Anda di halaman 1dari 7

MUDAHKAN YANG PAYAH.

Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidak boleh tidor malam. Pelbagai cara telah diusahakan tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi. Apa yang mengganggu fikiran kamu sehingga tidak dapat tidur? tanya doktor. Saya rasa ada dinasour bersembunyi di bawah katil saya. Apabila saya memejamkan mata, dinasour itu akan membaham saya.

Doktor itu mengadakan mesyuarat dengan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu. Setelah diadakan pemeriksaan oleh mereka, pakar psikologi telah berkata, Ini masalah psikologi yang kronik. Pelbagai kaedah telah saya gunakan tetapi dia tetap merasakan ada dinasour di bawah katilnya. Sarafnya semua okey. Tidak ada apa-apa yang tidak normal, kata pakar yang lain pula.Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga semuanya bingung mana satu rawatan yang logik untuk dilaksanakan.

Di rumah, doktor itu termenung. Mengapa ayah termenung? tanya anaknya yang masih kecil. Ada masalah seorang pesakit ayah. Apa masalahnya ayah. Mana tahu saya boleh membantu. Si ayah memceritakan perkara tersebut kepada anaknya walaupun dengan berat hati.

Oh, dia rasa ada dinasour menyrorok dibawah katilnya sehinggakan dia tidak boleh tidur? tanya anaknya. Ya begitulah. Kalau begitu ayah potong saja kaki katilnya, cadang si anak dengan mudah. Apa pula kaitan kaki katil dengan masalah tidurnya, tanya ayah dengan bingung. Kalau dipotong kaki katil, sudah tentu dinasour tu tiada tempat nak bersembunyi! Ya tak ya juga, bisik ayahnya di dalam hati.

Esoknya, kaki katil si pesakit dipotong. Nah sekarang dinasour itu tidak ada tempat bersembunyi di bawah katil. Kamu boleh tidur sekarang. Benarlah, si pesakit itu pun boleh tidur dengan nyenyaknya.

PENGAJARAN
Betapa banyak masalah besar yang dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai, bebas dan keluar daripada kotak pemikiran yang biasa.

Anda mungkin juga menyukai