Anda di halaman 1dari 6

SOALAN INDIVIDU (A)

Novel Interlok adalah satu novel sastera yang merakam sejarah dalam bentuk fiksyen.
Interlok memaparkan kegigihan watak-watak dalam keluarga berketurunan Melayu, Cina
dan India di zaman sebelum merdeka untuk mengubah nasib diri dan menjadi manusia
yang bermaruah dan bermartabat.
Watak utama dalam Novel Interlok adalah tiga watak iaitu Cing Huat (Cina),
Maniam(India) dan Seman (Melayu) yang terdiri daripada pelbagai asal usul dan
latarbelakang dan didapati hidup aman dan damai malah berkerjasama antara satu dengan
lain dalam memajukan diri dan keluarganya. Watak Cing Huat digambarkan sebagai
seorang anak muda Tionghua yang bekerja keras meneruskan perniagaan bapanya
sehingga menjadi kaya raya dan dihormati oleh masyarakat.Manakala, watak Maniam
pula dipaparkan sebagai seorang buruh India yang rajin berusaha sehingga akhirnya
berjaya menjadi tandil estet. Malah melalui pendidikan, anak Maniam iaitu Ramakrisnan
berjaya menjadi inspektor polis.Watak Seman pula ditonjolkan sebagai anak seorang
petani Melayu yang bekerja kuat untuk mengangkat nilai dirinya agar menjadi insan yang
berjaya dan dihormati oleh penduduk desanya.
Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan
imaginasi pengarang. Melalui adunan realiti dan imaginasi, novel ini cuba memaparkan
suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu
sebelum merdeka.Penceritaan tentang kegigihan watak-watak pelbagai kaum dalam novel
ini untuk mengubah nasib diri memberi pengajaran kepada murid bahawa sesiapa sahaja,
tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan agama, boleh berjaya dalam kehidupan
sekiranya mereka gigih berusaha.
Terdapat beberapa kekuatan karya hasil garapan serta idea penulis asal novel ini yang
tidak asing lagi dengan dunia sastera negara kita,Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Beberapa ciri-ciri kekuatan karya yang akan dikupas, adalah diantaranya berdasarkan
falsafah, pandangan hidup serta nilai ilmu.

Pertama sekali, kekuatan karya dari sudut falsafah. Sebelum pergi dengan lebih jauh,
eloklah sekiranya kita fahami dahulu apakah erti falsafah yang dimaksudkan. Istilah
falsafah berasal dari bahasa Yunani philien dan sophia. philien bermaksud
mencintai atau sahabat dan Sophia adalah kebijaksanaan atau pengetahuan.
Menurut Robert Zeuscher, ahli ahli falsafah merupakan orang yang mencintai
kebijaksanaan dan mempunyai minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Plato
mengatakan bahawa falsafah merupakan ilmu yang sedia ada atau wujud, Manakala
Aristotle pula mengatakan bahawa falsafah itu adalah kebijaksanaan atau hikmah atau
ilmu pengetahuan yang menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang
hakiki. Rumusan daripada pendapat tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa
falsafah merupakan ilmu pengetahuan, yakni disiplin untuk menyelidik asas dan sebab
dan akibat sesuatu perkara. Falsafah dianggap sebagai pokok kepada segala ilmu, kerana
dari falsafah, maka lahirnya pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu sains,
matematik, sains sosial,kemanusiaan dan lain-lain.
Menurut Zaini Abdullah(2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas dan
andaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti
ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu masalah
dan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif dan logik
mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia. Tujuan falsafah adalah untuk
mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengan cara berfikir secara
radikal,sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu akan menjadi persoalan falsafah
apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah dan pengamatan sains. Persoalan
falsafah juga biasanya melibatkan perkara-perkara yang abstrak seperti persoalan konsep
dan ideologi. Secara rumusannya, falsafah merupakan suatu pemikiran yang amat
mendalam dan menyeluruh terhadap sesuatu perkara dalam usaha mencari kebenaran.
Kekuatan karya dari sudut falsafah dapat dilihat berdasarkan tema Novel Interlok
yang mana bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan
India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah

negara yang bebas dan bermaruah. Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing
hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam dunia yang
berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka
terpaksa bergantung antara satu sama lain. Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim
Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat melunaskan hutangnya
sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim Lock menyebabkan anak dan
isterinya melarat. Maniam pula membawa diri meninggalkan isteri yang sarat
mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. Kim Lock pula
lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-orang lain di
sekelilingnya. Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa
menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam.
Yew Seng anak Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang
didermakan oleh masyarakat.
Dengan lebih jelas lagi, karya Interlok ini diibaratkan sebagai nadi perpaduan yang
utuh yang menjadi pujaan masyarakat terutamanya Melayu kerana keberanian dan budi
pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana yang terdapat dalam novel ini, penonjolan setiap
watak sebagai masyarakat merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh
penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada ketiga-tiga masyarakat itu sendiri
yang dinamakan perpaduan. Sebenarnya, dalam novel Interlok ini, perpaduan diantara
ketiga-tiga kaum dalam bekerjasama dalam mencari kejayaan itu sendiri merupakan satu
falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan
memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk yang terdapat dalam setiap watak
yang dibawa memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat.
Selain itu, karya ini banyak menceritakan kebudayaan dan sosial setiap masyarakat
yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan
masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan
antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama juga
merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Jelas, betapa pengarang
karya ini mempunyai idealisme untuk mengangkat martabat bangsa serta menganggap

perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita amat penting dalam


menyatupadukan rakyat serta memberi kejayaan. Perkara inilah yang dikatakan bahawa
karya agung ini melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir
bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup,
adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya.
Seterusnya, kekuatan yang dapat dilihat dalam karya novel Interlok ini adalah dari
sudut pandangan hidup. Menurut penulis karya, SN Abdullah Hussain telah meletakkan
satu persepektif yang mengambil kira pelbagai latar penulisan novel ini dari segi zaman,
kreativiti, budaya, sejarah dan sastera. Persoalan kasta masyarakat India yang menjadi
perdebatan hangat tentang novel ini dibincangkan dengan mengaitkan dengan karyakarya lain seperti Untouchable (1970) yang dengan jelas membincangkan hal ini.
Golongan paria yang ditimbulkan di dalam karya ini bukan untuk merendahkan kasta
rendah ini tetapi untuk menyindir kasta atasan yang tidak bertimbang rasa itu. Maka ,
novel Interlok harus difahami dalam konteks zamannya. Dengan kata lain, penulis telah
memberi perspektif atau pandangan yang jelas dalam merungkai permasalahan yang
timbul terhadap novel Interlok oleh SN Abdullah Hussain. Karya ini menterjemahkan
kewajarannya sebagai pemangkin perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Sekali
gus, nukilan karya ini memberikan justifikasi kukuh tentang kewajaran novel ini dibaca
oleh semua pihak, khususnya di peringkat para pelajar sekolah. Dengan perkataan lain,
esei ini membuktikan bahawa novel Interlok tidak mencerminkan diskriminasi kaum,
sebaliknya sebagai pemangkin perpaduan kaum dengan memahami konteks novel
tersebut.
Kekuatan karya dari sudut nilai pula sememangnya tidak dapat disangkal lagi
memandangkan novel ini juga sarat dengan nilai-nilai perpaduan kaum. Aspek kerjasama
dan hormat menghormati antara kaum ditonjolkan dengan nyata melalui persahabatan
Maniam dan Musa. Dalam novel ini, Maniam dipaparkan sebagai seorang yang sentiasa
mengenang jasa sahabatnya, Musa yang pernah menyelamatkan nyawanya, walaupun
Musa telah lama meninggal dunia. Sebagai membalas jasa Musa, Maniam telah
menolong anak Musa, iaitu Seman, untuk mendapatkan pekerjaan di estet. Malah, sebagai

penghormatan kepada Maniam, Seman memanggil Maniam dengan panggilan tuan.


Rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum, berpeluang memajukan diri
sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
Disamping itu, semangat kerjasama antara kaum dan cintakan negara sering
ditonjolkan sepanjang perjalanan cerita dalam novel ini. Malah, penulis menggambarkan
watak-watak dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama menyambut
kemerdekaan negara dalam suasana penuh pengharapan dan kegembiraan.

RUJUKAN
Abdullah Hussain, (2008).Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain: Interlok.
Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Zaini Abdullah,(2001). Pengantar Etika Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.
Pustaka Salam Sdn.Bhd.
http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/03/aspek-sastera-interlok.pdf diakses
pada 26 Oktober 2014
http://www.ukm.my/j-melayu/images/jurnal/8/bil%208%20-%20topik%205.pdf
diakses pada 28 Oktober 2014

Anda mungkin juga menyukai