Anda di halaman 1dari 5

Taksonomi Bloom

Untuk membuat penilaian dan pengukuran, perludirujukkepadaobjektifpengajaran.Taksonomi


Bloom
memberisumbanganuntukmengukurobjektifpengajarandanpembelajaran.Taksonomiialahklasi
fikasiberhirarkidarisesuatu, atauprinsip yang mendasariklasifikasi.Taksonomi
Bloommerujukpadataksonomi yang dibuatuntuktujuanpendidikan.Taksonomiinipertama kali
disusunolehBenjamin S. Bloompadatahun1956 (wikipedia).PeringkatTeksonomi Bloom
ialah:
1. Pengetahuan-nyatakan, namakan, terangkan, labelkan
2. Kefahaman-pilih, terangkan, tulissemula
3. Penggunaan-selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, binaalat
4. Analisis-bezakan, pastikan, pilih
5. Sintesis-bina, hasilkan, susun, kembangkan
6. Penilaian-pilihkritik, berikanalasan, buktikan
Peringkattertinggiialahpenilaian yang bermuladenganperingkatpengetahuan.




TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )


Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut
Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman,
Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.





Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan
telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses,
aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya;
siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
Pelajar perlu menggunakan proses mental.
Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Jawapan dapat
ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.


Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras
kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
Proses mental
Maklumat asas telah diajar
Perlu bahan atau alat komunikasi
Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.


Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras
ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan
masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan,
selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
Menggunakan proses mental aplikasi
Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal
pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti
untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah
faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
Soalan menggunakan proses mental analisis
Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
Situasi, dokumen perlu dianalisis
Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.


Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih
jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan,
cadangan, dan apa akan berlaku.


Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui.
Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,
berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi
aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.



DOMAIN KRATHWOHL





Jadual Domain Krathwohl

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan.
Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif
tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan
rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan
akhirnya akan menjadi kepuasan.

Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau
motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan
pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik.
Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai
konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara
hidup.

Anda mungkin juga menyukai