Anda di halaman 1dari 31

CERAMAH

KEWANGAN
ISLAM
Topik 23: Ulangkaji
Larangan Riba
Surau Al-Abrar
Denai Alam, Shah Alam
21 Rejab 1436
9 Mei 2015

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @ Ustaz Lariba

Nasib Simpanan Kita #1


2

Mingguan Malaysia
26 April 2015

Nasib Simpanan Kita #2


3

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw.
sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan
orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus
bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?".
Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian
yang hadir berkata, Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan,
tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata,
"Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu".

Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda,


"Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab
Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw.
bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari
qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari
qiamat". (Riwayat Bukhari)

Nasib Simpanan Kita #2


4

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda : "Tanda-tanda


orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia
berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi
amanah dia mengkhianatinya" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

Definasi Riba
5

Dari segi harfiah atau bahasa erti riba ialah lebih,


biak, kembang, bertambah atau subur di atas
sesuatu daripada ukuran asal atau jumlah

Mazhab Hanafi: Riba sebagai


lebihan yang tidak setara
tukarannya mengikut ukuran
yang diakui syarak dengan
syarat-syarat yang dikenakan
oleh salah satu pihak yang
berkontrak dalam kontrak
pertukaran.

Dalil #1 Larangan Riba


6

Dalil #1 Larangan Riba


7

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat


berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal
Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan
Oleh
itu sesiapa riba.
yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman
itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil
riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (AlBaqarah: 275)

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


8

Bahagian 1 dari ayat Orang-orang yang memakan


(mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan
terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu

Tafsir Allah mengibaratkan keadaan


mereka pada saat bangkit dan keluar dari
kubur pada hari kiamat
Ertinya mereka tidak dapat berdiri dari kubur
mereka pada hari kiamat kecuali seperti
berdirinya orang gila pada saat mengamuk
dan kerasukan syaitan.
Ibnu Abbas mengatakan Pemakan riba akan
dibangkitkan pada hari kiamat kelak dalam
keadaan seperti orang gila yang tercekik.

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


9

Bahagian 2 dari ayat Yang demikian ialah disebabkan


mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan
berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Tafsir Maksudnya mereka menghalalkan riba dengan


maksud menentang hukum-hukum Allah
Artinya, mereka berkata keduanya serupa, lalu mengapa
Allah mengharamkan yang itu dan menghalalkan yang
itu?
Yang demikian itu merupakan penentangan
mereka terhadap syariat. Ertinya, yang ini
sama dengan yang ini, dan Allah sendiri telah
menghalalkan ini dan mengharamkan yang
ini.

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


10

Bahagian 3 dari ayat Padahal Allah telah menghalalkan


berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba
Tafsir Hal itu mungkin merupakan bahagian dari
kesempurnaan kalam sebagai penolakan terhadap mereka
atau apa yang mereka katakan, padahal mereka
mengetahui perbedaan hukum yang ditetapkan Allah antara
keduanya. Allahlah yang Maha Mengetahui segala hakikat
dan kemaslahatan persoalan.
Apa yang bermanafaat bagi hamba-hambaNya, maka
Allah akan membolehkannya bagi mereka, dan apa yang
membahayakan bagi mereka, maka Allah akan
melarangnya bagi mereka. Kasih sayang Allah kepada
pada hambaNya lebih besar daripada sayangnya seorang
ibu kepada anak bayinya.

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


11

Bahagian 3 dari ayat Padahal Allah telah menghalalkan


berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba
Tafsir Allah memberi penegasan tetang perbezaan yang
ketara antara keuntungan dari berjual-beli dan keuntungan
hasil dari riba
Keuntungan dari jual-beli terhasil daripada titik-peluh dan
dengan menghadapi risiko kerugian
Walhal keuntungan dari riba
adalah melalui tiada usaha dan
tiada risiko
Islam menggalakan kita berusaha
tetapi dengan memakan riba kita
menjadi malas

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


12

Bahagian 4 dari ayat Orang-orang yang telah sampai


kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari
mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu
(sebelum datangnya larangan), dan urusannya terserah kepada
Allah
Tafsir Maksudnya, barangsiapa yang telah sampai kepadanya
larangan memakan riba, lalu mengakhirinya ketika syariat sampai
kepadanya, maka baginya hasil muamalah terdahulu.

Dan sebagaimana sabda Rasulullah pada saat pembebasan kota


Makkah: Segala bentuk riba pada masa Jahiliyyah batal di
bawah kedua kakiku ini, dan riba yang pertama kali aku batalkan
adalah riba Abbas.

Rasulullah tidak menyuruh mereka mengembalikan keuntungan


yang mereka peroleh pada masa Jahiliyyah, tetapi Allah telah
memaafkan mereka atas apa yang telah berlalu.

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


13

Bahagian 5 dari ayat Orang yang mengulangi (mengambil riba)


maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di
dalamnya

Tafsir Maksudnya mereka kembali mengambil riba walaupun


mereka mengetahui riba itu haram, setelah sampai kepadanya
larangan tersebut, maka wajibnya hukuman ke atasnya

Maka apabila mereka memakan riba, maka tiada lain selain


daripada balasan nereka di mana mereka akan kekal di dalamnya

Sebab itulah ada ulama mengatakan


memakan hasil riba adalah sekeji-keji
dosa selepas syirik kepada Allah s.w.t.
sebab hukumnya sama dengan dosa
syirik iaitu kekal dalam neraka

Dalil #2 Larangan Riba


14

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah


mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan
adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya
kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat,
maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta
kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim
kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa
(Al-Baqarah ayat 279)

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


15

Bahagian 1 dari ayat Oleh itu, kalau kamu tidak juga


melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).

Tafsir Ayat ini merupakan peringatan keras dan ancaman


yang sangat tegas bagi orang yang masih tetap mengambil
riba setelah adanya peringatan tersebut.

Ibnu Juraji menceritakan Ibnu Abbas


mengatakan bahawasanya ayat maka
ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya,
maksudnya ialah, yakinilah bahawa
Allah dan RasulNya akan memerangi
kalian.

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


16

Tafsir Sedangkan Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu


Abbas, mengenai firman Allah, Jikalau kalian tidak
mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka
ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya akan
memerangi kalian.
Maksudnya, barangsiapa yang masih tetap
melalukan riba dan tidak melepaskan diri darinya,
maka wajib atas imam kaum muslimin memintanya
bertaubat, jika ia mahu melepaskan diri darinya,
maka keselamatan baginya, dan jika menolak,
maka ia harus dipenggal lehernya!

Kupasan Dari Tafsir Ibnu Kathir


17

Bahagian 2 dari ayat Dan jika kamu bertaubat, maka hak


kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada
sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Tafsir Maksudnya, kalian tidak berbuat zalim dengan


mengambil pokok harta itu. Dan tidak pula dianiaya.
Maksudnya, kerana pokok harta kalian dikembalikan tanpa
tambahan atau pengurangan.
Ibnu Mardawaih meriwayatkan, Imam Syafii memberitahu
kami, dari Sulaiman bin Amr, dari ayahnya, ia
menceritakan, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya setiap riba dari riba
Jahuliyyah itu sudah dihapuskan. Maka bagi kalian pokok
harta (modal) kalian, kalian tidak menganiaya dan tidak pula

Kenapa Hukum Makan Riba Berat?


18

Kenapakah orang yang tahu riba itu diharamkan Allah tapi masih
meneruskan perbuatan mengambil atau memberi riba, balasannya begitu
berat sekali iaitu mereka kekal dalam neraka?

Bahkan balasan itu sama sahaja dengan orang mensyirikkan Allah


Riba sebenarnya melanggar hukum tabii (sunnatullah) iaitu undangundang penurunan nilai atau law of depreciation. Allah telah berfirman
dalam Al Quran Surah Ar-Rahman ayat 26-27:

Semua yang ada di atasnya akan binasa. Dan tetap kekal wajah Rab
(Tuhan) engkau Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan).

Semua benda di dunia ini akan melalui proses susut nilai (depreciation), Allah
sajalah yang tidak begitu.

Dan membuat wang melalui riba supaya tidak mengikut proses tabii ini
adalah cubaan menyamai riba macam sifat Allah dan berlawanan sunnatullah

Jenis-Jenis Riba
19

RIBA

Riba
AlQuran

Riba AlDuyun
(Riba
Pinjaman)

Riba AlQardhu

Riba AlJahiliah

Riba AlBuyu
(Riba JualBeli)
Riba AlFadhl

Riba AlHadis

Riba AnNasiah

Contoh-Contoh Riba Al-Duyun


20

Ahmad adalah seorang peniaga


kedai runcit

Ahmad memberi hutang RM3,000


kepada Yusof

Ahmad memberi hutang RM5,000


kepada Yusof dan meminta Yusof
membeli barang dari kedainya
sebagai syarat beri hutang

Ahmad meminta Yusof memotong


rumput rumahnya dengan
menggunakan mesin rumput
Ahmad sendiri

Riba Al-Qardhu sebab mendapat


manfaat daripada hutang

Riba Al-Qardhu sebab mendapat


manfaat dari hutang

Tidak diharuskan mengambil apa-apa manfaat dari hutang,


secara langsung atau tidak langsung, material atau tidak

Adakah Ini Riba Al-Duyun?


21

Menjual kain dengan harga RM100 tunai atau


harga RM150 bayar 3 bulan.
Diharuskan kerana peningkatan pada harga
barang, bukan wang.
Subjeknya adalah kain, bukan wang

Memberi pinjaman RM1,000, peminjam


memulangkan RM1,100
Lebihan RM100 halal jika tidak dijanjikan atau
dikias-kiaskan semasa meminjam
Peminjam ingin menghadiahkan RM100 (hibah)
sebab telah menolongnya dalam kesusahan

Dalil Riba Al-Buyu (Jual-Beli)


22

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan


gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan
garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan
senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada
barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama
dilakukan antara tangan dan tangan. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)

Barang-Barang Ribawi
23

Barang ribawi silap transaksi barang ini boleh


terdapat unsur riba
Dibahagi mengikut illah adalah sesuatu alasan
atau sifat yang menyebabkan sesuatu hukum boleh
berlaku
Makanan Asasi

Harga (Thaman)

Emas

Perak

Barli

Kurma

Gandum

Garam

Makanan Asasi Adalah Barangan Ribawi


24

Beras tidak disebut di dalam Al-Quran atau


Sunnah, tetapi ia adalah barang ribawi
berdasarkan qiyas dengan gandum dan barli yang
sama-sama dianggap sebagai makanan asasi

Beras
(Malaysia)

Keju
(Eropah)

Roti
(Mesir)

Syarat-Syarat Tukar Barang Ribawi


25

MATAWANG

Jenis
Ema
s

Pera
k

US
D

MAKANAN ASASI
RM

Gandu Barl Kurm


m
i
a

Gara
m

MATAWAN Emas
G
Perak
USD
RM
MAKANA
N ASASI

Gandu
m
Barli

Secara
langsung atau tunai, jenis, jumlah atau berat mesti sama
Kurma
Secara
langsung atau tunai sahaja
Garam
Bebas dari syarat-syarat di atas

*Dari Dr Azman Mohd Noor, UIA

Contoh-Contoh Riba Al-Buyu


26

Membeli 100g emas


atau perak dan
membayar secara
ansuran
Riba Al-Fadl

Menukar wang syiling


sebanyak RM90 dengan
wang kertas
Diberi balik RM88 sebab
RM2 adalah upah

Menukar RM1,000
kepada SR1,200
SR800 diberi secara
tunai dan baki SR400
dua hari semudian

Pembelian emas dan


perak mesti dibayar dan
diserahkan secara
langsung, tidak boleh
ditangguh.

Riba Al-Fadhli kerana


tukaran sama jenis yang
berkurangan

Riba An-Nasiah kerana


tukaran barangan ribawi
secara tertangguh

Mesti menukar dengan


sama banyak

Adakah Ini Riba Al-Buyu?


27

Main kutu selama 10 orang, setiap orang bayar


RM100 sebulan selama 10 bulan
Undi dibuat untuk menentukan tarikh seseorang
akan dapat RM1,000, di mana RM1,000 ini
diberikan dalam bentuk emas (kutu emas)
Bukan Riba Al-Buyu jika emas dibeli setelah
cukup wang
Menjual RM250 Baucar Buku 1Malaysia
sebanyak RM200
Bukan riba sebab baucer ini boleh beli buku
sahaja dan tidak sempurna illah seperti wang
Tetapi pecah amanah sebab melangggar syarat
beli buku

Online Forex Melibatkan Riba Al-Buyu


28

Forex online adalah tidak patuh shariah


dan melibatkan riba al-buyu kerana:

Pertukaran wang
asing secara dalam
talian (online forex)
oleh individu

Matawang adalah barangan ribawi

Pembelian wang tunai secara kredit


(tertangguh)

Menjual matawang secara tertangguh


Mengandungi unsur bay al-najsy iaitu
peniaga menawarkan harga bukan
untuk memiliki matawang sebaliknya
untuk memberi faedah kepada
penjual melalui kenaikan harga

Mengandungi unsur perjudian yang


bergantung kepada turun naik harga

MLM Umrah Skim Piramid Riba Al-Buyu


29

Bayar yuran RM1,700, selepas cari 7 orang jadi ahli,


dapat pergi umrah RM6,500, sebab dapat upah RM700
setiap ahli
Barang jualan bukan umrah tapi keahlian dan wang,
diselindung disebalik produk umrah
Wang adalah barang ribawi,
pertukaran mesti sama,
tidak boleh buat wang dari
wang kerana menyalahi
Bai Al-Sarf
Ini adalah skim piramid
yang dilarang

30

Terima
Kasih
012 286 0669
ustazlariba@gmail.c
om
Ustaz Lariba
31

Anda mungkin juga menyukai