Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI PEMBELAJARAN 2020

‘ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA ’

1.0 NAMA PROGRAM


Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran
Sekolah Kebangsaan Serengkam
26500 Maran, Pahang.

2.0 TAJUK
Program Inklusif Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran 2020

3.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di
dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada murid yang  berpotensi dan layak untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan dapat memberikan suntikan keyakinan dalam bersosial kepada murid pendidikan khas .
Murid akan diinklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa dan ditempatkan di dalam kelas yang
dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. PPKI Pembelajaran SK Serengkam menyimpan hasrat dalam
membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi

1
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang
penting dan berguna kepada masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang
satu hari nanti.

Program Pendidikan Inklusif ini menjadi matlamat kami kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidak upayaan atau kecacatan mereka.
Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua, mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirancang oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas, PPKI Pembelajaran SK Serengkam ingin menjadi salah sebuah program yang sentiasa
menyokong demi memastikan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat
dirapatkan. Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal.

4.0 RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan
budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat
memastikan :

   i.            Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

   ii.            Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.

   iii.            Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

   iv.            Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

   v.            Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

      vi.           Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

5.0 MATLAMAT

2
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

Menjadikan pelajar-pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa.
Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak Pendidikan
Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk
belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk
mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

5.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal.
5.2 Supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat.
5.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.
5.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
5.5 Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan,kekurangan dan kecacatan.
5.6 Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKIBP dengan murid aliran
perdana.
5.7 Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Sebanyak 5 orang murid-murid pendidikan khas yang telah dipilih untuk terlibat dalam program
ini iaitu 5 orang murid dari Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran. Murid-murid berkenaan
mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkah
laku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-
murid lain serta tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu
bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak
sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

6.1 Senarai Murid Inklusif KPKP

3
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

Bil Nama Umur No. OKU Kategori


1. Joy Aleeken Kham 14
2. Zakrul Ilham bin Abdullah 12
3. Nurul Dhania bt Mohd Khir 11
4. Yuliastika A/P Latif 12
5. Noraliah A/P Mahat 10

7.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN 2019

PENGERUSI
Encik Mohd Anazir Bin Mamat
(Guru Besar SK Serengkam)

TIMBALAN PENGERUSI I
Puan Nursaadah Binti Amin Yusof
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

TIMBALAN PENGERUSI II
Encik Arfaizal bin Haji Rozali
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

TIMBALAN PENGERUSI III


Encik Rohailan Bin Banyamin
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

4
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN 2020

PENYELARAS PPKI
Encik Hafizuddin bin Jaafar
(Penyelaras)

SETIAUSAHA
Puan Wan Nur Izatie bt Wan Zaharudin

AHLI JAWATANKUASA ALIRAN PERDANA

Tahun 5 Obediant
Bil. Singkatan Mata Pelajaran Guru
1. PM Pendidikan Moral
2. PJ Pendidikan Jasmani
3. MZ Muzik
4. PSV Pendidikan Seni Visual
5. PK Pendidikan Kesihatan
6. PI Pendidikan Islam
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Puan Siti Rohana Binti Mohd Sohana
Puan Rosniza Binti Mohd Rozali

5
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

9.0 JADUAL WAKTU PPKI PEMBELAJARAN 2020.

10.1 Kelas KPKP

10

6
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

10.0 JADUAL WAKTU KELAS TAHUN 5 OBEDIENT, 2020.

10.1 Kelas Tahun 5 OBEDIENT

7
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

12.0 JADUAL WAKTU KELAS UNTUK PROGRAM INKLUSIF 2020.

8
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

12.0 PROGRAM INKLUSIF


(KELAB / PERSATUAN, SUKAN / PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM 2020.

Bil Nama Kelab/Persatuan Sukan / Permainan Unit Beruniform


1. Joy Aleeken Kham Keselamatan Jalan Petangue Pengakap
Raya
2. Zakrul Ilham bin Keselamatan Jalan Petangue Pengakap
Abdullah Raya
3. Nurul Dhania bt Mohd Keselamatan Jalan Petangue Pengakap
Khir Raya
4. Yuliastika A/P Latif Keselamatan Jalan Petangue Pengakap
Raya
5. Noraliah A/P Mahat Keselamatan Jalan Petangue Pengakap
Raya

14.0 JADUAL PROGRAM INKLUSIF


(KELAB / PERSATUAN, SUKAN / PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM 2020.

Unit Beruniform Kelab/Persatuan Unit Beruniform Sukan / Permainan


Bulan
( Minggu 1 ) ( Minggu 2 ) ( Minggu 3 ) ( Minggu 4 )
Januari -
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November -
Jum.Perjumpaan

Perkara Unit Beruniform Kelab/Persatuan Sukan / Permainan


Penyelaras
Hari Perjumpaan
Masa Perjumpaan
Tempat Perjumpaan Rujuk dengan guru / penyelaras
Pakaian Uniform Pengakap Baju Ko-Kurikulum Baju Ko-Kurikulum

9
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

15.0 MATA PELAJARAN YANG DIPILIH UNTUK PROGRAM INKLUSIF

Bil Kelas Mata pelajaran Sebab Tempoh


1. Tahun 5 Obidient  Pendidikan Seni Visual Mata pelajaran elektif dipilih Guru PPKI akan
 Pendidikan Muzik dalam program inklusif ini menentukan jumlah
 Pendidikan Kesihatan kerana murid pendidikan murid yang terlibat
 Pendidikan Jasmani khas masih tidak mampu untuk program ini
 Pendidikan Moral menguasai mata pelajaral berdasarkan tahap
UPSR. kemampuan mereka.

Kemungkinan akan Waktu dan masa akan


mengambil PASR jika ditentukan berdasarkan
berkelayakan. jadual waktu yang sedia
ada.
Tidak mahu membebankan
guru arus perdana untuk Kemungkinan murid
mengajar subjek teras PPKI akan terlibat
kepada murid ppki kerana dengan arus perdana
subjek ini memerlukan daya hanya sekali dalam mata
tumpuan yang lebih dan pelajaran yang dipilih
memerlukan tahap dalam seminggu.
penguasan 4M yang baik.
atau
Jadi guru PPKI akan
mengajar mata pelajaran jika tiada masalah yang
teras mengikut sukatan yang timbul dan murid PPKI
telah dibina oleh pihak KPM dapat menyesuaikan diri
dalam modul KSSRPK. kemungkinan jumlah
kekerapan untuk terlibat
Mana-mana guru yang dengan mata pelajaran
terlibat dengan program itu dalam seminggu
inklusif ini tidak perlu menjadi lebih kerap.
merasa terbeban dan
bimbang kerana ini
merupakan salah satu
kaedah dan strategi untuk
meningkatkan kemahiran
sosial murid PPKI dan
meningkat kecemerlangan
murid PPKI.

10
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

16.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF 2020

AKTIVITI TUJUAN TINDAKAN CATATAN

Pengajaran dan Murid belajar dan guru Semua guru pendidikan Januari -
pembelajaran yang mengajar/membimbing khas dan jawatankuasa November
berkesan oleh guru-guru program inklusif.
sepanjang masa

Program awal pagi setiap Melancarkan kemahiran Semua guru pendidikan Januari -
hari Selasa, Rabu dan membaca dan menghafal. khas, guru bertugas November
Khamis mingguan dan
jawatankuasa program
inklusif.

Motivasi Kecemerlangan Mengenal pasti potensi diri Guru Besar dan unit Ogos
Diri dan kesedaran untuk bimbingan dan
kecemerlangan kaunseling, jawatankuasa
Pendidikan Khas

Perjumpaan bersama ibu Mendapat maklumat dan Semua guru pendidikan Mac,
bapa / penjaga dan waris perkembangan prestasi khas dan jawatankuasa Julai,
Oktober
murid-murid (3x) murid-murid program inklusif.

Pemberian Hadiah dan Meningkatkan motivasi Semua guru, guru Januari -


Ganjaran hasil serta kesungguhan murid pendidikan khas dan November
keputusan ujian pembantu pengurusan
murid

Majlis Bacaan Memohon hidayah, Guru Besar, Januari -


Yasin/Solat petunjuk serta keizinan dari Jawatankuasa Novemver
Dhuha/Solat Hajat Yang Maha Esa kecemerlangan UPSR dan
(setiap Jumaat) PIBG. Jawatankuasa
pendidikan khas

Perkhemahan Unit Dapat berdikari dan Semua guru, guru Oktober


Beruniform menguruskan diri dengan pendidikan khas dan
baik pembantu pengurusan

11
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

murid

Kejohanan Sukan Untuk mengembangkan Semua guru, guru ppki Januari - Mei
Sekolah bakat dan potensi diri dan ppm Semua guru,
murid guru pendidikan khas dan
pembantu pengurusan
murid

Slot Pendidikan Moral Untuk menerapkan nilai Semua guru pendidikan Januari -
( setiap hari Jumaat) murni dalam diri murid asli khas dan jawatankuasa November
program inklusif.

Kejohanan Sukan Untuk mengembangkan Semua guru, guru Oktober


Tahunan bakat dan potensi diri pendidikan khas dan
pembantu pengurusan
murid
murid

Hari Anugerah Untuk meraikan kejayaan Semua guru, guru November


Kecemerlangan bersama-sama dengan pendidikan khas dan
pembantu pengurusan
murid arus perdana.
murid

Hari Kemerdekaan Untuk memberikan Semua guru Semua guru, September


kesedaran kepada murid guru pendidikan khas dan
pembantu pengurusan
ppki tentang kemerdekaan
murid

Hari Keusahawanan Untuk mendedahkan murid Semua guru, guru April


ppki dengan urusan yang pendidikan khas dan
pembantu pengurusan
melibatkan pembelian dan
murid
penjualan.

Lain –lain Program dan Untuk meningkatkan Semua guru, guru Januari -
aktivti sekolah kemahiran sosial antara pendidikan khas dan November
murid PPKI dan murid arus pembantu pengurusan
perdana. murid

17.0 PENUTUP

Bagi menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah
penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Bagi mengubah konsep

12
KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PPKI PEMBELAJARAN SK SERENGKAM, MARAN 2020

kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan mengambil masa
yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali
ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat
diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat
diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai
matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak
khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam
usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk
mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran
semula jadi.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

---------------------------------------------- --------------------------------------------------
( HAFIZUDDIN BIN JAAFAR ) ( NURSAADAH BINTI AMIN YUSOF )
Penyelaras Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Serengkam, Maran,
SK Serengkam, Maran, Pahang.
Pahang.

Disahkan oleh :

-------------------------------------------
( MOHD ANAZIR BIN MAMAT )
Guru Besar
SK Serengkam, Maran,
Pahang.

13

Anda mungkin juga menyukai