Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENDAHULUAN
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada
sistem pendidikan yang semakin canggih. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan
Bahasa dan Pustaka, mengadaptasibermaksudmembuat penyesuaian dengan keadaan yang baru
atau yang berbeza. Teknologi komputeran atau teknologi maklumat ditarifkan sebagai yang
berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan kumpulan atau longgokan data dan
penyebaran maklumat secara elektronik.Kumpulan atau longgokan data yang mengandungi
maklumat tentang sesuatu perkara yang disimpan dalam bentuk komputeran.
Selaras dengan ledakan maklumat yang terdapat dalam dunia globalisasi hari ini,
penggunaan teknologi maklumat telah menjadi sesuatu yang penting dan amat di perlukan dalam
kehidupan.Penggunaan teknologi komputeran kini digunakan secara meluas dalam pelbagai
bidang seperti pengurusan, perniagaan, pembangunan dan juga pendidikan.Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam menerapkan aplikasi teknologi dan memberi penekanan khas pada peranan
ICT dalam pendidikan khususnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Ia juga berfungsi
sebagai satu cara untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan institusi pendidikan.Tambahan
pula, ICT menawarkan kelompok kemahiran generik asas yang perlu bagi semua pelajar dalam
mengejar pendidikan mereka.
Terdapat banyak kemudahan ICT yang telah disediakan untuk pelajar-pelajar sebagai
satu langkah untuk merapatkan jurang digital di antara mereka yang mampudan yang tidak
mampu untuk menikmati teknologi ini. Terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melakukan transformasi sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Induk Pendidikan 2013-2025
melalui anjakan yang ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Setiap perubahan yang dilakukan pasti akan melalui cabaran-cabaran
yang perlu diberikan perhatian dan perlukan penyelesaian dalam mengaplikasikan penggunaan
teknologi komputeran ini.

2.0 Cabaran-cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengadaptasi teknologi
komputeran adalah seperti yang berikut:
2.1 Penyediaan Kemudahan ICT Terhad
Cabaran utama untuk mengadaptasikan teknologi komputeran dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah tiada atau kekurangan komputer dan kemudahan mengakses internet di dalam
bilik darjah.Kemudahan atau prasarana yang disediakan di makmal komputer tidak mencukupi,
terhad kerana bilangan pelajar yang ramai.Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan
ketinggalan dari segi kapisiti dan perisiannya.
Kekangan dari segi sistem penyelenggaran ialahtiada tenaga pakar yang khusus dalam
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang sistemaik menyebabkan banyak komputer yang
rosak dan tidak dibaikpulih.Penyelengaraan banyak bergantung kepada penyelaras ICT atau
guru-guru yang mahir dari segi teknikal sahaja.Masalah penggunaan makmal komputer juga
sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya guru telah bersedia untuk mengendalikan pembelajaran mengadaptasikan teknologi
komputeran, tetapi makmal komputer telah digunakan oleh pihak lain. Ini bukan sahaja
mengganggu pengajaran guru tetapi turut menjejaskan pembelajaran murid pada hari tersebut
menyebabkan minat menggunakannya menurun.
2.2 Tahap Kemahiran Guru Yang Terhad.
Kebanyakan guru mempunyai pengetahuan yang terhad tentang komponen Perkakasan
(hardware) dalam sistem rangkaian merangkumi beberapa komponen yang berbentuk fizikal
seperti modem, fax, unit backup, peranti simpanan fail, kabel yang digunakan untuk
menyambung beberapa komputer dan peralatan dalam rangkaian untuk menyambungkan dua
rangkaian demi memudahkan pertukaran maklumat.
Perisian (software) yang merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu
set arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke atas
data terkandung dalam programnya atau yang dibekalkan oleh pengguna.
Perisian Rangkaian yang merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-
komputer dalam rangkaian. Jenis perisian rangkaian yang lain adalah seperti : Network Drivers,
Application Software, Server Software, Management Sofware, Pakej Perisian, Perisian Sekuriti
dan Internet.

Anda mungkin juga menyukai