Anda di halaman 1dari 4

A) KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh


masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi
merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik . Unsur integrasi yang terdiri daripada :

i) Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang
mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat
dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai
Barat Semenanjung Malaysia.
ii) Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk
mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik.
iii) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan
kebangsaan.
iv) Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui
program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.
v) Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
vi) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melaui
kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut
Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks..
Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam
bidang politik dan nilai.Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan
mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai
etnik.




1) DIMENSI INTEGRASI

Integrasi Sosial
Integrasi Sosial merujuk kepada proses menyatupadukan pelbagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama.

Akomodasi
Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak
yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang
dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. . Dalam perkataan lain, akomodasi
juga dikenali sebagai situasi menang-menang (win-win situation) dimana kedua-dua
pihak yang bertentangan pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada
satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama. Sebagai contoh di Malaysia,
meskipun Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian
bahasa-bahasa lain masih boleh diguna pakai selagi ia tidak bertentangan dengan
prinsip perlembagaan.

Asimilasi
Asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang
berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang
baru. Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Pertama,
kelompok masyarakat yang diasimilasi akan berubah menjadi satu kelompok yang
baru dengan menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. Proses asimilasi
boleh berlaku apabila golongan minoriti bersedia untuk menyerap budaya golongan
majoriti dan golongan majoriti bersedia menerima golongan minoriti tersebut.
Bentuk proses ini dikenali sebagai asimilasi sehala. Asimilasi dua hala pula ialah
apabila kedua-dua kumpulan saling menerima sebahagian daripada kebudayaan
masing-masing kumpulan yang ada dalam sesebuah masyarakat berkenaan.

Akulturasi
Akulturasi boleh didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya daripada
satu kelompok kepada satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan sesebuah
masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut
mampu memberikan kelebihan dan manfaat kepada kelompok tersebut. Penerimaan
adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif sebagai contoh pemakaian tali leher
telah diterima oleh hampir semua masyarakat didunia. Walau bagaimanapun
penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat
umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat. Isu penolakan atau
keengganan tersebut timbul ekoran wujudnya perasaan bahawa kebudayaan asing
akan menghancurkan serta merosakkan kebudayaan mereka.

Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Sebagai
contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan
campur lalu membentuk satu generasi baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

Anda mungkin juga menyukai