Anda di halaman 1dari 16

KISAH BATU MARMAR

Terdapat sebuah muzium yang di dalamnya mempunyai lantai marmar yang cantik dan sebuah patung gadis yang diperbuat daripada batu marmar di lobinya.

Terdapat sebuah muzium yang di dalamnya mempunyai lantai marmar yang cantik dan sebuah patung gadis yang diperbuat daripada batu marmar di lobinya.

Ramai pelawat daripada serata dunia datang sematamata untuk melihat dan mengagumi patung gadis yang cantik itu.

Pada satu malam, lantai marmar tersebut telah

Lantai marmar : Wahai patung, betapa tidak adil sekali. Kenapa semua orang yang datang ke sini hanya untuk memijak aku tetapi memuji-muji kau?

Patung marmar : Wahai sahabatku, lantai marmar. Bukankah kita daripada gua yang sama?

Lantai marmar : Kerana itulah lagi membuatkan aku berasa tidak adil. Kita dilahirkan dari tempat yang sama iaitu gua yang sama, tetapi kenapa kita dilayan berlainan rupa? Ini tidak adil!!!

Patung marmar : Tidakkah kau ingat semasa tukang batu cuba mengukir engkau, tetapi kau menyebabkan alatan ukirnya patah?

Lantai marmar : Ya, aku masih ingat. Aku benci lelaki itu, kenapa dia gunakan alatan ukirnya yang tajam itu keatasku, ia sangat sakit.

Patung marmar : Betul. Macam mana dia hendak mengukir kau jika kau tidak mahu badan kau diukir?

Lantai marmar : Jadi?

Patung marmar : Bila dia berputus asa ke atas kau dan mula mengukir aku, aku tahu bahawa aku akan menjadi satu ukiran yang cantik selepas segala usahanya ke atas kau. Aku membiarkan saja dia mengukirku walaupun ia amat sakit sekali.

Lantai marmar : Hmmm.

Patung marmar : Sahabatku, setiap sesuatu di dalam hidup ini memerlukan pengorbanan. Setelah kau berputus asa separuh jalan, kau tidak boleh menyalahkan sesiapa sekiranya sekarang orang memijak-mijak kau.

Anda mungkin juga menyukai