Anda di halaman 1dari 2

Cincin Kesayangan Datin

Baca petikan di bawah dengan teliti


Nama Datin Rafidah memang sejak dahulu lagi. Beliau bukan sahaja sering diselubungi keanggunan barangan perhiasan, malah amat bergaya dan manja sekali. Kemana sahaja beliau pergi, kebanyakkan pandangan tertumpu kepada sebentuk cincin bertatahkan permata berlian sebesar ibu jari di jari manisnya. Kini, jejak Datin Rafidah sedang diwarisi anak gadisnya, Rina. Walaupun baru berusia 13 tahun, Rina sudah dilimpahi kemerlap perhiasan persis ibunya. Rina juga sering mencuba-cuba menggayakan cincin keramat ibunya yang diletakkan diatas peti televisyen diruang tamu rumahnya. Pada suatu petang, Datin Rafidah disapa orang gajinya. Datin, saya ini akan berumah tangga tidak lama lagi tetapi tidak cukup wang. Boleh Datin pinjamkan saya barang RM 2,000. Nanti, kira tolak gaji sayalah. Datin Rafidah mengerutkan mukanya. Dengan kesedihan yang dibuat-buat beliau menyatakan tidak dapat membantu orang gajinya kerana beliau juga perlumenjelaskan hutang syarikat. Selang beberapa ketika, tukang kebunnya pula menghadapi masalah kewangan. Beliau ingin meminjam wang untuk kos pembedahan anaknya. Namun begitu, harapannya hampar kerana Datin Rafidah memberi jawapan yang sama. Dalam pada itu, televisyen di ruang tamu rumah Datin Rafidah meragam pula. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa menelefon mekanik untuk membantu membaikinya. Mekanik tersebut tiba dan mengambil masa selama satu jam untuk membaik pulih televisyen tersebut. Pada malam itu, barulah Datin teringat akan cincin berlian yang sering diletakkan di atas peti televisyen tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana mendapati cincin tersebut telah hilang. Siapakah yang mengambil cincin kesayangan Datin? Pada mulanya Datin mengesyaki orang-orang yang terdapat didalam rumah itu kerana semuanya mempunyai masalah kewangan. Tetapi, setelah disiasat, tidak ada bukti yang menunjukkan mereka mencuri. Pada petang itu, Rina pulang ke rumah dan memulangkan cincin Datin. Barulah Datin menyedari bahawa cincinnya itu dipinjam oleh anaknya.Dia berasa bersyukur kerana cincinnya tidak hilang.

Kad Arahan Pada pendapat kamu, siapakah yang mencuri cincin Datin? Bincangkan secara terperinci bagaimana peristiwa kecurian itu berlaku.

Anda diminta melakonkan situasi tersebut

Anda mungkin juga menyukai