Anda di halaman 1dari 2

Cerpen SK LKTP Chini Timur 2

Tema: Aspirasi Keluarga Malaysia

“Kumar, petang nanti jadi ya” jerit Awang di pintu kelas seusai loceng sekolah
berbunyi. Pancaran bersinar dari Matahari menandakan cuaca panas. Keringat
menitik membasahi kemeja putih sekolahku. Berkerut dahiku mendengar jeritan
Awang sambil memikirkan jawapan yang sesuai. Lamunanku terhenti apabila
bahu kiriku ditepuk oleh Awang. “Kau kenapa Kumar, kau sudah berjanji
semalam ingin mengajarku bermain bola”

Aku buntu. Apakah jawapan yang harus aku berikan. Baru semalam
ayahku memberi amaran supaya tidak keluar bermain kerana keputusan
peperiksaan yang kurang memuaskan baru baru ini. Namun, Awang adalah
banduku semenjak kecil lagi. Otakku ligat berfikir sambil menyusun buku-buku
yang harus dibawa pulang. Awang seorang pelajar harapan sekolah, sudah tentu
tidak menjadi masalah kepadanya tentang masalah pembelajaran tetapi ayah tidak
tahu usahaku selama ini. Dia asyik membanding-bandingkan aku dengan Awang.

“Awang, kau balik sahaja dulu, petang nanti kita jumpa di tempat biasa”
ujarku kepada Awang. Awang melompat keriangan dan berlalu pergi ke arah
sepedanya. Aku harus cepat memikirkan alasan sebelum waktu petang. Aku
mengayuh sepedaku sekencang yang mungkin untuk melepaskan kemarahanku
kepada ayah. Aku sudah berusaha sebaik mungkin tetapi masih belum mampu
memuaskan hati ayahku. Sejenak aku teringat teriakan bahkan makian yang
keluar daripada mulut ayah apabila keputusan pertengahan tahun diumumkan.
Kalaulah ayah tahu, di sekolah aku bahkan tidak makan semasa rehat untuk
belajar dengan Ah Cheng, pelajar terbaik sekolahku. Apakah tidak cukup semua
pingat dan medal yang aku dapatkan setiap kali perlawanan bola sepak dan
aktiviti sukan.
Tiba-tiba, aku terpelanting ke hadapan, sepedaku terlanggar batu kecil.
Secara tidak sedar air mata membasahi pipiku. Bahuku disentuh dari belakang.
“kenapa ni dik?” kata seorang pakcik tua dengan lembut dan langsung memeluk
tubuhku dan mengangkatku ke bahu jalan. “Saya tak pandai pakcik, saya seorang
yang tidak berguna” ujarku dengan nada yang kesal dan sedih. “Anakku,
berusahalah untuk menjadi seorang yang berguna bukanlah hanya menjadi
seorang yang berhasil”.

Lamunanku terhenti, kata-kata pakcik terngiang-ngiang di telingaku.


Ternyata kata-kata pakcik ini yang menjentik aku dan menjadi aspirasi untuk aku
berjaya dan berguna kepada negara. Aku sekarang bergelar seorang jurulatih bola
sepak kebangsaan, Awang juga berjaya menjadi seorang doktor di bandar serta
Ah Cheng seorang guru di sekolah terkemuka.

Anda mungkin juga menyukai