Anda di halaman 1dari 1

Teori Huraian Bahasa

Uploaded by Ellena Chua

! 100% (3) · 6K views · 13 pages


Document Information "
Teori Huraian Bahasa
Copyright
© © All Rights Reserved
Download now $
Available Formats
DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
 

Share this document


3.0 TEORI HURAIAN BAHASA

Teori huraian bahasa merupakan asas penting bagi mengenalpasti bahan


Facebook Twitter
pengajaran dan prosedur-prosedur mengajar. Teori huraian bahasa terbahagi
kepada empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Tradisonal, Teori
Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional.

# Teori Tradisional oleh Panini (tokoh fonetik India) menganggap bahawa

Email
bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini
mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai

Did you find this


peraturan yang document
sama dengan useful?
bahasa Yunani. Lalu bahasa Yunani tapak kepada
tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di
samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Konsep teori ini diikuti oleh huraian.
pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.
Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian
yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan.
Is this content inappropriate? Report this Document

Konsep tatabahasa tradisional 

Bahasa
Bersifat merupakan Tidak
Tidak nasional, dan satu mempunyai Bahasa
mementingkan bukannya organisma pola-pola adalah
pemilihan dan bersifat yang contoh bersifat
pemeringkatan formal atau bersifat untuk konvesional
bahan-bahan struktural. hidup dan tujuan
berubah membuat
berbagai-
bagai
struktur

Sebagai tambahan, buku-buku yang dikeluarkan untuk mengajar bahasa


Melayu yang dihasilkan oleh orang barat bahkan Za’ba sendiri terang -terang
didasarkan tatabahasa bahasa Inggeris yang pada mulanya disadur dengan bahasa
Latin. Cara penghuraian kata dalam bahasa Melayu juga adalah sama dengan cara
yang digunakan untuk bahasa Latin. Inilah salah satu ciri tatabahasa tradisional
dalam bahasa Melayu sehingga kini.

Ciri-ciri
tatabahasa
Mengkaji semua ujaran
struktural  dengan tujuan untuk Menekankan
menghuraikan ciri-ciri penganalisaan
yang berbeza. tatabahasa mengenai
morfologi dan sintaksis
yang berlandaskan
struktur yang
Tatabahasa struktur berlandaskan kepada
menyatakan data-data konstituen yang terdekat
bahasa yang dapat
diperhatikan.

Kategori-kategori
tatabahasa tidak
dapat didefinisikn
Faktor-faktor yang mengikut makna.
berkaitan dengan
psikologi, logik dan
metafizik.

Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure


dan Otto Jespherson menyetujui bahawa bahasa adalah sistematis, mempunyai
tatabahasa sendiri, hidup, dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa
perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa dan
ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian tentang nahu pula,
mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai satu sistem yang mempunyai ciri
peraturan, satu sistem, arbitrari dan untuk perhubungan. Mereka menumpukan
kajian terhadap fonologi. morfologi, dan sintaksis. Golongan struktural juga
berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Golongan ini
berpendapat huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara
luaran.

Mereka bersetuju bahawa penguasaan bukanlah semata-mata merupakan


ilmu pengetahuan tetapi dikuasai melalui latihan dan mesti dipelajari lebih daripada
biasa di mana cara-cara lain tidak bersesuaian. Beliau menambah bahawa analogi
digunakan melalui latih tubi pola untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa
tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menerapkan konsep-konsep
tatabahasa. Aliran ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses
mekanikal untuk membuat tabiat dan ini dilakukan melalui latihan dan pengulangan
yang banyak.

Manakala  Teori Transformasi Generatif yang dipelopori oleh Noam


Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami
pertuturan yang baru. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus
bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur natif. Chomsky
dalam kajiannya mendapati bahawa penguasaan bahasa adalah berdasarakn
bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat bisaanya mempunyai hubungan erat
(antara elemen) dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu.
Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran dan
struktur dalaman.

Generative bermaksud menerbitkan. Ini bermula daripada unsur-unsur yang


terhad dan akan berambah iaitu daripadanya dapat diterbitkan unsur-unsur yang
lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Rumus-rumus
itu hendaklah member pemerian yang tepat terhadap segala ayat dalam sesuatu
bahasa itu. Transformasi dalam erti kata yang mudah bermaksud mengubah.
Mengubah ini pula beerti menukar atau menuliskan semula bentuk struktur ayat
asas kepada bentuk struktur yang lain tanpa menghilangkan makna asalnya. Dalam
bahasa Melayu misalnya struktur asas adalah terhad bilangannya. Kemudian
transformasi dilakukan kepada struktur-struktur asas tadi untuk menambah bilangan
struktur itu sehingga tidak terhad banyaknya. Tatabahasa ini mengemukakan
beberapa ciri penting :-

1. Ianya adalah satu urutan yang teratur daripada rumus-rumus

2. Ia bertujuan untuk menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat


mengemukakan asas bagi menerangkan tentang bagaimana ayat-ayat boleh
dihasilkan dan difahami.

3. Tatabahasa ini menganalisa fonologi, morfologi dan sintaksis. Ianya


menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus.

Halliday dan Wilkins merupakan tokoh awal bagi teori Fungsional yang
berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa Fungsional ini
bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur, malahan mereka juga memberi
tumpuan kepada kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
seseorang berkomunikasi. Ahli-ahli bahasa Fungsional ini juga mempunyai pendapat
tertentu berkaitan bahasa, antaranya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh
masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan
statik sebaliknya terbuka dan dinamik. Kedua, asas elemn-elemen dalam struktur
bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Ketiga, oleh sebab
bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi
bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Dan keempat, sebagai
alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi
 juga dapat menggambarkan penuturnya.

Secara umumnya, teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur


bahasa yang diajarkan boleh dihurai. Selain itu, bahan dan prosedur pengajaran
melalui keempat-empat teori huraian bahasa di atas amatlah penting bagi kegunaan
untuk menyampaikan isi pengajaran.

3.2 : IMPLIKASI TEORI HURAIAN BAHASA TERHADAP P dan P

Teori Tradisional
Kaedah Pengajaran : Nahu, Nahu terjemahan

Teori Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih


penting daripada kemahiran lisan iainya termasuklah latihan terjemahan daripada
bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa
pertama. Ini kerana bahasa bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini ianya
secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif
dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada
hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian.
Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan
perhatian.

Teori Struktural
Kaedah Pengajaran : Kaedah Terus, Kaedah Dengan Tutur/Audiolingual, Kaedah
Fonetik

Bahan pembelajaran bahasa berfokuskan dalam bentuk lisan iaitu mendengar


dan bertutur terlebih dahulu kerana ianya lebih berkesan, kemudiannya secara
bertulis. Menghafaz struktur ayat yang akan digunakan dalam perhubungan.
Latih tubi sangat berkesan kerana membantu murid-murid membina rumus
dalam minda. Semuanya secara induktif dalam mempelajari tatabahasa.
Penyampaian makna tidak penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa sasaran dan budaya perlu diajarkan bersama supaya boleh
menghasilkan ujaran penutur jati.

Teori Transformasi Generatif


Kaedah Pengajaran : Kaedah kod Kognitif dan Kaedah Kognitif

Trusted by over 1 million members

Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million


titles without ads or interruptions!

Start Free Trial

Cancel Anytime.

Download

Anda mungkin juga menyukai