Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN

PENGAWAS 2023

Yang dihormati, Tuan Shahril Zalwa bin Zainudin , Pegawai


Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Nenasi,Yang Berusaha Tuan
Guru Besar SK Nenasi, Encik Fardlie bin Zakirai. Yang Dihormati
Encik Wan Rozani bin Wan Ismail, wakil Penolong Kanan HEM , Puan
Rosmawani bt Md Lazim, Guru Kaunseling, guru-guru, para ibu bapa
penjaga yang dikasihi dan rakan-rakan yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera. Selamat datang


dan terima kasih diucapkan kepada semua yang dapat meluangkan
masa ke Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah
Kebangsaan Nenasi sesi 2023/2024.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum melanjutkan bicara, dipersilakan Ustaz Mohd Tarmizi bin Che


Abdul Rani untuk membaca doa.

Terima kasih di ucapkan buat Ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya marilah kita sama sama berdiri bagi menyanyikan tiga


buah lagi iaitu lagu

Negaraku

Lagu Negeri Pahang dan

Lagu sekolah.

Terima kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat sebentar tadi.


Semua hadirin dijemput duduk
Seterusnya, majlis menjemput Tuan Guru Besar Encik Fardlie bin
Zakirai @Zakaria untuk menyampaikan ucapan alu-aluan pembuka
majlis.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih buat Tuan Guru Besar Encik Fardlie bin Zakirai
@Zakaria atas ucapan penuh bermakna yang disampaikan sebentar
tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Shahril Zalwa bin Zainudin,


Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Nenasi untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Watikah
Pelantikan Pemimpin Kecil SK Nenasi sesi 2023/2024.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih buat Tuan Shahril Zalwa bin Zainudin atas penyampaian
ucapan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya ialah Penyampaian Watikah pelantikan kepada semua


pemimpin kecil NePS 2023/2024. Majlis menejmput Tuan Sahril Azwa
dengan diiringi oleh Tuan Guru besar untuk menyampaikan watikah.
Dipersilakan.

Dijemput,(rujuk senarai) sebagai penerima pertama watikah kita pada


hari ini. Seterusnya dipersilakan pula (rujuk senarai)…..

Terima kasih tuan berdua atas kesudian menyampaikan watikah itu tadi.

Seterusnya, kita akan mendengarkan bacaan ikrar yang akan diketuai


oleh Ketua murid kita iaitu Adik Ubaidullah bin Mohd Anwarudin.
Dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan ikrar yang penuh bersemangat sebentar tadi.
Seterusnya adalah sesi bergambar. Dijemput Tuan Shahril Zalwa, Tuan
Guru Besar Encik Fardlie, barisan pentadbir untuk mengambil tempat di
atas pentas.

Sesi bergambar akan dimulakan dengan badan pengawas sekolah.


Dipersilakan guru-guru badan pengawas dan semua pengawas
mengambil tempat.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas kesudian untuk bergambar


sebentar tadi.

Majlis kita berakhir di sini, segala yang baik itu datangnya dari Allah
taala dan yang tidak itu adalah kelemahan kami sendiri. Terima kasih
sekali lagi diucapkan buat semua yang terlibat. NePS ignite excellent!

Anda mungkin juga menyukai