Anda di halaman 1dari 2

Mencari timba si anak dara,

Dibawah sarang burung tempua,


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha Guru Besar SK Long Atip, Encik Hassan bin Seruji,
GPK Pentadbiran Encik Ebby Esmeza, GPK HEM Encik Kevin Wan
Mering, GPK Kokurikulum Encik Bruce Lee, guru-guru, kakitangan
sekolah, para ibu bapa/penjaga murid tahun 6 serta para pelajar yang
dikasihi sekalian .

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kerana kita dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini
bersempena dengan Majlis Restu Ilmu UPSR 2015.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita bertafakur
mengikut kepercayaan masing-masing.

Seterusnya, marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku,


Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu Fly Kenyalang Fly. Oleh itu, guru-guru
serta hadirin sekalian dipersilakan untuk berdiri.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis Restu Ilmu kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan
daripada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Hassan bin Seruji.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Hassan bin


Seruji atas ucapan itu tadi. Semoga nasihat dan ingatan daripada
beliau sebentar tadi dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada kita
semua terutamanya bagi calon yang akan menduduki UPSR pada
keesokan hari.

Seterusnya adalah aturcara ikrar murid Tahun 6. Oleh itu, majlis


dengan segala hormatnya menjemput kedua calon UPSR kita untuk
tampil ke hadapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Brian dan adik
Jrod di atas bacaan ikrar selepas tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri.

Atur cara kita pada pagi ini diterusnya dengan ucapan restu daripada
semua guru yang mengajar mata pelajaran UPSR.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik


Ebby Esmeza selaku guru MP Bahasa Melayu untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Ebby Esmeza


di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan guru MP Bahasa Inggeris, Cik Aliceson


Linda untuk menyampaikan ucapan.

Majlis kita pada hari  ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis
merakamkan sekalung terima kasih atas kerjasama padu semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi
memastikan acara pada hari ini berlangsung  dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai