Anda di halaman 1dari 6

Insyaallah ada

hikmahnya….
Seorang pemuda menjaga kambing-kambing peliharaannya dengan menunggang kuda
kesayangannya.
Suatu hari, tiba-tiba kuda kesayangannya hilang. Puas dicari tetapi tidak berjumpa.
“ Ayah, kuda kesayangan saya hilang, “ adunya kepada ayahnya.
“ Tidak mengapa, InsyaAllah pasti ada hikmahnya, “ jawab ayahnya tenang.
Apalah himahnya,” bisik si pemuda di dalam hati. Separuh percaya, separuh tidak.
Selang beberapa hari, kudanya pulang tanpa cacat cela dan suhat. Bukan itu saja, malah
kuda itu membawa beberapa ekor kuda liar bersama-samanya.
“ Ayah, kita sungguh bertuah kerana sekarang kita sudah ada beberapa ekor kuda. “
Si ayah tetap tenang. “ Belum tentu kita bertuah anakku. Tetapi yang pasti semua ini
InsyaAllah ada hikmahnya,” si ayah berkata dengan tenang.Si pemuda terus tertanya-
tanya akan sikap ayahnya, mengapa ayahnya tidak bergitu gembira dengan perkara
tersebut.
Setiap hari lelaki itu asyik dengan kudanya untuk dijinakkan. Ketika sedang melatih
salah seekor daripadanya, pemuda itu terjatuh dan patah kakinya.
“ Malang sungguh nasib saya ayah. Apalah gunanya kuda-kuda yang banyak apabila
kaki sya sekarang ini patah,”kata anak kepada ayahnya.
“ Bersabarlah anakku, jangan bersedih. Apa yang menimpamu insyaAllah ada
hikmahnya,” pujuk ayahnya.
Beberapa hari kemudian, kampung mereka diserang oleh para penjahat. Selain
merompak harta benda, mereka turut menangkap lelaki muda untuk dilatih menjadi ahli
kumpulan mereka.
Semua lelaki muda ditangkap, kecuali lelaki yang patah kaki itu kerana dia tidak
berupaya berjalan.
“ Ayah, kini saya sedar, apa yang tersirat di sebalik kata-kata ayah. Semua yang berlaku
memang ada hikmahnya.”
PENGAJARAN
Hidup adalah silih-berganti antara nikmat dan
musibah. Apa yang penting hati kita mesti selau
berbaik sangka dengan takdir tanpa mengurangkan
sedikit pun kesungguhan kita untuk mentadbir.
Pujuklah hati kita dengan selalu berbisik, insyaAllah
apa saja yang berlaku pasti ada himahnya…..

Anda mungkin juga menyukai