Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

KAJIAN SEMULA ELAUN MAHASISWA TAJAAN DI INDONESIA


28 Januari 2011

Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera.

1. PENGENALAN

Bersuaian dengan Bab II Fasal 6.2, Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di


Indonesia (PKPMI) bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan pelajar-pelajar
Malaysia di Indonesia dalam segala perundingan dan perhubungan dengan pihak-pihak
berkenaan, kami ingin mengajukan kertas kerja permohonan kajian semula elaun pelajar-pelajar
tajaan Malaysia di Indonesia. Hal ini disebabkan oleh trend peningkatan kos sara hidup yang
ketara semenjak tahun 2008 hingga 2011 di kebanyakan tempat di Indonesia.

Perincian Kadar Elaun Indonesia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2006 adalah seperti yang dilampirkan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Setelah menjalankan kajian rasmi dan tidak rasmi semenjak tahun 2008, pihak kami
mendapati beberapa elemen peruntukan elaun wajar dikaji semula disebabkan oleh kenaikan
harga barang dan kos sara hidup di kebanyakan tempat di Indonesia khususnya di kota-kota
besar.

Hal ini dikuatkan lagi oleh sebuah kajian di peringkat antarabangsa mengenai kos sara
hidup di bandar-bandar besar di seluruh dunia. Dalam laporan tersebut yang berjudul ’Mercer’s
Annual Cost of Living Survey 2010’, Jakarta telah menduduki tangga ke-94 kos sara hidup
termahal di dunia. Sebagai perbandingan, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-138. Laporan
tersebut telah dikeluarkan pada bulan Jun 2010. Anggapan bahawa kos sara hidup di Indonesia
lebih murah adalah tidak tepat memandangkan negara ini juga kurang memberikan subsidi
terhadap barang-barang keperluan harian selain lemahnya pengawasan terhadap harga barang-
barang kawalan.

Pemberian elaun dalam nilai Ringgit juga tidak jarang mengakibatkan susut nilai akibat
dari fluktuasi nilai pertukaran matawang asing.

Selain itu, beban kewangan yang ditanggung semakin berat dirasakan sewaktu para
mahasiswa menjalani latihan amali atau clinical.
2. TUJUAN

2.1. Menetapkan pemberian elaun bulanan (elaun sara hidup & penginapan) dalam nilai Rupiah
kerana ini lebih bersesuaian dengan kos sara hidup sebenar yang dihadapi di Indonesia sekaligus
mengelakkan pemberian peruntukan yang berlebihan atau kurang

2.2. Mengkaji semula jumlah elaun bulanan (elaun sara hidup & penginapan) disebabkan oleh
peningkatan kos yang ketara semenjak tahun 2008 (Sila rujuk Lampiran 2- Skema Perhitungan
Mudah Kos Sara Hidup & Penginapan dan Lampiran 3- Perbandingan Harga Bahan Bakar dan
Senarai Purata Harga Barang-barang Keperluan Harian)

2.3. Memperpanjang tempoh pemberian elaun latihan amali dari 90 hari kepada 365 hari
berdasarkan realiti bahawa Clinical rotation/district posting untuk pelajar-pelajar perubatan di
Indonesia :

2.3.1. Mengambil masa selama 2-2.5 tahun

2.3.2. Menyebabkan para pelajar terpaksa menyewa dua tempat tinggal dalam waktu yang

bersamaan ketika mengikuti major/minor cycles di luar kota asal (20-36 minggu)

2.3.3. Mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk pengangkutan sewaktu di tempatkan di

luar dari kota/provinsi kampus

2.3.4. Mengeluarkan perbelanjaan tidak rasmi untuk meng’entertain’ doktor pembimbing,

jururawat dan sebagainya

(Sila rujuk Lampiran 4-Contoh perincian perbelanjaan pelajar clinical di beberapa buah
universiti)

3. MEKANISME PENGUMPULAN DATA

3.1. Melakukan kajian rambang kepada lebih 300 orang pelajar tajaan di seluruh Indonesia
melalui borang bertulis, panggilan telefon dan media internet seperti Facebook dan email. Kajian
dilakukan semenjak awal tahun 2010

3.2. Meminta para pemimpin PKPMI dan Kelab UMNO Indonesia untuk melakukan kajian bagi
setiap cawangan yang berkenaan

3.3. Mendapatkan data-data daripada sumber-sumber terpercaya seperti Badan Pusat Statistik
Indonesia, Mercer’s Annual Cost of Living Survey 2010 dan laporan-laporan berita

3.4. Mendata harga barang-barang keperluan harian di supermarket


4. HARAPAN DAN KESIMPULAN

Segala data-data yang kami sediakan adalah untuk menggambarkan keadaan sebenar
tanpa melebih-lebihkan atau mengurangi mana-mana bahagian. Pihak kami juga telah berusaha
untuk mendapatkan data-data yang tepat & bersedia untuk mempertanggungjawabkannya jika
diperlukan.

Akhirnya, sebagai para mahasiswa tajaan yang akan kembali berkhidmat kepada negara
setelah selesai tempoh pengajian, kami amat yakin bahawa kebajikan para mahasiswa sewaktu
tempoh pengajian dan latihan akan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak tuan. Kami juga
amat berterima kasih atas segala penambahbaikan yang telah dibuat oleh pihak tuan selama ini.

Semoga segala perhatian dan penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak tuan akan
semakin meningkatkan semangat, tekad dan keazaman daripada pihak kami untuk memberikan
yang terbaik sewaktu kembali berkhidmat di tanah air tercinta, Malaysia.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum wr wb.

”BERILMU, BERAMAL, BERSATU”

Yang menjalankan tugas,

AHMAD NABIEH ABQORY BIN RAHMAT

Timbalan Yang DiPertua,

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat

No.Hp: +628174935836

Email/FB : nabiehrahmat@yahoo.com

Kertas kerja ini disediakan & dipertanggungjawabkan secara bersama oleh :

1. PKPMI Pusat, PKPMI Cawangan : Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Surabaya & Bali

2. Badan Perhubungan Negara, Kelab UMNO Indonesia


LAMPIRAN 1

Kadar Elaun Indonesia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
berkuatkuasa 1 Januari 2006

Bil Jenis Elaun Jumlah (RM)

1. Elaun Sara Hidup

- Kadar A 700

- Kadar B 560

2. Elaun Penginapan

- Kadar A 300

- Kadar B 240

3. Elaun Buku 600

4. Elaun Alat Perkakas 515

5. Elaun Latihan Amali (selama 90 hari) 15 x 90

6. Elaun Penempatan

- Kadar A 1500

- Kadar B 1200

7. Elaun Akhir Pengajian

- kadar A 600

- Kadar B 480

* Kadar A – Jakarta

**Kadar B – Selain Jakarta

LAMPIRAN 2
Skema perhitungan mudah kos sara hidup & penginapan Kadar A dan Kadar B

Kadar A

Bil Perkara Kos (Rp) Keterangan

1. Makanan

- Sarapan 10 000 Susu/roti/bubur

- Minum pagi 4 000 Makanan ringan

- Makan tengah hari 15 000 Nasi/ayam/ikan/minuman

- Minum petang 5 000 Teh/biskut/kuih-muih

- Makan malam 15 000 Nasi/ayam/ikan/minuman

- Minum malam 5 000 Kopi/biskut/roti

2. Sewa bilik & perkhidmatan 1 000 000 Termasuk khidmat dobi

3. Alat tulis/Fotokopi 250 000

4. Pengangkutan 200 000 Ulang-alik kampus, ke


Bandar dll

5. Toileteries

- Sabun mandi 15 000

- Sabun cuci 20 000 Semua toileteries adalah


dengan kadar
- Ubat gigi 15 000 penggunaan sebulan
- Shampoo 20 000

- Bedak 15 000

- Minyak rambut 15 000

- Deodorant 15 000

- Pencuci muka 20 000

- Gunting rambut (L) 25 000

- Gunting rambut (P) 45 000

6. Pakaian bulanan 200 000 Pakaian dalam dll


7. Rekreasi/Hiburan/Olahraga 200 000 2 x menonton wayang,
Sukan seperti futsal

8. Komunikasi 350 000 Perkhidmatan telefon,


internet

Jumlah keseluruhan per bulan 4 000 000

Kadar B

Bil Perkara Kos (Rp) Keterangan

1. Makanan

- Sarapan 7 000 Susu/roti/bubur

- Minum pagi 3 000 Makanan ringan

- Makan tengah hari 14 000 Nasi/ayam/ikan/minuman

- Minum petang 4 000 Teh/biskut/kuih-muih

- Makan malam 14 000 Nasi/ayam/ikan/minuman

- Minum malam 3 000 Kopi/biskut/roti

2. Sewa bilik & perkhidmatan 800 000 Termasuk khidmat dobi

3. Alat tulis/Fotokopi 250 000

4. Pengangkutan 200 000 Ulang-alik kampus, ke


Bandar dll

5. Toileteries

- Sabun mandi 15 000

- Sabun cuci 20 000 Semua toileteries adalah


dengan kadar
- Ubat gigi 15 000 penggunaan sebulan
- Shampoo 20 000
- Bedak 15 000

- Minyak rambut 15 000

- Deodorant 15 000

- Pencuci muka 20 000

- Gunting rambut (L) 25 000

- Gunting rambut (P) 45 000

6. Pakaian bulanan 200 000 Pakaian dalam dll

7. Rekreasi/Hiburan/Olahraga 200 000 2 x menonton wayang,


Sukan seperti futsal

8. Komunikasi 350 000 Perkhidmatan telefon,


internet

Jumlah keseluruhan per bulan 3 500 000

LAMPIRAN 3

Perbandingan harga bahan bakar (dengan penetapan bahawa RM1 = Rp 2600)


No Jenis Harga (Rp) Harga (RM) Harga di Malaysia (RM)

1. RON 97 - - 2.40

2. RON 95 7900 3.04 1.90

3. RON 92 7500 2.88 -

4. RON 88 4500 1.73 -

5. Diesel 4500 1.73 1.90

Senarai purata harga barang-barang keperluan di kedai-kedai serbaneka seperti Indomart,


Alfamart, Carrefour (dengan penetapan bahawa RM1 = Rp 2600)

Bil Barangan/ Perkhidmatan Unit Harga (Rp) Harga (RM)

1 Minyak Masak 1 kg 18500 7.12

2 Gula 1 kg 10500 4.04

3 Garam 500 g 2500 0.96

4 Tepung Gandum 1 kg 10500 4.04

5 Beras Biasa 10 kg 120000 46.00

6 Mi Telur 200 g 3500 1.35

7 Telur Ayam 10 biji 15000 5.77

8 Ayam Bersih 1 kg 33500 12.90

9 Daging Lembu 1 kg 56000 21.50

10 Daging Kambing 1 kg 87500 33.65

11 Ikan Kembung 1 kg 38000 14.60

12 Ikan Bawal Hitam 1 kg 44000 16.90

13 Ikan Merah 1 kg 49900 19.20

14 Udang (Kecil) 1 kg 39000 15.00

15 Kangkung 1 kg 8700 3.35

16 Kacang Buncis 1 kg 18000 6.90

17 Kacang Panjang 1 kg 16000 6.15


18 Sawi 1 kg 14000 5.40

19 Kobis Bulat 1 kg 14000 5.40

20 Kailan 1 kg 14700 5.65

21 Lobak Merah 1 kg 84000 32.30

22 Tomato 1 kg 69000 26.54

23 Ubi Kentang 1 kg 16500 6.35

24 Ubi Keledek 1 kg 13000 5.00

25 Ubi Kayu 1 kg 5000 1.90

26 Cili Merah 1 kg 95000 36.50

27 Bawang Besar Merah 1 kg 19000 7.30

28 Bawang Kecil Merah 1 kg 25000 9.60

29 Bawang Putih 1 kg 29000 11.15

30 Ikan Bilis 1 kg 54000 20.77

31 Udang Kering 1 kg 38000 14.60

32 Santan 1 biji 15000 5.77

33 Durian 1 kg 32000 12.30

34 Pisang Emas 1 kg 9600 3.70

35 Tembikai Merah 1 kg 6000 2.30

36 Mangga 1 kg 20000 7.70

37 Betik 1 kg 17000 6.54

38 Belimbing 1 kg 20000 7.70

39 Epal Merah 1 kg 28000 10.80

40 Oren 1 kg 24000 9.23

41 Air Mineral 1.5 L 2500 0.97

42 Roti Putih 400 g 8000 3.08

43 Kopi 250 g 7500 2.88


44 Milo 1.5 kg 54000 21.60

45 Susu Tepung 1.5 kg 53000 20.80

46 Susu Pekat Manis 397g 9000 3.50

Barangan Keperluan
Harian

1 Ubat Gigi 250 g 16000 6.15

2 Berus Gigi 1 batang 14000 5.40

3 Buih Pencuci Muka 100 g 27000 10.40

4 Gel Rambut 150 mL 12000 4.60

5 Syampu 400 mL 24000 9.30

6 Sabun Mandi 1 ketul 2600 1.00

7 Tisu Tandas 1 gulung 3000 1.15

8 Serbuk Pencuci Pakaian 1 kg 14000 5.40

9 Cecair Pencuci Pinggan 1L 9500 3.65

Alat Tulis

1 Pen 1 batang 4000 1.50

2 Pensel 1 batang 3500 1.40

3 Pensel Mekanik 1 batang 9000 3.80

4 2B Pencil Lead 1 kotak 5000 2.00

5 Pensel Warna 12 batang 31000 12.40

6 Pemadam 1 buah 5500 2.20

7 Pembaris 1 batang 3500 1.40

8 Fluorescent Pen 1 batang 6000 2.60

9 Correction Pen 1 batang 6000 2.60

10 Buku Tulis 1 buah 5000 2.00


11 Writing Pad 100 helai 6500 2.80

12 Kertas A4 1 rim 29000 11.80

Pencetak (Canon Pixma 650000 260.00


13 1 buah
iP1500)

14 Dakwat hitam 1 buah 188000 75.00

15 Dakwat warna 1 buah 233000 93.00

Perkhidmatan

1 Fotostat 1 helai 150 0.06

2 Cetak Hitam Putih 1 helai 800 0.30

3 Cetak Warna 1 helai 6000 2.40

Langganan Internet 150000 60.00


4 1 bulan
(Broadband)

LAMPIRAN 4 (Contoh perincian perbelanjaan koas di beberapa buah universiti)

Bil Perincian Harga (Rp)

1. Sewa bilik 800 000

2. Tambang Pengangkutan ‘Besar’ 700 -1 400 000

(pertama kali dan kali terakhir pada clinical rotation


yang di luar dari province/ daerah asal dalam bentuk
tiket kapal terbang, airport tax, sewa kenderaan dll)

3. Tambang harian 10 000 – 30 000 per hari

(setiap hari untuk bolak – balik dari kediaman ke Rumah


Sakit yang berjarak 1-20 km)
Stase Perincian Bahagian Tempoh

Major Ilmu Penyakit Dalam, Ilmu Kesehatan Anak, Ilmu 10 minggu


Bedah & Anastesi, Ilmu Kebidanan & Penyakit
Kandungan,Ilmu Kesehatan Komunitas &
Kedokteran Keluarga

Minor Ilmu Penyakit Saraf, Ilmu Kesehatan Jiwa, 5 minggu


IlmuPenyakit Kulit & Kelamin, Ilmu Penyakit
Telinga, Hidung, Tenggorokan, Ilmu Penyakit Mata
Ilmu Forensik

Lain-lain Ilmu Penyakit Gigi & Mulut, Ilmu Radiologi, Terintegrasi dalam
Hiperkes semua bahagian

Perincian Koas Universitas Kristen Krida Wacana, Jakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUD Koja, Jakarta Mayor & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang
harian

2. RS Husada, Jakarta Mayor & Minor < 20 km Sewa bilik, Tambang


harian
3. RS Harapan Depok, RS Mayor & Minor Sewa bilik, Tambang
Simpang Depok, RS harian
Bhakti Yudha, Jawa > 50 km
Barat

4. RSUD Mayor & Minor > 50 km Tambang pengangkutan


Bayukarta,Karawang, ’besar’, Sewa bilik,
Jawa Barat Tambang harian

5. RS Hasan Sadkhin, RS Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan


Rajawali, Bandung ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

6. RS Immanuel, RS Mardi Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan


Waluyo, Lampung, ’besar’, Sewa bilik,
Sumatera Tambang harian

7. RS Ekarina, Purwakarta, Major & Minor > 200 km Tambang pengangkutan


Jawa Barat ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

8. RS Otorita Batam, Batam Major & Minor > 200 km Tambang pengangkutan
’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

9. RS Dr Yap, RS Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan


Bethesda, Jogjakarta ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

10. RS Kudus, Jawa Tengah Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan
’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

11. RS Penti Wilasa, Mayor & Minor > 200 km Tambang pengangkutan
Semarang, Jawa Tengah ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Trisakti, Jakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Fatmawati, Major & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang


Jakarta harian
2. RSUD Koja, Jakarta Major & Minor > 20 km Sewa bilik, Tambang
harian

3. RSUD Tarakan, Jakarta Major & Minor < 20 km Tambang harian

4. RSUD Bekasi Major & Minor > 50 km Sewa bilik,

Tambang harian

5. RS Cipto Minor < 20 km Tambang harian


Mangunkusumo, Jakarta

.6. Universitas Diponegoro, Minor > 300 km Tambang pengangkutan


Semarang ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

7. Universitas Gadjah Minor > 300 km Tambang pengangkutan


Mada, Yogyakarta ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

8. RS TNI Angkatan Laut Major & Minor < 20 km Tambang harian


DR Mintohardjo, Jakarta

9. RS TNI Angkatan Udara, Major & Minor < 20 km Tambang harian


Jakarta

10. RS DR H.Marzoeki Major & Minor >50 km Sewa bilik, Tambang


Mahdi, Bogor harian

11. RSUD Dr Soeselo, Slawi Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan
Jawa Tengah ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

12. RSU Dr Kardinah, Tegal Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan
Jawa Tengah ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian
13. RSUD Karawang, Jawa Major & Minor > 50 km Tambang pengangkutan
Barat ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

14. RSUD Cilegon, Jawa Major & Minor > 50 km Tambang pengangkutan
Barat ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

15. RSUD Semarang, Jawa Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan
Tengah ’besar’, Sewa bilik,
Tambang harian

16. RSUD Budhi Asih, Major & Minor > 20 km Tambang harian
Jakarta

17. RS Otorita Batam, Batam Major & Minor >300 km Tambang pengangkutan
’besar’, Sewa bilik

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Airlangga, Surabaya

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUD Soetomo, Major & Minor < 5 km Tambang harian


Surabaya

2. RS Angkatan Laut Major < 15 km Tambang harian


Ramelan, Surabaya

3. RS Tambak Rejo, Major < 15 km Tambang harian


Surabaya

4. Puskesmas Tenggilis, Major < 15 km Tambang harian


Surabaya

5. Puskesmas Jombang, Major > 150 km Sewa bilik,


Jombang Tambang harian

6. Puskesmas Bareng, Major > 150 km Sewa bilik,


Jombang
Tambang harian

7. Puskesmas Tulung Major > 150 km Sewa bilik,


Agung, Jombang
Tambang harian

8. Puskesmas Pucang Major < 17 km Tambang harian


Simo, Surabaya

9. Puskesmas Banyu Urip, Major > 20 km Tambang harian


Surabaya

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Padjajaran, Bandung

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Dr Hasan Major & Minor <5 km Tambang harian


Sadikhin, Bandung

2. Beberapa RS selain Major & Minor 50-100 km Tambang pengangkutan


RSUP Dr Hasan ’besar’, Sewa bilik,
Sadikhin di seluruh
Kabupaten Bandung

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Udayana, Bali

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Sanglah, Major & Minor >20 km Tambang harian


Denpasar
2. Beberapa RS selain Major & Minor >90 km Tambang pengangkutan
RSUP Sanglah di ’besar’, Sewa bilik,
seluruh provinsi Bali
(jejaring)

Perincian Koas di Fakultas Kedokteran, Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta

Bil Nama Rumah Sakit Tempoh Jarak Kos tambahan

1. RSUP Dr Sardjito Major & Minor <5 km Tambang harian

2. Beberapa RS di Klaten, Major & Minor 50-100 km Tambang pengangkutan


Sleman, Banyumas, ’besar’, Sewa bilik,
Banjarnegara, Cilacap, (36 minggu)
Purwakerto

Anda mungkin juga menyukai