Anda di halaman 1dari 2

.

Allahumma Antal Azizul Jalil Ya Allah Ya Karim Ya wadud Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-30, SMK Dato Shamsudin Nain 2011. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia: . Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah. Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami . Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

Anda mungkin juga menyukai