan yang
menggunakan kajian kualitatif terhadap faktor kecenderungan minat pelajar terhadap bahasa
arab dalam kalangan pelajar MSU. Hasil kajian mendapati bahawa faktor dominan yang
banyak menyumbang kepada tahap kecenderungan pelajar terhadap bahasa arab di MSU
dalam keinginan pelajar untuk belajar sesuatu yang baharu.

13
2.4 KEPENTINGAN BAHASA ARAB

Bahasa Arab mempunyai kedudukan cukup istimewa kepada umat Islam kerana ia
merupakan bahasa yang digunakan dalam hadis dan juga al-Quran. Dengan menguasai
bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis
Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakkan ditulis di bahasa
Arab.

Pembelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah di Malaysia berkait rapat dengan matlamat dan
hala tuju negara untuk menghadapi cabaran masa depan dan merealisasikan matlamat
berkaitan hubungan antarabangsa (KPM, 1999,2).Antaranya adalah politik antarabangsa iaitu
pengetahuan Bahasa Arab perlu dan berharga kerana Malaysia kini telah mengambil
bahagian yang aktif dalam perbincangan politik antarabangsa. Pandangan Malaysia telah
mendapat di persidangan antarabangsa seperti Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

Bahasa Arab adalah bahasa solat. Setiap muslim yang menunaikan solat mesti menggunakan
Bahasa Arab dan Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang berkait dengan rukun asasi
dalam Islam. Oleh itu, pembelajaran Bahasa Arab adalah wajib ke atas setiap muslim. Ia juga
diguna pakai sebagai bahasa pertama oleh 22 buah negara Arab dan bahasa kedua di
kebanyakkan negara Islam. Ini menunjukkan 1/7 penduduk dunia menggunakan bahasa Arab
sebagai bahasa pertama. Di samping itu, banyak penutur natif bahasa Arab mempelajarinya
kerana didorong oleh ajaran Islam.

Negara kita menganggap Bahasa Arab sebagai ilmu pengetahuan di bidang pengetahuan
Islam dan bahasa Arab juga ada dalam bidang sains dan teknologi dari negara-negara Islam
seperti bidang kedoktoran dan lain-lain. Hal ini kerana pengetahuan sains dan teknologi
merupakan hasil penemuan sarjana sarjana Islam yang silam.

Kita umat Islam adalah bertanggungjawab memartabatkan kembali ilmu-ilmu peninggalan


silam itu di tempat yang sewajarnya.

14
BAB 3

DAPATAN KAJIAN

4.2 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan secara terperinci mengenai analisis data yang diperoleh daripada
soal selidik. Seramai 27 orang responden terlibat untuk menjawab soal selidik yang dilakukan
untuk mengetahui tahap minat dan sikap mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil diploma
Bahasa Arab Dengan Pendidikan (DBAP), Syariah Islamiyyah (DSYA) dan Usuluddin
(DUSL).

Secara umumnya dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian utama : maklumat
demografi responden dan item soal selidik yang mempunyai 7 soalan.

3.1 Analisis data dan maklumat demografi

Data kajian dalam aspek maklumat diri responden meliputi aspek berikut:

i.Jantina

ii.Program pengajian

iii.Semester

iv.Tahap minat mempelajari Bahasa Arab

15
3.1.1 JANTINA

Peratusan jantina

90 %
80 % Perempuan
60 % Lelaki
51.9 %
48.1 %
50 %
40 %
30 %
20 %
10 %

0%
Perempuan Lelaki

Graf 3.1 Taburan responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi Peratusan


Lelaki 13 48.1
Perempuan 14 51.9
JUMLAH 27 100

Jadual 3.1 : Analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut jantina berdasarkan graf
dan jadual 1 di atas, responden kajian seramai 27 orang (100%) yang terdiri daripada
mahasiswa (43.3%) dan mahasiswi (46.7%).

16
3.1.2 PROGRAM PENGAJIAN

Carta Program Pengajian

90%
80 %
60%
50 % 44.4 % 44.4 %
40%
30%
20 % 11.1 %
10 %

0%
DBAP DSYA DUSL

Graf 3.2 : Taburan responden mengikut program pengajian

Program Pengajian Frekuensi Peratusan


Diploma Bahasa Arab 12 44.4%
dengan Pendidikan (DBAP)
Diploma Syariah Islamiyyah 12 44.4%
(DSYA)
Diploma Usuluddin (DUSL) 3 11.1%

Jadual 3.2 : Analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut program pengajian

17
Graf dan jadual 3.2 menunjukkan seramai 12 orang (44.4%) responden yang terdiri daripada
DBAP, manakala pelajar dalam pengajian DSYA juga seramai 12 orang (44.4%) dan pelajar
dalam pengajian DUSL adalah seramai 3 orang (11.1%).

3.1.3 TAHUN PENGAJIAN SEMESTER SEMASA

Carta Pengajian Semester Semasa

90%
80%
60%
50%
40%
30% 26 % 26%
14.9% 18.5%
20%
10% 7.4% 7.4%

0%
SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6

Graf 3.3 : Taburan responden mengikut tahun pengajian

Tahun Pengajian (semester) Frekuensi Peratusan(%)


Sem 1 7 26
Sem 2 2 7.4
Sem 3 2 7.4
Sem 4 7 26
Sem 5 4 14.9
Sem 6 5 18.5
JUMLAH 27 100

Graf dan jadual 3.3 pula menunjukkan taburan responden yang terlibat dalam kajian ini yang
terdiri daripada pelajar semester 1 seramai 7 orang (26%), semester 2 dan semester 3 adalah

18
sama iaitu hanya 2 orang (7.4%), semester 4 seramai 7 orang (26%), semester 5 seramai 4
orang (14.9%) dan semester 6 adalah sebanyak 5 orang (18.5).

3.1.4 TAHAP MINAT MEMPELAJARI BAHASA ARAB

Carta Minat Mempelajari Bahasa Arab


90
80 70.3%
70
60
50
40 26%
30
20 3.7%
10
0

Sangat Berminat Sederhana Tidak Berminat

Graf 3.4 : Taburan responden minat mempelajari Bahasa Arab

Tahap Minat Frekuensi Peratusan (%)


Sangat Berminat 19 70.3
Sederhana 7 26
Tidak Berminat 1 3.7
JUMLAH 27 100

Jadual 3.4: Analisis frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap minat mempelajari
bahasa Arab.

19
Graf dan jadual 3.4 menunjukkan bahawa 19 responden yakni sebanyak (70.3%) sangat
berminat dan selebihnya 7 responden (26%) memiliki tahap sederhana dan hanya seorang
(3.7%) yang tidak berminat dengan bahasa Arab.

3.2 ANALISIS DATA (BAHAGIAN A)

3.2.1) TAHAP MINAT MAHASISWA TERHADAP BAHASA ARAB

Bil Soalan 1 2 3 4
STS TS S SS
1 Minat Terhadap Nahu 0 5 11 11
0% 18.6% 40.8% 40.8%
2 Minat Terhadap Sorof 0 2 14 11
0% 7.4% 51.2% 40.8%
3 Minat untuk jadi guru Arab 1 8 11 7
3.7% 30% 40.8% 26%
4 Minat bercakap dalam bahasa Arab 0 5 13 9
0% 18.6% 48.1% 33.3%
5 Minat untuk memahami Al-Quran 0 0 11 16
dan Hadis 0% 0% 40.8% 59.2%
Jadual 3.5

Kajian menggunakan soal selidik yang dibina mengikut skala likert iaitu sangat tidak setuju,
tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Perbincangan bagi analisis data untuk jadual 3.5 dan
3.6 di atas akan dibincangkan dalam bab 4.

20
3.3 ANALISIS DATA (BAHAGIAN B)

3.3.1) PERASAAN DAN SIKAP MAHASISWA TERHADAP BAHASA


ARAB

Bil Soalan 1 2 3 4
STS TS S SS
1 Saya rasa bahasa arab banyak membantu 1 0 12 14
dalam pengajian saya 3.7% 0% 44.4 51.9%
%
2 Penggunaan bahasa arab banyak 0 1 6 20
digunakan dalam pengajian saya 0% 3.7% 22.2 74%
%
Jadual 3.6

Kajian menggunakan soal selidik yang dibina mengikut skala likert iaitu sangat tidak setuju,
tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Perbincangan bagi analisis data untuk jadual 3.5 dan
3.6 di atas akan dibincangkan dalam bab 4.

21
BAB 4

RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.0 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini , pengkaji akan
merumuskan secara ringkas mengenai segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah
dinyatakan dalam bab 3. Pengkaji juga akan mengemukakan beberapa bentuk cadangan yang
wajar diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian tersebut.

4.1 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Hasil kajian merupakan maklumat tentang persoalan dan objektif kajian yang dinyatakan
dalam bab 1 dalam kajian ini. Pengkaji telah berjaya memperoleh maklumat daripada kajian
soal selidik yang dijalankan kepada pelajar. Pengkaji akan menghuraikan beberapa soalan
yzng mempunyai peratusan yang tertinggi dalam perbincangan di bawah.

4.1.1 TAHAP MINAT MAHASISWA TERHADAP BAHASA ARAB

Berdasarkan hasil dapatan dari jadual 3.5 menjelaskan beberapa kesimpulan yang berkaitan
dengan tahap minat mahasiswa terhadap Bahasa Arab. Pengkaji mendapati bahawa majoriti
(59.2%) pelajar sangat setuju dan setuju (40.8%) dalam minat untuk memahami Al-Quran
dan Hadis manakala tiada responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju. Hal ini
menunjukkan Al-Quran dan Hadis adalah sebab utama mereka meminati subjek Bahasa Arab

22
kerana memahami Bahasa Arab akan memudahkan untuk memahami maksud ayat Al-Quran
dan maksud hadis.

Kemudian, ramai pelajar juga iaitu seramai (51.2%) setuju dan sangat setuju (40.8%) minat
terhadap sorof manakala selebihnya tidak setuju (7.4%). Ini menunjukkan pelajar yang
mengambil jurusan bahasa Arab dalam pengajian mereka ramai yang meminati subjek sorof.
Subjek sorof adalah asas bagi pembelajaran Bahasa Arab.

4.1.2 PERASAAN DAN SIKAP MAHASISWA TERHADAP BAHASA


ARAB

Jadual 3.6 menjelaskan beberapa kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan perasaan dan sikap
mahasiswa terhadap Bahasa Arab. Majoriti seramai (74%) sangat setuju dan setuju (22.2%)
bahawa penggunaan bahasa Arab banyak digunakan dalam pengajian mereka. Terdapat juga
responden yang tidak setuju iaitu (3.7%). Hal ini menunjukkan Bahasa Arab menjadi bahasa
kedua dalam pengajian mereka.

Seterusnya, majoriti responden sangat setuju (51.9%) dan setuju (44.4%) bahawa pelajar
merasa bahasa Arab banyak membantu dalam pengajian mereka manakala hanya (3.7%) yang
sangat tidak setuju. Bahasa Arab adalah subjek major yang perlu mereka kuasai dalam
pengajian mereka kerana banyak berkait rapat dengan jurusan mereka. Hal ini jurusan mereka
banyak berkait dengan ilmu agama yang menekankan Bahasa Arab.

4.2 CADANGAN KAJIAN

Hasil dari dapatan kajian diatas, pengkaji ingin memberi beberapa cadangan yang boleh
membantu para pelajar lebih meminati atau menarik minat terhadap bahasa Arab serta
mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Arab melalui program-program yang boleh
dilakukan di Universiti. Antara cadangan kepada pihak universiti adalah menganjurkan
program cintai bahasa Arab. Program ini perlu bertujuan untuk menarik pelajar untuk
meminati bahasa Arab dan mengenali lebih mendalam mengenai bahasa Arab iaitu bahasa
Al-Quran itu sendiri. Para pelajar perlu diterapkan mengenai bahasa Arab bahawa bahasa ini
tidaklah susah dan banyak manfaatnya jika pelajar kuasai iaitu mudah memahami bacaan
dalam solat, mudah membaca Al-Quran jika tahu menyebutkan setiap makhraj huruf dan
lebih mendekatkan kita dengan kisah nabi yang kebanyakkannya berlandaskan budaya arab.

23
Oleh itu, jika pelajar diterapkan dengan semua ini maka mereka akan lebih berminat untuk
belajar bahasa Arab atau menguasai bahasa Arab.

Seterusnya , pengkaji juga mencadangkan agar pihak universiti menyarankan kepada MPP
(majlis perwakilan pelajar) untuk mengadakan tayangan wayang filem bahasa Arab di setiap
minggu di dewan atau auditorium di universiti samaada secara percuma atau bayaran. Hal ini
amatlah berkesan kerana ramai pelajar suka menonton filem di hujung minggu sebagai
melepaskan tekanan kerana banyak assignment dan kelas. Program ini juga boleh dilakukan
oleh semua wakil kelab universiti. Terdapat banyak filem arab yang popular dan bermanfaat
untuk dijadikan tayangan hujung minggu di universiti. Oleh itu, pandangan serta sikap pelajar
terhadap bahasa Arab akan berubah dan mereka tidak akan menganggap bahasa Arab adalah
bahasa yang susah.

Selain itu, pelajar yang mengambil bahasa Arab perlu ditunjukkan dengan pelbagai syair arab
dan perumpamaan arab. Hal ini kerana pelajar yang mengambil bahasa arab di Malaysia perlu
diterapkan dengan pelbagai budaya arab supaya mereka merasai suasana di tempat arab
walaupun tidak belajar di universiti arab. Pengkaji mencadangkan agar pihak universiti
menganjurkan kempen membaca syair-syair arab dan perumpamaan arab oleh pelajar jurusan
arab sendiri. Syair-syair arab mempunyai pelbagai cerita antaranya kisah cinta, perjuangan,
wasiat dan sebagainya. Oleh itu , pelajar jurusan arab boleh menceritakan kembali dalam
bahasa melayu mengenai syair-syair tersebut kepada pelajar lain yang mengikuti kempen
tersebut agar mereka lebih suka dan berminat dengan syair-syair arab.

Akhir sekali pengkaji mencadangkan untuk pelajar yang mengambil bahasa Arab untuk
mencari suasana yang lebih menjadikan mereka menguasai bahasa kedua tersebut. Antaranya
adalah mendekati rakan yang mahir bahasa Arab. Hal ini dapat mengubah cara hidup pelajar
dengan zon yang selalu menarik diri untuk mendalami bahasa arab. Pelajar bukan lemah
mereka cuma kurang disiplin dan berada dalam zon yang jauh dari aura bahasa arab itu
sendiri.

4.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, melalui kajian ini pengkaji telah meneroka respons para pelajar terhadap
tahap minat dan sikap mereka terhadap bahasa Arab. Hasil kajian ini amat berguna untuk kita
mengetahui tahap minat dan sikap seseorang terhadap bahasa arab agar kita dapat
meningkatkan usaha untuk menarik minat pelajar dan memartabatkan juga bahasa arab ini

24
dalam negara kita. Walaupun secara keseluruhannya pelajar menunjukkan tahap minat dan
sikap yang tinggi terhadap bahasa Arab, namun terdapat juga kelemahan seperti terdapat
pelajar yang tidak meminati dan mempunyai sikap yang kurang baik terhadap bahasa Arab.
Oleh itu walaupun seorang atau dua pelajar yang mengambil jurusan arab tidak minat , kita
perlulah cakna agar dia dapat mendalami bahasa Arab dan dapat memasuki zon yang
menariknya agar mencintai bahasa Arab.

LAMPIRAN

25
BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul data bagi melengkapkan dapatan kajian
Tahap Minat dan Sikap Mahasiswa Terhadap Bahasa Arab.

PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR

1.Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang tahap minat
dan sikap mahasiswa terhadap bahasa Arab.

2.Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul
serta bukan bertujuan untuk menguji pelajar.

3.Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan
dianggap rahsia dan digunakan untuk kegunaan kajian sahaja.

4.Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu lampiran A,B dan C.

26
LAMPIRAN A

Borang Maklumat Demografi

1.Jantina Lelaki ( )

Perempuan ( )

2.Program Pengajian

Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan ( )

Diploma Syariah Islamiyyah ( )

Diploma Usuluddin ( )

3.Tahun Pengajian (Semester)

1( ) 2( ) 3( ) 4( ) 5( ) 6( )

4.Tahap minat mempelajari Bahasa Arab

Sangat Berminat ( )

Sederhana ( )

Tidak berminat ( )

27
LAMPIRAN B : TAHAP MINAT MAHASISWA TERHADAP BAHASA
ARAB

1 2 3 4

Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat Setuju


setuju

Bil Soalan 1 2 3 4
STS TS S SS
1 Minat Terhadap Nahu

2 Minat Terhadap Sorof

3 Minat untuk jadi guru Arab

4 Minat bercakap dalam bahasa Arab

5 Minat untuk memahami Al-Quran


dan Hadis

28
LAMPIRAN C : PERASAAN DAN SIKAP MAHASISWA TERHADAP
BAHASA ARAB

1 2 3 4

Sangat tidak Tidak setuju Setuju Sangat Setuju


setuju

Bil Soalan 1 2 3 4
STS TS S SS
1 Saya rasa bahasa arab banyak membantu
dalam pengajian saya
2 Penggunaan bahasa arab banyak digunakan
dalam pengajian saya

29
RUJUKAN

Nur Afifah Fadzil, Dzarif Ahmad, Zahidi Ahmad, Ahmad Nurilakmal Norbit (2021).
Hubungan Di Antara Persepsi Dengan Sikap Dan Minat Pelajar Tahfiz Bestari Dalam
Pembelajaran Bahasa Arab.

retrieved from:

https://www.researchgate.net/publication/
348868029_HUBUNGAN_DI_ANTARA_PERSEPSI_DENGAN_SIKAP_DAN_MINAT_P
ELAJAR_TAHFIZ_BESTARI_DALAM_PEMBELAJARAN_BAHASA_ARAB

Mohd Fahimi Zakaria, Amzar Mirwi (2020), Faktor Kecenderungan Minat Pelajar Terhadap
Subjek Bahasa Arab: Kajian Di Management and Science University

retrieved from:

https://www.researchgate.net/publication/
348183279_Faktor_Kecenderungan_Minat_Pelajar_Terhadap_Subjek_Bahasa_Arab_Kajian
_Di_Management_and_Science_University

Ab. Halim Mohamad, Wan Muhammad Wan Sulong (2016), Minat Dan Sikap Pelajar
Bacelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia Terhadap Bahasa Arab.

retrieved from:

https://journal.pbmitt.org.my/wp-content/uploads/2015/11/2-Minat-dan-Sikap-Pelajar-
Bacelor-Arab-di-IPTA-Malaysia-Terhadap-Bahasa-Arab.pdf

30
Muhammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benajaman, Zamri Arifin, Hubungan Antara
Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab Dengan Kualiti Guru Bahasa Arab MRSM
Ulul Albab Kota Putra.

retrieved from:

https://seminarpnparab2014.files.wordpress.com/2014/06/abdillah-samsuiman.pdf

31

Anda mungkin juga menyukai