Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A

2a) ( i) Kelebihan penggunaan Kalkulator


1) Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam
dan berterusan;
2) Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat
penyelesaian masalah;
3) Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan
diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal;
4) Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam
tentang topiK-topik yang berkaitan;
5) Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan polapola yang diperhatikan;
6) Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)
7) Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah mahu
menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama.
8) Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki
kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
9) Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok
dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
10)Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana
seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat
jika mempunyai peralatan yang cukup.
11) Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap
yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih komolek
12)Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan
penggunaan kalkulator.
13)Pengukuhan dalam skill jangkaan
14)Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan
kaedah tanpa perlu bantuan guru.
15)Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila
diarah untuk menjaga keselamatan alatan.

2a) (ii) Enam Sebab Utama Penggunaan Abakus Dan Aritmetik Mental Dalam
Pengajaran & Pembelajaran Matematik

Penumpuan
Semua deria utama digunakan apabila mengendalikan abakus. Oleh itu, ia akan
meningkatkan penumpuan murid..

Ingatan
Kedua--dua otak kiri dan otak kanan aktif apabila menggunakan abakus. Otak kanan
mengingati corak dan imej manakala otak kiri mengira secara mental.

Gambaran Dan Inspirasi


Pengiraan secara pantas dan dapat menyelesaikan banyak masalah.

Pemerhatian
Latihan secara pemerhatian dan membuat latihan tanpa kesilapan.

Kepantasan
Membina kebolehan mengira secara pantas dan pada masa yang sama
mengelakkan daripada kesilapan.

Membaca Dan Mendengar


Kebolehan membaca secara kuat,, memahami dan memproseskan maklumat untuk
menyelesaikan masalah dengan pantas.

2b) (i) maksud pengiraan congak?


Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia,
tanpa bantuan kalkulator, komputer, atau pen dan kertas.
Congak adalah satu jenis elemen pengiraan yang menggunakan akal atau dalam
Bahasa Inggerisnya dinamakan Mental Calculation. Pengiraan menggunakan cara
ini amat membantu dalam menjawab peperiksaan.

2b) (ii) teknik membilang secara menaik.


Penyelesaian:
Cari 8800 + 3100. Pertama, tambahkan nilai ribu. Mulakan dengan 8,800 dan bilang
secara menaik sebanyak 1,000 tiga kali: 8,800, 9,800, 10,800, 11,800. Jadi, 8800 +
3000 = 11800. Sekarang bermula dengan 11,800 dan bilang menaik 100: 11,800,
11,900. Jumlah hutang ialah $ 11.900.

Esei- Soalan 5
(a-i) Bagi menukar pecahan kepada perpuluhan
Cara menukar
i.
Menggunakan model kertas petak seratus
ii.
Menggunakan pecahan setara
iii.
Menggunakan algoritma pembahagian
Contoh: 1/4 = 1 4 = 0.25

(a-ii) Menggunakan model kertas petak seratus.

(b-i) Kesilapan murid ialah salah meletak titik perpuluhan.


Dalam operasi darab nombor perpuluhan dengan nombor bulat pula, biasanya
tempat perpuluhan ditentukan selepas operasi darab dijalankan. Guru akan meminta
murid mangabaikan titik perpuluhan terlebih dahulu sebelum mendarabkan nombor
yang berkenaan.

Kemudian titik perpuluhan diletakkan sama seperti tempat

perpuluhan yang asal.


Contoh: 3.25 x 6 , darabkan dahulu 325 x 6 = 1950
Jawapan: 19.50 sebab bilangan tempat perpuluhan asal adalah 2.

Anda mungkin juga menyukai