Anda di halaman 1dari 4

SYNTACTIC STRUCTURES

Teori transformasi ialah teori yang dikemukan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957.
Pengaruh teori ini amatlah besar terutamanya di Amerika sebagai pengaruh terhadap
perkembangan ilmu linguistik. Teori ini muncul untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang
tidak dapat diatasi oleh aliran struktural. Teori ini diakui bahawa analisis transformasi dapat
memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang sebelum itu tak terjawab oleh aliran
struktural. Tetapi tidak semua menyatakan bahawa teori ini merupakan satu teori yang
berjaya menyelesaikan masaalah tersebut dengan seratus peratus ataupun analisis ini dapat
menghasilkan satu teori yang sempurna. Di Amerika aliran struktural mencapai kemuncak
pada tahun lima puluhan. Pada ketika itu Naom Chomsky mulai menyoal aspek-aspek dasar
aliran itu. Beliau menyoal apakah huraian terhadap sesuatu bahasa itu boleh dilakukan
dengan hanya meneliti pertuturan seseorang individu daripada masyarakat bahasa tersebut.
Selain itu, beliau juga menyoal bahawa tatabahasa-tatabahasa tersebut boleh diperoleh
dengan membuat satu huraian dan klafikasi terhadap data yang dikumpul daripada individu
itu. Naom Chomsky mula menyoal tentang aspek-aspek yang masih tidak dipersoalkan dalam
aliran struktural. Hal ini adalah seperti apakah maksud bunyi-bunyi yang dilafazkan dan
apakah yang terlibat dalam fikiran manusia taktala menggunakan bahasa. Beliau mula
meneliti beberapa kelemahan prinsip-prinsip dasar dan analisis aliran struktural. Dalam
meneliti dan mengatasi kelemahan aliran struktural, Naom Chomsky memasukkan unsur-
unsur yang diketepikan oleh aliran struktural. Unsur tersebut seperti konsep analisis
rasioanal. Dalam cara ini, Naom Chomsky mula mengemukakan pendekatan-pendekatan
baharu dalam usaha mencari satu teori analisis bahasa. Dalam aliran struktural menyatakan
bahawa bahasa itu adalah satu data yang didengar untuk dianalisis. Apabila bahasa itu
dianalisis yakni diklafikasikan, bahasa tersebut telah dianggap sebagai sudah dianalisiskan
dan tatabahasanya ditulis. Tetapi Naom Chomsky mula menimbulkan satu aspek bahawa
setelah bahasa itu dikaji dan tatabahasanya ditulis, masih terdapat unsur-unsur bahasa yang
tidak terkandung dalam data yang dikaji itu yang difahami oleh penutur-penuturnya. Inilah
antara aspek yang dinyatakan oleh Naom Chomsky sebagai aspek bahasa yang kretif atau
inovatif. Dalam sesuatu bahasa, seseorang penutur mengahsilkan ayat tanpa had panjangnya.
Dia dapat menghasilkan ayat yang tiada hadnya seperti “ Dialah pemandu kereta yang telah
melanggar anak Ali yang dipinjam daripada sahabatnya yang tingal di sebuah kampung yang
…”. Hakikatnya ayat-ayat seperti ini boleh dihasilkan melalui pelbagai bahasa tetapi jarang
sekali muncul ayat seperti ini. Implikasi kenyataan ini adalah untuk menyatakan bahawa
sesuatu bahasa tidak dapat dikatakan lengkap sekiranya hanya menghuraikan sekumpulan
ayat melalui satu himpunan data. Penutur-penuturnya didapati memahami lebih banyak ayat
daripada ayat-ayat yang telah dianalisiskan itu. Disini menunjukkan bahawa analisis
transformasi sangat berbeza daripada aliran struktural. Menguasai bahasa tidak bererti
semata-mata menyimpan didalam otak satu senarai perkataan atau ayat tetapi sebenarnya
ialah kebolehan menghasilkan dan memahami ayat-ayat yang tidak pernah dihasilkan atau
didengar sebelum itu. Apakah cara menganalisis bahasa yang dapat memenuhi maksud ini ?.
Chomsky mencadangkan bahawa ini dapat dilakukan dengan menghuraikan apa yang
diketahui oleh seseorang penutur yang membolehkannya menghasilkan dan memahami ayat-
ayat yang tiada terhad bilanganya, tiap-tiap satu pula tiada terhad panjangnya. Oleh itu,
terbentuk satu konsep generative. Konsep ini timbul oleh kerana otak manusia terhad dari
segi saiznya dan keupayaannya. Naom Chomsky berpendapat bahawa pengguna bahasa tentu
mempunyai kebolehan yang luar biasa yang membolehkannya menghasilkan bilangan ayat
yang tidak terhad. Bahasa bagi beliau diertikan sebagai “any and all outputs of this generative
knowledge”. Baginya tatabahasa sesuatu bahasa adalah satu huraian tentang kebolehan ini
dab bukan satu huraian tentang sesuatu kumpulan data lafaz pertuturan. Dengan ini, apabila
menghuraikan pengetahuan generative ini , seseorang ahli bahasa dikatakan menghuraikan
semua kemungkinan ayat dalam bahasa itu. Naom Chomsky memperkenalkan dua lagi
konsep baharu iaitu kemampuan bahasa (linguistic competence) dan perlakuan bahasa
(linguistic performance). Istilah kemampuan bahasa seseorang itu adalah memperkatakan
tentang kebolehan generatif yang ada pada dirinya. Dalam kebolehan ini ia menggunakan
keupayaan (potentiality) yang ada pada dirinya dari segi penggunaan bahasa tersebut. Tetapi
kebolehan tersebut kadang kalanya tidak terlaksana serratus peratus dan terganggu ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor yang terjadi dan faktor itu memprngaruhi penggunaan
bahasa seseorang itu. Antara faktor yang diperkatakan adalah seperti terbatuk-batuk atau
terbahak. Faktor ini ditekan kerana keadaan kesakitan atau keletihan, ditimpa oleh tekanan
emosi yang menggangu perjalanan fikiran dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, penghasilan
bahasa tidak berlaku seratus peratus sebagaimana kemampuanya dan inilah yang dianggap
oleh Chomsky sebagai satu perlakuan bahasa iaitu apa yang disebenarnya dilafazkan oelh
penutur tidak sempurna. Demikian juga kepada yang mendengar tetap memahai, walaupun
terdapat bahagian-bahagian yang terhalang, hilang atau tidak kedenganran langsung. Naom
Chomsky berpendapat bahawa tugas ahli bahasa ialah untuk menganalisis kemampuan
bahasa seseorang penutur dan bukan perlakuan bahasanya serta menacri satu analisis yang
bersifat emprikal. Tentang aspek yang pertama beliau mengemukakan konsep situation ideal
speker-listener, yang dimaksudkan sebagai keadaan seseorang itu. Naom Chomsky
berpendapat bahawa penyelidikan ala tranformasi tidak kurang sifat emprikalnya dan tentang
fenomena-fenomena dapat dilihat dan diuji oleh penyelidik-penyelidik lain. Tumpuan utama
dalam penyelidikan adalah suatu huraian yang menerangkan satu proses mental yang menjadi
asas penghasilan bahasa yang menunmpukan perhatian terhadap hasil-hasil proses mental
tersebut. Menurut Naom Chomsky, data penyelidikan linguistik harus meliputi aspek-aspek
berikut yang jelas melebihi bidang-bidang yang diselidiki oleh aliran struktural. Pertama
adalah transkirpsi fonetik, seterusnya nialian terhadap lafaz yang sama dan yang berlainan,
nilaian terhadap penerimaan/penolakan lafaz, nilaian terhadap ketaksaan (ambiguity) yang
berkaitan dengan struktur, nilaian terhadap jenis-jenis ayat yang sama/berlainan dan serta
nilaian terhadap kesempurnaan dan ketidaksempurnaan. Kesemua ini dicapai melalui prinsp-
prinsip empirikal. Dengan mengkaji nilaian-nilaian yang diuat oleh penutur, ahli bahasa dapat
membuat kesimpulan terhadap kemampuan bahasa. Perhatikan ayat yang disediakan “ayah
memukul ali” “ali dipukul oleh ayah”. Walaupun ayat diatas menunjukkan bentuk yang
berlainan tetapi penutur bahasa Malaysia (BM) akan memahami setiap maksud yang
disampaikan. Siapa yang dipukul dan siapa yang memukul. Demikian juga penutur bahasa
Inggeris, dengan ayat “the father asked the son to return early” “the father promise the son to
return early” mereka memahami bahaa orang yang diminta pulang awal adalah berbeza-beza.
Ini adalah bukti bahawa penutur sesuatu bahasa mempunyai pengetahuan tertentu terhadap
bahasanya, dan pengetahuan itu harus dihuraikan oleh sesuatu analisis terhadap bahasa
tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas, nilaian dan pengetahuan terhadap bahasa
yang ada pada penggunaanya bersifat empirikal dan dapat dianggap sebagai satu aspek dalam
analisis kemampuan bahasa. Selepas itu, timbul pula dua konsep baharu dalam analisis
tranformasi-generatif yang berkaitan dengan kemampuan bahasa, iaitu struktur permukaan
(surface structure) dan struktur dalaman (deep structure). Ayat-ayat yang dikatakan
mempunyai struktur ini dimanifestasi melalui bunyi atau ejaan. Ayat-ayat juga boleh
dikatakan mempunyai struktur dalaman yang kewujudanya dan bentuknya diketahui oleh
penuturnya tetapi tidak semestinya dimanifestasikan melalui bunyi atau ejaan. Melalui proses
yang dinamakan transformasi, struktur dalaman akan muncul sebagai satu atau beberapa
struktur permukaan, bergantung kepada jenis transformasi yang diaplikasikan padanya.
Tujuan Naom Chomsky ialah untuk mengemukakan satu rangka analisis bagi menghuraikan
kemampuan bahasa dengan menggunakan data. Satu skema dengan istilah-istilah dan
kenyataan-kenyataan yang dengan jelas menerangkan segala aspek bahasa dan juga
memenuhi kehendak-kehendak teori saintifik. teori saintifik itu adalah keumuman
(generality) dan keringkasan (simplicity). Mengikut Paul Postal “tatabahasa transformasi-
generatif menggemblengkan ciri-ciri utama tatabahasa tradisional dengan sifat eksplisit
tatabahasa bagi menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat memberi keterangan tentang
penghasilan dan pemahaman ayat”. Mengikut Noam Chomsky model yang dikemukakan itu
adalah satu tatabahasa dan ia menjalankan tugas seperti berikut iaittu pada peringkat dasar
sesuatu ayat akan dapat menerangkan kebolehan penutur untuk memahami (memberi
interprestasi semantik) ayat-ayat bahasanya termasuklah selok belok terhadap perkataan-
perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna, dan syarat-syarat dalam penggunaan
bentuk-bentuk tertentu dalam ayat. Pada peringkat permukaan pula tatabahasa akan berusaha
menerangkan penggunaan menghasilkan dan memahami segala yang dilafazkan atau yang
ditulis. Peringkat transformasi adalah satu peringkat dimana menerangkan proses sintaksis
yang menghuraikan bagaimana penggunaan sesuatu bahasa mengaitkan struktur dalaman
dengan struktur permukaan. Tujuan seseorang ahli bahasa mengikut aliran transformasi
adalah untuk melafazkan makna yang sama dengan apa yang dilafazkan olrh seseorang
penutur tersebut. Bahasa bukanlah satu ayat yang terhad dan biasanya hanya mempunyai satu
deretan ayat yang memounyai satu makna. Tetapi terdapat juga beberapa ayat yang
mempunyai makna yang lebih daripada satu makna. Berikut terdapat juga pengertian yang
sama tetapi disampaikan dengan pelbagai cara dan keadaan. Jadi perkara yang dikehendaki
adalah satu system analisis, satu model dan yang menyatakan bagaimana ayat-ayat yang tidak
terhad bilangan ini dikaitkan dengan makna-makna tertentu. Analisis ini perlu menerangkan
bagaimana terdapat bentuk-bentuk yang boleh dilafazkan betul yang terdapat dalam susunan
struktur. Berikut merupakan ayat yang terkenal mengikut aliran transformasi “colourless
green ideas sleep furiously”. Konsep peringkat-peringkat dasar dan permukaan yang
dibicarakan dia atas adalah cara penyelesaian yang dikemukakan oleh aliran transformasi.
Peringkat dasar atau dalaman mewakili peringkat makna atau semantic ayat itu dan peringkat
permukaan mewakili bunyi. Kebiasaanya terdapat satu struktur dalaman menjadi satu struktur
permukaan tetapi terdapat dua keadaan yang berbeza iaitu terdapat dua struktur dalaman atau
lebih daripada struktur permukaan, keadaan yang disebut ketaksaan (ambiguity) dan satu
struktur permukaan iaitu keadaan (paraphrasing). Terdapat persoalan-persoalan yang disertai
dengan satu model analisis iaitu bagaimanakah timbulnya struktur dalaman?, bagaimanakah
struktur dalaman berhubung?, bagaimanakah transformasi struktur dalaaman berhubung
dengan struktur permukaan ? dan bagaimankah struktur permukaan menyatakan cara-cara
menyebutnya ?. Noam Chomsky menjawab pertayaan berikut dengan rumus iaitu rumus
struktur frasa, rumus interpretif semantik, rumus transformasi dan rumus interpretif fonologi.
Tatabahasa yang dihasilakan daripada skema di atas dapat dibahagikan kepada bahagian atau
komponen tertentu. Bahagian yang disebut rumus struktur frasa disebutkan bahagian dasar
dan bahagian yang mengandungi rumus transformasi disebut bahagian transformasi.
Bahagian semantik adalah bahagian yang mengandungi rumus interprasi semantik dan
bahagian fonologi iailah mengandungi rumus interprasi fonologi. Bahagian-bahagian dasar
dan transfromasi biasanya disatukan menjadi bahagian sintaksis. Ditegaskan bahawa dalam
skema ini terdapat dua rumus iaitu rumus dtruktur frasa yang bersifat generatif dan rumus-
rumus dalam ketiga-tiga bahagian lain yang bersifat interpretif. Maka ini menunjukkan
bahawa ideal yang dikemukakan oleh Noam Chomsky yang membaiki kelemahan aliran
struktural dan mengeluarkan rumus-rumus tentang bahasa. seperti yang dinyatakan sebelum
ini bahawa aliran transformasi muncul hasil daripada usaha untuk mencari satu analisis
bahasa yang dapat mengatasi masalah-masalah yang tidak diselesaikan oleh analisis
struktural. Maka teori ini menunjukkan kekuatan yang membincangkan banyak rumus serta
ideal dalam melafazkan dalam sesuatu bahasa. Jelas kelihatan bahawa dalam teori ini
menunjukkan kebolehan seseorang dalam berbahasa tidak akan seratus peratus disampaikan
maklumat disebakan oleh keadaan yang tertentu berlaku. Maka Noam Chomsky memberi
buah fikiran tentang analisis transformasi dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai