Anda di halaman 1dari 2

LOMPAT TINGGI GAYA LOMPAT TINGGI Pada amnya terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting,

gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury flop. Lompat tinggi dilakukan melalui 4 fasa iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pecutan. Gaya Fosbury Flop Gaya Fosbury Flop merupakan gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. A) Penujuan 1) Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. 2) Guna larian 5 9 langkah dengan 3 langkah berakhir secara melengkung 3) Butiran lain seperti gaya gunting Lonjakan 1) Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang 2) Kaki di hadapan badan 3) Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang 4) Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan 5) Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas 6) Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan Layangan 1) Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan 2) Kedua dua belah tangan di sisi badan 3) Kedua dua lutut dibengkokkan 4) Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas. Pendaratan 1) Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya

B)

C)

D)

Rajah 1.2 : Gaya Fosbury Flop

Rajah 1.3 : Fasa Lompatan Gaya Fosbury Flop

Anda mungkin juga menyukai