Anda di halaman 1dari 4

Gaya Asuhan Autoritarian

Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian pula mempunyai sifat kawalan
yang tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai
ciri-ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir,
pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka akan
bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan.

Corak Didikan Permisif


Apakah yang dimaksudkan dengan permisif? Menurut kamus Dewan Bahasa Dan
Perpustakaan (DBP 2008), permisif bermaksud sifat terbuka yang membolehkan atau
mengizikan anak-anak mereka melakukan sesuatu tanpa ada bantahan daripada ibu bapa
mereka. Menurut Baumrind (1966) pula, corak didikan yang permisif merupakan corak
didikan yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Ibu bapa yang
mengamalkan corak ini, bercirikan komunikasi yang terbuka dan kurang menekankan tingkah
laku yang baik terhadap anaknya. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini,
berperanan sebagai sumber yang memenuhi segala keperluan dan kemahuan anaknya tanpa
menjadi agen-agen aktif dalam menentukan tingkah laku anak mereka. Ibu bapa seperti ini
juga, sering membiarkan anak-anaknya mengatur aktiviti sendirian tanpa ada kawalan dan
permerhatian oleh ibu bapa. Walau bagaimanapun mereka atau ibu bapa ini, mencuba untuk
membimbing anaknya ke arah perkembangan yang baik tetapi mereka gagal dalam
membentuk had-had batasan yang tegas dan tingkah laku yang matang terhadap anaknya.
amun, corak didikan permisif ini juga, akan melahirkan kesan yang negatif kepada anak
mereka iaitu menurut Baumrind (1966), anak-anak yang didik dengan corak didikan ini tidak
dapat mengawal diri sendiri , implusif, terlalu bergantung kepada ibu bapa seperti kurang
berdikari dan menjelajah ke dunia baru. Selain itu, anak-anak yang di didik dengan corak
didikan ini akan terjebat dalam gejala gejala seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah
semasa remaja serta tingkah laku anti sosial. Dengan kata lain, corak didikan ini memberi
kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka sehingga anaknya berperilaku buruk dan tidak
matang.

Corak Didikan Autotarian


Corak didikan autoritarian menurut Baumrind (1966) ialah cara membesarkan kanak-kanak
oleh ibu bapa dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak mereka
dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh
dipersoalkan. Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, tidak mengamalkan sikap
bertolak ansur dan mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima perintah mereka
tanpa di persoalkan. Sebagai contohnya, ibu bapa yang menggunakan corak didikan
autotarian terlalu ketat dalam mengawal tingkah laku, tidak bersifat responsif dan fleksibel
terhadap anak mereka. Dengan kata lain, apa saja keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak
boleh dibantah walaupun sedikit. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang mengamalkan corak
didikan ini ingin mengawal dan menilai tingkah laku anak mereka mengikut piawaian
mutlak. Selain itu, corak didikan ini lebih cenderung untuk menggunakan disiplin yang
bersifat hukuman sekiranya anak mereka melanggar sesuatu disiplin yang ditetapkan.
Corak didikan ini akan melahirkan anak-anak yang berdisiplin, sentiasa mematuhi waktu,
menghormati orang tua, mematuhi setiap arahan yang dibagi walaupun terpaksa. Walau
bagaimanapun, corak didikan ini lebih menjurus kepada perkembangan kendiri yang negatif
terhadap anak mereka. Anak-anak yang dibentuk melalui cara ini akan mempunyai kemahiran
sosial yang lemah, menjadi individu yang agresif dan mempunyai mood yang tidak menentu.
Selain itu, kanak-kanak ini akan menjadi delinkuen dan agresif. Hal ini berlaku disebabkan
oleh ibu bapa yang selalu menggunakan hukuman fizikal secara berlebihan.

Corak Didikan Outoritatif


Apakah yang dimaksudkan dengan corak didikan autoritatif? Mengikut Baumrind (1966)
autoritatif bermaksud satu cara atau asuhan untuk membesarkan anak-anak oleh ibu bapa.
Dengan mengenakan peraturan atau had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi
membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka. Selain itu, anak-anak juga diberi kebebasan
untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan sesuatu perkara. Namun begitu, ibu
bapa yang autoritatif akan bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan padangan serta
menggalakan anaknya untuk berdikari. Walau bagaimanapun, ibu bapa autoritatif akan
mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan yang bersesuaian dengan
perkembangan anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini, akan
menunjukkan sikap dan sifatnya yang peramah, ceria, sentiasa mesra, amanah dan berfikiran
terbuka terhadap anak-anaknya. Hal ini kerana, ibu bapa ingin melahirkan persekitaran sosial
keluarga yang harmoni dan seimbang untuk perkembangan anak-anak mereka.

Menurut Baumrind (1971), kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang autoritatif lebih
cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu lebih
tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dan bersikap positif terhadap rakan
sebaya. Dengan penggunaan corak didikan ini juga, komunikasi antara ibu bapa dan anaknya
menjadi baik dan juga suasana keluarga menjadi lebih tenteram. Selain itu, beberapa ciri
asuhan autoritatif ini akan menghasilkan remaja yang bersikap positif. Jadi, corak didikan ini
tidak melahirkan kendiri yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak.

Gaya Autoritarian

Ibu bapa mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah


laku anak mereka dengan membuat peraturan-peraturan
dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak boleh
dipersoalkan.

Ibu bapa tidak mengamalkan sikap bertolak ansur dan


mempersepsikan bahawa kanak-kanak harus menerima
perintah mereka tanpa di persoalkan.

Ibu bapa terlalu ketat dalam mengawal tingkah laku, tidak


bersifat responsif dan fleksibel terhadap anak mereka.
Dengan kata lain, apa saja keputusan yang dibuat oleh ibu
bapa tidak boleh dibantah walaupun sedikit.

Corak didikan ini lebih cenderung untuk menggunakan


disiplin yang bersifat hukuman sekiranya anak mereka
melanggar sesuatu disiplin yang ditetapkan.

Gaya Autoritatif

Ibu bapa mengenakan peraturan atau had-had batasan


tingkah laku tertentu tetapi membenarkan komunikasi yang
bersifat terbuka.

Anak-anak juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan


sendiri dalam menentukan sesuatu perkara.

Ibu bapa yang autoritatif akan bersifat fleksibel dan rasional


dalam sikap dan padangan serta menggalakan anaknya
untuk berdikari.

Ibu bapa autoritatif akan mengenakan kawalan yang tegas


tetapi membenarkan kebebasan yang bersesuaian dengan
perkembangan anak mereka.
Ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini akan
menunjukkan sikap dan sifatnya yang peramah, ceria,
sentiasa mesra, amanah dan berfikiran terbuka terhadap
anak-anaknya. Hal ini kerana, ibu bapa ingin melahirkan
persekitaran sosial keluarga yang harmoni dan seimbang
untuk perkembangan anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai