Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami :

Tarikh :

En. Naridan bin Din


Kaunselor / Trainer
PADI Konsultan 15 Mac 2019

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRRAM MOTIVASI TRANSFORMASI MINDA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka akan


mengadakan satu program motivasi Transformasi Minda untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Butiran program
adalah seperti di bawah:-

Nama Program : Program Motivasi Transformasi Minda


Tarikh : 18 Mac 2019
Tempat : Dewan Peperiksaan, SMKGN
Masa : 8.30 pagi -10.30 pagi

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah seperti di
atas.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan program ini, Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


” 1 HALUAN SEHALUAN ”

Saya yang menjalankan amanah

……………………………………………

(PUZIRAH BT ABD LATEH) `

Pengetua

Anda mungkin juga menyukai