Anda di halaman 1dari 2

Soalan

Untuk Dr Faisal (Updated 070516)



Kontrak
1. Tolong email kontrak rasmi yang di tandatangan antara pengusaha CWC
dan CWC pada atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016.
2. Tolong berikan nama-nama kontrak muamalat Islam yang digunakan
dalam kontrak CWC terebut pada atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016..

Pelan Pemasaran
1. Tolong email pelan pemasaran CWC yang terkini dan rasmi pada atau
sebelum Sabtu, 7 Mei 2016.
2. Tolong beritahu kenapa pelan pemasaran CWC berubah-rubah
(perbandingan antara perbualan Dr Faisal dengan Dr Suffian dan yang
dikirim oleh seorang KR CWC, KR Fakhrullah).Kenapakah pelan
pemasaran CWC semacam dirahsiakan dan tidak terdapat di mana-mana
untuk tatapan umum?
3. Ada tak code of conduct untuk pengusaha CWC?

Lain-Lain
1. Kalau bukan system MLM, apakah sistem pemasaran CWC? Minta tolong
buktikan.
2. Kalau bukan sistem MLM apakah hubungan Khalifah Ringgit (KR) dengan
CWC.

Penasihat Syariah
1. Apakah hubungan Ustaz Zaharudin Muhammad dengan CWC?

2. Kenapa ada seorang penasihat syariah sahaja? Bukankah lebih baik ada
sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang, supaya keputusan dibuat secara
kolektif ?

3. Sebagai seorang penasihat syariah, pernah tak Dr Faisal memberikan
penyataan rasmi (yang bertandatangan) mengenai pelan pemasaran,
operasi dan produk CWC untuk tatapan umum? Jika ada, sila email pada
atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016.

4. Jika ada penyataan rasmi patuh syariah, sila buktikan atau sahkan seperti
berikut:

a. Apakah terms of reference memperuntukkan kuasa dan bidang
kuasa Penasihat Syariah?

b. Ada tak mesyuarat Ajk Syariah/ penasihat Syariah, dengan minit

mesyuarat?

c. Ada tak Syariah sekretariat untuk buat kajian, menyediakan kertas


kerja mesyuarat, semakan dalaman dalam SOP, manual produk
dan mencatat minit mesyuarat?


d. Ada tak sijil atau pengakuan patuh Syariah daripada Penasihat/
Ahli Jawatankuasa Syariah setelah meneliti keseluruhan kerangka
produk?

e. Ada tak pengesahan patuh Syariah tahunan ke atas seluruh operasi


syarikat setelah dilihat laporan kewangan tahunan?


5. Jika tiada penyataan syariah rasmi:

a. Apakah peranan atau tugas sebenar Dr Faisal di CWC?

b. Bilakah penyataan syariah rasmi akan dikeluarkan? Kenapa
mengambil masa begitu lama? Betulkah pada bulan September
2015, Dr Faisal telah berjanji dalam FB Dr Faisal bahawa Dr Faisal
akan mengeluarkan penyataan yang lebih patuh syariah pada
bulan 11 nanti. Kalau janji itu untuk bulan 11 tahun lepas,
sudahkah Dr Faisal keluarkan penyataan tersebut?

c. Kenapakah kebanyakan ahli CWC menggunakan gambar Dr Faisal
dalam aktiviti pemasaran mereka dengan mendakwa sebab ada
Dr Faisal sebagai penasihat syariah CWC, maka pelan pemasaran
CWC dianggap halal. Tidakkah ini menggalakkan fitnah? Apa
pendapat Dr Faisal?



Anda mungkin juga menyukai