Anda di halaman 1dari 2

Teks ucapan pengacara majlis

Yang berusaha, Pn Maznon bt hj mohd sidin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman
Bukit Maluri, Yang dihormati Puan Sh Zamzami bt syed kamal khalid, Pen Kanan
Kurikulum, Yang dihormati Puan saemah satari, Pen Kanan HEM, En Mohamed Rasul
sallehuddin, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Bukit


Maluri. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan
semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.

Anak-anak SKTBM,

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak-anak didik di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam
menjadi warganegara yang patriotik.

Dengan tema "Sehati sejiwa" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan


meraikan ulangtahun yang ke-59 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara
di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh
disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi
secara berterusan.

Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama
golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia.
Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting
untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia
ada sekarang.

Anak-anak SKTBM,

Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah anak
remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka
bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi pada negara pada
zaman kalian menjadi dewasa kelak.

Hadirin sekalian,

Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan
menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu
majlis diteruskan dengan menjemput .................................................... selaku
penyelaras program bagi memberi penjelasan lebih lanjut.
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Pn Maznon bt hj Mohd
Sidin, Guru Besar SK Taman Bukit Maluri, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59. Dipersilakan....

Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara
persembahan PANTOMEN yang dipimpin oleh Pn Nor Azaliah, Pn Nur Izaati, Pn
Normaliyana dan Pn siti Hajar.

Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama
menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, KERANAMU MALAYSIA dan Lagu
Tema Sehati sejiwa.

ekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai
ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan,
kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai