Anda di halaman 1dari 6

Buku Panduan Penggunaan CD Interaktif

Isi Kandungan
I. Pengenalan
II. Definisi Seksualiti
III. Kepentingan Seksualiti
IV. Kesan-kesan Kekurangan Pendidikan Seksualiti
V. Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Pendidikan Seksualiti

I. Pengenalan
Masalah gejala sosial yang semakin berleluasa telah membimbangkan
masyarakat. Antara kes-kes gejala sosial ini, masalah kekurangan pendidikan
seks paling membimbingkan kita.
II. Definisi Seksualiti
Seksualiti merupakan satu ekspresi identiti gender.Ia juga suatu perasaan
peribadi di mana ia melibatkan kefahaman diri tentang tindak balas dan emosi
terhadap seks.Perasaan ini melibatkan nilai peribadi dan kepercayaan, yang
berinteraksi konsep umum tentang seks. Contohnya: cinta dan orientasi seksual.
Mengikut laporan klinik dari American Academy of Pediatrics (AAP),
perkembangan seksual diberi taksiran sebagai intimately linked to tha basic
human needs of being liked and accepted displaying and receiving affection,
feeling valued and attractive, and sharing thoughts and feelings (American
Academy of Pediatric, 2001, ms. 508)
The Sex Information and Education Council of the US seperti berikut :
Human sexuality encompasses the sexual knowledge, beliefs attitudes, values,
and behavior of individuals. It deals with tha anatomy, physiology and
biochemistry of the sexual response systems; with roles, indentity and
personality; with individual thoughts, feelings, behaviors and relationships. It
addresses ethical, spiritual and moral concerns and group and cultural variation.
III. Kepentingan Seksualiti
1. Melalui pendidikan seksualiti, pelajar dapat memahami perubahan
yang dialami semasa baligh dan memupuk rasa hormat untuk diri
sendiri dan orang lain. Mereka juga belajar membina hubungan
yang sihat dengan rakan sebaya, berteraskan kasih saying dan
sokongan daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama,
mereka boleh mengamalkan keselamatan dalam situasi yang
mungkin berbahaya dan mendapatkan bantuan apabila perlu,
bukannya menyembunyikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar
juga dapat membezakan antara cinta dan cintasentara serta cara-
cara menangani perasaan yang berkaitan dengan cintasentara.
Akhirnya, mereka juga pandai menilai kebolehpercayaan mesej-
mesej media dan mempelajari cara melindungi keselamatan diri
apabila membina hubungan melalui laman-laman rangkaian sosial
(Azizi Yahaya ,2005).
2. Pelajar-pelajar berpeluang memahami perkembangan manusia
yang bermula dari kandungan ibu seterusnya lahir ke dunia dan
membesar sehingga dewasa, anatomi reproduksi dan sosiologi.
Pelajar-pelajar juga akan belajar hubungan antara manusia,
keluarga, teman, kekasih atau pasangan dan perkahwinan. Mereka
akan lebih memahami kemampuan kendiri, seperti nilai, membuat
keputusan, komunikasi dan negosiasi. Mereka juga akan belajar
pengetahuan tentang kesihatan seks, kontrasepsi, pencegahan
IMS, HIV/AIDS, seksualiti dan agama (Azizi Yahaya ,2005).


3. Selain daripada itu, pelajar juga dapat memahami perubahan
psikologi, sosial dan emosi yang mereka akan alami sewaktu
mereka menjadi matang melalui pendidikan seksualiti. Pelajar juga
dapat belajar menjalin hubungan yang sihat dan bermanfaat
termasuk dengan golongan jantina yang berlainan dan membuat
keputusan yang bertanggungjawab berdasarkan pengetahuan yang
secukupnya tentang hal-hal seksualiti. Dengan ini, pihak sekolah
boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan melalui
aktiviti-aktiviti ini untuk mengajar pelajar-pelajar tentang seksualiti.
Contohnya, kempen, ceramah, sukaneka, pertandingan melukis
dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga akan belajar berkawan dan
berkomunikasi dengan golongan jantina yang berlainan melalui
cara yang betul dan sihat.
4. Dengan pengetahuan seksualiti ini remaja akan mendapat
maklumat yang jelas dan ikhlas tentang erti nilai, moral, janji temu,
kasih sayang, persahabatan dan hubungan mesra. Mereka juga
akan tahu tentang cara bagaimana untuk mencegah daripada
kehamilan, menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit dan
eksploitasi seks.
5. Tambahan pula, seksualiti ini penting kerana mampu menyediakan
maklumat kepada seseorang remaja. Apabila sampai pada
peringkat umur yang sesuai setiap individu berhak mendapat
pendidikan tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia,
penyuburan manusia, anatomi, fisiologi, pelancapan (masturbation),
kehidupan berkeluarga, kehamilan, kelahiran anak, keibubapaan,
respons seksual, orientasi seksual, pencegahan hamil
(penggunaan kontraseptif), keguguran penderaan seksual,
HIV/AIDS/STDS dan penyakit seksual berjangkit yang lain.

6. Selain itu juga, seksualiti ini penting kerana mampu membentuk
nilai dan sikap individu. Pendidikan seksualiti memberi peluang
kepada remaja untuk bertanya dan meninjau dan seterusnya
membuat penilaian tentang sikap, nilai dan insight berkaitan
dengan seksualiti manusia. Matlamat ini untuk membantu remaja
memahami tentang konsep kekeluargaaan , agama, nilai budaya,
pembentukan nilai diri, peningkatan imej diri, pemahaman tentang
perhubungan dengan orang lain sama ada lelaki atau perempuan
dan seterusnya memahami tentang tanggungjawab terhadap orang
lain.
7. Seterusnya pula mampu membentuk kemahiran antara individu.
Dengan pengetahuan sekualiti ini dapat membina kemahiran
komunikasi seseorang inidividu itu. Kemudian dapat boleh
seseorang lebih matang dengan mampu membuat keputuasan
sendiri dan mampu menolak desakan rakan sebaya yang tidak baik.
Selain itu, dapat menjalin hubungan dengan seseorang dengan
lebih baik. Kepentingan sekualiti ini juga mampu membina
tanggungjawab seseorang itu. Sebagai contoh, seseorang yang
berpengetahuan dalam seksualiti akan menolak seks di luar nikah.
Tambahan pula, mereka akan menolak tekanan dan pengaruh
rakan yang tidak baik. Justeru itu, mereka akan menggunakan
kontraseptif secara wajar dan cuba menjaga kebersihan diri.
Kemudian mereka juga mampu mengelak ganguan seksial dan
eksploitasi seksual.







IV. Kesan-kesan Kekurangan Pendidikan Seksualiti
Kekurangan pendidikan seksualiti boleh mengakibatkan masalah sosial seperti :
1. Pembuangan bayi,
2. Ponteng sekolah,
3. Melepak,
4. Penyalahgunaan dadah dan sebagainya berlaku.

V. Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Pendidikan Seksualiti
Pendidikan seksual mamainkan peranan yang sangat penting bagi remaja
kerana zaman remaja adalah peringkat peralihan dari alam kanak-kanak menuju
dan menginjak zaman dewasa. Pihak yang memainkan peranan yang penting
dalam mengukuhkan pendidikan seksualiti di kalangan remaja dan mengatasi
masalah kekurangan pendidikan seksualiti yang semakin serius.
1. Kerajaan
2. Ibu bapa
3. Pihak sekolah
4. Rakan sebaya
5. Masyarakat











Rujukan
1. Chatarina Wahyurini (1990) Memangnya Kita Perlu Pendidikan Seks
Dalam Yahya Mashum "Buku Tanya Jawab Seksualitas" PKBI Pusat
Sumber
2. Md Hashim Hj Yahya (1989). Tanggungjawap Ibu bapa Dan Anak
Menurut Islam.Cetakan Kelima.Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar
3. Siti Hajar Haji Ibrahim (2002). Bimbingan Pendidikan seksual Untuk
Remaja Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd
4. Azizi Yahaya (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang: PTS
Professional.
5. http://www.adnki.com. , (2014). Singapore : Islamic Sex Education
Textbook Launched.
6. http://www.christianebooks.com/christiansexeducation.html. , (2014).
Become A Chaperone ; Sex Education For Christians Kids in Public
Schools.

Anda mungkin juga menyukai