Anda di halaman 1dari 37

JENIS JENIS

PEMILIKAN
PERNIAGAAN
PEMILIKAN TUNGGAL
(ENTERPRISE)
Pemilikan Tunggal (Enterprise) Seksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 mentakrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang
ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya
dikendalikan oleh seorang individu sahaja.
Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Jenis
perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana
segala urusan perniagaan bergantung kepadanya.

Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya


perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrup, sipiutang
(Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang.

Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta


persendirian pemilik tunggal. Termasuk rumah, kereta dan sebagainya.
Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah
ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.
CIRI CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
Pemilikan
Dimiliki seorang sahaja

Modal
Modal di perolehi daripada simpanan sendiri atau
sumbangan ahli keluarga

Pengurusan
Sebarang keputuan di buat oleh pemilik

Penubuhan
mudah di tubuhkan kerana tidak memerlukan banyak
peraturan dan syarat.
perniagaan perlu di daftarkan dengan pendaftar perniagaan
CIRI CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
Liabiliti
liabiliti tidak terhad
Melibatkan harta peribadi

Agihan untung
Semua untung menjadi hakmilik usahawan

Cukai
Usahawan perlu membayar cukai
pendapatan perseorangan sahaja.
KELEBIHAN MILIKAN TUNGGAL
1. Pemilik bebas membuat keputusan
2. Tidak perlu kongsi keuntungan
3. Mudah di tubuhkan dan murah
4. Mudah di kawal
5. Mudah di bubarkan
6. Penyata kewangan tidak perlu di hebahkan.
Rahsia perniagaan terjamin
7. Kadar cukai yang lebih rendah kerana
hanya membayar cukai pendapatan individu
sahaja
KEKURANGAN MILIKAN
TUNGGAL
1. Liabiliti tidak terhad. Harta peribadi boleh
digunakan untuk membayar hutang
perniagaan
2. Hayat perniagaan singkat
3. Sumber modal yang terhad. Sukar
mendapat pinjaman luar
4. Pengurusan yang tidak teratur kakitangan
tidak mencukupi
5. Kerugian di tanggung sendiri.
PERKONGSIAN (PARTNERSHIPS)
Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan
penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).

Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya :


Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individu
Persetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara
dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira
bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan
bersetuju menjalankan perniagaan bersama.
Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga)
menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan
modal.
PERKONGSIAN (PARTNERSHIPS)
Ciri-Ciri Perkongsian
Pemilikan
Bilangan ahli 2-20

Modal
Modal diperolehi daripada sumbangan rakan kongsi

Pengurusan
Kepakaran rakan kongsi dapat di manfaatkan dalam pengurusan
perniagaan

Penubuhan
Mudah di tubuhkan kerana tidak memerlukan banyak peraturan
dan syarat
Perniagaan perlu di daftarkan dengan pendaftar perniagaan
Liabiliti
Liabiliti tidak terhad
Melibatkan harta peribadi
Agihan untung/ rugi
Agihan untung mengikut perjanjian/ surat ikatan
perkongsian/ akta perkongsian
Cukai
Rakan kongsi hanya perlu membayar cukai pendapatan
perseorangan sahaja.
KELEBIHAN PERKONGSIAN
1. Penubuhan mudah dan murah
2. Dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran
3. Kerugian dapat di kongsi bersama
4. Modal lebih besar kerana dapat di kumpul
daripada rakan kongsi
5. Cukai lebih rendah kerana hanya perlu
membayar cukai pendapatan individu
sahaja
6. Tidak banyak peraturan dan undang-undang
yang perlu di patuhi.
KEKURANGAN PERKONGSIAN
1. Liabiliti rakan kongsi tidak terhad
2. Hayat perniagaan yang tidak panjang
3. Kemungkinan berlaku perselisihan
pendapat/ perpecahan perkongsian
4. Keuntungan perniagaan terpaksa di kongsi
5. Perlu mendapat persetujuan rakan kongsi
lain untuk menarik diri, sukar mendapat
balik modal.
SYARIKAT BERHAD (SENDIRIAN,
SENDIRIAN BERHAD, BERHAD)
Ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang
mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti
perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam
wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah
dan membuat perjanjian dengan sebarang entiti.
Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan
dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3
bentuk :
Sendirian
SendirianBerhad (Sdn. Bhd.)
Berhad (Bhd.)
Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad adalah terhad
dengan saham
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan
merupakan entiti yang sah terpisah daripada
pemilik.
Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham.
Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.
Pemilik/pemegang saham syarikat
menyumbangkan modal Syarikat dianggota
lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang
untuk mengetahuai dasar dan matlamat
Syarikat.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih
daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk
mengawal Syarikat tersebut.
Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak
dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan
mesti dengan persetujuan pemegang saham yang
lain.
Tidak disenaraikan di BSKL.
Jangka hayat perniagaan adalah panjang.
Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan
Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama
Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi
menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50
orang sahaja dan satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad
mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu,
Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau
mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah,
Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset
atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang
sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya,
(perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-
ahlinya yang meninggal dunia.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
Kelebihan:
Liabiliti
perniagaan adalah terhad kepada sumbangan
modal sahaja.
Kontuniti atau Syarikat terjamin iaitu Syarikat tidak
akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang
saham.
Kemudahan untuk mendapat modal.
Kemudahan dari segi penukaran hakmilik. Pemegang-
pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
Potensi untuk perkembangan luas.
Pemilik saham tidak dibebankan dengan
tanggungjawab pengurusan.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
(SDN. BHD.)
Kekurangan:
Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk
kepada Akta Syarikat.
Cukai Pendapatan yang tinggi.
Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui
Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat
Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan.
Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini.
Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat
Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas
menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan
persetujuan dari sesiapa.
Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan
keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian
Berhad.
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965,
dan mempunyai sifat-sifat yang sama.
Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin
menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah
mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat
(Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini
tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Penjualan Saham Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli
sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan
(prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan
disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai
kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan
yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah
disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang
berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di
dalam panduan rancangan itu.
Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang
berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi
butir-butir yang palsu.
Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang
diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh
Pendaftar Syarikat.
Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock
exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana
satu bangsa atau kaum.
Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran
Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Organisasi Syarikat Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan
syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga
Pengarah yang memegang teraju syarikat.
Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan
syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu
mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).
Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak
Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi
daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad.
Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki
memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-
sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan
supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih
dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu
menambahkan modalnya
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Kelebihan
Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran
Saham.
Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk
membeli saham.
Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada
Institusi-institusi Kewangan.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Kekurangan
Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan
yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan
kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan
pengurusan.
Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak
Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata
kewangan yang beraudit bersama dengan laporan
tahunan pada tiap-tiap tahun.
Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.
KOPERASI
KOPERASI Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan
individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya.
Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu :
Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan
dan latarbelakang seperti Koperasi Guru.
Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk
menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan Mengikut
Akta Koperasi 1948,
koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti :
keanggota sukarela dan terbuka,
Perjalanan pengurusan secara demokrasi,
Bayaran untung atas saham yang terhad,
Pembahagian untung secara saksama,
Menggalakkan pendidikan koperasi dan
Bekerjasama secara aktif, di semua peringkat.
KOPERASI
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan
di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia.

Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan


manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk
memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang


menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan
meringankan beban anggota-anggotanya .

Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-


anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran
dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan
sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.
KOPERASI
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga
yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang
biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan
sesebuah koperasi itu.
Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik
untuk mentadbir koperasi itu.
Lantikan dibuat berdasarkan pada calon yang mendapat undi
terbanyak.
Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan
anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan
anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah
syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya
manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat
tersebut.
KOPERASI
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya
manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat
tersebut.
Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem
demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi .
Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan
jumlah saham yang dipunyainya.
Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-
anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan
dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh
dikeluarkan semula.
Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan
nilainya tidak menentu. Pertubuhan koperasi tertakluk kepada
Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
BADAN BERKANUN
Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh
kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu
industri atau menjaga kepentingan rakyat.
Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri.
Ditubuhkan secara perbadanan.
Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor
swasta.
Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM),
LHDN, Perbadanan Kemajuan Negeri dsb.
Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan
melalui dasar penswastaan dan pensyarikatan pada tahun
1980an seperti TNB dan Syarikat Telekom Malaysia.
Mengabungkan matlamat sosial dengan keuntungan.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA)
Lembaga Pelabuhan Johor
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Perbadanan Islam Johor
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri
Johor
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Yayasan Pelajaran Johor
Air Kelantan Sdn BhdHospital
Universiti Sains Malaysia
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Lembaga Tembakau Negara
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Perbadanan Perpustakaan Awam KelantanPerbadanan
Stadium Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
TUGASAN
Dapatkan Proses pendaftaran :
syarikat Pemilikan Tunggal
Syarikat Pe

Anda mungkin juga menyukai