Anda di halaman 1dari 31

AZIZAH BINTI ABD RAHMAN -P92503

NORLIZA BINTI NAZEER -P92489


BAHASA DAN MINDA
KONSEP BAHASA
 Bahasa merujuk kamus Dewan (2013) ialah sistem
lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara
seorang individu dengan individu yg lain.
 Menurut Charles F. Hockett, mendefinisikan
bahasa sebagai satu sistem tabiat – tabiat
manusia yang sangat umum. Definisi bahasa
yang terkini dan diterima umum ialah melihat
peranan bahasa dalam konteks fungsi dan
bentuknya. Menurut fungsinya, bahasa adalah
struktur yang unit daripada bunyi – bunyi
ucapan . Manakala bentuknya menurut
Chomsky sebagai sejumlah kalimat – kalimat.(
Mangantar Simanjuntak, 1992 ).
KESIMPULAN MAKSUD
 Bahasa merujuk kepada perbuatan manusia
yang mengeluarkan bunyi-bunyi yang
membentuk makna yang tersendiri dan difahami
oleh orang.
 Bunyi- bunyi yang diujarkan ini mempunyai
makna kerana ditandai dengan simbol-simbol
yang tertentu membolehkan manusia berhubung
antara satu sama lain.
DEFINISI
Menurut MINDA
Kamus Dewan Edisi
keempat (2013) minda bermaksud
akal fikiran atau daya berfikir.
Minda atau pemikiran amat
diperlukan untuk menzahirkan
maksud perkataan yang diujarkan
oleh seseorang.
Minda atau pemikiran ini amat
berkaitan dengan fungsi otak.
OTAK DAN FUNGSI
FUNGSI OTAK YANG BERKAITAN
BAHASA
ALAT PEMEROLEHAN BAHASA ( LAD )
 Language Acquisition Device disingkat LAD adalah alat
yang berada di otak berfungsi menerima dan menghasilkan
bahasa.
 LAD disampaikan pertama kali oleh Noam Chomsky,
seorang ahli bahasa dan filosofi. Menurutnya di dalam otak
manusia terdapat alat yang mampu menyerap dan
menghasilkan bahasa.
 LAD inilah yang membuat orang boleh menggunakan
bahasa untuk berkomunikasi. Seseorang boleh bercakap-
cakap, bertukar fikiran, dan menyampaikan ideanya
kerana alat ini.
 Chomsky menyatakan bahwa LAD secara semulajadi
membuat orang mengerti bahasa orang lain bahkan bahasa
orang asing.
 LAD berkembang dengan baik sebelum manusia dewasa
atau masih anak-anak. Maka dari itu anak-anak lebih
KAITAN ANTARA BAHASA DAN
MINDA
 Dengan bahasa jelas menunjukkan wujudnya
peranan pemikiran iaitu antara penutur ;atau
antara penulis dengan pembaca yang terjadi
bukan sahaja melibatkan pengekodan tetapi juga
pentafsiran kod bahasa.
 Pendengar dan pembaca perlu menggerakkan
pemikiran agar dapat mentafsirkan kod-kod
yang diarahkan supaya makna yang sama
dengan perkara yang dimaksudkan akan
diperoleh ( jurnal dewan bahasa ,1988)
BAHASA SEBAGAI SISTEM MINDA

 Mangantar Simanjuntak ( 1982 )


berpendapat, bahasa sebagai satu sistem
bermaksud bahasa sebagai satu jaringan
yang rumit dengan unsur – unsur yang
saling barkaitan menurut rumus - rumus
tertentu. Rumus – rumus yang mengatur
elemen inilah yang merupakan satu sistem
yang memungkinkan terlahirnya kalimat –
kalimat yang tidak terbatas banyaknya.
BAHASA SEBAGAI SISTEM MINDA
 Bagi beliau bahasa ialah satu sistem yang unik, khas
dimiliki oleh manusia sahaja.Hal ini kerana sistem
yang unit ini dikawal oleh proses – proses akal dan
kapasiti yang khusus untuk berbahasa yang hanya
dimiliki oleh manusia dengan keupayaan atau
kebolehan kognitif. Oleh itu, ahli psikolinguitik kini
menganggap bahasa sebagai satu sistem biologi.
Berdasarkan kenyataan ini maka dirumuskan
bahawa :
"Bahasa ialah satu sistem kognitif manusia yang
unik yang dapat
dimanipulasikan oleh manusia untuk menghasilkan
(menerbitkan) sejumlah kalimat – kalimat yang
tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang
terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebagai
alat berkomunikasi dan mengakulasikan ilmu
pengetahuan".
( Mangantar Simanjuntak, 1982)
TEORI KOGNITIF
 Teori kognitif melihat pembelajaran bahasa
sebagi satu proses pemikiran, iaitu aktiviti
mental yang dikenali sebagai satu kebolehan
manusia semula jadi, ( Zamri Mahamod: 2016)
 Menurut beliau lagi, antara pendokong teori ini
ialah Noam Chomsky, D slobin, George Miller,
Kohler dan Mangantar Simanjuntak.
TEORI KOGNITIF
 Menurut Chomsky(1975), setiap manusia yang
dilahirkan ke dunia mudah dibekalkan dengan
satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa
apabila sampai masanya.
 Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah bersifat
akal atau memiliki ciri-ciri mental dan bukan
ciri-ciri biologikal. Perkara ini bersifat
semulajadi dan boleh menerbitkan ayat-ayat
atau perkataan yang terlalu banyak.
TEORI KOGNITIF
 Menurut Chomsky lagi, peringkat permulaan
belajar tidak semata-mata bergantung kepada
operasi rangsangan dan tindak balas sahaja,
tetapi proses kognitif pasti turut sama.
 Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa
terbatas pada apa-apa yang dialami.
PEMEROLEHAN BAHASA IALAH
PROSES MINDA
 Pemerolehan bahasa adalah hasil proses
pemikiran dengan adanya penghayatan
peraturan – peraturan berkaitan
pemerhatian terhadap kanak – kanak. Hal
ini, diakui oleh Noam Chomsky yang
mengatakan terdapat perkaitan bahasa
dengan minda serta menjadi teras kepada
teori nahu transformasi ( Jurnal Dewan
Bahasa, 1988:24 ).
JENIS INGATAN DAN PEMAHAMAN
 Menurut Hilgard dan Atkinson (1979), ingatan manusia
boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu
ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

Ingatan Jangka Pendek


 ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak
item atau data disimpan dalam satu masasetakat mana
seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam
masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat
tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang
disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang
daripada 30 saat, malah kadang-kala lebih cepat lagi. Cara
yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah
melalui latihan dengan mengulangi maklumat yang
diterima beberapa kali. Dua fungsi utamanya ialah untuk
mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan
membantu manusia memindahkan maklumat daripada
ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang.
JENIS INGATAN DAN PEMAHAMAN
 Ingatan Jangka Panjang Ingatan jangka panjang
ialah apa yang dimaksudkan oleh orang ramai
apabila mereka bercakap tentang ingatan. Ia
sering merupakan sasaran yang memerlukan
pambaikian melalui teknik- teknik atau kaedah-
kaedah memperbaiki ingatan. Ingatan jangka
panjang berbeza daripada ingatan jangka pendek
dalam beberapa cara seperti berikut:
 3 Ingatan Ikonik
 4 Ingatan Episodik
 5 Ingatan Semantik
 6 Ingatan Berprosedur
 7 Ingatan Kederiaan
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
 Ingatan manusia adalah satu konstruk yang
kompleks dengan pengalaman-pengalaman peribadi
individu disimpan kerana menumpukan perhatian
yang khusus berdasarkan kepentingan dan
kebolehterimaanya.
 Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan maklumat
yang diterima bergantung kepada jangka masa yang
kita mahu mengingatinya. Ingatan manusia
membahagikan maklumat-maklumat yang diterima
bergantung kepada keperluan kita terhadapnya.
 Sebelum setiap perkara dan maklumat baru kekal
dalam ingatan manusia, ia perlu sekurang-
kurangnya melalui tiga peringkat dalam sistem
pengurusan maklumat. Di antaranya ialah ingatan
kederiaan, ingatan jangka pendek dan ingatan
jangka panjang
 Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan,
1992 :261 ), semua kanak – kanak yang sihat dan
normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat
umur yang sama. Menurut beliau, apabila tiba
masanya seseorang anak itu akan dengan serta- merta
tertarik terhadap bunyi yang didengar dan mula
menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi
yang penting. Menurut beliau otak manusia
mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan
hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa
untuk tumbuh dan berkembang.
TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK
 VOKALISASI BUNYI
Pada umur sekitar 6 minggu, bayi mulai mengeluarkan
bunyi-bunyi dalam bentuk teriakan, rengekan,
dengkur. Bunyi yang dikeluarkan oleh bayi mirip
dengan bunyi konsonsonan atau vokal. Akan tetapi,
bunyi-bunyi ini belum dapat dipastikan
bentuknyakarena memang terdengar dengan jelas.
Yang menjadi pertanyaan adalah apakah bunyi-bunyi
yang dihasilkan tadi merupakan bahasa? Fromkin dan
Rodman (1993:395) menyebutkan bahwa bunyi tersebut
tidak dapat dianggap sebagai bahasa. Sebagian ahli
menyebutkan bahwa bunyi yang dihasilkan oleh bayi
ini adalah bunyi-bunyi prabahasa/dekur/vokalisasi
bahasa/tahap cooing.
 Setelah tahap vokalisasi, bayi mulai mengoceh
(babling). Celotehan merupakan ujaran yang
memiliki suku kata tunggal seperti mu dan da
.Adapun umur si bayi mengoceh tak dapat
ditentukan dengan pasti. Mar’at (2005:43)
menyebutkan bahwa bocehan ini terjadi pada
usia antara 5 dan 6 bulan. Dardjowidjojo (2005:
244) menyebutkan bahwa celoteh terjadi pada
umur 8 sampai dengan 10 bulan. Perbezaan
pendapat seperti ini bisa saja. Yang perlu diingat
bahwa kemampuan anak berceloteh tergantung
pada perkembangan neurologi seorang anak.
 Pada tahap celoteh ini, anak sudah menghasilkan
celoteh vokal dan konsonan yang berbeda seperti
frikatif dan nasal. Mereka juga mulai mencampur
konsonan dengan vokal. Konsonan yang keluar
pertama adalah konsonan bilabial hambat dan
bilabial nasal. Vokalnya adalah /a/ dengan demikian,
strukturnya adalah K-V. Ciri lain dari celotehan
adalah pada usia sekitar 8 bulan, struktur silabel K-
V ini kemudian diulang sehingga muncullah struktur
seperti: Orang tua mengaitkan kata papa dengan
ayah dan mama dengan ibu.meskipun yang ada di
benak tidaklah diketahui. Tidak mustahil celotehan
itu hanyalah sekedar artikulori belaka
(Darmowidjojo: 2005:245).
 Begitu anak melewati tempoh mengoceh, mereka
mulai menguasai segmen-segmen fonetik yang
merupakan balok bangunan yang dipergunakan
untuk mengucapkan perkataan. Mereka belajar cara
mengucapkan sequence of segmen, yaitu silabe-silabe
dan kata-kata.
 Cara anak-anak mencuba segmen fonetik ini adalah
dengan menggunakan teori hypothesis-testing (Clark
& Clark dalam Ma’at 2005:43). Menurut teori ini
anak-anak menguji coba berbagai hipoptesis tentang
bagaimana mencoba memproduksi bunyi yang benar.
 Pada tahap-tahap permulaan pemerolehan bahasa,
biasanya anak-anak memproduksi perkataan orang
dewasa yang disederhanakan sebagai berikut:
TAHAP SATU KATA ATAU HOLOFRASTIS
 Tahap ini berlangsung ketika anak berusia antara 12
dan 18 bulan. Ujaran-ujaran yang mengandung kata-
kata tunggal diucapkan anak untuk mengacu pada
benda-benda yang dijumpai sehari-hari. Pada tahap
ini pula seorang anak mulai menggunakan
serangkaian bunyi berulang-ulang untuk makna
yang sama. Pada usia ini pula, sang anak sudah
mengerti bahwa bunyi ujar berkaitan dengan makna
dan mulai mengucapkan kata-kata yang pertama.
Itulah sebabnya tahap ini disebut tahap satu kata
satu frase atau kalimat, yang berarti bahwa satu kata
yang diucapkan anak itu merupakan satu konsep
yang lengkap. Misalnya “mam” (Saya minta makan);
“pa” (Saya mau papa ada di sini). “Ma” (Saya mau
mama ada di sini).
TAHAP DUA KATA, SATU FRASE
 Tahap ini berlangsung ketika anak berusia 18-20
bulan. Uiaran-ujaran yang terdiri atas dua kata
mulai muncul seperti mama mam dan papa ikut.
Kalau pada tahap holofratis ujaran yang diucapkan si
anak belum tentu dapat ditentukan makna, pada
tahap dua kata ini, ujaran si anak harus ditafsirkan
sesuai dengan konteksnya. Pada tahap ini pula anak
sudah mulai berpikir secara “subjek + predikat”
meskipun hubungan-hubungan seperti infleksi, kata
ganti orang dan jamak belum dapat digunakan.
Dalam pikiran anak itu, subjek + predikat” dapat
terdiri atas kata benda + kata benda, seperti “Ani
mainan” yang berarti “Ani sedang bermain dengan
mainan” atau kata sifat + kata benda, seperti “kotor
patu” yang artinya “Sepatu ini kotor” dan sebagainya.
UJARAN TELEGRAFIK
 Pada usia 2 dan 3 tahun, anak mulai menghasilkan
ujaran kata ganda (multiple-word utterences) atau
disebut juga ujaran telegrafis. Anak juga sudah
mampu membentuk kalimat dan mengurutkan
bentuk-bentuk itu dengan benar. Kosakata anak
berkembang dengan pesat mencapai beratus-ratus
kata dan cara pengucapan kata-kata semakin mirip
dengan bahasa orang dewasa.
 Pada usia dini dan seterusnya, seorang anak belajar
bahasa pertamanya secara bertahap dengan caranya
sendiri. Ada teori yang mengatakan bahwa seorang
anak dari usia dini belajar bahasa dendan
menirukan. Namun, Fromkin dan Rodman (1993:403)
menyebutkan hasil tiruan yang dilakukan oleh si
anak tidak akan sama seperti yang diinginkan oleh
orang dewasa.
DISLEKSIA: KAITAN DENGAN BAHASA
DISLEKSIA : KAITAN DENGAN
BAHASA
 Perkataan 'dyslexia' berasal daripada perkataan
Greek yang membawa makna kesukaran
menggunakan leksikon atau perkataan (Newton
& Thomson, 197 4: 6). Selanjutnya, pada tahun
1979 (Newton et a1.,) telah memperluaskan lagi
definisi 'dyslexia' sebagai kecelaruan berbahasa
di kalangan murid yang telah mengalami
pembelajaran dalam kelas biasa tetapi gagal
untuk memperoleh kemahiran membaca,
menulis, atau mengeja separa dengan kebolehan
intelektual yang ada pada mereka (Newton, et
aI., 1979 : 3).
 Pertubuhan Disleksia Antarabangsa (International Dyslexia
Association, 2003 menyatakan bahawa 'dys' membawa
maksud 'kesukaran' dan 'lexia' bermaksud 'perkataan'.
Disleksia merupakan kecelaruan yang dialami oleh berjuta-
juta orang di seluruh dunia. Disleksia merupakan sejenis
ketidakupayaan yang khusus dalam mempelajari kemahiran
membaca. Kanak-kanak disleksia belajar mengikut tahap dan
rentaknya yang tersendiri, dan lazimnya mahir dalam satu
atau dua bidang. Sebilangan daripadanya mengalami
kesukaran penumpuan, persepsi, daya ingatan, kemahiran
lisan, taakulan abstrak, kordinasi tangan-mata, penyesuaian
sosial (rendah diri adalah ciri sifat yang biasa dilihat) gred,
dan pencapaian yang rendah. Seringkali, kanak-kanak
disleksia dianggap pemalas, suka memberontak, tidak
bermotivasi, dan mempunyai daya kecerdasan yang rendah ..
Anggapan ini salah dan tanpa memahami kesan disleksia ke
atas kehidupan seseorang membawa kepada penolakan,
pengasingan, inferioriti kompleks, dan rendah diri.
KESIMPULAN
 Bahasa merupakan anugerah tuhan kepada manusia yang
amat penting dalam kehidupan, bermula dari seseorang
itu lahir hinggalah pada saat – saat dia meninggal dunia.
Bahasalah juga yang membezakan manusia dengan
makhluk – makhluk lain di muka bumi ini. Dengan bahasa
manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan,
perasaan, pendapat, menurunkan ilmu dari satu generasi
ke satu generasi dan seumpamanya.
Kepentingan bahasa dalam kehidupan kita seharian tiada
siapa yang dapat menyangkalnya. Namun, kebanyakan
manusia tidak memepedulikan persoalan tentang bahasa.
Perkara yang merunsingkan ibu bapa apabila seseorang
anak tidak dapat bercakap apabila tiba masanya. Tidak
ramai juga yang mengetahui bahawa bahasa dan otak
manusia memainkan peranan yang penting dalam
membolehkan manusia bercakap.
KESIMPULAN

 Jelas kepada kita bahawa bahasa dan minda


sememangnya mempunyai kaitan dalam
menghasilkan bahasa. Tanpa bahasa hidup
manusia akan susah, tetapi dengan minda yang
tidak sempurna pengaturan bahasa dalam hidup
menjadi kucar – kacir. Oleh itu, dua elemen ini
sangat penting dalam membantu perkembangan
bahasa bagi manusi

Anda mungkin juga menyukai