Anda di halaman 1dari 3

Skrip Pelancaran

SMK Dato’ Ibrahim Majid 2019

Assalammualaikum, salam sejahtera, selamat pagi diucapkan kepada:

Yang Berusaha, En Nir Ali Bin Subandi, Pengetua SMK Dato’ Ibrahim Majid, Yang
Dihormati Pn. Sabariah Binti Ismail; Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato’ Ibrahim Majid,
En. Abd Aziz Bin Ismail Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato’ Ibrahim Majid, En
Madzian Bin Rahmat; Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Dato’ Ibrahim Majid, Tetamu
Kehormat Ispektor Kasturiah Bin Arif ________________________________, IPD Kluang,
yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Dato’ Ibrahim Majid.

Yang Dihormati guru-guru kanan, ketua-ketua panitia, barisan guru yang dedikasi, barisan
pengawas dan rakan-rakan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Majlis merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana pada hari ini 18
Faebuari 2019 sekali lagi kita berpeluang untuk menyambut Hari Permuafakatan KPM dan
PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, Seterusnya
Pelancaran Program Sekolah Penyayang dan Dasar Warga Emas Negara SMK Dato’
Ibrahim Majid Tahun 2019. Untuk pengetahuan semua, acara ini merupakan aktiviti tahunan
Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Dengan bertemakan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, ' diharap kempen
ini dapat memberi input dan informasi yang berguna kepada semua pelajar khasnya dan
kepada seluruh warga SMK Dato’ Ibrahim Majid amnya.

Bagi memulakan acara pada pagi ini, majlis ingin menjemput Saudara
_________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Terima diucapkan kepada Saudara _____________________________ atas bacaan doa


sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan menjemput Inspektor Kasturiah Bin Arif,
_______________________________ IPD Kluang, untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan tuan.

Untuk kesekian kalinya sama-samalah kita dengar, ucapan yang berpaksikan nasihat,
bertunjangkan peringatan dan yang teramat penting, kata-kata ucapan yang bakal
disampaikan nanti merupakan satu transformasi ke arah pembentukan akhlak dan sahsiah
para pelajar. Oleh yang demikian, majlis pagi ini mempersilakan Yang Berusaha En Nor Ali
Bin Subandi Pengetua SMK Dato’ Ibrahim Majid untuk mengungkap kata-kata dan
menyimpul rapi bicara melalui ucapan perasmian pelancaran Hari Permuafakatan KPM dan
PDRM: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, Seterusnya
Pelancaran Program Sekolah Penyayang dan Dasar Warga Emas Negara SMK Dato’

1
Ibrahim Majid Tahun 2019. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Cue: Selesai ucapan Pengetua

Majlis merakamkan jutaan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Tuan pengetua
sebentar tadi.

## beri ulasan untuk ucapan kalau ada.


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Sekarang tibalah masanya kita ke acara pelancaran, untuk itu, dijemput En Abd Aziz Bin
Ismail, Guru Penolong Kanan HEM, Inspektor Kasturiah Bin Arif, barisan penolong kanan
dan barisan guru kanan, mengiringi En Nor Ali Bin Subandi Pengetua SMK Dato’ Ibrahim
Majid ke upacara Perasmian Pelancaran Hari Permuafakatan KPM dan PDRM: Program
Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, Pelancaran Program Sekolah
Penyayang dan Dasar Warga Emas Negara SMK Dato’ Ibrahim Majid Tahun 2019. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dif-dif kehormat diminta kekal berada di atas pentas perasmian untuk acara seterusnya.

(bagi hint rakan slb untuk bersedia untuk acara raikan Birthday – naikkan meja, kek dsb)

Bagi meneruskankan acara iaitu Sambutan Hari Lahir Pelajar Guru dan Staff SMK Dato’
Ibrahim Majid bagi bulan Febuari, dengan ini dijemput pelajar- pelajar berikut: (rujuk
lampiran – baca highlight kuning = Nama kelas, dan lahir pada ...... )

Bagi meraikan hari lahir pelajar-pelajar ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Allah
Selamatkan Kamu... 1...2...3...

Seterusnya diminta Tuan Pengetua, bersama dif kehormat dan para pelajar untuk aturcara
memotong kek dan penyampaian cenderahari hari lahir.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, dif kehormat, Penolong-penolong kanan
dan yang diraikan, para pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Febuari. Majlis
ddengan sukacitanya juga ingin memaklumkan para pelajar lain yang menyambut hari lahir
pada bulan febuari iaitu...... Baca lampiran selain highlight kuning. Seluruh warga
SMARTDIM mengucapkan selamat hari lahir kepada anda semua

Maka dengan ini berkahirlah majlis Pelancaran Hari Permuafakatan KPM dan PDRM:
Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, Pelancaran Program

2
Sekolah Penyayang dan Dasar Warga Emas Negara SMK Dato’ Ibrahim Majid Tahun 2019.
Sebelum mengundurkan diri saya Nur Afrina Hanani............. dari tingkatan 5 Inovatif ingin
menyampaikan dua rangkap pantun

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua dipohonkan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai