Anda di halaman 1dari 2

MEMBINA SIKAP POSITIF

Sering diperkatakan, orang yang bersikap positif, melihat gelas yang separuh penuh manakal
orang yang bersikap negatif, melihatnya separuh kosong. Sayangnya, kita kurang mendapat
penjelasan bagaimana membina sikap yang positif ini.
1. Yakin pada diri sendiri
Tidak mengapa jika orang lain tidak yakin terhadap diri kita tetapi yang lebih penting kita
sendiri mesti yakin terhadap diri kita sendiri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, kita akan lebih fokus untuk memanfaatkan kelebihan berbanding kerisauan terhadap
kelemahan kita.
Memanfaatkan kelebihan lebih menjimatkan masa dan tenaga daripada cuba mengatasi
kelemahan!
2. Kemampuan melihat kelebihan pada orang lain
Mereka yang mempunyai sikap positif sentiasa sayangkan orang lain hasil melihat
kelebihan-kelebihan yang ada pada orang tersebut. Kita boleh memilih untuk melihat yang
positif atau yang negatif. Selalunya kita akan mendapat sesuatau yang positif daripada
orang lain apabila kita terlebih dahulu memandang kelebihannya. Sentiasalah bersangka
baik kepada diri dan orang lain.
Apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat-what you see, is what you get.
3. Kemampuan melihat peluang pada setiap keadaan
Peluang selalunya datang di celah-celah kesusahan. Peluang bukan terhasil oleh untung
nasib ataupun kedudukan, tetapi ia terhasil oleh sikap yang positif.
Peluang bukan dinanti tapi dicari
4. Fokus pada penyelesaian bukan permasalahan
Individu yang positif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian,
bukan permasalahan. Semua orang boleh melihat masalah, tetapi orang yang cemerlang
sahaja mampu melihat jalan penyelesaian. Buang sifat banyak mengeluh dan merungut.
Mereka orang yang gagalsebelum gagal sudah pulang sebelum pergi.
Kebanyakan pencapaian hebat di dunia ini adalah sesuatu yang dianggap mustahil
( masalah ) sebelum dilaksanakan

5. Keghairahan untuk memberi


Mengikut kaian, jarang sekali orang ang suka memberi terkena penyakit jiwa. Mengapa?
Mereka itu adalah orang yang mempunyai fikiran, perasaan dan jiwa yang positif. Orang

yang positif bersedia untuk memberi, orang yang bersikap negatif hanya berfikir untuk
mendapat.
Kemampuan memberi tidak bergantung kepada faktor atau material, sebaliknya ia adalah
soal sikap, soal dalaman, soal hati
6. Bertanggungjawab sepenuhnya
Hidup kita tanggungjawab kita. Bertanggungjawab berasal daripada perkataan tanggung
dan jawab. Ertinya, setiap kita perlu menanggung akibat bagi setiap pilihan dan tindakan
yang kita buat dalam hidup. Di akhirat, kita akan ditanya tentang apa yang kita lakukan dan
ketika itu kita perlu menjawabnya.Kita tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang
berlaku terhadap diri sendiri. Mungkin kita yang tertipu.
Tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah
KISAH : WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK
Pada suatu hari, Mr.Bean membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela
ingin diperanginya.
Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli
umpannya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan
dalam cerita kartun.
Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada Pelan B. Dicarinya majalahmajalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, Mr. Bean menggunting sekeping gambar
keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi,
dilekatkan gambar keju pada perangkap tikus tersebut.
Keesokan harinya, Mr. Bean memeriksa jeratnya. Ya, berhasil!! Seekor tikus berjaya
diperangkapnya. TETAPI HASILNYA HANYA GAMBAR SEEKOR TIKUS yang diletakkan
berdekatan gambar sekeping keju tersebut.
Pengajaran : Jika mahukan hasil lumayan, maka usaha juga harus lumayan. Jika
sekadar melabur usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar sahaja.

Anda mungkin juga menyukai