Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT


TINGGI

HASIL PEMBELAJARAN: Topik 1: Sukan Olahraga


Setelah mengikuti topik ini, anda akan
Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh
dapat:
Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar
x Memahami mengenai pelaksanaan
Peluru
acara merejam lembing dan lompat
tinggi Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat
x Mencirikan perbezaan dalam Tinggi
merejam lembing dan lompat tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan
x Menjelaskan teknik-teknik yang betul Lari Berganti-ganti
dalam merejam lembing dan lompat Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak
tinggi Jauh
x Mempraktikkan semua teknik yang Topik 7: Perancangan Pengurusan
telah dibincangkan dengan berkesan Kejohanan Olahraga
Topik 8: Perancangan Pengurusan
Kejohanan Olahraga (Teknikal)
Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan
Olahraga

PENGENALAN Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas


Kejohanan Olahraga
Acara lompat tinggi begitu popular dalam
mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia RINGKASAN TOPIK
adalah salah satu acara padang yang
memerlukan para peserta melompat melepasi Pengenalan
palang. Palang tersebut diletakkan di antara 4.1 Lompat Tinggi
dua tiang tegak. Mengikut catatan sejarah,
4.1.1 Fasa Lompatan
acara merejam lembing pula adalah acara
rejaman yang tertua dalam sejarah sukan 4.1.2 Gaya Lompatan
olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat 4.1.3 Fasa Penuh Gaya Gunting
pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada dan Fosbury Flop
tahun 1896. Acara ini dipertandingkan 4.1.4 Peraturan Asas dalam
mengikut kategori lelaki dan wanita. Matlamat Acara Lompat Tinggi
acara ini ialah merejam lembing sejauh yang
4.1.5 Peraturan 171
dapat dilakukan dengan mengikut peraturan
dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. 4.2 Merejam Lembing
Para pemenang akan ditentukan menerusi 4.2.1 Spesifikasi Ukuran
rejaman atau balingan yang paling jauh. Kawasan Merejam Lembing
Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah 4.2.2 Aspek Keselamatan
lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu
padang. 4.2.1 Teknik Memegang Lembing
4.2.2 Gaya Membawa Lembing
4.2.3 Fasa Pergerakan
Rumusan

OUM
55
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

4.1 LOMPAT TINGGI


Bagi acara ini objektif utama pelompat ialah untuk melompat setinggi mana yang boleh
dilakukan. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa gaya dalam lompatan itu tidak
penting namun berdasarkan perkembangan menunjukkan bahawa atlet yang
menggunakan gaya Fosbruy Flop mencapai lebih kejayaan berbanding dengan atlet yang
menggunakan gaya gunting. Rekod lompat tinggi kategori lelaki dan wanita dipegang oleh
atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop

4.1.1 Fasa Lompatan

Bagi acara lompat tinggi fasa lompatan adalah terdiri dari empat fasa utama yang
dipecahkan seperti berikut:
1. Fasa Penujuan di mana anda perlu membuat larian ke arah palang
2. Fasa Lonjakan yang akan menentukan pergerakan kaki untuk menaikkan badan
3. Fasa Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang
4. Fasa Pendaratan adalah fasa akhir di mana bahagian badan akan menyentuh tempat
mendarat

4.1.2 Gaya Lompatan

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi antaranya seperti:

1. Gaya Gunting

Rajah 4.1: Gaya gunting

Pelompat perlu berlari menuju ke palang secara bersudut dan mencuba untuk
melonjak menggunakan kaki yang sedang berada di luar dari kawasan palang.
Ketika sedang melepasi palang, anda perlu berada dalam posisi duduk belunjur.

OUM
56
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

2. Gaya Timur

Ketika penujuan dibuat ke arah palang anda perlu berada lurus dari hadapan (90°).
Ketika fasa lonjakan dibuat, hayunkan kaki bebas secara tegak ke bahagian
hadapan badan dan ketika sedang melepasi palang posisi anda berada dalam
keadaan mengiring

3. Gaya Guling Barat

Gaya ini memiliki persamaan dengan gaya gunting di mana anda perlu menuju ke
arah palang secara bersudut. Anda perlu cuba melonjak dengan menggunakan kaki
yang paling hampir dengan palang. Pastikan ketika ini kaki lonjakan anda berada
dalam keadaan bengkok semasa sedang "berguling" selari dengan palang untuk
membuat pelepasan.

4. Gaya Pelana
Terdapat persamaan dalam gaya ini di mana ianya mirip dengan gaya guling barat.
Penujuan ke palang juga perlu dibuat secara bersudut. Ketika telah melepasi palang
pastikan muka anda sedang memandang ke arah bawah dan kedudukan posisi
badan seperti sedang meniarap di atas palang.

OUM
57
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

5. Gaya Fosbury Flop

Gaya ini mula diperkenalkan dalam tahun 1968 oleh Dick Fosbury. Gaya yang
diperkenalkan ini memerlukan anda melepasi palang menggunakan bahagian
belakang bahu terlebih dahulu dan diikuti dengan fasa pendaratan yang
menggunakan belakang badan serta hampir dengan bahagian tengkuk.

Semak Kendiri 4.1


1. Apakah empat fasa utama dalam acara lompat tinggi.
2. Senaraikan empat gaya yang sering digunakan dalam acara lompat
tinggi dan bincangkan perbezaan yang terdapat dalam acara ini.

4.1.3 Fasa Penuh Gaya Gunting dan Fosbury Flop

1. Gaya Gunting
(a) Penujuan
x Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.
x Pelompat menggunakan 7-9 langkah.
x Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,
memulakan larian dengan kaki kanan.
x Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan,
memulakan larian dengan kaki kiri.

(b) Lonjakan
x Anda perlu melonjak dengan menggunakan kaki luar
x Ketika lonjakan dibuat, pastikan yang kaki yang digunakan untuk melonjak
berada di depan pinggul dan pinggul bahagian hadapan bahu untuk
mencondongkan badan semasa membuat lonjakan

(c) Layangan
x Kaki yang tidak digunakan untuk lonjakan atau bebas dihayun kuat ke atas,
selari dengan palang
x Bahu berhampiran palang di kekal tinggi dan tidak condong ke arah palang
x Kemudian diikuti oleh Kaki lonjakan yang kemudiannya dihayun ke atas

OUM
58
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

(d) Pendaratan
x Anda perlu mendarat di atas punggung atau menggunakan kedua-dua
belah kaki

2. Gaya Fosburty Flop


(a) Penujuan
x Dalam gaya ini ianya memerlukan anda bersedia untuk mengambil langkah
dalam kiraan tujuh hingga sembilan langkah di mana langkah larian yang
tiga terakhir dilakukan dalam bentuk lengkungan. Rasional larian secara
lengkungan ini dapat membantu menyediakan anda melepasi palang pada
bahagian belakang terlebih dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya
Fosbury Flop adalah seperti dalam gambar rajah di bawah:

(b) Lonjakan
x Lonjakan yang dibuat perlu pantas dan cepat di mana setelah anda
mengakhiri larian melengkung tindakan seterusnya ialah melonjak dengan
kuat dengan menggunakan kaki luar dan apabila menghampiri tanda
pemijak lonjakan perlu dilakukan hampir selari dengan palang.
x Selepas itu pastikan kedua-dua belah tangan anda dibengkokkan dan
dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga
dibengkokkan. Lutut anda perlu dilaraskan secara melintang bagi
membantu pusingan badan yang baik ketika berada di udara. Tujuan utama
lutut dilintangkan adalah bagi memastikan bahu menjadi selari dengan
palang.

(c) Layangan
x Ketika sedang berada di udara, anda perlu memalingkan muka ke arah
belakang dan memandang ke arah palang sambil melentikkan badannya.
Lentikkan badan ini pula akan membantu bahagian punggung anda untuk
melepasi palang. Setelah anda telah melepasi bahagian palang pastikan
kedua-dua belah kaki anda telah diluruskan serta diangkat secara menegak
ke atas. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memastikan kaki tidak
tersangkut pada palang dan telah bersedia untuk mendarat.

OUM
59
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

(d) Pendaratan
x Kaki yang diangkat lurus dan tegak kemudiannya akan diikuti dengan
tindakan pantas anda menarik kepala dan dada ke arah kaki. Dalam masa
yang sama pastikan juga kedua-dua belah tangan anda telah dihayunkan
ke atas dan kemudian mendarat sepenuhnya dengan bahagian belakang
badan.

4.1.4 Peraturan Asas dalam Acara Lompat Tinggi

x Peserta mesti melonjak dengan menggunakan sebelah kaki.


x Peserta boleh mula melompat dari mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya.
x Jika anda telah menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang ketika
lompatan ataupun telah menyentuh kawasan tempat mendarat semasa lompatan yang
tidak berjaya maka kesemua keadaan yang disebut ini akan menyebabkan lompatan
anda terbatal.
x Jika anda gagal untuk melompat dan melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut
maka ini bermakna anda telah terkeluar daripada pertandingan.
x Anda berhak meneruskan lompatannya(walaupun setelah semua peserta yang lain
gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
x Pengukuran ketinggian lompatan dibuat secara menegak bermula dari paras tanah
hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang.

4.1.5 Peraturan 171

x Peserta perlu mencabut undi untuk menentukan giliran lompatan.


x Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan
dan kenaikan seterusnya.
x Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang telah
ditetapkan, Ini bermakna bahawa pelompat boleh memilih untuk tidak melompat.
x Selepas gagal percubaan kedua atau ketiga (selepas gagal percubaan pertama atau
kedua) dan masih lagi layak melompat pada ketinggian yang berikutnya.
x Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:
 Sehingga seorang pelompat tertinggal
 Terdapat seri pada kedudukan pertama

OUM
60
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

x Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja.


x Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:
 Palang jatuh
 Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang
disentuh
 Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut
x Landasan larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.

Semak Kendiri 4.2


1. Jelaskan mengikut fasa pergerakan dalam gaya Fosburry Flop.
2. Apakah peraturan asas bagi acara lompat tinggi?
3. Apakah isi kandungan Peraturan 171?

4.2 MEREJAM LEMBING

Rajah 4.2: Acara merejam lembing

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang boleh dilakukan dengan mengikuti
peraturan dan dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan
menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini
ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara merejam lembing dan acara balingan yang lain
antaranya seperti:
x Terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan
x Kawasan acara juga berbeza bagi berbanding acara balingan lain ketiga tiga acara
sukan itu.
x Peserta menggunakan aksi membaling yang memiliki persamaan dengan teknik
membaling sebiji batu atau bola tenis.

OUM
61
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

4.2.1 Spesifikasi Ukuran Kawasan Merejam Lembing

Acara ini tidak dilakukan dari satu kawasan bulatan yang statik tetapi dilakukan dari
landasan lurus untuk berlari dan melancarkan lembing. Rejaman yang dilancarkan perlu
dibuat dari belakang lengkuk bulatan (stop board) dalam lingkungan 8 meter. Balingan
yang sah akan dikira berdasarkan pendaratan dalam sektor pendaratan yang telah
ditetapkan.

Rajah 4.3: Spesifikasi ukuran kawasan merejam lembing

4.2.2 Aspek Keselamatan

Acara ini memerlukan pemantauan dan pendekatan aspek keselamatan yang tinggi ketika
kejohanan dan latihan. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Berikut
adalah panduan atau senarai semak keselamatan yang boleh dijadikan panduan.

AKTIVITI SEMAKAN
Membawa lembing x Mata lembing Biarlah menghadap ke bawah.
x Jangan berlari.
Ketika Latihan x Pastikan tidak ada orang berada di kawasan lontaran
x Sentiasa memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
latihan
x Peserta masih menunggu giliran perlu berada di kawasan yang
telah ditetapkan sahaja

Semak Kendiri 4.3


1. Apakah aspek keselamatan yang perlu diambil berat ketika latihan
merejam lembing akan diadakan?
2. Apakah perbezaan yang terdapat dalam acara merejam lembing dan
acara lontaran yang lain?

4.2.3 Teknik Memegang Lembing

Perkara yang paling asas dalam acara merejam lembing ialah memahirkan diri dengan
pegangan terhadap lembing, ada tiga cara yang boleh dipraktikkan antaranya ialah:

OUM
62
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

1. Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari (dikenali sebagai gaya
Amerika)

2. Memegang lembing di antara ibu jari dengan jari tengah (dikenali sebagai gaya
Finnish)

3. Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah (dikenali sebagai “u-
grip)

4.2.4 Gaya Membawa Lembing

Dalam acara merejam lembing ada dua gaya membawa lembing yang biasa digunakan
oleh atlet:

Rajah 4.4: Gaya atas bahu

OUM
63
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

1. Gaya Atas Bahu


Gaya ini adalah antara gaya yang popular digunakan oleh atlet. Lembing dipegang
merentangi tapak tangan secara berpenjuru. Lembing yang digunakan perlu berada
pada aras hampir sama dengan telinga dan dihalakan selari dengan tanah.

Rajah 4.5: Gaya sisi

2. Gaya Sisi
Dalam gaya ini peserta perlu memegang lembing dengan meluruskan tangan kanan
ke belakang. Pastikan lembing sentiasa berada sama aras dengan rusuk dan aras
pinggang ketika sedang bersedia untuk membuat larian. Keadaan ini perlu
dikekalkan ketika sedang berlari dan hingga lembing dilancarkan.

Semak Kendiri 4.4


1. Apakah tiga jenis pegangan yang sering digunakan dalam acara
merejam lembing. Cuba praktik setiap satu pegangan untuk merasai
perbezaannya
2. Apakah perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua cara
membawa lembing?

4.2.5 Fasa Pergerakan Merejam Lembing

Rajah 4.6: Contoh fasa pergerakan merejam lembing

OUM
64
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

1. Fasa Penujuan

Rajah 4.7: Berlari bersama lembing yang berada separas kepala

x Lembing dipegang secara selari di atas paras bahu


x Bahagian atas atau hadapan lembing dinaikkan ke paras kepala
x Lembing dipegang dengan kedudukan lengan yang tetap (tidak menolak ke
belakang atau ke hadapan)
x Mula larian dengan larian yang ditambah secara beransur-ansur dan terkawal
dengan kaedah 6-12 langkah
x Berlari hingga ke tahap larian yang paling maksimum yang diselaraskan dengan
penggunaan kaedah ritma lima langkah

2. Fasa Peralihan
(i) Fasa Pengunduran

x Memulakan larian dengan kaki kiri jika langkah genap adalah 12 langkah
digunakan
x Bahagian bahu kiri menghadap arah rejaman dan lengan tangan kiri
dihayunkan ke hadapan untuk sokongan
x Tangan yang digunakan untuk merejam ditolak ke belakang ketika berada
di langkah pertama dan kedua
x Tangan yang digunakan merejam tadi diangkat pada paras bahu ataupun
sedikit tinggi selepas rejaman
x Bahagian hadapan lembing diletakkan hampir dengan bahagian kepala

OUM
65
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

(ii) Fasa Langkah Bersilang

x Fasa ini dimulakan dengan bermula ketika kaki kanan di atas tanda dan
diikuti seterusnya dengan tiga langkah lagi untuk melengkapkan fasa ini
x Lutut kiri dihayun ke hadapan (bukan ke atas)
x Badan dicondongkan ke belakang sambil bahagian kaki dan pinggang
mendahului (overtake) lembing
x Bahu kiri dan kepala menghadap arah rejaman

3. Fasa Langkah Balingan (Delivery Phase)


Fasa ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu peralihan, power position dan
pergerakan lengan terakhir.

(i) Bahagian 1: Peralihan

x Kaki kanan dijatuhkan rata dalam sudut rejaman yang akan dibuat
x Kaki mula mendahului pinggang
x Aras bahu, lembing dan bahagian pinggang diselarikan
x Lutut kiri dan pinggang ditolakkan ke hadapan dengan aktif
x Tangan melontar berada dalam bersedia

OUM
66
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

(ii) Bahagian 2: Power Position

x Perletakkan kaki kiri dalam keadaan yang sedia dan aktif


x Bahagian kiri badan distabilkan
x Bahagian pinggan dinaikkan dan berlakunya pusingan di bahagian kaki kiri
x Otot di bahagian hadapan mula merasa tekanan dalam posisi “Arch”
x Bahu yang digunakan untuk merejam ditolak ke hadapan
x Siku tangan yang merejam dibawa ke bahagian dalam badan

(iii) Bahagian 3: Pergerakan Lengan Terakhir

x Siku kanan ditolak ke hadapan dan selari dengan tepi kepala

OUM
67
MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI TOPIK 4

x Pinggang digerakkan ke hadapan


x Siku tangan yang merejam diluruskan dengan tindakan ledakan (explosive)
x Bahagian kiri badan disangga oleh kaki kanan dan siku kiri yang
dibengkokkan hampir dengan pinggang
x Kaki kiri perlu berada tetap dengan permukaan sehingga lembing
dilepaskan
x Kaki kanan dibawa keluar dan diheret di belakang (1)
x Bahagian pinggang ditolak sedikit ke kiri dan diikuti bahagian bahu kanan
berada melepasi kaki kiri (2 dan 3)
x Lengan tangan yang merejam perlu berada rapat dalam posisi menegak
sehingga rejaman

4. Fasa Pemulihan

x Selepas merejam kedua-dua belah kaki dibawa ke hadapan untuk menyerap


kelajuan larian
x Berat badan dipindahkan melalui kaki kanan
x Bahagian atas badan direndahkan
x Kaki kiri dihayun ke belakang

Semak Kendiri 4.5


1. Jelaskan dengan terperinci mengenai fasa pergerakan yang terlibat
dalam acara merejam lembing
2. Melalui latihan amali cuba praktik kesemua pergerakan ini.

OUM
68
TOPIK 4 MEREJAM LEMBING DAN LOMPAT TINGGI

RUMUSAN
x Bagi lompat tinggi objektif utama pelompat ialah untuk melompat setinggi mana yang
boleh dilakukan.

x Terdapat tiga fasa utama dalam lompat tinggi iaitu Fasa Penujuan di mana anda perlu
membuat larian ke arah palang, Fasa Lonjakan yang akan menentukan pergerakan
kaki untuk menaikkan badan, Fasa Layangan gaya dan kedudukan badan ketika
berada di udara dan di atas palang dan Fasa Pendaratan adalah fasa akhir di mana
bahagian badan akan menyentuh tempat mendarat.

x Tiga jenis gaya yang popular dalam acara lompat tingi antaranya seperti gaya gunting,
gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

x Matlamat merejam lembing ialah merejam sejauh yang boleh dilakukan dengan
mengikuti peraturan dan dalam kawasan yang telah ditetapkan.

x Para pemenang akan ditentukan bagi acara merejam lembing menerusi rejaman atau
balingan yang paling jauh.

x Bagi cara merejam lembing aspek-aspek keselamatan perlu sentiasa dititik beratkan.

x Ada tiga jenis pegang yang biasa digunakan dalam merejam lembing antaranya ialah
memegang antara jari telunjuk dan ibu jari, di antara ibu jari dan jari tengah dan akhir
sekali memegang di antara jari telunjuk dengan jari tengah.

x Terdapat dua cara untuk membawa lembing iaitu gaya atas bahu dan gaya sisi.

x Terdapat empat fasa utama dalam merejam lembing iaitu fasa penujuan, peralihan,
langkah balingan dan fasa pemulihan

RUJUKAN
Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Longman.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga: Kursus Diploma Perguruan
Malaysia. Selangor: Pearson Education.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Selangor: Junjuara Publication.

Ahmad Wafi. (1996). Olahraga: Balapan. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

OUM
69

Anda mungkin juga menyukai