Anda di halaman 1dari 2

_________________________________________________________ Program Pemulihan Khas

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KECERIAAN DAN BAHAN


BANTU MENGAJAR KELAS PEMULIHAN KHAS( KELAS MAJU)

SK DATO KLANA MAAMOR


1.0 PENDAHULUAN
Program Pemulihan Khas bertujuan membantu mengatasi masalah keciciran dan kelemahan
khususnya di dalam pembelajaran menguasai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira). Tanpa bimbingan dan dorongan daripada guru, murid-murid ini sukar untuk diubah
mindanya di dalam menarik minat mereka terhadap pembelajaran. Murid-murid ini perlu
diberi motivasi serta keyakinan diri agar dalam diri mereka mempunyai rasa kesediaan untuk
belajar. Bagi melengkapkan diri murid-murid ini dalam dunia serba moden hari ini,
kemudahan yang sesuai dan kondusif perlu disediakan bagi merealisasikannya.

2.0 TUJUAN
2.1 Menyediakan bilik yang ceria, kondusif dan lengkap dengan kemudahan untuk
murid-murid selari dengan pembelajaran abad ke-21.
2.2 Menarik minat murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran untuk belajar
secara santai. Tidak merasakan seperti di dalam sebuah kelas. Suasana santai ini
boleh dijadikan terapi untuk mengurangkan stress murid-murid.
2.3 Menjadikan bilik pemulihan sebagai bilik yang dilengkapi alat tulis dan kelengkapan
belajar yang selesa.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


Mei – Ogos 2022

4.0 SUMBER KEWANGAN


PIBG SK Dato Klana Maamor
PCG Panatia Bahasa Melayu dan Matematik
PCG Bimbingan dan Kaunseling

1
_________________________________________________________ Program Pemulihan Khas

5.0 JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS


Penasihat: 1. Tn Hj Mohd Dzul Bin Shukor- Guru Besar SK Dato Klana Maamor
2. En Saiful Hazlan -YDP PIBG SK Dato Klana Maamor
Pengerusi: Pn. Nazuhaakmal Binti Ariffin
-PK Pentadbiran SK Dato Klana Maamor
Penyelaras: Pn. Siti Muharyani Bt Ahmad
-Guru Pemulihan Khas SK Dato Klana Maamor
Jawatankuasa: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu dan Matematik

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran A.

6.0 PENUTUP

Di harapkan segala yang dirancang dapat sokongan yang sewajarnya dari semua pihak.
Semoga usaha yang dilaksanakan dapat melahirkan generasi yang berkemahiran maklumat
dan komunikasi serta dapat meningkat kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
adalah satu usaha murni untuk membantu dan membimbing murid-murid pemulihan khas
yang belum menguasai 3 M (Membaca, Menulis dan Mengira). Moga dipermudahkan dan
pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan diberkati.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………………........... …………………………………………
(PN.SITI MUHARYANI BT AHMAD)
Guru Pemulihan Khas
SK DATO KLANA MAAMOR

Anda mungkin juga menyukai