Anda di halaman 1dari 16

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?

Jawapan:
Golongan yang mengaku diri sebagai nabi, enggan membayar zakat dan murtad. (ms 142)

Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin.


Namakan tokoh-tokoh yang memegang jawatan tersebut?
Jawapan:
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al- Khattab, Khalifah Uthman bin Affan, dan Khalifah Ali
bin Abu Talib. (ms 142)

Nyatakan maksud khalifah dari konteks bahasa dan agama.


Jawapan:
Dalam konteks bahasa khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan
dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam konteks agama pula khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurniaan agama Islam
yang disampaikan oleh NabiMuhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian
serta kestabilan umat Islam, (ms 143)

Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah?


Jawapan:
Syaratnya ialah calon khalifah mestilah lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan
tentang Islam, mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil, mempunyai
akhlak yang baik, tubuh badan yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak, dan pandai mentadbir
kerajaan. (ms 143)

Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat.


Huraikan kaedah-kaedah tersebut.
Jawapan:
a) Musyawarah atau syura iaitu permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang
sesuatu perkara. Berlaku semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar. Golongan Ansar dari Bani Saadah
hampir melantik khalifah dalam kalangan mereka. Atas cadangan Saidina Umar dan dengan persetujuan
ramai akhirnya Saidina Abu Bakar dilantik sebagai khalifah.
b) Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu. Berlaku seperti pelantikan Saidina Umar
iaitu nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.
c) Pemilihan daripada beberapa orang calon. Berlaku semasa pelantikan Saidina Uthman bin Affan.
Enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya terpilih.
d) Pencalonan oleh sekelompok masyarakat. Berlaku semasa
pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib. (ms 143)

Semua kaedah pemilihan khalifah melalui proses syura atau musyawarah diperkukuhkan dengan
upacara angkat sumpah atau baiah. Apakah kepentingan baiah?
Jawapan:
a) menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi.
b) Pentadbiran kerajaan dan negara menjadi lebih lancar.
c) Pemerintah yang terpilih akan berusaha untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan
berkemampunan untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat. (ms 143)

Huraikan tugas-tugas dan tanggungjawab seorang khalifah?


Jawapan:
a) Memelihara kedudukan agama Islam
b) Mentadbir negara mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah.
c) Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan
rohani dengan jasmani.
d) Memastikan kelicinan pentadbiran negara.
e) Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.
f) Bertanggungjawab melantik, dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.
g) Menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.
h) Menjaga dan meneruskan ajaran Allah.
i) Mengekalkan perpaduan ununah.
j) Memantapkan sistem perundangan Islam,
k) Menguruskan hal ehwal kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal.
l) Mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat. (ms 144)

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w.?
Jawapan:
Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddah
yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat (ms 145)

Huraikan sumbangan-sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.


Jawapan:
a) Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w.
b) Memerangi golongan al-Riddah, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang murtad.
c) Mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan
kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat.
d) Menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan
Usamah bin Zaid ke Ghasan, kedua-dua ekspedisi tersebut mencapai kejayaan.
e) Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah, iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan,
Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran serta melantik seorang ketua atau amir
untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut.
f) Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang.
g) Memperkenalkan undang-undang tanah
h) Memberi hak keistimewaan yang sama kepada golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang
memeluk Islam.
i) Mengumpulkan tulisan ayat al-Quran ekoran kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang
golongan al-Riddah dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya semula. (ms 144 -145)

Nyatakan pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam
bidang politik.
Jawapan:
a) Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.
b) Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
c) Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah seperti Makkah, Madinah, Kufah,
Palestn, Jazirah dan Basra bagi melicinkan pentadbiran.
d) Melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima
tentera.
e) Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha. (ms 146)

Apakah tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab untuk mengelakkan salah
laku oleh hakim?
Jawapan:
Tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab untuk mengelakkan salah laku oleh
hakim ialah dengan memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan-jabatan lain dan hakim
diberikan gaji bulanan yang tinggi iaitu sekitar 500 dirham. (ms 146)

Apakah langkah yang diambil oleh Khalifah Umar bin al-Khattab bagi menguatkan
pertahanan negara dan angkatan tentera Islam? (ms 146)
Jawapan:
a) Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
b) Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.
c) Markas tentera dibina di bandar-bandar utama.
d) Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negera musuh seperti di Madinah,
Kufah, Fustat dan Basrah.

Nyatakan pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab
dalam bidang sosial.
Jawapan:
a) Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di
kawasan masjid.
b) Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya
Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman.
c) Memperkenalkan kalendar Islam iaitu menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan
pengiraan tahun menurut Islam. (msl46)

Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khatab
dalam bidang ekonomi?
Jawapan:
a) Membina terusan dan tali air untuk menambahkan hasil pertanian seperti Empangan Abu
Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di Mesir.
b) Rakyat digalakkan meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar untuk aktiviti
pertanian.
c) Memperkenalkan pelbagai j enis cukai seperti cukai j izyah, dan cukai kharaj.
d) Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negar melalui sistem jizyah
dan kharaj. (ms 147)

Huraikan sistem cukai yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar bin al- Khattab.
Jawapan:
a) Cukai jizyah iaitu cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di
negara Islam. Namun begitu cukai yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak
memberatkan.
b) Cukai kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim. Cukai ini
dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Contohnya tanaman barli
dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum dikenakan cukai dua dirham dan anggur
dikenakan cukai 10 dirham. (msl47)

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan zimmi?


Jawapan:
Zimmi ialah golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi
rela hidup di bawah pemerintahan Islam. Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas
daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat tetapi mereka dikenakan jizyah.
(ms 147)

Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan dalam aspek politik?


Jawapan:
a) Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.
b) Mengukuhkan pertahanan negara iaitu dengan membina angkatan tentera laut Islam.
c) Memperkuat angkatan tentera laut Islam dengan membeli peralatan senjata dan kapal. (ms
147)

Apakah tindakan yang diambil oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi menyelaraskan bacaan al-
Quran?
Jawapan:
Khalifah Uthman telah mengisytiharkan sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf
Uthmani. (ms 148)

Apakah usaha yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi mempertingkatkan
ekonomi?
Jawapan:
Usaha yang dilakukan oleh Khalifah Uthman bin Affan bagi mempertingkatkan ekonomi ialah
dengan memperkukuhkan peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara dan
memperkuatkan angkatan tentera laut serta mengekalkan jizyah yang dikenakan kepada
penduduk bukan Islam sebagai sumber pendapatan baitulmal. (ms 148)

Huraikan sumbangan-sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam pemerintahannya?


Jawapan:
a) Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
b) Sanggup menghentikan peperangan saudara walaupun tenteranya hampir mencapai
kemenangan disebabkan pihak lawan telah mengangkat al-Quran.
c) Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
d) Mengikat perjanjian dengan gologan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka. (ms
148)

Apakah prinsip pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintahan Khulafa al-Rasyidin sehingga
membolehkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup?
Jawapan:
a) Kepimpinan yang menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
b) Memperkukuh perpaduan sehingga kerajaan Islam Madinah berkembang sebagai sebuah negara yang
kuat dan mempunyai kawasan pentadbiran yang luas.
c) Menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
d) Mereka tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kemewahan hidup.
e) Berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan, dan kebahagiaan rakyat. (ms 148-149)

Selepas Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, kaedah pelantikan pemerintah kerajaan Islam
bertukar dari sistem syura kepada sistem warisan. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem warisan?
Jawapan:
Jawatan ketua pemerintah kerajaan Islam diwarisi secara turun-temurun atau dikenali sebagai
pemeritahan monarki. (ms 150)

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?


Jawapan: Pengasas kerajaan Bani Umaiyah ialah Muawiyah bin Abu Sufyan. (ms 150)

Apakah sistem pelantikan yang diamalkan dalam pemilihan ketua pemerintah kerajaan Bani
Umaiyah?
Jawapan:
Sistem warisan iaitu pelantikan ketua pemerintah secara turun temurun. (ms 150)

Pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama dan kedua.
a) Nyatakan pusat pemerintahan bagi tahap tersebut.
Jawapan:
Tahap pertama di Damsyik, Syria. Tahap kedua di Cordova, Sepanyol. (ms 150)
b) Nyatakan gelaran pemerintah Kerajaan Bani Umaiyah bagi tahap-tahap tersebut?
Jawapan:
Tahap pertama menggunakan gelaran khalifah. Tahap kedua menggunakan gelaran amir. (m/s. 150)

c) Siapakah pengasas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua?


Jawapan:
Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. (m/s. 150)

Huraikan peristiwa yang membawa kepada kemunculan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua?
Jawapan:
Serangan daripada gerakan Abbasiyah menyebabkan keruntuhan Bani Umaiyah tahap pertama. Hampir
keseluruhan keturunan Bani Umaiyah dibunuh. Abdul Rahman berjaya melarikan diri dari tahanan di
Fustat menuj ke Palestn, Afrika Utara, Maghribi dan kemudiannya ke Sepanyol. Di Sepanyol, beliau
mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Cordova dengan menjadikan Andalusia sebagai
ibu kota. (ms 150)

Nyatakan empat aspek utama di dalam sistem pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah.
Jawapan:
a) Sistem Khalifah iaitu pelantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi
Muhammad s.a.w.
b) Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat
manakala gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.
c) Sistem Urus Setia iaitu beberapa orang pegawai utama dilantik bagi menguruskan pentadbiran yang
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan polis dan
kehakiman.
d) Sistem Hijabah iaitu seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah
mengawal keselamatan khalifah dan bertindak sebagai pemegang amanah. (ms 151)

Apakah sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan perundangan?
Jawapan:
a) Melaksanakan sistem pentadbiran mengikut sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urus setia dan
sistem hijabah.
b) Mehubuhkan beberapa buah jabatan iaitu jabatan cukai, jabatan surat menyurat, jabatan urusan am
dan jabatan urusan cop mohor pemerintah.
c) Menubuhkan Diwanul Jundi (jabatan ketenteraan) untuk pertahanan negara.
d) Menubuhkan angkatan tentera darat dan laut.
e) Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atau ijmak.
f) Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran
politik pemerintah.
g) Hakim mestikan seorang yang adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latar
belakang orang yang diadili. (ms 151 -152)
Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial.
Jawapan:
a) Memajukan bidang ilmu pengetahuan sehingga kota Basrah terkenal sebagai pusat pengajaran dan
penyebaran ilmu.
b) Melahirkan ilmuwan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli
nahu Arab) serta sastrawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.
c) Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.
d) Tanda bunyi dan baris telah diperkenalkan pada tulisan al- Quran.
e) Kepesatan perkembangan ilmu agama semasa era pemerintahan Khalifah Umar ibn Abdul Aziz
membawa kepada kemunculan tokoh-tokoh agama terkenal seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat
al-Zuhri (hadis), Ibn jarih (tafsir al-Quran) serta Hasn al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). f) Taraf
kesihatan ditingkatkan dengan pembinaan hospitl pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul
Malik.
g) Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospitl penyakit kusta.
h) Ibn al-Nafis memperbetulkan kesilapan Galen berkaitan dengan sistem pengaliran darah di jantung.
i) Buku rujukan untuk pelbagai ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
j) Ibn al-Nafis menghasilkan buku al-Shamil fis Sina'ah al- Tabibiyah (Kajian Umum Profesion Kedoktoran)
yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.
k) Perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi. (ms 151-152) '

30. Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam aspek pendidikan.
Jawapan:
a) Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova oleh Abdul Rahman III.
b) Pembinaan perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II.
c) Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia semasa era pemerintahan
Abdul Rahman III dan al- Hakam II.
d) Seville, Toledo dan Granada turut berkembang sebagai pusat keilmuan.
e) Pembinaan sebuah pusat penterjemahan untuk menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam
bahasa Arab di Toledo memberi peluang kepada orang Arab mempelajari pelbagai ilmu.
f) Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia
Islam dengan Eropah.
g) Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan yang dihasilkan begitu
juga dengan orang Eropah. (ms 153)

Apakah buktinya kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman pemerintahan Bani
Umaiyah tahap kedua?
Jawapan:
a) Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat pada binaan
Masjid Cordova.
b) Masjid tersebut mempunyai menara yang tingginya sekitar 36 meter.
c) Kubah Masjid Cordova beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 batang tiang yang diperbuat
daripada marraar.
d) Pada waktu malamnya, masjid ini diterangi dengan 4700 buah lampu dan memerlukan 11 tan minyak
setahun untuk tujuan tersebut. (ms 153)

Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah?


Jawapan:
Peranan baitulmal adalah untuk mewujudkan sistem kewangan bagi mengimbangkan pendapatan dan
perbelanjaan negara. (ms 153)

Senaraikan sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah.


Jawapan:
Antara sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur
(cukai sebanyak 1/ 10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah) dan ghanimah (harta yang
dirampas oleh tentera melalui peperangan). (ms 153-154)

Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi.


Jawapan:
a) Menubuhkan baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan bagi mengimbangkan pendapatan dan
perbelanjaan negara.
b) Cordova menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
c) Kegiatan ekonomi orang Islam di Andalusia telah mengembangkan kemahiran pembuatan barangan
tembikar, perhiasan daripada perak dan emas, memproses kulit dan membuat senjata. (ms 154)

Apakah kejayaan yang dicapai oleh pemerintah Bani Umaiyah dalam bidang pertanian?
Jawapan:
a) Sistem saliran dibina untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.
b) Penyelidikan dilakukan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapat
dipertingkatkan. (ms 154)

Apakah punca penentangan golongan mawali terhadap pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah?
Jawapan:
a) Orang Islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbar
menganggap mereka telah didiskriminasikan.
b) Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap Iayak untuk mereka.
c) Mereka juga dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang
Arab Islam.
d) Golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan Bani
Umaiyah. (ms 154)

Apakah sikap para khalifah pada peringkat akhir zaman Bani Umaiyah yang membangkitkan
kemarahan rakyat?
Jawapan:
Sikap para khalifah tersebut ialah:
a) Mereka telah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
b) Mereka juga telah mengabaikan ajaran Islam.
c) Mengamalkan pemilihan khalifah mengikut sistem warisan. (ms 155)

Golongan manakah yang menentang sistem warisan bagi proses pemilihan khalifah?
Jawapan:
a) Golongan Syiah iaitu golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib.
b) Golongan Khawarij iaitu golongan orang Islam yang menentang Khalifah Ali bin Abu Talib dan Bani
Umaiyah. (ms 155)

Senaraikan tiga buah tempat yang dijadikan pusat operai Revolusi Abbasiyah?
Jawapan:
Khurasan, Kufah dan Humaimah. (ms 156)

Namakan dua orang pahlawan besar yang mengetuai Revolusi Abbasiyah di Kufah dan Khurasan?
Jawapan:
Gerakan di Kufah diketuai oleh Abu Salamah al-Khallal dan yang mengetuai gerakan di Khurasan ialah
Abu Muslim al- Khurasani. (ms 156)

Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama siapa.


Jawapan:
Sempena nama al-Abbas iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. (ms 156)

Apakah corak pemerintahan yang diamalkan pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah?


Jawapan:
Mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki iaitu sistem pemerintahan
keturunan raja, (ms 156)

Pada era pemerintahan siapakah pusat pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah diubah dari Damsyik
ke Baghdad?
Jawapan:
Abu Jaafar al-Mansur. (ms 156)

Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan? Jawapan:
a) Kota Baghdad memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu terutamanya
semasa era pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun.
b) Perkembangan keilmuan berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing (bahasa Sanskrit,
Suriani dan Yunani) ke dalam bahasa Arab.
c) Pembinaan Baitulhikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang dibina semasa zaman Khalifah Harun al-
Rasyid.
d) Baitulhikmah berperanan sebagai pusat penterjemahan karya falsafah dan sains daripada bahasa
Yunani ke dalam bahasa Arab.
e) Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu mencatat idea, mengumpul idea yang serupa
atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku, dan
mengarang ke dalam bahagian dan bab.
f) Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam
bidang fekah, tafsir, dan sejarah.
g) Melahirkan ulama terkenal seperti Ibn Ishaq, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i, dan Imam
Ahmad bin Hanbal.
h) Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.) dan ilmu
hadis.
i) Orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas. (ms 156 - 157)

Apakah kesan daripada kelemahan sistem pemerintahan khalifah pada akhir pemerintahan kerajaan
Abbasiyah?
Jawapan:
Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Antara kerajaan kecil di Trki yang
penting termasuklah kerajaan Saljuk, (ms 158)

Nyatakan peristiwa yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah?


Jawapan:
Pemerintahan kerajaan Abbasiyah berakhir pada tahun 1258 apabila Baghdad diserang oleh orang
Mongol, (ms 158)

Terangkan berkenaan dengan kerajaan kecil di Anatolia yang berjaya membentuk kerajaan
Uthmaniyah?
Jawapan:
a) Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat
Anatolia (Trki hari ini).
b) Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam
urusan pemerintahan dan pentadbiran.
c) Walaupun sebuah kerajaan yang kecil, pemerintah Anatolia berjaya menguasai kerajaan lain dan
akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah. (ms 158)

Nyatakan proses pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Uthman bin Ertughrul?
Jawapan:
a) Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi merupakan pengasas kerajaan
Turki Uthmaniyah.
b) Pada peringkat awal, Uthman ialah amir ataupun gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia
yang bersempadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur).
c) Ini menyebabkan kawasan di bawah pentadbiran Uthman menghadapi ancaman yang lebih banyk
berbanding wilayah Iain.
d) Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.
e) Kemenangan ini menyebabkan ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di
bawah Uthman dalam memperluas kawasan penaklukannya.
f) Uthman berjaya menakluk kawasan sekitar Anatolia dan menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri.
g) Uthman meninggal dunia pada tahun 1326 dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan
I dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya. (ms 158 -159)

Nyatakan faktor kemerosotan empayar Uthmaniyah.


Jawapan:
a) Kelemahan pemimpin
b) Keruntuhan sistem pungutan cukai
c) Pemberontakan
d) Kesukaran mengawal penduduk yang bertambah dengan pesat.(ms 159)

Jelaskan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah.


Jawapan:
a) Mampu bertahan selama hampir 600 latum.
b) Kerajaan ini telah berjaya mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang
Islam di seluruh dunia sehingga Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia
Islam.
c) Kejayaan Sultan Selim I menguasai Makkah pada tahun 1517, membolehkan kerajaan Uthmaniyah
dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.
d) Suleiman I memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta
dan kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama yang dikenali
sebagai Kanun Suleiman.
e) Memperkenalkan jawatan seperti Kadi dan Mufti yang telah dijadikan sebagai sebahagian daripada
organisasi pentadbiran agama Islam.
f) Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan
dengan agama dan sains undang-undang yang masih diguna pakai sehingga kini.
g) Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara Timur dan Barat serta antara
Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam.
h) Kerajaan Uthmaniyah juga berjaya membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul
yang meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
i) Perubahan dalam sistem sosial masyarakat Eropah iaitu telah memperkenalkan sistem yang
menggalakkan kecemerlangan individu iaitu pembahagian masyarakat bergantung pada hasil
usaha setiap individu bukan lagi berasaskan keturunan. Ini membawa kepada mobiliti sosial yang lebih
las dalam masyarakat Eropah.
j) Berperanan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan
penterjemahan.
k) Sistem pendidikan madarasah merupakan sistem pendidikan Uthmaniyah yang berpengaruh terhadap
perkembangan pendidikan dalam dunia Islam.
l) Sistem pendidikan lain yang turut dikembangkan ialah sekolah pengetahuan akademik, sekolah
sastera, maktab tentera, maktab teknk dan kolej perubatan.
m) Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.
Contohnya penulis seperti Mehmed al-Fanari dan Molla Lutfi menulis ensiklopedia sains Islam dan Katip
Celebi.
n) Kerajaan Uthmaniyah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, dan juga rumah.
o) Sumbangan dalam seni bina masjid yang berkekalan sehingga kini. Contohnya Masjid Sultan Ahmed
(Masjid Biru) di Istanbul yang direka oleh Mimar Sinan. (ms 160-161)

Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Ghazi?


Jawapan:
Merujuk kepada semangat untuk menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan Islam,
(ms 162)

Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?


Jawapan:
Kumpulan tentera infantri elit dalam sistem ketenteraan kerajaan Uthmaniyah yang diberi latihan fizikal
dan selok-belok, taktik dan teknik peperangan sejak daripada kanak-kanak lagi. (ms
162)

Nyatakan faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam di Eropah.


Jawapan:
a) Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.
b) Tentera Islam mempunyai semangat ghazi yang kuat, iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar
berkorban demi menyebarkan Islam.
c) Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang tersusun dan penggunaan senjata moden seperti
meriam besar.
d) Mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat.
e) Mempunyai kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok
peperangan.
f) Mempunyai armada laut yang kuat iaitu 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan
di kawasan Laut Mediterranean.
g) Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat daripada pertelingkahan dan peperangan di
kalangan kerajaan-kerajaan kecil.
h) Atas permintaan maharaja negara Eropah itu sendiri contohnya Maharaja John VI Cantacuzens.
i) Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine.
j) Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.
k) Kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri urusan keagamaan orang Kristian.
l) Dasar sosial Islam yang mementingkan kecemerlangan individu.
m) Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.
n) Usaha para pendakwah ahli kumpulan sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilai dalam
ajaran mereka. (ms 162 -163)
Huraikan peristiwa pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
Jawapan:
a) Apabila Khalifah Umar, Amr ibn al-As berjaya menakluk Mesir pada tahun 639M, maka tamadun Islam
bertembung dengan tamadun Yunani-Rom.
b) Peluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghdad menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi.
c) Apabila kerajaan Bani Umaiyah tiba di pantai Sepanyol pada tahun 711 M. bertembung pula dengan
tamadun Eropah. (ms 164)

Berikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.


Jawapan:
a) Perdagangan dan perniagaan
b) Hubungan diplomatik
c) Penaklukan dan ketenteraan
d) Kebudayaan
e) Intelektul (ms 164-165)

Huraikan cara tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain dalamaspek-aspek berikut:
Jawapan:
A. Perdagangan dan Perniagaan
Perdagangan jarak jauh membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun di dunia.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah berniaga sehingga ke Syam(Syria).
Penguasaan Islam terhadap kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan timur Mediterranean membolehkan
perdagangan jarak jauh menjadi alat pertembungan Islam dengan tamadun Iain.
Akhir abad ke-7 M. orang Islam menetap dan berdagang di Canton, China.
B. Hubungan diplomatik
Membolehkan orang Islam mendapat pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara
mentadbir daripada tamadun lain.
Kerajaan Bani Umaiyah menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol.
Kumpulan tersebut berjaya membuat hubungan diplomatik dengan kawasan petempatan bukan Islam
seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda.
C. Penaklukan dan ketenteraan
Dalam usaha memperluaskan kawasan dan penyebaran Islam kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umaiyah, Abassiyah dan Uthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan.
Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun
Parsi.
Apabila tentera Islam menakluk kawasan Mesir dan Afrika Utara, tamadun Islam bertembung dengan
tamadun Rom iaitu empayar Byzantine.
Pertembungan ini menyebabkan berlakulah interaksi dan asimilai antara tamadun Islam dengan
tamadun lain.
D. Kebudayaan
Perluasan kawasan penyebaran Islam membolehkan pertembungan budaya antara tamadun Islam
dengan tamadun lain berlaku.
Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan budaya baru.
Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah.
Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan
kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.
E. Intelektul
Berlaku antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.
Ilmuwan Islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah dan seterusnya berjaya
memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut pandangan intelektul Islam, (ms 164-165)

Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain dalam aspek-aspek berikut:
Jawapan:
A. Keagamaan
Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya.
Islam membawa satu nilai akidah iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Islam yang berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dan tidak
terbatas kepada bangsa, kaum ataupun kawasan geografi.
Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.
B. Peluasan kawasan penyebaran Islam
Peluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.
Wujud masyarakat Islam di China yang berkekalan
sehingga kini.
C. Politik
Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaan Delhi
Mughal di India.
Kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah mengamalkan persamaan dari segi
amalan politik iaitu sistem berasaskan akidah dan syariah.
D. Ekonomi dan perdagangan
Pemerintahan kerajaan Islam memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan di kawasan
naungannya dan ini membolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan licin.
Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di
kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Lautan Hindi.
Pedagang Islam sejak abad ke-7 M. berjaya berdagang ke kawasan India, Ceylon, Kepulauan Melayu,
dan China di sebelah Timur. Di sebelah Barat pula ialah kawasan Sepanyol, selatan Perancis Armenia,
dan selatan gurun Sahara di benua Afrika.
Pedagang Islam menguasai perdagangan di Laut Merah, Laut Mediterranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi
dan Laut China Selatan.
Kawasan pusat ekonomi Islam merangkumi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan
Istanbul.
Zaman Uthmaniyah, Istanbul merupakan pusat aktiviti perdagangan dan perniagaan dan sebagai
jambatan antara dunia Timur dan Barat.
E. Penyelarasan undang-undang
Islam menyediakan sistem perundangannya sendiri yang berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk
dijadikan panduan dan pedoman.
Kerajaan Islam mempengaruhi penyelarasan undang- undang yang saksama di kawasan naungannya.
F. Organisasi sosial
Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya.
G. Perkembangan pendidikan dan keintelektualan
Perkembangan pendidikan Islam bukan sahaja menekankan pendidikan berbentuk agama sahaja
tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik, dan teknologi.
Zaman kerajaan Abbasiyah, para pelajar ditempatkan di institusi pembelajaran Islam juga wajib
mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah, sains fizikai
dan biologi.
Penaklukan membolehkan cendikiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat.
Cendikiawan Islam menterjemahkan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Plato, Galen dan
Hipocrates.
Penubuhan perpustakaan iaitu Baitulhikmah oleh Khalifah Harun al-Rasyid (kerajaan Abbasiyah)
menggalakkan lagi perkembangan penterjemahan.
Melahirkan para cendekiawan dalam pelbagai bidang.
Dalam bidang perubatan: Zakaria al-Razi (865-925 M.) menyumbangkan kepentingan klinikai dan
menghasilkan 20 karya antaranya kitab al-Hawi iaitu sebuah ensiklopedia perubatan; Al-Zahrawi (939-
1013 M.) tokoh yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
Bidang Matematik dan astronomi: al-Khawarizmi, al- Battani, Abu Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni.
Bidang pemikiran politik dan undang-undang: Al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi.
Bidang ilmu mantik dan falsafah: Ibn Sina, al-Kindi, Fakhr al-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan
Imam Ghazali.
Ilmuan Islam berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan tamadun luar dengan menambah idea yang
bernas dan mantap.
Keilmuan Islam berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, sistem
politik dan sosial.
Masyarakat Eropah memanfaatkan keilmuan Islam sehingga berjaya keluar daripada Zaman Gelap.
Perkembangan kesusasteraan
Cendekiawan Islam turut memberi sumbangan dalam dunia kesusasteraan.
Antara penulis puisi dan novel : Omar Khayyam (uba'iyah); al-Jahiz (Kitab al-Bayan); Jalal al-Din Rumi
(puisi bertema ketuhanan); Rabia'ah al-Adawiah (puisi bertema ketuhanan dan hubungan antara
manusia dengan tuhan). Cara hidup
Orang Islam turut mempengaruhi tatatertib kehidupan harian melalui cara berpakaian, berfikir,
bertutur, berdagang dan berpolitik.
Zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam iaitu bertutur
dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
Tatasusila kehidupan harian orang Islam berterusan diamalkan hingga ke pertengahan zaman
Renaissance.
Golongan Mudejar yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut. Seni bina
Keindahan seni ukir dan seni bina orang Islam terdapat di masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan
Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.
Tema seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat dalam kepercayaan tauhid dan akidah.
Perkembangan penerokaan
Ramai cendekiawan Islam mengembara dan meneroka kawasan luar naungan Islam untuk menambah
ilmu.
Ibn Battuta (1304-1377M.) mengembara ke China, India dan Afrika. Catatan Ibn Battuta dihargai oleh
sejarawan kerana ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya. Al-Mascudi (945M.)
mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika. Ibn Fadhlan mengembara ke utara Eropah pada
abad ke-12. (ms 165-169)

Anda mungkin juga menyukai