Anda di halaman 1dari 8

3.

0 PENAAKULAN MORAL
Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada
prinsip prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman Aroff & Chang
Lee Hoon, 1994). Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan
tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976).
Penaakulan moral bermaksud pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara
rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat
memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan
nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa
membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan
secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Contoh:
Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu
kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan
anaknya sendiri. Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran
3.1 PERASAAN MORAL
Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati,
prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang bermoral ini membawa
kepada tindakan yang bermoral. Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara
moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang
seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan

simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa
mengira kepentingan diri sendiri.
Contoh:

Merasa sedih dengan mangsa-mangsa banjir di Terengganu


Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam pertandingan
Marah kepada sesiapa sahaja yang membuat kejahatan.
Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa kematian ibu bapanya.

3.2 PERLAKUAN MORAL


Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral
ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang
bertindak secara bermoral.
Contoh:
memulangkan dompet yang dijumpai di stesen bas kepada pemiliknya
membantu menangkap orang yang berbuat jahat
3.3 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOLHBERG
Menurut Kolhberg(1972), beliau telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone. teori
moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian
psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya
kepada moral. penggunaan Kolhberg dalam keadilan sebagai elemen teras dalam teori yang
dipengaruhi oleh falsafah John Rawls(1971). pendekatan Kolhberg juga berdasarkan kepada
model pembangunan kognitif (Piaget, 1965). Ini menunjukkan bahawa teori Kolhberg adalah
gabungan antara teoori keadilan Rawls dan teori perkembangan Piaget (Rest, Narvaez dan
Bebeau, 1999). Kolhberg telah menggariskan enam peringkat dalam penilaian moral seseorang.

Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya
tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg
(1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali,
tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap
pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).
TAHAP

TAHAP 1
(prakonvensional)
Orientasi dendaan dan
kepatuhan(kesan-kesan
fizikal menentukan perkara
yang baik dan jahat)
TAHAP 2
(prakonvensional)
Orientasi instrumental
relativis (perkara yang
memuaskan keperluan diri
sendiri adalah lebih baik)

TAHAP 3
(konvensional)
Orientasi antara individu
atau 'good boy-nice girl',
(perkara yang
menyenangkan atau
membantu orang lain
adalah baik)

KETERANGAN PERKARA
YANG BETUL UNTUK
DILAKUKAN YANG BETUL
Untuk mengelakkan melanggar
peraturan kerana takutkan
dendaan. kepatuhan perlu berlaku
secara semulajadi dan
mengelakkan kerosakan fizikal
kepada manusia lain dan harta
benda.

KETERANGAN UNTUK
MELAKUKAN
PRAKONVENSIONAL
Mengelakkan hukuman dan
kuasa pihak yang berwajib

Mematuhi peraturan hanyalah


yang bersesuaian dengan
kecenderungan peribadi,
bertindak untuk mencapai
kepentingan sendiri dan
membiarkan orang lain membuat
hal yang sama. yang betul adalah
yang adil, pertukaran yang sama
dalam perjanjian dan persetujuan
bersyarat.

Untuk memuaskan keperluan/


minat seseorang dan harus juga
menyedari tentang minat dan
kehendak orang lain,

Menjalani kehidupan sepertimana


yang diharapkan oleh orang yang
mempunyai hubungan rapat
dengan kita mungkin sebagai
anak yang baik,bapa, kawan.
berbuat baik adalah penting dan
bermakna mempunyai motif yang
baikseperti saling mempercayai.

Keperluan tuntuk menjadi insan


yang baik pada penilaian sendiri
dan orang lain. keperihatinan
terhadap orang lain. percaya pada
satu peraturan mutlak dan
keinginan untuk mengekalkan
peraturan dan menyokong pihak
yang mahukan tingkah laku yang
baik.

TAHAP 4
(konvensional)
Orientasi undang undang
atau peraturan( memelihara
sosial order, melaksanakan
tugas atau tanggungjawab
adalah baik)

TAHAP 5
(pasca konvensional)
Orientasi contractlegalistic (nilai yang
dipersetujui masyarakat,
termasuklah hak hak
individu atau peraturan
untuk mencapai
persetujuan, menentukan
perkara yang benar)

TAHAP 6
(pasca konvensional)
Orientasi prinsip etika
sejagat ( perkara benar
adalah suara batin yang
harmoni dengan prinsip
sejagat iaitu keadilan.

Menyempurnakan kewajipan
sebenar kepada orang yang
dipertanggungjawabkan keatas
kita. undang undang mestilah
dipatuhi melainkan dalam kes kes
tertentunapabila terdapat konflik
dengan tugas sosial. perkara yang
benar termasuk juga
menyumbang kepada masyarakat
atau institusi.

Memastikan institusi berterusan


sebagai satu kesatuan ,
mengelakkan berlakunya
perpecahan sekiranya semua
orang melakukannya, kesedaran
terhadap tanggungjawab dan
kepatuhan seseorang.

Menyedari bahawa manusia


mempunyai pelbagai nilai dan
pendapat, nilai utama dan
peraturan adalah relatif kepada
sesuatu kumpulan. peraturan
relatif ini hendaklah dipatuhi,
bagaimanapun hendaklah
daripada persetujuan keseluruhan
entiti kerana ia adalah kontrak
sosial. sesetengah pendapat yang
terkeluar daripada peraturan
relatif kumpulan haruslah juga
digunapakai walaupun tidak
mendapat sokongan majoriti.

Berkewajipan kepada undang


undang kerana ikatan kontrak
sosial untuk mematuhi undang
undang kebajikan dan
perlindungan kepada semua
orang. satu komitmen kontraktual
yang dilakukan secara sukarela
terhadap keluarga, persahabatan,
kewajipan kepada kerja dan
kepercayaan. mengambilkira
undang undang dan tugas
berdasarkan rasional kebaikan
untuk semua.

Mengikut prinsip etika sendiri.


undang undang tertentu atau
persetujuan sosial selalunya sah
kerana ia berlandaskan kepada
prinsip tertentu. prinsip ini adalah
prinsip universal kerana ia
berlandaskan keadilan,
kesaksamaan dalam 'human right'
dan hormat kepada kemanusiaan
sebagai seorang individu

Keprcayaan sebagai insan yang


rasional dalam prinsip moral
universal yang mutlak dan
perasaan komitmen individu
terhadapnya.

Rest (1994) menjelaskan peringkat ini berdasarkan kepada pemahaman individu tetang
bagaimana untuk menguruskan kerjasama dalam masyarakat apabila sesuatu isu moral
dipertimbangkan. dua peringkat terlibat dalam setiap tahap pembabitan moral.
Tahap yang paling asas ialah tahap 1 yang dikenali sebagai prakonvensional. Seperti yang
dilihat dalam peringkat 1 dan 2 di atas, seseorang individu pada tahap taakulan moral ini masih
belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan mereka.
perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik yang memfokuskan kepada diri mereka sendiri
secara tetap.
Sementara tahap kebiasaan moral atau tahap 2 didalam peringkat 3 dan 4 adalah
berdasarkan kepada perspektif ahli dalam masyarakat. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan
peraturan setempat dan tanggapan orang lain. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan
menyokong perjanjian untuk berada pada tahap poosisi pihak yang berkuasa.
Tahap yang paling tinggi iaitu tahap 3 yang dikenali sebagai pascakonvensional iaitu
peringkat 5 dan 6 yang lebih mengutamakan masyarakat. Tahap ini ditentukan oleh pemikiran,
mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan asas kepada prinsip yang telah
dipilih oleh individu (evans, 1998). pada tahap 3 penilaian moral dalah berdasarkan kepada
kesejagatan prinsip prinsip keadilan ( Nucci dan Pascarella, 1987).
3.4 TEORI PERKEMBANGAN MORAL REST
Pada tahun 1999, rest dan rakan rakannya telah membina satu model yang dikenali
sebagai neo-kohlbergian (rest, narvaez dan bebeau, 1999). Perbezaan yang dibawa oleh rest
menekankan kepada komponen kerjasama sosial dalam taakulan keadilan. sementara kohlberg
pula menegaskan bahawa konsep keadilan berdasarkan kepada individu. Rest telah

mengkonsepkan semula enam peringkat oerkembangan moral dalam konteks kerjasama sosial
berdasarkan kepada taakulan keadilan yang dapat dilihat melalui jadual di bawah :
Peringkat

Konsep berpusat
(central concept)

Pengalaman sosial

Peringkat 1

Moral ketaatan

Buat seperti yang disuruh

Peringkat 2

Moral instrumen egoisme dan


pertukaran mudah

Mari buat satu perjanjian

Peringkat 3

Moral persetujuan
interpersonal

Bertimbang rasa dan


mendapat kawan

Peringkat 4

Moral undang undang dan


tugas kepada arahan sosial

Setiap orang dalam


masyarakat
dipertanggungjawabkan dan
dilindungi undang undang

Peringkat 5

Moral prosedur pembangunan


konsensus

Awak dipertanggungjawabkan
dengan penyusunan yang
dipersetujui oleh prosedur
proses

Peringkat 6

Moral kerjasama sosial bukan


sembarangan

Moral dedefinisikan secara


rasional dan pengurusan
kerjasama secara ideal.

Justeru itu, definisi rest tentang enam peringkatvyang menggabungkan kerjasama dengan
keadilan adalah sedikit berbeza dengan pendekatan kohlberg. Apabila seorang individu melalui
peringkat perkembangan sosial, secara langsung membantu mereka untuk menghasilkan lebih
banyak cara berkesan dalam mengurus kerjasama(rest, 1986).
Rest (1983) menjelaskan konsep perkembangan moral kohlberg terlalu sempit. Beliau
memberi hujah bahawa pertimbangan moral ialah satu komponen dalam proses yang sangat
kompleks dikenali sebagai model 4 komponen perkembangan moral.

3.5 MODEL PERKEMBANGAN MORAL (Rest, 1983)


Sensitiviti moral
Pertimbangan moral

Menentukan kepentingan sesuatu isu moral


Menentukan halatuju yang diambil untuk

Motivasi moral

menyelesaikan masalah dilemma


Mengambilkira motif lain yang

akan

menpengaruhi pelaksanaan pengadilan yang


Tindakan moral

dipilih
Berdasarkan kepada cara dan kekuatan ego
semasa melakukan tindakan

3.6 KONSEP PERTIMBANGAN MORAL OLEH REST


Konsep pertimbangan moral rest adalah berdasarka analisis terhadap penaakulan moral
secara berperingkat sepertimana yang dicadangkan oleh kohlberg. Pertimbangan moral
membekalkan panduan asas dalam menentukan bagaimana konflik dalaman manusia dapat
diselesaikan dan diguna untuk memaksimumkan faedah sesama sendiri bagi seseorang individu
yang tinggal dalam satu kumpulan (rest, 1986).
Seseorang individu dapat menentukan secara moralnya perkara benar atau salah (rest,
1994) berpandukan kepada konsep individu mengenai keadilan dan rasa hormat kepada hak
orang lain berdasarkan kepada penekanan kesamaan dan saling memerlukan antara satu sama
lain. Hal ini kerana satu andaian kritikal iaitu setiap perjalanan seseorang individu akan melalui
langkah langkah berasaskan tahap pertimbangan moral. Setiap tahap pertimbangan moral akan
mewakili konsep konsep tertentu yang canggih untuk menguruskan kerjasama (rest, 1979)
Pertimbangan moral diwakili oleh tiga jenis skema iaitu:
1. Skema kecenderungan peribadi

2. Skema pengekalan norma


3. Skema pasca konvensional
Berdasarkan kepada komsep skema pertimbangan moral rest, proses bagi seseorang
individu membuat pertimbangan dapat dilihat secara jelas. Moral individu secara langsung
berperanan untuk membina struktur pemikiran yang selari dengan perlakuannya. Konsep
pertimbangan moral menggabungkan konsep autonomi moral dan heteronomi moral yang berada
dalam skema kognitif indiividu.
Secara keseluruhannya, konsep skema moral menghuraikan tentang skema ognitif yang
diaktifkan semasa seseorang individu membuat pertimbangan moral. Pembentukan skema
tersebut akan membentuk kumpulan kumpulan skema dalam perkembangan moral individu.
Keadaan ini menunjukkan bahawa skema bukan sahaja merupakan lambang proses psikologikal
tetapi ia juga merangkumi ideologi dan budaya yang digabungkan dalam konsep autonomi dan
heteronomi moral individu.

Anda mungkin juga menyukai