Teori gelagat pengguna adalah suatu teori yang mencari penjelasan bagaimana kelakuan
pengguna di dalam membelanjakan atau membeli barangan atau perkhidmatan. Kelakuan
pengguna selalunya akan membeli lebih apabila harga sesuatu barangan atau perkhidmatan
jatuh dan sebaliknya. Dengan perkataan lain, teori ini juga melihat atau mencari
penjelasan mengapa harga dan kuantiti yang diminta berhubung secara songsang.
Perbincangan kuliah hari ini akan cuba menjelaskan kelakuan pengguna dari perspektif
konvensional dan juga dari perspektif Islam.
Perspektif Konvensional
Teori gelagat pengguna mencari akan cuba menjelaskan perlakuan membeli secara normal
kebanyakan pengguna. Ianya bermula dengan mengandaikan semua pengguna adalah
rasional dalam membuat keputusan perbelanjaan.
Utiliti adalah kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat memberikan
kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang demikian, utility boleh
juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan pengguna terhadap
penggunaan sesuatu atau perkhidmatan. Utiliti yang berkaitan dengan kehendak yang telah
dipenuhi sebagai utility material atau kepuasan material. Jadi, dalam ekonomi
konvensional, pengguna dianggap rasional apabila mereka membelanjakan pendapatannya
dengan cara mereka memaksimumkan utility material atau kepuasan material.
Perspektif Islam
Bukti orang-orang Islam mencari jalan untuk memaksimumkan utility material dan juga
utility kerohanian telah difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah
ayat 201, maksudnya:
“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka”.
Ada 2 pendekatan:
1. Pendekatan Kardinal
2. Pendekatan Ordinal
Pendekatan Kardinal
Dalam topic ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan:
1. Jumlah Utiliti, Utiliti Sut dan Hukum Utiliti Sut Berkurangan
2. Syarat memaksimumkan utility dalam kes satu barang dan dalam kes lebih daripada
satu barang
3. Kesan ke atas kuantiti barang yang diminta apabila harga berubah
Pendekatan ini dibangunkan oleh A. Marshall yang menggunakan konsep jumlah utility,
utility sut dan hukum utility sut berkurangan untuk menerangkan bagaimana pengguna
memaksimumkan utility mereka dengan penggunaan pendapatan yang diberikan.
Jumlah Hasil (Total Utiliti) – tingkat kepuasan seseorang pengguna akibat penggunaan
sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Marginal Utiliti – utility tambahan yang diperolehi oleh seseorang pengguna kesan
daripada penggunaan tambahan seunit barangan atau perkhidmatan yang sama
Jadual Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti untuk penggunaan Ayam Goreng
Dari jadual di atas, kita mendapati Jumlah Hasil meningkat daripada 8 hingga ke 25
apabila pengguna meningkatkan penggunaan ayam goreng daripada 1 hingga 6. Marginal
Utiliti berkurangan apabila semakin banyak kita menggunakan ayam goreng. Secara graf
kita dapat melihat hubungan Jumlah Hasil dan Marginal Utiliti adalah seperti berikut:
R
JH
MU
Apabila Jumlah Hasil (JU) berada pada tahap maksimum iaitu di titik R, Marginal Utiliti
(MU) sama dengan kosong.
Kita tahu bahawa barangan yang kita perolehi / kita guna akan memberikan kepuasan
kepada kehendak dan keperluan kita. Kita juga tahu bahawa penggunaan sesuatu barangan
bukanlah percuma. Kita perlu membeli menggunakan sumber / peruntukan pendapatan
yang kita ada. Dengan sebab itu, sebelum membuat keputusan pembelian, pengguna
selalunya membandingkan harga barangan tersebut dengan utility / kepuasan nilai
pembelian barangan itu. Pengguna akan bertanya sama ada barangan berkenaan benar-
benar berpatutan (berbaloi) dengan harga yang dibayar dengan tingkat kepuasan yang
diperolehi. Jika berpatutan, maka pengguna akan membeli. Proses perbandingan ini
memastikan pengguna merasa puas dengan pembelian sesuatu barangan.
Di dalam ekonomi, proses ini disebut sebagai syarat untuk pengguna memaksimumkan
utility / kepuasan. Apabila pengguna memaksimumkan utility mereka terhadap sesautu
barangan, maka mereka tiada hasrat untuk mengubah penggunaan barangan tersebut. Pada
tingkat kepuasan ini (maksimum) pengguna dikatakan sebagai berada di dalam
keseimbangan. Di dalam ekonomi, pengguna akan memaksimumkan utility / kepuasan
apabila harga sama dengan nilai marginal utility barangan tersebut. Contohnya, jika harga
ayam goreng RM3.00 seunit, andaian RM1.00 sama dengan satu unit utility yang
diperolehi, maka untuk memenuhi kepuasan pembelian, pengguna perlu memastikan
penggunaan / pembelian unit terakhir ayam goreng mestilah sama dengan 3 unit marginal
utility. Dalam bentuk persamaan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa:
MUA MUB
=
PA PB
Syarat kedua penentuan keseimbangan adalah jumlah perbelanjaan mestilah sama dengan
jumlah peruntukan / belanjawan yang telah ditetapkan untuk penggunaan kombinasi
barangan tersebut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila fahami proses penentuan
kedua-dua syarat dipenuhi seperti contoh di bawah.
Syarat pertama,
MUA MUB
=
PA PB
Maka, perlu mengira nilai MUA/ PA dan MUB/ PB dan padankan nilai yang sama.
MUA MUB
Unit yang digunakan
PA PB
1 24/2 = 12 10/1 = 10
2 20/2 = 10 8/1 = 8
3 18/2 = 9 7/1 = 7
4 16/2 = 8 6/1 = 6
5 12/2 = 6 5/1 = 5
6 6/2 = 3 4/1 = 4
7 4/2 = 2 3/1 = 3
Terdapat empat kombinasi yang memberikan nilai MU A/ PA dan MUB/ PB yang sama iaitu
pada kombinasi 2 unit ayam goreng(AG) dan 1 unit burger(B), 4 AG dan 2 B, 5 AG dan 4
B, dan 6 AG dan 7 B.
Syarat kedua, salah satu daripada 4 kombinasi di atas perlu memenuhi peruntukan
pendapatan yang digunakan untuk membeli barangan tersebut iaitu RM10.00. Maka,
dengan membuat semakan pengiraan setiap kombinasi, kita akan mendapati keputusan
seperti berikut:
Kepuasan pengguna terhadap kombinasi dua barangan mengikut citarasa dan keutamaan
pengguna boleh digambarkan melalui Keluk Puas Sama (KPS). KPS menunjukkan
beberapa kombinasi 2 barang yang dapat memberikan utility / kepuasan yang sama kepada
pengguna.
Sila beri tumpuan pada bentuk keluk puas sama di dalam kuliah.
Berkecerunan negatif.
Keluk puassama tidak boleh berkecerunan positif kerana andaian monotonisiti.
Semakin jauh keluk puas sama dari titik origin semakin tinggi tingkat utiliti.
Convex atau cembung ke titik origin. Ini disebabkan kadar penggantian sut
berkurangan. Kadar penggantian sut (Marginal rate of substitution = MRS) mengukur
bagaimana seorang pengguna sanggup menggantikan suatu barang dengan barang lain
tanpa mengurangkan kepuasannya. MRSxy adalah kadar penggantian sut X untuk Y
bermakna berapa banyak Y yang sanggup dilepaskan untuk mendapat tambahan satu
unit X. Contoh MRSxy = 3 iaitu 3 unit Y yang sanggup dilepaskan untuk mendapat
tambahan satu unit X. MRS diukur sebagai kecerunan keluk puas sama. Di sepanjang
keluk puas sama MRS semakin berkurangan.
Garis Belanjawan
Garis belanjawan menunjukkan beberapa kombinasi 2 barang yang boleh dibeli oleh
pengguna dengan menggunakan peruntukan / belanjawan yang diberikan pada tingkat
harga tertentu kedua-dua barangan tersebut. Contohnya, pengguna ingin membeli 2 barang
iaitu ayam goring(AG) dan burger(B) yang masing-masing berharga RM1.50 dan RM1.00.
Peruntukan belanjawan untuk membeli kedua-dua barangan ini ialah RM12.00. Berapa
banyak AG yang pengguna dapat jika kesemua RM12.00 digunakan untuk membeli AG?
Dan berapa banyak B yang pengguna dapat jika kesemua RM12.00 digunakan untuk
membeli B?
Keluk Puas Sama kombinasi barangan di atas adalah seperti ditunjukkan pada rajah
dibawah.
AG
12
11
10
9
A
8
7
B
6
5
C
4
3
D
2
1
E
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Burger
Garis Belanjawan
AG
12
11
10
9
A
8
7
B
6
5
C
4
3
D
2
1
E
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Burger
Garis Belanjawan
2. berlaku perubahan di dalam harga salah satu barangan – contohnya harga AG naik
kepada RM 2.00, maka kuantiti yang dapat dibeli oleh pengguna dengan
peruntukan RM 12.00 telah berkurangan daripada 8 ke 6 (jika kesemua digunakan
untuk membeli AG) – Garis Belanjawan bergerak ke bawah untuk AG. Jika harga
AG turun kepada RM 1.00, maka kuantiti baru jika kesemua peruntukan RM 12.00
diguna untuk membeli AG adalah 12 unit. Garis Belanjawan bergerak ke atas
untuk barang AG.
AG
12
11
10
9
A
8
7
B
6
5
C
4
3
D
2
1
E
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Burger
Garis Belanjawan
AG
12
11
10
9
A
8
7
B
6
5
C
4
3
D
2
1
E
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Burger
Garis Belanjawan
Pengesahan dapat dibuktikan melalui pengiraan kombinasi KPS yang tangent dengan
Garis Belanjawan. Kombinasi C di dapati tangent kepada Garis Belanjawan. Bukti kiraan,
kombinasi C ialah 4 unit AG dan 6 unit B, harga AG dan B masing-masing RM 1.50 dan
RM 1.00 dan belanjawan adalah sebanyak RM 12.00. Oleh yang demikian, (4 unit AG X
RM 1.50) + (6 unit B X RM 1.00) mestilah sama dengan RM 12.00. Maka, pada
kombinasi C, pengguna memaksimumkan utilitinya.
Di dalam Islam, barangan adalah kurniaan Allah s.w.t. yang melimpah ruah kepada
manusia. Ada dua istilah penting di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang barangan
ini iaitu al-Rizq dan al-Taiyyibat.
a) a) Al-Rizq (Rezeki)
Al-Rizq dan penjelasannya diulang sebanyak 120 kali di dalam Al-Quran. Di dalam
terjemahan Al-Quran oleh Yusuf Ali, ekonomis Islam, al-rizq digunakan untuk
melambangkan makna-makna berikut: santapan pemberian Tuhan, kurniaan Tuhan,
pemberian Tuhan, dan hadiah dari syurga
b) b) Al-Taiyyibat (Kebaikan)
Al-Taiyyibat diulang 18 kali di dalam Al-Quran menurut terjemahan oleh Yusuf Ali.
Beliau menggunakan lima kata-kata yang berbeza bagi menunjukkan nilai etika dan
kerohanian barang-barang al-taiyyibat. Menurutnya, al-taiyyibat bermakna barang
baik, barang yang baik dan tulen, barang yang tulen dan bersih, barang yang baik
dan berkhasiat, dan santapan yang terbaik.
Kepuasan kerohanian adalah lebih penting daripada kepuasan material. Manusia akan
benar-benar bahagia dan gembira secara material dan rohani jika mereka menuruti
peraturan dan undang-undang penggunaan Islam. Sebaliknya mereka akan dihukum jika
menggunakan barangan atau perkhidmatan yang salah.
Model ini bermula dengan mengklasifikasikan barangan dan perkhidmatan kepada 4 jenis
barangan yang disebutkan tadi.
LC1 – titik permulaan penggunaan seorang Muslim. Ini adalah penggunaan minimum yang
mesti ada bagi meneruskan kehidupan. Sesiapapun tidak boleh hidup jika dia
menggunakan kurang daripada C1 barangan ini.
Barangan Tarafiyat adalah dilarang. Dengan sebab itu ianya tidak boleh digunakan atau
dibeli. Disini, titik penggunaan maksimum barangan dan perkhidmatan oleh pengguna
Muslim adalah C7.
Paksi-Y menunjukkan beberapa tingkat utility dalam bentuk ganjaran dan hukuman yang
akan diterima kemudian hari sebagai keputusan penggunaan manusia di dunia ini.
Manusia mungkin memperolehi kosong ganjaran, ganjaran yang besar dan ganjaran yang
sangat besar atau hukuman seperti ditunjukkan titik-titik R0, R1, R2, R3.
Tingkat penggunaan yang manakah yang akan dipilih dan apakah ganjaran daripada
penggunaan tersebut?
Pemilihan tingkat penggunaan bergantung kepada pendapatan, takdir dan kepercayaan di
dalam Islam. Apakah ganjaran atau hukuman yang diterima bergantung kepada
penggunaan yang mana menjadi perhatiannya dan sumber pendapatannya sama ada halal
atau haram.
Jika kaya, dia boleh membeli barangan kamaliyah. Sebagai seorang Muslim yang
patuh/taat, dia akan cuba meminimumkan penggunaan barangan ini ke titik C5 walaupun
dia mampu memaksimumkan hingga ke titik C7.
Kutukan Allah terhadap orang-orang kaya yang tidak memberi kepada orang miskin, susah
dalam surah Yasin ayat 47:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang
dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-
orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada
orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini
hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.