Anda di halaman 1dari 1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIORIS/ MEKANIS

TEORI MENTALIS Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanakkanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani. Otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD

TEORI KOGNITIF Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat Deria-Motor ( 18 bulan-2 tahun) Kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Peringkat Pra-operasi Konkrit (2 hingga-7 tahun) Kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas)

Menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu Ganjaran adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Contoh ganjaran : pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap Suatu ujaran terbentuk Rangsangan & gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa

TEORI INTERAKSIONALIS (HALLIDAY) Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Perkembangan Bahasa melibatkan proses kognitif dan Proses Interaksi Bahasa Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak mempelajari Sistem Bahasa.

Anda mungkin juga menyukai