Anda di halaman 1dari 13

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TREK AKADEMIK DAN STANDARD ACADEMIC

PERFORMANCE TARGET (AMENDED) 2016

1. Pengenalan

Pensyarah di Universiti Awam (UA) adalah diletakkan di bawah klasifikasi


Perkhidmatan Pendidikan dan dipertanggunjawabkan dengan skop tugas yang
merangkumi pengajaran & penyeliaan, penyelidikan & penerbitan, tugas klinikal
(bagi Pensyarah Perubatan, Pergigian dan Farmasi) serta tugas kepimpinan
akademik. Dalam usaha menarik bakat terbaik dan mengekalkan tenaga pensyarah
ini, UM menyediakan satu kaedah penetapan tanda aras dan pengukur pencapaian
prestasi yang fleksibel dan saksama bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan
pensyarah.

Kaedah yang diwujudkan mengambilkira kepelbagaian aktiviti akademik dan


penekanan peranan dalam setiap bidang keilmuan yang mana ke semuanya adalah
penting dalam mencapai visi dan misi UM sebagai Universiti Penyelidikan. Kaedah in
diwujudkan melalui pengenalan tiga (3) laluan kerjaya Trek Akademik yang
berbeza berdasarkan disiplin ilmu dan penambahbaikan kepada Standard
Academic Performance Target (SAPT) sedia ada.

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai


pelaksanaan Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016. Garis panduan digubal
oleh Jawatankuasa Khas dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk
pelaksanaan.

2. Tarikh Kuatkuasa

Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016 diluluskan oleh Lembaga Pengarah
Universiti pada 18 Februari 2016 akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Januari
2017.

3. Keterangan

(1) Trek akademik merujuk kepada laluan kerjaya yang disediakan oleh pihak
Universiti untuk Pensyarah merangkumi yang berikut:

(a) Standard Track pemberatan tugas pengajaran dan penyelidikan yang


sama rata;

Standard (Clinical) Track pemberatan khidmat klinikal paling tinggi


berbanding dengan tugas pengajaran dan penyelidikan;

(b) Research Track pemberatan tugas penyelidikan paling tinggi. Petunjuk


dan penilaian prestasi diukur dengan memberi fokus lebih kepada
pencapaian dalam aktiviti penyelidikan dan hasilnya; dan

(c) Teaching Track pemberatan tugas pengajaran paling tinggi. Petunjuk


dan penilaian prestasi diukur dengan memberi fokus lebih kepada
1
pencapaian dalam tugas pembangunan dan penyampaian program
akademik.

(2) SAPT (Amended) 2016 merupakan satu kaedah untuk menetapkan tanda aras
minima yang perlu dipenuhi sebelum seseorang Pensyarah layak
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

(3) Wajaran* tugas yang ditetapkan bagi setiap disiplin adalah seperti berikut:

Jadual 1. Disiplin Science

Weightage/Track
Pillars/Tracks
Standard Research Teaching
1. Teaching & Supervision 40% 25% 60%
2. Research & Publication 40% 60% 15%
3. Administrative Leadership 10% 5% 15%
4. Academic Leadership & 10% 10% 10%
Recognition

Jadual 2. Disiplin Social Science

Weightage/Track
Pillars/Tracks
Standard Research Teaching
1. Teaching & Learning 40% 20% 60%
2. Research & Publication 40% 60% 20%
3. Administrative Duties & Leadership 20% 20% 20%

Jadual 3. Disiplin Clinical

Weightage/Track
Pillars/Tracks Standard Research Teaching
(Clinical)
1. Clinical Qualification Compulsory requirement without any
weightage assigned
2. Teaching & Learning 15 - 30% 15% 60%
3. Research & Publication 15 - 40% 60% 15%
4. Professional Services / 20 60% 15% 15%
Consultation
5. Administrative Duties & 10% 10% 10%
Leadership
Nota: staf yang mempunyai kelayakan akademik klinikal di dalam jabatan para-klinikal (Mikrobiologi Perubatan,
Parasitologi, Farmakologi, Sains Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Biologi Mulut) mesti menjalankan
sekurang-kurangnya 20% tugas-tugas klinikal dan perkhidmatan pengurusan pesakit bagi melayakkan mereka
menggunakan trek Standard(Clinical).

*Wajaran ditetapkan oleh Pengurusan Universiti dan tertakluk kepada pindaan berdasarkan keperluan
PTj dan Universiti dari semasa ke semasa.
2
(4) Perincian dan perbandingan Pillars, Criteria dan Sub-Criteria bagi disiplin
Science, Social Science dan Clinical adalah seperti di lampiran berikut:

(a) SAPT for Science and Pusat Asasi Sains UM (PASUM) BSM 01/2016
(b) SAPT for Social Science - BSM 02/2016
(c) SAPT for Clinical - BSM 03/2016

4. Pemakaian

Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016, pada dasarnya digubal untuk tujuan
urusan kenaikan pangkat Pensyarah ke gred 54 dan ke atas. Walau bagaimanapun,
penggunaannya turut dipanjangkan untuk urusan pelantikan (terhad untuk pelantikan
ke gred jawatan 53 dan ke atas).

(1) Kenaikan Pangkat

(a) Kelayakan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah terhad kepada


staf warganegara berjawatan tetap sahaja. Staf warganegara berjawatan
kontrak/sementara dan staf bukan warganegara hanya boleh
dipertimbangkan untuk pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi tertakluk
kepada memenuhi keperluan yang ditetapkan.

(b) Staf perlu memenuhi kriteria berikut untuk layak dipertimbangkan kenaikan
pangkat:

(i) Kriteria Umum bagi kenaikan pangkat seperti yang ditetapkan


dalam Manual Panduan Permohonan Kenaikan Pangkat ke Gred
yang Lebih Tinggi bagi Kakitangan Akademik diluluskan pada 8
Mac 2007 (rujuk UMPORTAL) dan apa-apa pindaan yang
dilakukan kepadanya, sekiranya ada; dan

(ii) Memenuhi tanda aras minima seperti yang ditetapkan dalam SAPT
(Amended) 2016 dengan mencapai markah berikut:

Jadual 4. Markah Minima Bagi Membolehkan Pertimbangan Kenaikan Pangkat

Disiplin Pemberatan Catatan


Sekurang-kurangnya 70% hendaklah daripada
Science 85% Pillar Teaching & Supervision dan Research &
Publication
Social Science 85%
Tiada keperluan khusus
Clinical 80%

Nota:
1. Markah Minima bagi Disiplin Science dan Social Science adalah termasuk bonus.
2. Markah Minima bagi Disiplin Clinical adalah dari Component A: Core Activities sahaja.
3
4
(c) Tempoh transisi adalah selama satu (1) tahun mulai tarikh kelulusan
pelaksanaan Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016. Tempoh transisi
ini bertujuan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih untuk
memberi
kelonggaran dalam pertimbangan kenaikan pangkat kepada staf yang
tidak memenuhi tanda aras minima seperti yang ditetapkan dalam SAPT
(Amended) 2016, yang mana permohonan boleh dipertimbang
berdasarkan SAPT sedia ada (2009).

(d) Walaupun kriteria 4(1)(b)(i) dan 4(1)(b)(ii) dipenuhi, kenaikan pangkat


adalah TIDAK AUTOMATIK tetapi tertakluk kepada keputusan akhir
Jawatankuasa Pemilih yang berkenaan.

(e) Kenaikan Pangkat ke jawatan di Gred 54 bagi Pensyarah Perubatan yang


memilih trek Clinical adalah berdasarkan Laluan Kerjaya Bagi Skim
Perkhidmatan Pensyarah Perubatan di Universiti Awam seperti mana yang
diluluskan oleh LPU pada 13.8.2010 atau apa-apa pindaan yang berlaku
dari semasa ke semasa.

(f) Kriteria Umum kenaikan pangkat dan SAPT (Amended) 2016


memperuntukkan peluang kenaikan pangkat kepada staf tanpa kelayakan
PhD dengan pertimbangan secara case by case basis. Keputusan akhir
adalah tertakluk kepada perakuan Ketua PTj dan kelulusan Jawatankuasa
Pemilih yang berkenaan (keputusan LPU 08.03.2007).

(g) Kriteria tambahan lain boleh ditetapkan oleh PTj tertakluk kepada
kelulusan Pengurusan Universiti.

(h) Proses permohonan kenaikan pangkat adalah bergantung kepada gred


jawatan yang dimohon dan perlu melalui jawatankuasa yang berkenaan
sama ada di peringkat PTj atau Pentadbiran Pusat (rujuk Arahan Kerja
semasa).

(i) Kenaikan pangkat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya setahun sebelum


mencapai umur persaraan paksa.

(j) Rayuan kepada keputusan kenaikan pangkat hanya boleh


dipertimbangkan setelah 6 bulan dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan,
tertakluk kepada calon mengemukakan maklumat baru.

(2) Pelantikan

Penggunaan Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016 turut dipanjangkan


kepada pelantikan Pensyarah warganegara dan bukan warganegara.

(a) Pelantikan Pensyarah Warganegara

(i) Trek Akademik dan SAPT (Amended) 2016 digunapakai bagi


pelantikan staf di Gred 53 dan ke atas;

5
(ii) Bagi pelantikan Pensyarah di Gred 51 (Kontrak), calon perlu
memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) serta menunjukkan penglibatan dalam tugas akademik
yang berkaitan;

(iii) Bagi pelantikan Pensyarah di Gred 51 (Tetap), calon perlu


memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JPA dan kriteria tambahan
berikut:

Jadual 5. Kriteria Pelantikan Pensyarah Warganegara di Gred 51

Perkara Science Social Science Clinical Catatan


Syarat untuk
Kelayakan
Seperti yang ditetapkan oleh JPA pelantikan
Akademik
Kontrak
8 (sekurang-
Penerbitan kurangnya 1 ISI
(bukan di dalam
3 ISI ATAU Tidak berkenaan
Bealls List/ MOHE
banned list) 1.5 Scopus)
Syarat untuk
Penyeliaan 2 Masters by 2 Masters by Co-supervision of pelantikan
Calon Ijazah Research Research Clinical Masters Tetap
Tinggi** (ongoing***) (ongoing***) #(ongoing***)
Geran
RM50,000.00 RM15,000.00 RM10,000.00
penyelidikan

Nota: ** rujuk kepada Conversion Table di Para 8(6)(a)


*** bermaksud penilaian pelajar pasca ijazah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6/12# bulan

(iv) Laluan Kerjaya Baharu Bagi Skim Perkhidmatan Pensyarah


Perubatan di Universiti Awam turut dipanjangkan bagi pelantikan
Pensyarah Perubatan di Gred 53.

(v) Kriteria tambahan lain boleh ditetapkan oleh PTj tertakluk kepada
kelulusan Pengurusan Universiti.

(vi) Proses permohonan pelantikan adalah bergantung kepada gred


jawatan yang dimohon dan perlu melalui jawatankuasa yang
berkenaan sama ada di peringkat PTj atau Pentadbiran Pusat (rujuk
Arahan Kerja semasa).

(b) Pelantikan Pensyarah Bukan Warganegara

(i) Pelantikan staf bukan warganegara adalah dikawal di bawah Surat


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 Penurunan Kuasa
Menimbang Pelantikan secara Kontrak oleh Institusi Pengajian
Tinggi Awam yang menetapkan keperluan pengalaman minima
dalam bidang akademik yang berkaitan seperti berikut:

6
7
Jadual 6. Kriteria Pelantikan Staf Akademik Bukan Warganegara

Bil. Bilangan Tahun Pengalaman Yang Diperlukan


Jawatan dan Gred
oleh SPP Bil. 3/2008
1. Pensyarah Universiti (DS51) Sekurang-kurangnya 8 tahun atau 6-7 tahun (dalam
Pensyarah Perubatan (DU51) bidang kritikal) pengalaman yang relevan selepas
Pensyarah Pergigian (DUG51) memiliki kelayakan Sarjana atau PhD
Pensyarah Farmasi (DUF51)
2. Profesor Madya (DS53) Sekurang-kurangnya 11 tahun atau 9-10 tahun
Pensyarah Perubatan (DU53) (dalam bidang kritikal) pengalaman yang relevan
Pensyarah Pergigian (DUG53) selepas memiliki kelayakan Sarjana atau PhD
Pensyarah Farmasi (DUF53)
3. Gred Khas A, B, C (Profesor) Sekurang-kurangnya 15 tahun atau 12-14 tahun
(dalam bidang kritikal) pengalaman yang relevan
selepas memiliki kelayakan PhD

(ii) Bagi calon yang tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi


seperti yang disyaratkan di atas, pelantikan boleh dipertimbangkan
tertakluk kepada calon menunjukkan prestasi cemerlang dalam
pencapaian penerbitan akademik. Syarat pengalaman boleh
disamatarafkan dengan penerbitan seperti berikut:

Jadual 7. Penyamatarafan Penerbitan bagi Pelantikan Pensyarah Bukan


Warganegara Yang Tidak Memenuhi Syarat Pengalaman Kerja Yang
Mencukupi

Pelaksanaan di UM
Bilangan Tahun
Pengalaman Yang *Bil. Penerbitan ISI
Bil. Jawatan dan Gred Tahun Pengalaman
Diperlukan oleh SPP (boleh ditukarganti
Kerja yang Boleh
Bil. 3/2008 dengan tahun
Diambilkira
pengalaman kerja)
1. Pensyarah Universiti Mempunyai pengalaman Mempunyai pengalaman Disiplin Science:
(DS51) relevan setelah tamat relevan setelah tamat 2 ISI = 1 tahun
Sarjana/PhD: Sarjana/PhD: pengalaman

(i) pengalaman sekurang- (i) pengalaman


kurangnya 8 tahun; atau sekurang-kurangnya 4
tahun; atau Disiplin Social
Science:
(ii) pengalaman antara 6 (ii) pengalaman antara 3 3 Scopus = 1 tahun
hingga 7 tahun bagi calon hingga 4 tahun bagi pengalaman
dalam bidang kritikal calon dalam bidang
kritikal
2. Pensyarah Perubatan Mempunyai pengalaman Mempunyai pengalaman
(DU51) relevan antara 6 hingga 7 relevan antara 3 hingga 1 ISI = 1 tahun
3. Pensyarah Pergigian tahun setelah tamat 4 tahun setelah tamat pengalaman
(DUG51) Ijazah Sarjana Klinikal/ Ijazah Sarjana Klinikal/
4. Pensyarah Farmasi Kepakaran Profesional/ Kepakaran Profesional/
PhD PhD 2 ISI = 1 tahun
(DUF51) pengalaman

8
5. Profesor Madya (DS53) Mempunyai pengalaman Mempunyai pengalaman Disiplin Science:
relevan setelah tamat relevan setelah tamat 4 ISI = 1 tahun
Sarjana/PhD: Sarjana/PhD: pengalaman

(i) pengalaman sekurang- (i) pengalaman


kurangnya 11 tahun; atau sekurang-kurangnya 6
tahun; atau Disiplin Social
Science:
(ii) pengalaman antara 9 (ii) pengalaman antara 5 6 Scopus = 1 tahun
hingga 10 tahun bagi hingga 6 tahun bagi pengalaman
calon dalam bidang calon dalam bidang
kritikal kritikal

6. Profesor Madya/ Mempunyai pengalaman Mempunyai pengalaman


Pensyarah Perubatan relevan antara 9 hingga relevan antara 5 hingga
(DU53) 10 tahun setelah tamat 6 tahun setelah tamat 2 ISI = 1 tahun
7. Profesor Ijazah Sarjana Klinikal/ Ijazah Sarjana Klinikal/ pengalaman
Madya/Pensyarah Kepakaran Profesional/ Kepakaran Profesional/
Pergigian (DUG53) PhD PhD
8. Profesor Madya/
4 ISI = 1 tahun
Pensyarah Farmasi
pengalaman
(DUF53)
9. Gred Khas C (Profesor) Mempunyai pengalaman Mempunyai sekurang- 6 ISI = 1 tahun
relevan setelah tamat kurangnya 10 tahun pengalaman
Sarjana/PhD: pengalaman kerja yang
10. Gred Khas B (Profesor) 8 ISI = 1 tahun
relevan setelah tamat
(i) pengalaman sekurang- Ijazah Sarjana Klinikal/ pengalaman
11. Gred Khas A (Profesor) kurangnya 15 tahun; atau Kepakaran Profesional/
PhD
(ii) pengalaman antara 12 10 ISI = 1 tahun
hingga 14 tahun bagi pengalaman
calon dalam bidang
kritikal

Nota: *Kiraan penyamatarafan adalah berdasarkan KPI tahunan yang digandakan (penerbitan Scopus tidak
diambil kira untuk pelantikan ke Gred Khas C dan ke atas).

(iii) Pertimbangan dan kelulusan pelantikan diberi oleh Jawatankuasa


Pemilih yang berkenaan secara case by case basis.

(iv) Bagi memastikan calon bukan warganegara yang dilantik adalah


daripada kalangan yang berprestasi tinggi, keutamaan diberi
kepada calon yang mempunyai pencapaian yang melebihi tahap
minima yang ditetapkan dalam SAPT (Amended) 2016.

5. Penetapan/Pertukaran Trek Akademik

(1) Pengurusan PTj adalah bertanggungjawab memastikan peratusan Pensyarah


yang berada di dalam sesuatu trek adalah berdasarkan agihan peratusan yang
diluluskan oleh JawatankuasaPengurusan Universiti seperti berikut:

9
Jadual 8. Agihan Peratusan Staf Setiap Disiplin/Trek Akademik Berdasarkan
Ketetapan Universiti

Discipline/ Standard/
Academic Track Clinical Research Teaching
(for FOM& FOD)
Science 70% 25% 5%
Social Science 70% 25% 5%
Clinical 70% 15% 15%

Nota: Agihan peratusan staf di setiap trek adalah tertakluk kepada kelulusan Pengurusan Universiti.

(2) Pada awal pelaksanaan, staf tetap yang telah berada di UM diberi peluang
untuk menentukan trek akademik yang bersesuaian dengan rekod prestasi
semasa dan kepakaran (forte) dalam bidang tugas masing-masing tertakluk
kepada kelulusan PTj.

(3) Staf yang baru dilantik mulai tarikh kelulusan penggunaan Trek Akademik akan
diberi laluan trek Standard. Keputusan penetapan trek ini terkecuali bagi
disiplin Clinical yang mana akan ditentukan oleh PTj berkenaan.

(4) Bagi calon bukan warganegara, pelantikan pertama ditetapkan di trek


Research. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh diberi untuk pelantikan
di trek lain berdasarkan keperluan semasa PTj.

(5) Pertukaran trek boleh dibuat seperti berikut:

(a) setelah staf berada di trek tertentu sekurang-kurangnya bagi tempoh dua (2)
tahun;

(b) bilangan pertukaran terhad kepada dua (2) kali bagi keseluruhan tempoh
perkhidmatan di UM. Keputusan pertukaran adalah tertakluk kepada
persetujuan Ketua PTj dengan merujuk kepada prestasi semasa staf di
samping mengambilkira peratusan agihan staf bagi ketiga-tiga trek di PTj;

(c) PTj perlu memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia selewat-


lewatnya pada akhir minggu kedua bulan Januari setiap tahun dan trek baru
akan berkuatkuasa mulai minggu ketiga bulan berkenaan.

6. Pertimbangan Khas Bagi Penggunaan SAPT (Amended) 2016

(1) Pertimbangan khas untuk menukar penggunaan disiplin yang ditetapkan dalam
SAPT (Amended) 2016 dibenarkan bagi kes khas seperti berikut:

(a) Jabatan di bawah disiplin Science yang mana penyelidikan/aktiviti


akademik menjurus kepada disiplin Social Science; atau

(b) Jabatan di bawah disiplin Clinical yang mana penyelidikan/ aktiviti


akademik menjurus kepada disiplin Science.
10
(2) Jabatan yang terlibat bagi kes yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:

Jadual 9. Penggunaan Disiplin Sebagai Pertimbangan Khas

Jabatan SAPT Catatan


Pengajian Sains & Teknologi, Sains Social Pertimbangan khas boleh diberi kepada
Maklumat Perpustakaan, Sains Science jabatan/bidang/individu selain dari jabatan
Sukan, Perancang Bandar dan yang dinyatakan.
Wilayah
Pre-Klinikal: Anatomi, Fisiologi, Science Contohnya staf Institut Sains Biologi yang
Perubatan Molekular mempunyai kecenderungan dalam bidang
ethics boleh memilih untuk menggunakan
Para-Klinikal: Anatomi, Perubatan SAPT Social Science tertakluk kepada
Kemasyarakatan & Pencegahan, perakuan dan kelulusan Ketua PTj.
Farmakologi, Mikrobiologi Perubatan,

(3) Pertimbangan khas juga boleh diberi secara individu tertakluk kepada kelulusan
Ketua PTj.

7. Pengiktirafan

Elemen bonus diperkenalkan di dalam SAPT (Amended) 2016 bagi memberi


pengiktirafan kepada pencapaian dan sumbangan seperti berikut:

(1) Pencapaian dan sumbangan lain yang tidak ditetapkan dalam trek akademik
yang dipilih, contohnya penerbitan buku bagi disiplin Science atau penyeliaan
calon ijazah tinggi bagi disiplin Clinical di bawah Teaching Track;

(2) Pencapaian yang melebihi tanda aras minimum yang ditetapkan;

(3) Markah maksimum yang boleh dituntut bagi elemen bonus ialah 5/100 (bagi
disiplin Science dan Social Science). Tiada had ditetapkan bagi disiplin Clinical.

(4) Perincian bagi elemen bonus adalah seperti berikut:

Jadual 10. Perincian Tugasan Yang Boleh Dikategorikan Sebagai Bonus

No. Items Science Social Science Clinical


1. ISI publication (above min 1 point for every 1 point for every 1
requirement) paper ISI/ 1.5 Scopus
2. IPR/Copyright 1 2 points NA
Refer to
3. Book 2 points for every 1 point for every Component B1-
book (book must book above min. B3 of SAPT
have min. 4 requirement (Amended)
chaps, 50 pages) 2016
4. Chapter in Book 1 point for every 1 point for every 4
chapter (Max 4 chapters above
points) min. requirement

11
5. Entrepreneurial Achievement 5 points for every NA
(commercialized product/ achievement
licensing/services/start-ups/
spin-offs)
6. Pharmacy (DUF) : additional 5 Max 10 points NA
points (max) for 8 clinical
hours/week
7. PhD supervision completed 1 point for every 1 point for every
(above min. requirement) additional student additional student
8. External Research Grants NA 1 point for every
(above min. requirement) additional RM50K
9. Teaching above min. 2 points every 10 1 point
requirement hours applicable
for Teaching track
only
10. 2 years Administrative duties Equivalent to 1 ISI Equivalent to 1
* Appointment by VC ISI

8. Lain-lain

(1) Pengecualian daripada memenuhi sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan


dalam SAPT (Amended) 2016 boleh dipertimbangkan kepada mana-mana
bidang/individu tertentu tertakluk kepada kelulusan Pengurusan Universiti.
Contoh pengecualian yang boleh diberi adalah seperti berikut:

Disiplin Bidang/ Jabatan Kriteria


Science Matematik Geran Penyelidikan
Matematik Tulen Penyeliaan
PASUM Penerbitan/Penyeliaan/Geran
Penyelidikan

(2) Pengecualian yang diberi adalah tidak terhad kepada contoh bidang/Jabatan
dan kriteria yang dinyatakan di atas tetapi boleh dipanjangkan kepada
bidang/Jabatan dan kriteria lain yang akan ditetapkan oleh Pengurusan
Universiti dari semasa ke semasa.

(3) Rekod penyeliaan (on-going dan completed supervisions) pelajar pasca ijazah
di institusi terdahulu boleh diambilkira untuk pertimbangan bagi pelantikan staf
baru.

(4) Penggunaan kriteria H-index dan Citation diterima pakai berdasarkan keperluan
disiplin berikut:

(a) Disiplin Science H-index dan Citation merupakan kriteria wajib untuk
semua trek (jadual H-index dan Citation merujuk kepada jadual dalam
SAPT 2009)

(b) Disiplin Clinical H-index merupakan kriteria wajib bagi trek Research
dan merupakan elemen bonus bagi trek Standard dan Teaching.
Manakala Citation merupakan elemen bonus bagi semua trek

12
(5) Status authorship sama ada sebagai First author/Corresponding author
diambilkira dalam menilai kualiti penerbitan staf.

(6) Penyamatarafan Kriteria (Conversion Criteria)

(a) Mekanisma bagi menyamataraf (conversion) pencapaian adalah seperti


berikut:

Jadual 11. Jadual Penyamatarafan

Criteria Science Social Science Clinical


Supervision 1 PhD = 2 MR = 6 MM = 1PhD = 2MR = 4 MM = 1 PhD = 1 DrPH =
10 MC 6 MC 2 MR = 2 CM = 2CF
MC (with project of no less a) MC (with project of no -
than 6 credit hours) less than 6 credit hours)
b) Conversion to MC is not
allowed for VK6 & VK5 in
Standard Track.
Conversion is allowed only Conversion is allowed for all -
for Senior Lecturer DS52 positions except for
and Associate Professor Research Track.
only.
Conversion is allowed once - -
from Masters to PhD for
Standard Track only. For
Teaching Track conversion
is allowed as indicated in
SAPT (Amended) 2016.

Unlimited conversion is allowed from PhD to Masters.

10 UG is allowed for appointment and promotion to 51/52 -


only
Publication -
Book 1 book = 2 ISI 1 book = 4 Chapters in Book -
ISI 2 patents = 1 ISI 1 ISI = 1.5 Scopus

(max 1 book & 4 patents)

Garis Panduan ini digubal dan diluluskan untuk keperluan semasa. Pihak Pengurusan
Universiti berhak untuk menerimapakai dan/atau meminda dari semasa ke semasa
mana-mana klausa di dalam Garis Panduan ini bagi memenuhi keperluan semasa
Jabatan/PTj dan Universiti.

Garis Panduan disediakan oleh:

Sekretariat Laluan Kerjaya & SAPT (Amended) 2016


Unit Pelantikan dan Kemajuan Kerjaya
Bahagian Sumber Manusia
5 Januari 2016

13

Anda mungkin juga menyukai