Anda di halaman 1dari 2

Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut atauobjek.


Penyambut atau objek yang dimaksudkan ialahkata nama yang menerima
akibat kata kerja itu.

Contoh ayat:
(a) Adik menangis.
(b) Pokok rambutan itu sedang berbuah.
(c) Anak kecil itu sedang tidur di dalam bilik.
(d) Ayam jantan itu asyik berkokok.

2. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk, iaitu
bentuk tunggal, berawalan dan berapitan.
3. Bentuk-bentuk tersebut jika diperincikan adalah seperti berikut:

Bentuk KKTT Contoh Ayat

(a) Nenek sedang mandi di perigi.


mandi
(b) Buah durian itu belum gugur.
tunggal gugur
(c) Bukit itu runtuh pada pagi
runtuh
semalam.

(a) Mereka berehat di bawah pokok.


berehat
(b) Salleh suka bergurau dengan
bergurau
berawalan beR- adiknya.
berbaring
(c) Ayah berbaring di atas tikar.
bersolek
(d) Mary bersolek di dalam biliknya.

melecur (a) Jari budak itu melecur kerana


terkena bara api.
berawalan meN- membiak
(b) Kulat membiak di tempat yang
menyanyi lembap.
mendarat (c) Aini menyanyi sambil menari.
(d) Kapal terbang itu
sedang mendarat.

(a) Lori itu terhumban ke dalam


terhumban
sungai.
berawalan teR- tersorok
(b) Bukunya tersorok di dalam almari.
tersenyum
(c) Zamri tersenyum kepada Nabila

(a) Dedaun kering


itu berguguran ditiup angin.
berguguran (b) Bendera sekolah berkibaran di
puncak tiang.
berapitan berkibaran
(c) Padi-padi itu bertaburan kerana
ber-...-an bertaburan
dikais ayam.
berpandangan
(d) Mereka terkejut dan
saling berpandangansetelah
mendengar bunyi yang ganjil itu.

4. Terdapat kata kerja tak transitif yang berpelengkap, iaitu kata kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contoh ayat:
(a) Kami tinggal di Pasir Kemudi sejak dua tahun yang lalu.
(b) Kita mestilah berbuat baik kepada orang lain.
(c) Abang saya menjadi peguam setelah menamatkan pengajiannya.

Anda mungkin juga menyukai