Anda di halaman 1dari 11

TRANSFORMA

SI GENERATIF

PENGENALAN TEORI GENERATIF


Merupakan satu aliran baharu yang
timbul selepas aliran struktural.
Teori ini muncul dalam tahun 50-an
yang dipelopori oleh Noam
Chomsky.
Teori ini wujud akibat daripada
beberapa kekurangan dan kelemahan
teori tradisional dan struktural.

APAKAH TEORI TRANFORMASI


GENERATIF?
Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula
daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan
bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur
yang lebih besar melalui beberapa proses menurut
rumus-rumus tertentu
Transformasi pula bermaksud mengubah atau
menukar, iaitu menuliskan semula
Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula
bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada
bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau
menghilangkan makna asalnya.

Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa


seseorang penutur asli sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan
memahami pertuturan yang belum pernah mereka dengar kerana mereka
dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.
Penutur asli juga boleh membezakan berbagai-bagai jenis struktur
ayat,mengenali sama ada sesuatu ayat adalah gramatis ataupun tidak dan
membentuk ,mengenali serta memahami ayat tidak terkira banyaknya.
Oleh itu, analisis transformasi generatif bertujuan membentuk rumus-rumus
sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur asli
sesuatu bahasa
Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak
tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan
Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk
rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur asli
bahasa tersebut.

LATAR BELAKANG
PEMIKIRAN
Bahasa merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia ,
kerana dengan bahasa seseorang dapat menyampaikan maksud dan keinginan kepada
orang lain .
Dengan kata lain seseorang boleh berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan
manusia lain , seperti yang dikatakan oleh Kridalaksana ( 1983:45 ) bahawa bahasa
adalah sistem lambang bunyi arbitrari , yang digunakan oleh para kelompok sosial untuk
bekerjasama , berkomunikasi dan mengenal pasti diri .
Ada orang yang beranggapan bahawa kompetensi penggunaan bahasa seakan - akan
dicapai dengan sempurna melalui keturunan dan warisan saja . Pandangan ini keliru
kerana kemampuan penguasaan dan penggunaan bahasa harus melalui latihan - latihan
baik mengenai pengucapan mahupun mempergunakan bahasa dengan baik dan benar .
Di lain pihak ada komunikasi dilakukan dengan tulisan . Hal tersebut bermakna
kompetensi menyatakan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan dan kemampuan
memakai apa yang dicuba . Jadi kaitan bahasa terhadap pemikiran manusia sangat erat
sekali .
Dunia ilmu , termasuk linguistik , bukan merupakan aktiviti yang statik , melainkan
merupakan aktiviti yang dinamik ; berkembang terus , sesuai dengan falsafah ilmu itu
sendiri yang selalu ingin mencari kebenaran yang hakiki . Begitulah , linguistik struktural
lahir kerana tidak puas dengan pendekatan dan prosedur yang digunakan linguistik
tradisional dalam menganalisis bahasa .

MAKSUD TRANSFORMATIF GENERATIF

Aliran transformasional merupakan reaksi dari


faham strukturalisme. Konsep strukturalisme
yang paling ditentang adalah konsep bahwa
bahasa sebagai faktor kebiasaan.
Nama yang dikembangkan untuk model
tatabahasa yang dikembangkan oleh Chomsky
ini adalah Tranformational Generative Grammar
tetapi dalam Bahasa Malaysia disebut tata
bahasa transformasi atau tata bahasa
generative.

TUJUAN
Menurut Chomsky salah satu
tujuan dari kajian bahasa
adalah untuk menyusun tata
bahasa dari bahasa
tersebut. Bahasa boleh
dianggap sebagai kumpulan
kalimat yang terdiri dari
deretan bunyi yang
mempunyai makna.
Setiap tata bahasa
merupakan teori dari bahasa
itu sendiri, dan tata bahasa
itu harus memenuhi dua
syarat, iaitu:

1. Kalimat yang dihasilkan


oleh tata bahasa itu harus
dapat diterima oleh pemakai
bahasa tersebut, sebagai
kalimat yang wajar dan tidak
dibuat-buat.

2. Tatabahasa tersebut harus


berbentuk sedemikian rupa,
sehingga istilah yang
digunakan tidak berdasarkan
pada gejala bahasa tertentu
sahaja, dan semuanya ini
harus sejajar dengan teori
linguistik.

CIRI-CIRI TRANSFORMASI GENERATIF


Diasaskan oleh Chomsky yang merupakan lanjutan
daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris.
Chomsky menganggap teorinya dapat memperlihatkan
ciri-ciri universal dalam mengkaji semua bahasa
manusia.
Berjaya menarik perhatian ramai dan telah menerima
kesinambungan berterusan yang ekstensif.
Percaya bahawa bahasa bersifat mentalistik dan
kognitif.
Teori ini menentang pandangan aliran strukturalis
yang menyatakan bahwa bahasa merupakan kebiasaan.

CIRI CIRI
1. BERDASARKAN FAHAMAN MENTALISTIK
.Bukan sekadar tanggapan dan ransangan semata-mata.
Tetapi merupakan proses dalam diri iaitu apa yang difikirkan
oleh orang yang berbicara.
.Bukan juga sebagai proses fizik yang merupakan bunyi yang
dikeluarkan oleh alat auditori manusia. Tetapi merupakan
perasaan yang ada dalam diri manusia.
2. BAHASA MERUPAKAN INNATE
.Teori ini percaya bahawa bahasa adalah warisan
keturunan.
.Bukti = Manusia dan chimpazi mempunyai struktur otak
yang hampir sama. Namun chimpazi tidak dapat berbicara
walaupun telah diajar berulang kali. Kerana bahasa
disebabkan keturunan bukan kebiasaan.
.Bukti = Setiap bangsa mempunyai bahasa.

3. ANALISIS BAHASA BERMULA DARI STRUKTUR


KATA
Teori ini menganggap bahasa adalah susunan yang
gramatik.
Struktur kata
Frasa
Klausa
Ayat
Namun teori ini menolak kewujudan klausa dalam
susunan kata dan dimulakan dengan kata.
Struktur Kata
Frasa
Ayat
4. BINAAN AYAT DAPAT DIHURAIKAN DENGAN
MEMAHAMI STRUKTUR DALAMAN DAN STRUKTUR
LUARAN
Memisahkan pengetahuan sesorang tentang bahasanya
dengan cara atau keterampilan seseorang itu
menggunakan bahasa tersebut.

5. MEMBEZAKAN PERKATAAN INTI (Ayat


Dasar) DAN PERKATAAN TRANSFORMASI
Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk
misalnya ayat penyata, ayat tanya dan ayat penegas.
Itulah sebab itu, TTG diperlukan kerana melalui ayat
dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.

6. BAHASA BERSIFAT SEJAGAT DAN KREATIF


Pengalaman berbahasa, memberikan pengaruh
yang sangat signifikan terhadap perkembangan
bahasa sesorang individu.
Kecerdasan linguistik merupakan kecerdasan
yang paling universal dan penting dalam
kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai