Anda di halaman 1dari 24

Topik

9
1. 2. 3. 4. 5.

Belajar Cara Belajar

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menghuraikan konsep belajar cara belajar; Menyatakan rasional belajar cara belajar; Menjelaskan matlamat belajar cara belajar; Menghuraikan pelbagai kemahiran dalam belajar cara belajar; dan Mengaplikasikan beberapa teknik belajar cara belajar.

X PENGENALAN
Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat pelajar yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 161

9.1

PENDAHULUAN

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persediaan lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi, ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usaha mereka. Pelajar-pelajar tidak perlu takut dengan peperiksaan sebab sama ada mereka bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu, lebih baik pelajar-pelajar menumpukan perhatian kepada persediaan untuk menempuh peperiksaan. Untuk cemerlang dalam peperiksaan mereka perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulang kaji semata-mata. Persediaan yang rapi akan memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

9.1.1

Rasional Belajar Cara Belajar dan Objektif

Hampir 80% daripada pelajar-pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Tanpa matlamat hidup, hidup mereka akan sia-sia. Tanpa matlamat, masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari. Belajar cara belajar ialah satu pendekatan yang: (a) (b) (c) (d) Menggalakkan pelajar berdikari. Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. Membolehkan pelajar membuat refleksi dan penilaian terhadap pembelajaran kendiri. Membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kendiri merentasi kurikulum di luar bilik darjah.

Belajar cara belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab iaitu: (a) (b) (c) (d) Pelajar perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luarwaktu persekolahan. Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup dalam kalangan pelajar.

162 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

(e) (f)

Masa di bilik darjah terhad. Pengetahuan dan maklumat yang diterima.

Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar, sama ada bersama guru atau tanpa guru. Proses ini cuba melatih pelajar untuk lebih berdikari dan cuba memahami sesuatu pelajaran dengan teknik yang sendiri. Belajar cara belajar menggariskan beberapa objektif iaitu: (a) (b) (c) (d) Pelajar yang berupaya belajar sendiri tanpa guru. Pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Pelajar membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, iaitu sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

9.1.2

Peranan Guru dan Pelajar dalam Belajar Cara Belajar

Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. (a) Peranan Guru (i) Peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian adalah untuk membantu pelajar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan merekod pencapaian pelajar. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah pembelajaran. Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. Menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan. Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.

(ii) (iii) (iv) (v)

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 163

(vi)

Mempelbagaikan teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

(vii) Melakukan perbincangan dengan pelajar. (b) Peranan Pelajar (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Pelajar perlu mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran. Membuat penilaian keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya. Menetapkan matlamat dan matlamat tersebut sesuai serta diharapkan dapat menjayakannya. Membuat perbincangan dengan guru tentang matlamat yang ditetapkan sama ada ia mampu dicapai atau tidak. Merancang pembelajaran secara terperinci. Melaksanakan perancangan.

(vii) Melaporkan kemajuan pencapaian. (viii) Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, penguasaan kosa kata. (ix) (x) Memberikan ganjaran atas kejayaan diri untuk memotivasikan diri. Membuat refleksi dan menilai pencapaian.

9.2

KEMAHIRAN BELAJAR

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Walau bagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada pelajar supaya

164 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Berdasarkan Rajah 9.1, kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Rajah 9.1: Antara kemahiran belajar

9.2.1

Kemahiran Mendengar dengan Cekap

Mendengar ialah suatu aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia.

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 165

Kemahiran mendengar melibatkan aktiviti-aktiviti seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.2 berikut.

Rajah 9.2: Aktiviti-aktiviti melalui kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar adalah penting kerana dengan kemahiran ini, pelajar dapat: (a) (b) (c) (d) Mendapat maklumat, fakta, data dan pengetahuan; Menghayati keindahan bahasa dan muzik; Mengetahui perkembangan semasa; dan Mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.

Kita telah pun tahu bahawa mendengar adalah salah satu proses untuk mendapatkan maklumat. Kemahiran mendengar ini adalah untuk mendapatkan input daripada sesiapa sahaja yang:

166 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

(a) (b) (c) (d)

Memberikan maklumat; Memberikan penjelasan; Membuat pertanyaan; dan Memberikan pendapat.

Untuk memastikan maklumat yang diperoleh itu tepat, pelajar perlu mendengar dengan baik. Untuk mendengar dengan berkesan pelajar perlulah mendengar dengan teliti dan penuh perhatian di dalam suasana yang tenang dan selesa. Pelajar juga perlu motivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari tersebut. Bagi meningkatkan kemahiran mendengar dengan lebih berkesan pelajar perlulah memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu. Pelajar perlu memandang ke arah guru untuk meneliti dan menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis.

9.2.2

Kemahiran Membaca

Membaca merupakan suatu proses yang kompleks di mana melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang sesuatu perkara. Biasanya terdapat empat jenis gaya bacaan, iaitu: (a)

Skimming (Luncuran)
Luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Proses skimming ialah pelajar perlu membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

(b)

Scanning (Imbasan)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berbanding luncuran. Tujuan imbasan adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Proses imbasan bermula dengan pelajar membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. Kemudian para pelajar perlu membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan serta memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 167

(c)

Bacaan Intensif Melalui cara atau kaedah bacaan intensif, ia merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuannya adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. Bacaan Laju Gaya bacaan laju memerlukan pelajar berkebolehan laju membaca kefahaman serentak ketika membaca. Tujuan gaya bacaan ini adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif. Proses ini menjimatkan masa dan pelajar memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Bacaan laju dilakukan dengan cara menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Keadaan tersebut boleh dibuat dengan: (i) (ii) (iii) (iv) Membaca cepat seluruh buku; Membaca cepat senarai bab; Membaca cepat semua bahagian; dan Membaca cepat semua perenggan.

(d)

Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tandatanda perbezaan seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Tulisan condong; Tulisan bergaris; Tulisan tebal; Fakta yang bersiri atau bernombor (1, 2, 3, ); dan Fakta yang bersiri abjad (a, b, c, ).

Manakala bagi penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata awalan ayat seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pertama, Kedua., Ketiga..; Sebaliknya; Contohnya.; Dengan itu .; dan Selanjutnya.

168 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

Penjelasan isi utama juga boleh didapati daripada bentuk grafik seperti: (i) (ii) (iii) Graf; Jadual; dan Gambar rajah.

Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca dapat dibuat dengan: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar; Membaca laju diikuti dengan catatan nota; Memaksa pembaca berfikir; Berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama; dan Bahan yang dibaca.

Dengan kata lain, mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca adalah penting. Kemahiran membaca perlu dikembangkan kepada pelajar sebab pelajarpelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R) iaitu: (i)

Skim
Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.

(ii)

Question
Menyoal untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.

(iii)

Read
Membaca untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 169

(iv)

Recite
Menyebut kembali kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan.

(v)

Review
Menyemak semula untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

9.2.3

Kemahiran Mencatat Nota

Kemahiran mencatat nota pasti berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temu duga, membaca buku atau bahan lain. Mencatat nota merupakan suatu aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Keperluan mencatat nota adalah untuk mencatatkan isi utama penting sebagai rujukan. Melalui isi penting tersebut, catatan nota pelajar tersebut boleh dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan. Bagi mendapatkan nota yang baik, ia memerlukan ciri-ciri berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Catatan terang dan mudah dibaca. Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh: yang = yg, dengan = dgn). Lakaran dan grafik yang menyokong teks. Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan. Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting. Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting. Kandungan rangka kasar sahaja. Terdiri daripada idea utama. Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas

Sekarang, mari kita bincangkan bagaimanakah caranya mencatat nota. (a) (b) Perhatian perlu diberikan kepada maklumat yang didengar, dibaca dan dilihat. Maklumat-maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat.

170 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

(c) (d) (e)

Hanya fakta baharu sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baharu. Baca dan susun semula catatan. Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan, bulatan dan sebagainya.

Kemahiran membuat nota perlu dikembangkan kerana pelajar sering diminta untuk menyalin nota yang diberi oleh guru. Namun demikian, kemahiran membuat nota biasanya tidak diajar di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melatih pelajar dalam kemahiran tersebut. Keadaan ini disebabkan oleh kepentingan kemahiran ini yang merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat. Kemahiran membuat nota memastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalin atau mencatat nota. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku atau sumber lain. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah: (a) (b) (c) Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.

Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan: (a) (b) Perkataan atau frasa yang penting; Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.= United Kingdom

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 171

(c) (d) (e)

Simbol: Misalnya: * = penting, = jadi.; Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi; dan Lukisan atau lakaran.

Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota: (a) (b) (c) (d) (e) Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas; Jadual; Carta aliran; Gambar rajah Venn; dan Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas dan sotong.

9.2.4
(a)

Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis Laporan Kemahiran menulis dalam subtopik ini merujuk kepada menulis laporan. Marilah kita lihat panduan umum untuk menyediakan laporan seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Memilih topik sekiranya topik tidak diberikan; Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber; Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik; Membuat nota; Menyediakan kerangka laporan; Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik;

(vii) Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik lain yang sesuai; (viii) Menyemak draf; (ix) (x) Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua; dan Menerbitkan laporan.

172 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

(b)

Kemahiran Menulis Cepat Kemahiran menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur-unsur: (i) (ii) (iii) Kelajuan menulis; Tulisan yang boleh dibaca; dan Kandungannya difahami.

Untuk mendapatkan kemahiran menulis cepat, pelajar memerlukam latihan untuk menulis cepat. Antara latihannya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pilih satu topik untuk dikarang; Peruntukkan masa untuk mengarang topik; Tulis karangan itu dalam masa yang ditentukan; Minta rakan membaca karangan dan memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan; dan Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis.

9.2.5

Kemahiran Mengingat

Kemahiran mengingat merupakan suatu proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Ingatan terbahagi kepada dua jenis: (a) Ingatan Jangka Pendek Maklumat tersimpan sebentar sahaja. Ingatan Jangka Panjang Maklumat yang kekal dalam ingatan.

(b)

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 173

Rajah 9.3: Proses mengingat

Untuk membantu pelajar mendapatkan kemahiran tersebut, berikut adalah caracara untuk mengingat: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan Melakar grafik dan ilustrasi peta, graf dan peta minda Mengingat secara kumpulan - terutama nombor contoh: nombor telefon: 547 88 345 Mengulang Melatih tubi Membuat senarai semak Mencipta akronim contoh: HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Mencipta akrostik contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) Membuat lakonan Mereka cerita Mencipta irama atau lagu Membuat catatan

Kemahiran mengingat perlu dikembangkan. Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang. Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat. Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah dengan mengulang kaji dengan lebih kerap. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan

174 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

bilangan ulang kaji yang berbeza. Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk: (a) (b) (c) (d) Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran. Membuat bayangan atau visual: (i) (ii) (e) (f) (g) Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar atau gambar rajah. Peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.

Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap. Menyebut berulang kali: perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan. Melakukan gerakan, kerja amali atau eksperimen.

(h) (i) (j)

9.2.6

Kemahiran Maklumat

Kemahiran memperoleh maklumat juga merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikembangkan serta dikuasai oleh pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri, para guru perlu melatih pelajar menjadi seorang pelajar yang berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri. Melalui kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 175

(a)

Menentu atau Memastikan Maklumat yang Dikehendaki Dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbangsaran atau bertanya. Mengumpulkan Maklumat Itu Dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau Internet. Menganalisa, Menilai dan Menyusun Maklumat Itu Boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan. Menyampaikan Maklumat Itu Secara Lisan atau Bertulis Boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

(b)

(c)

(d)

9.3

STRATEGI PEMBELAJARAN BELAJAR CARA BELAJAR

Para pendidik atau guru akan menggunakan pelbagai teknik untuk menyampaikan pelajarannya. Penggunaan pelbagai gaya dan teknik pengajaran adalah penting kerana tidak semua perkara dapat dibincangkan dengan menggunakan pendekatan yang sama. Pemilihan kaedah atau teknik sangat dipengaruhi tajuk pelajaran, matlamat pelajaran dan paras penerimaan receptive level pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, seorang guru PJK yang baik sentiasa peka, bersedia dan cekap menyesuaikan strategi penyampaiannya dengan keperluan kelasnya.

9.3.1

Strategi Metakognitif

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran tentang proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Pelajar boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: (a) Proses Metakognitif (i) Proses Merancang Proses ini memerlukan pelajar meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi

176 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. (ii) Proses Memantau Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara-perkara yang ditunjuk di dalam Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Contoh-contoh soalan yang perlu ditanya oleh pelajar dalam proses pembelajaran

(iii) Proses Menilai Melalui proses ini, pelajar membuat refleksi untuk mengetahui (rujuk Rajah 9.5).

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 177

Rajah 9.5: Proses menilai

(b)

Cara Mengajar Metakognitif Metakognitif tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran atau strategi secara berasingan. Melalui pengetahuan metakognitif ini, pelajar dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baharu. Oleh itu, metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah-kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. Kesan daripada Penerapan Metakognitif Strategi metakognitif adalah untuk membantu menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan. Penyelesaian secara individu dan berkumpulan secara rasional dan berkesan. Dengan penerapan ini, amalan menerapkan metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk. Merancang Guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta pelajar menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.

(c)

(d)

178 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

(e)

Menyoal pada Semua Peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Dengan menyoal, secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu perkara atau peristiwa. Terdapat tiga peringkat iaitu: (i) Memilih Secara Sedar Berbincang dengan pelajar tentang pemilihan dibuat oleh pelajar dari segi kesan baik dan nyatakan sebelum keputusan dibuat. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kriteria penilaian. Contohnya: Mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar mengenal apa yang disukai dan tidak disukai serta menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti. Kelemahan dan kebaikan aktiviti atau cadangan daripada mereka mengenai perbincangan yang dijalankan. (iii) Mengambil Kredit Meminta pelajar mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan pelajar. Pelajar juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti: x x Apakah tindakan ini membanggakan diri anda? Bagaimanakah tindakan itu sepatutnya diberi?

(ii)

Melalui cara ini, pelajar akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan.

9.3.2

Pengurusan Masa

Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: (a) (b) Sesi pembelajaran; dan Aktiviti-aktiviti lain dalam sehari.

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 179

Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. (a) Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? (i) (ii) Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik.

(iii) Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. (iv) Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. (v) Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu.

(b)

Penggunaan Masa untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: (i) (ii) Berehat; Membuat kerja rumah;

(iii) Bersukan; (iv) Membantu ibu bapa; dan (v) Melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan.

(c)

Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: (i) (ii) Pengurusan masa lebih teratur; Mengambil kira semua mata pelajaran;

(iii) Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar; (iv) Mengurangkan pembaziran waktu; (v) Lebih memberi fokus kepada pelajaran; dan (vi) Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

180 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

9.3.3

Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Ia adalah kecenderungan individu mempelajari sesuatu mengikut cara tersendiri. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Terdapat dua model mengenai gaya pembelajaran yang dibincangkan iaitu: (a) GAYA VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. (i) Gaya Pembelajaran Visual Penggunaan visual merupakan salah satu keutamaan di dalam gaya pembelajaran ini. Pelajar belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Penerangan yang lebih jelas dan tepat diperolehi melalui visual kerana ia boleh dilihat dan dibaca untuk lebih memahaminya. Pelajar visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. Gaya Pembelajaran Auditori Pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baharu. Pelajar dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar pelajar lain dan berbincang dengan guru. (iii) Gaya Pembelajaran Kinestetik Pelajar kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.

(ii)

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 181

(b)

Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn Berdasarkan Jadual 9.1, gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti berikut:
Jadual 9.1: Kandungan Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

Stimulus

Unsur Bunyi Cahaya

Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai. Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru. Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan guru. Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. Suka belajar sendiri. Suka belajar berpasangan. Suka belajar dengan rakan sebaya. Suka belajar dalam berpasukan. Suka belajar dengan guru di sebelahnya. Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas.

Alam sekitar

Suhu Pola

Motivasi Ketabahan Emosi Tanggungjawab Struktur

Sendiri Pasangan Sosiologi Rakan sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

182 X TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR

Persepsi Makan Fizikal Waktu Gerakan Global atau Analitik Otak kiri atau Otak kanan Psikologi

Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bilabila masa sahaja. Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Pelajar ini lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih cenderung memproses maklumat di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

Impulsif atau Reflektif

LATIHAN 9.1
1. 2. 3. 4. Terangkan maksud belajar cara belajar. Nyatakan empat gaya bacaan yang terdapat pada kaedah ini. Nyatakan proses ingatan. Apakah peranan guru dan pelajar dalam keadah belajar cara belajar?

TOPIK 9 BELAJAR CARA BELAJAR W 183

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (ix) Kemahiran dalam proses belajar; Kemahiran menguruskan masa; Kemahiran perpustakaan; Kemahiran memperoleh maklumat; Kemahiran membaca; Kemahiran membuat nota; Kemiharan memotivasi; Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

(viii) Kemahiran mengingat; dan

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru-guru dapat menyampaikan ilmu dan pelajar-pelajar dapat menerimanya melalui kemahiran-kemahiran yang sedia ada dalam diri mereka. Penggunaan pelbagai kemahiran belajar akan menjadikan pendidikan lebih menarik dan merangsang pelajar mengejar ilmu pengetahuan secara optimum. Ini akan menjadikan sekolah-sekolah kita sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar.

Belajar cara belajar Kemahiran mendengar

Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai