Anda di halaman 1dari 2

27 September 2009

Linguistik Tranformasi Generatif


Semua manusia mempunyai "LAD" = Alat pemerolehan bahasa, Lat inilah yang membolehkan kita mempelajari bahasa.

Dengan LAD, manusia berupaya menghasilkan ayat yang kompleks dan panjang.

LAD terletak dalam otak.

Setiap manusia mempunyai rumus tatabahasa.

LAD juga dirujuk sebagai "innate" atau konsep "Innate".

Chomsky berpendapat penutur sesuatu bahasa mampu menghasilkan ayat-ayat yang tidak terhad bilangannya.

Chomsky beranggapan bahawa bahasa adalah lakuan yang diatur oleh rumus-rumus.

Pandangan beliau dimasukkan ke dalam buku yang bertajuk Syntactic Structure (1957) dan diperkukuhkan lagi dalam Aspect of the Teory Syntax (1965) yang menceritakan konsep transformasi dalam bahasa.

27 September 2009

Gagasan Transformasi Generatif


Bagi Chomsky "language is not a habit structure". Hipotesisnya , semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang.

Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis TG iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalam dan strutur luaran.

Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapar dalam bentuk rumus-rumus.

Perlakuan bahas aini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain

27 September 2009

Komponen TG
Proses transformasi berlaku ke atas struktur dalaman dan seterusnya menghasilkan struktur luaran.

Struktur luaran ini juga dihubungkan dengan komponen semantik untuk ditafsirkan sekali lagi.

Seterusnya struktur luaran masuk ke dalam komponen fonologi dan menghasilkan tafsiran fonetik bagi melahirkan pertuturan

Bagi Chomsky language is not a habit Structure. Hipotesisnya, semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang. Chomsky telah mengemukakan empat konsep utama dasar analisis Transformasi Generatif iaitu kemampuan berbahasa, perlakuan berbahasa, struktur dalaman dan struktur luaran. Kemampuan berbahasa ialah segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar. Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. Perlakuan bahasa ini mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain. Seterusnya, strukrur dalaman pula wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa serta bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan. Konsep yang terakhir iaitu struktur luaran ini wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan. Menurutnya lagi, ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya. Ia diketahui, disedari dan dinyatakan menerusi bunyi-bunyi dan ejaan

Anda mungkin juga menyukai