Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN SEKOLAH

1. Tatatertib
1.1 Tatatertib Am
1.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh sekolah
dan mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.
1.1.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan dari mana-mana pihak berwajib yang
ada hubungan dengan pihak sekolah.
1.1.3 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati guru-guru,kakitangan
sekolah,pemimpin-pemimpin pelajar,pengawas dan menghormati sesama sendiri.
1.1.4 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan yang boleh dianggap sebagai ingkar perintah
sekolah,guru-guru,pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat
demikian oleh Guru Besar.
1.1.5 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau
dianggap sebagai :
1.1.5.1 Mencemarkan nama baik sekolah
1.1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu
1.1.5.3 Melakukan vandelisme terhadap, sama ada harta sekolah atau harta orang
perseorangan.
1.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.
1.1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau
kakitangan sekolah.
1.1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu.
1.1.5.7 Melakukan perbuatan menyeksa,mendera secara fizikal / mental atau mengugut
mana-mana individu.
1.1.5.8 Penampilan yang tidak mencerminkan pelajar cemerlang (rohani dan jasmani)
1.1.6 Setiap pelajar hendaklah mencapai kecemerlangan yang konsisten dan menghayati hala tuju
SKTBM.
1.1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah dalam bidang
akademik, kokurikulum dan kerohanian.
1.1.8 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,kokurikulum,sahsiah dan
penampilan diri.
1.1.9 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati tetamu dengan memberi salam dan sedia
membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan.
1.1.10 Setiap pelajar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

1 | Page
1.1.11 Pelajar mesti peka tentang tarikh, masa dan tempat untuk semua aktiviti.
1.1.12 Sebarang surat menyurat / penyertaaan aktiviti dengan pihak luar mestilah melalui
Guru Besar.

1.2 Tatatertib di Pejabat dan Bilik Guru.


1.2.1 Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
1.2.2 Hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu.
1.2.3 Gunakan bahasa yang betul, jelas, ringkas dan bersopan.
1.2.4 Gunakan panggilan yang betul,contoh : Saudara,saudari,Encik,Puan,Cikgu.
1.2.5 Gunakan pakaian yang formal / sopan
1.2.6 Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas sesuatu urusan.
1.2.7 Tidak membuat bising
1.2.8 Berurusan dengan pihak yang berkenaan sahaja.

1.3 Masa Persekolahan


1.3.1 Masa persekolahan / Kelas Persediaan
Isnin – Jumaat : 7.15 – 1.35 / 4.30 petang (rabu)
1.4 Perhimpunan
1.4.1 Perhimpunan adalah wajib bagi semua pelajar.Kegagalan menghadiri perhimpunan
dianggap satu kesalahan.
Masa :
Isnin : 7.15 – 7.35 pagi (Perhimpunan Rasmi)
Selasa – Jumaat : 7.00 – 7.20 pagi (Aktiviti Pagi)
1.4.2 Pelajar dikehendaki masuk ke dewan dan
beratur mengikut kelas masing-masing.
1.4.3 Pelajar dilarang meletak beg/buku di luar
dewan.
1.4.4 Semua pengumuman / ceramah / laporan
buku hendaklah dibuat dengan jelas, tepat,
ringkas dan berkesan.

1.4.5 Pelajar diwajibkan membawa buku catatan dan pen / pensil untuk membuat catatan.
1.4.6 Pelajar-pelajar mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan.
1.4.7 Pelajar-pelajar mestilah menghayati doa, ikrar dan lagu-lagu semasa perhimpunan.
1.4.8 Pelajar hendaklah keluar dewan dengan cara yang teratur, cepat dan senyap

2|Page
1.5 Penampilan diri
1.5.1 Pakaian Sekolah
1.5.1.1 Kain sarung berwarna biru(sekolah rendah).Panjang melepasi 1 inci di bawah
buku lali dan tidak ketat.
1.5.1.2 Baju kurung putih,potongan leher mestilah berbentuk teluk belanga dan
tidak ketat.
1.5.1.3 Tudung sekolah berwarna putih dan tepi tidak bercorak.
1.5.1.4 Kasut bertutup berwarna putih.
1.5.1.5 Stokin sekolah berwana putih.
1.5.1.6 Beg sekolah yang sesuai dan cukup besar untuk membawa semua buku yang
dijadualkan dan tidak berfesyen.
1.5.1.7 Pelajar hendaklah sentiasa memakai tanda nama.
1.5.1.8 Pelajar dikehendaki memakai pakaian unit beruniform yang lengkap
pada minggu ketiga.
1.5.1.9 Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan ketika menghadiri kelas
Pendidikan Jasmani dan memakai seluar trek berwarna hitam atau biru gelap
dan berkasut sukan berwarna putih sahaja dan bukan berwarna cerah seperti
hijau,oren,merah jambu dan ungu.
1.5.2 Baju kurung hendaklah berkancing walaupun bertudung
1.5.3 Semua pelajar hendaklah berpakaian lengkap,kemas bersih dan sopan.
1.5.4 Kuku hendaklah sentiasa pendek,bersih dan tidak diwarnakan dengan ‘cutex’
1.5.5 Pemakaian barang perhiasan seperti gelang tangan, rantai, cincin dan apa-apa
barang perhiasan yang setara adalah dilarang pada bila-bila masa.
1.5.6 Pelajar dimestikan memakai kain dalam dan ‘camisole’
1.5.7 Pakaian dalam yang berwarna warni dan bercorak tidak dibenarkan kecuali berwarna
coklat,putih atau warna kulit.
1.5.8 Pelajar dilarang memakai subang lebih daripada satu pada telinga dan subang
hendaklah bersaiz kecil.
1.5.9 Pelajar dilarang menindik hidung dan anggota-anggota badan yang lain.
1.5.10 Pelajar dilarang bertatoo dan menyimpan rambut berekor serta berambut terlalu
pendek sehingga menyerupai lelaki.

1.6 Kehadiran
1.6.1 Semua pelajar perlu menghadiri sebarang aktiviti 5 minit sebelum waktu:
1.6.1.1 Hari persekolahan
1.6.1.2 Kelas-kelas persediaan
1.6.1.3 Waktu ujian bulanan / peperiksaan
1.6.1.4 Aktiviti kokurikulum
1.6.1.5 Perhimpunan mingguan

3 | Page
1.6.2 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti mempunyai
kenyataan bertulis daripada ibu bapa atau surat akuan doktor (sijil sakit).Sekiranya
tidak hadir pelajar akan dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan
sewajarnya.
1.6.3 Tindakan akan diambil keatas pelajar yang tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3
hari berturut-turut tanpa kenyataan atau 7 hari alam sebulan atau bila-bila masa
melebihi 10 hari.
1.6.4 Surat peringatan penggantungan persekolahan akan dikeluarkan kepada pelajar yang
tidak hadir ke sekolah melebihi 20 hari tanpa kenyataan.

1.7 Ujian Bulanan / Peperiksaan


1.7.1 Kerusi dan meja pelajar disusun seperti dalam peperiksaan umum.
1.7.2 Meja pelajar dikosongkan dan bahagian laci menghadap ke hadapan, alat tulis sahaja
diletakkan diatas meja.
1.7.3 Segala bentuk carta atau maklumat pelajaran tidak boleh dipamerkan pada meja
atau papan kenyataan kelas.
1.7.4 Pelajar hendaklah mengurus diri dan menyediakan alatan yang cukup sebelum
peperiksaan / ujian bermula.
1.7.5 Pelajar tidak dibenarkan tidur atau meniru(sekiranya didapati meniru pelajar tidak
dibenarkan meneruskan ujian/peperiksaan dan markah sifar dan dikenakan tindakan
disiplin)
1.7.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar semasa waktu peperiksaan / ujian kecuali dengan
kebenaran.
1.7.7 Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar pada satu masa untuk ke bilik air.
1.7.8 Pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan atas sebab peribadi seperti
sakit,ponteng dan sebagainya tidak dibenarkan mengambil peperiksaan pada waktu
lain kecuali menjadikannya sebagai latihan dan markah tidak akan diambil kira.

4|Page
1.8 Kerja rumah
1.8.1 Pelajar-pelajar diwajibkan melengkapkan kerja rumah yang diberikan.
1.8.2 Pelajar-pelajar dilarang membuat kerja rumah semasa pengajaran dan pembelajaran
kecuali dengan arahan guru.
1.8.3 Pelajar-pelajar diwajibkan menghantar kerja rumah kepada guru tepat pada
waktunya.

1.9 Keselamatan harta benda


1.9.1 Harta benda sekolah :
Setiap pelajar bertanggungjawab diatas harta benda sekolah
1.9.2 Harta benda sendiri :
Harta milik peribadi adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

(Nota : Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kecuaian dan kehilangan harta milik
peribadi)

1.10 Keceriaan / kebersihan


Semua pelajar diwajibkan menjaga kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan sekolah
termasuk :
a) Kelas
b) Tandas
c) Bilik-bilik Khas
d) Laluan
e) Dewan
f) Taman-taman
g) Padang sekolah / gelanggang
h) Parit sekitar kawasan sekolah
i) Kantin

1.11 Penjagaan dan penggunaan bilik darjah


1.11.1 Hias dan ceriakan bilik darjah sepanjang masa
1.11.2 Kerusi dan meja hendaklah sentiasa tersusun
1.11.3 Lantai mestilah disapu setiap hari
1.11.4 Sampah-sampah hendaklah dibuang setiap hari
1.11.5 Perkara-perkara yang mesti ada di papan kenyataan bilik darjah:
- Jadual waktu
- Jadual tugas
- Takwim sekolah
- Kalender
- Maklumat / jadual-jadual yang diedarkan

5|Page
dari semasa ke semasa
- Peraturan sekolah dan bilik darjah
- Inventori
1.11.6 Meja guru hendaklah sentiasa bersih dan dihias dengan rapi.
1.11.7 Papan kenyataan hendaklah dikemaskini
1.11.8 Papan putih mestilah dipadam setelah habis bagi setiap matapelajaran
1.11.9 Tidak dibenarkan duduk di kelas pada waktu rehat
1.11.10 Tidak dibenarkanmembawa makan di kelas pada waktu persekolahan.
1.11.11 Alat-alat seperti penyapu dan bulu ayam hendaklah digantung
1.11.12 Tidak dibenarkan duduk di meja dan kerusi guru kecuali pengawas bertugas.
1.11.13 Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tiada penghuni
1.11.14 Langsir hendaklah terpasang dalam keadaan kemas
1.11.15 Pelajar yang hendak keluar dari kelas semasa P & P hendaklah memakai pas keluar.
1.11.16 Tidak dibenarkan membuat bising semasa di dalam kelas.
1.11.17 Masuk ke kelas hendaklah tepat pada waktunya.
1.11.18 Pelajar tidak dibenarkan menampal gambar dan sebagainya di dinding kelas.
1.11.19 Semua maklumat yang hendak disampaikan di kelas mestilah menggunakan bahasa
formal.

1.12 Penggunaan Dewan Sekolah.

1.12.1.1 Dewan sekolah boleh digunakan untuk permainan, pementasan,seminar atau


ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
1.12.1.2 Kebenaran menggunakan dewan sekolah mestilah diperolehi terlebih dahulu
daripada Guru Besar melalui guru penasihat masing-masing.
1.12.1.3 Pelajar-pelajar dan persatuan yang menggunakan dewan hendaklah mematuhi
peraturan berikut :-
a) Bertanggungjawab ke atas keselamatan harta
benda yang ada di dalam dewan.
b) membersih dan mengemas dewan selepas
digunakan
c) Padamkan lampu dan kipas selepas digunakan.
1.13 Penggunaan kantin
1.13.1 Pada hari persekolahan pelajar dibenarkan ke kantin pada waktu rehat sahaja.
1.13.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dan persekitarannya.
1.13.2.1 Menjaga kebersihan kerusi dan meja.
1.13.2.2 Meletakkan pinggan / mangkuk / cawan /
gelas / sudu / garfu ditempat yang disediakan.

1.13.2.3 Membuang sampah ke dalam tong sampah.

6|Page
1.13.3 Setiap pelajar mestilah menjaga kesopanan semasa di kantin dengan :
1.13.3.1 Beratur semasa membeli makanan
1.13.3.2 Duduk semasa makan / minum
1.13.3.3 Memesan makanan dengan
menggunakan bahasa yang sopan.

1.14 Kawasan larangan


1.14.1 Pejabat sekolah dan pejabat-pejabat guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.
1.14.2 Bilik makmal, Bilik RBT, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, kecuali pada waktu
persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat
persatuan.

1.15 Pemeriksaan Mengejut (Spot Check)


1.15.1 Pemeriksaan mengejut boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
1.15.2 Guru Disiplin,guru-guru dan pengawas boleh melakukan pemeriksaan mengejut ke atas
pelajar dengan memeriksa beg milik pelajar.
1.15.3 Guru-guru boleh mengambil barang-barang yang merupakan barang yang dilarang dibawa ke
sekolah.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai