Anda di halaman 1dari 4

3.

Penolakan dan pembahagian adalah dua operasi asas yang dipelajari


dalam mata pelajaran Matematik sekolah rendah.
a. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai, terangkan cara
bagaimana mengilustrasi operasi di bawah menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai.
32 tambah 15 sama dengan 47
Penyelesaian:
Bahan Bantu Mengajar : Blok Dienes
Langkah 1: Wakilkan 32 dan 15 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok.
10-blok

1-blok

Nombor

32

15

Langkah 2 : Kumpulkan semua 10-blok dan 1-blok.

10-blok

1-blok

Langkah 3 : Jumlahkan semua bilangan 10-blok dan 1-blok.

10-blok

10+ 10 + 10 + 10 = 40

1-blok

1+1+1+1+1+1+1=7

10-blok ada 4 iaitu mewakili nilai 40 dan 1-blok ada 7 iaitu mewakili nilai 7.
Maka, 32 tambah 15 sama dengan 47 (32 + 15 = 47).

b. Seorang guru ingin memperkenalkan konsep pendaraban dengan


menggunakan soalan berikut:
2x3

Berdasarkan soalan itu, bina contoh situasi berbentuk penyelesaian


masalah harian, menggunakan dua pengertian berbeza bagi pendaraban
seperti di bawah:
i.
ii.

Penambahan berulang
Tatasusunan (array)
Seterusnya tunjukkan langkah penyelesaian masalah itu dengan
menggunakan rajah atau model yang bersesuaian bagi setiap masalah.

Penyelesaian:
i.

Penambahan berulang:
Terdapat 2 bungkusan buah epal. Setiap bungkusan ada 3 biji epal.
Berapakah jumlah buah epal semuanya?
Langkah:

ii.

2 x 3 bermaksud 3 + 3 = 6.

Tatasusunan (array):
Terdapat 2 baris buah oren. Setiap baris diletakkan sebanyak 3 biji
oren. Berapakah jumlah buah oren oren kesemuanya?
Langkah:

Baris 1 :

Baris 2 :

Bilangan baris oren = 2


Bilangan oren dalam setiap baris = 3
Jumlah oren = 2 x 3 = 6

Anda mungkin juga menyukai