Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

BIL
1.0 2.0 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Penghargaan Pengenalan Butir-butiranlompat tinggi Sejarah lompat tinggi Jenis-jenis gaya lompatan Butiran kajian gaya Fosbury Flop Ansur maju gaya Fosbury Flop Peraturan dan undang-undang Hubungkait dengan huraian kurikulum Pendidikan Jasmani Refleksi Penutup Rujukan Lampiran 3 4 7 12 17 18

TAJUK

MUKA SURAT
1 2

4.0 5.0 6.0 7.0

19 20 21 22

1.0 PENGHARGAAN
Mula-mulanya saya Kung Zhi Ying dari kumpulan 2PPISMP PC/PJ/MU ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang dihormati, rakan-rakan yang disayangi dan juga ahli keluarga yang dirindui yang telah memberikan saya begitu banyak sokong dan dorangan kepada saya sepanjang menyelesaikan kerja kursus ini. Kepada pensyarah Pendidikan Jasmani saya, Puan Shanthi Devi a/p Sani Babu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang ikhlas ke atas segala-gala tunjuk ajar yang telah diberi oleh Puan Shanthi semasa saya menghadapi apaapa pun masalah. Tunjuk ajar tersebut telah sebagai pembimbing saya dalam usaha untuk menghasilkan kerja kursus saya. Puan Shanthi bukan sahaja memberi tunjukan, malah beliau juga memberi banyak idea dan cadangan yang berguna supaya memudahkan saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah membantu saya semasa saya menghadapi kesusahan dalam kerja kursus. Rakan-rakan telah memberikan saya banyak cadangan yang berharga yang memang dapat membantu saya dalam menghabiskan kerja kursus. Apabila saya menghadapi apa-apa masalah atau sesuatu yang tidak pasti atau keliru, rakan-rakan saya tidak bersifat mementingkan diri sendiri, mereka tetap akan menjelas sekali kepada saya. Lagipun, saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya. Walaupun mereka berada di tempat yang jauh tetapi mereka selalu memberi sokongan dan dorangan yang begitu kuat dengan melalui telefon untuk menguatkan keyakinkan saya supaya saya dapat meneruskan dengan baik. Terima kasihlah ahli keluarga.

Sekian terima kasih. 1

2.0 PENGENALAN
Di mana-mana perjumpaan sukan utama di dunia ini, olahraga merupakan acara yang wajib. Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga contohnya Sukan Pythian diasakan pada 527 SM yang diadakan di Delphi. Malah sukan ini akan diadakan setiap 4 tahun. Selain itu, Sukan Nemean yang diasaskan pada 516 SM dianjurkan di Argolid di mana sukan ini akan diadakan setiap 2 tahun.Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Olahraga membariskan pelbagai acara yang dikategorikan sebagai acara padang dan acara balapan. Acara balapan merangkumi semua acara larian manalaka acara padang ialah merujuk kepada semua acara lompatan dan acara balingan. Atlet Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara balapan dan acara padang pada tahun 1928. Acara lompat tinggi merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Terdapat lima jenis gaya lompatan yang pernah digunakan oleh atlet-atlet, antaranya ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Gaya pelana dan gaya Fosbury Flop telah banyak digunakan oleh atlet. Penguasaan teknik lompatan adalah faktor utama untuk menghasilkan lompatan yang baik.

3.0 BUTIR-BUTIRAN LOMPAT TINGGI


3.1 Sejarah Lompat Tinggi
Lompat tinggi merupakan salah satu daripada acara lompatan yang sering dipertandingkan dalam sukan olahraga. Acara lompat tinggi ini disertai oleh atlet lelaki dan juga atlet wanita. Acara lompat tinggi dipertandingkan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada amnya, terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan ialah gaya gunting. Selepas itu, memperkenalkan gaya pelana. Pada tahun 1968, seorang pelompat tinggi Amerika Syarikat yang bernama Dick Fosbury memperkenalkan satu gaya baru lompat tinggi iaitu gaya Fosbury Flop. Beliau menggunakan gaya ini dan membolehkan dia memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Mexico. Gaya yang diperkenalkan ini adalah melepaskan palang dengan bahagian belakang atau bahu dahulu. Selepas itu, pendaratan dibuat di belakang badan yang hampir dengan bahagian tengkuk. Perkembangan gaya ini semasa menunjukkan bahawa atlet yang telah menggunakan gaya Fosbury Flop ini telah mencapai kejayaan berbanding dengan atlet yang menggunakan gaya gunting. Malahan rekod lompat tinggikategori lelaki dan wanita dipegang oleh atlet yang menggunakan gaya Fosbury Flop. Sejak itu, gaya ini semakin popular dan sering digunakan oleh atlet di seluruh dunia termasuklah atlet di Malaysia.

3.3 Butiran Kajian Gaya Lompatan Fosbury Flop


3.2.1 Alatan Untuk Pengajaran a) Tilam mendarat Tilam mendarat haruslah mencukupi iaitu setebal 1 1.5m seharusnya digunakan supaya keselamatan pelajar-pelajar terjamin. Selain daripada tilam mendarat, tilam gimnastik juga boleh digunakan. b) Tali Tali sangat berguna untuk membuat latihan lompat tinggi. Pada permulaannya, penggunaan tali tidak akan mencederakan atau menyakitkan para pelajar yang terlanggar. Biasanya pelajar akan lebih suka melompat merentasi tali kerana tidak berasa begitu takut dan sekiranya terlanggar pun tidak berasa sakit. Lagipun, ketinggian tali lebih mudah diubah untuk disesuaikan dengan pelajar semasa menjalankan latihan. c) Batang rotan dan skitel Kedua-dua alatan ini boleh digunakan dalam usaha memperkenalkan kemahiran asas melompat tinggi kepada murid-murid yang baru sahaja untuk belajar. d) Tiang dan palang lompat tinggi kedua-dua alatan ini digunakan hanya setelah murid-murid sudah dapat menguasai asas gaya melompat.

4.0 REFLEKSI

Setelah saya menyelesaikan kerja kursus ini, didapati saya telah banyak memahami apakah itu lompat tinggi. Terdapat lima gaya dalam acara lompat tinggi : gaya gunting, gaya timur, gaya barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Kelima-lima gaya lompatan ini mempunyai caranya yang tersendiri. Jadi dengan melalui kerja kursus ini, kesemua cara gaya-gaya di atas telah saya pelajari dan mengetahui denagan baik terutamanya gaya lompatan Fosbury Flop. Apabila melakukan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak masalah atau soalan yang tidak difahami. Jadi saya telah berbincang dengan rakan-rakan sekalian supaya mendapatkan jawapan yang tepat bagi menyelesaikan soalan-soalan yang tidak faham itu. Saya juga dapat merasakan kepentingan kerjasama antara rakan-rakan. Rakan-rakan itu mementingkan diri malah juga sudi dan rela untuk mengajar saya. Kita mengamalkan sikap tolongmenolang antara satu sama supaya boleh mendapatkan maklumat dengan banyak. Di samping itu, saya juga amat menghargai segala jasa-jasa yang dilakukan oleh semua orang pensyarah Pendidikan Jasmani. Salah seorang pensyarah yang telah banyak memberikan saya penerangan yang jelas ialah Puan Shanti. Beliau menerangkan satu demi satu supaya saya jelas tentang kemahuan kerja kursus ini. Puan Shanti bukan sahaja menerangkan tajuk, beliau juga memberikan beberapa contoh yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus itu sebagai rujukan atau garis panduan kepada saya.

19

3.5 Peraturan Dan Undang-undang

Setiap orang pelompat mestilah melonjak dengan sebelah kaki sahaja. Pelompat yang gagal melompat melintasi palang sebanyak 3 kali berturut-turut akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Seseorang pelompat boleh meneruskan lompatannya sehingga dia tidak dapat meneruskan lagi pelompatannya dengan menyikut segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Pelompat boleh mulakan lompatannya di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal sekiranya : Pelompat itu menyentuh palang dan tidak melompat. Pelompat itu menjatuhkan palang semasa membuat lompatannya. Pelompat itu menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melakukan lompatannya. Ketinggian lompatan akan diukur secara menegak dari paras tanah sehingga ke bahagian tengah atas palang.

17

3.4 Ansur Maju Gaya Lompatan Fosbury Flop


Latihan I Tujuan : Untuk melatih murid-murid supaya dapat berlari lurus lari melengkung.

P/S : Sebelum memulakan latihan ini, murid-murid mestilah menentukan kaki mankah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan. Jika melonjak dengan kaki kiri, seseorang murid tersebut harus berlari melengkung ke kiri.

Jika melonjak dengan kaki kanan, seseorang murid tersebut harus berlari melengkung ke kanan.

a) Latihan ini dibuat dengan berulang-ulangan. b) Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkung beberapa langkah ke kiri ( jika seseorang murid itu menggunakan kaki kiri untuk melonjak ). 12

Latihan II Tujuan : Untuk melatih murid-murid cara penujuan, cara lonjakan dan cara memusingkan badan di udara.

a) Apabila murid melangkah tandaan di nahagian melengkung, murid mestilah melonjak dengan serta-merta ke atas. b) Pada masa itu,

Tangan dihayun ke atas. Siku dibengkokkan

Badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. c) Murid akan mendarat di atas kaki yang melonjak sambil menghadap ke tempat permulaannya. 13

Latihan III Tujuan : untuk membolehkan murid-murid melentikkan badan mereka.

a) Apabila seseorang murid melonjak ke atas, pada masa yang sama dia perlu melentikkan badannya. b) Sebelah tangan akan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

14

Latihan IV Tujuan : untuk membolehkan murid-murid melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

a) Seseorang nurid akan berdiri di belakang tali atau palang yang direntankan. b) Pada masa itu, kaki murid perlu dilonjakkan ke belakang.

c) Apabila kaki melonjak ke belakang, badan akan dilentikkan dan melepasi tali. d) Murid hendaklah mendarat di bahagian bahu atau belakang badan.

15 Latihan V Tujuan : untuk melatih murid berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuao untuk melonjak.

a) Murid-muird perlu berlari 5 hingga 7 langkah dahulu. b) Selepas itu, murid terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.

16

3.2 Jenis-jenis Gaya Lompatan


Terdapat lima jenis gaya yang biasanya digunakan oleh atlet-atlet. Antaranya ialah gaya gunting, gaya barat, gaya timur, gaya pelana dan gaya Fosbry Flop. Gaya Fosbury Flop banyak digunakan pada masa kini.

Gaya gunting

Gaya barat

Gaya timur

Gaya pelana

Gaya Fosbury Flop

6 Tahun : 6 Merah

3.6 Hubungkait Dengan Tajuk : Acara Lompat Tinggi Huraian Kurikulum Pendidikan Jasmani Tunjang :
1. Tajuk ( 2 ) - Tunjang kemahiran 2. Tajuk ( 3 ) - Tunjang kesukanan Objektif : Psikomotor : Pada akhir p&p murid-murid dapat melakukan lompat tinggi setinggi 10 meter dengan teknik-teknik gaya Fosbury Flop yang betul dengan 3 daripada 4 kali percubaan. Kognitif : Murid-murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 2 kemahiran asas dalam acara lompat tinggi. Aflektif : Murid-murid dapat berinteraksi dan berkumunikasi dengan rakan-rakan dalam suasana yang menggembirakan.

18 3.2.2 Fasa Lompat Tinggi Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada empat fasa pergerakan. a) Fasa Penujuan # Fasa ini ialah fasa di mana pelompat harus melari menghala ke palang. # Pelompat boleh mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian dan di mana tiga langkah terakhir adalah larian dalam bentuk melengkung. # Larian melengkung ini adalah untuk menyediankan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangn seseorang pelompat itu dahulu. # Cara untuk menentukan penujuan adalah seperti berikut :

8 b) Fasa lonjakan # Fasa ini ialah fasa terhadap tindakan kakiuntuk menaikkan badan. # Lonjakan adalah suatu tindakan yang meledak. # Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung itu, kaki luar pelompat harud melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hampir selari dengan palang. # Kedua-dua tangan mesti dibengkokkan dan dihayunkan ke atas. # Kaki pula bebas diangkat tinggi. # Lutut perlu dibengkokkan. # Lutut digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

9 c) Fasa Layangan # Fasa ini ialah gaya dan kedudukan badan ketika seseorang pelompat itu berada di udara dan di atas palang. # Semasa pelompat barada di udara, dia perlu menoleh ke belakang dan melentikkan badannya. # Tangan diletakkan di bahagian sisi badan. # Kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. # Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. # Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kaki diluruskan dan diangkat tegak ke atas. # Hal ini supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan sebagai persediaan untuk pendaratan.

10 d) Pendaratan # Gaya ini merupakan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. # Serentak dengan mengangkat kaki pelompat ke atas, dia menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. # Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. # Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

11

5.0 PENUTUP

Biasanya, apabila murid-murid disuruh untuk melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada mereka akan melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dati sisi atau rusuk. Sebenarnya dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan. Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi adalah bertujuan membantu murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan tentang prinsip-prinsip asas melompat. Malah prinsip asas melompat ini boleh dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur maju. Gaya yang popular digunakan oleh atlet-atlet pada hari ini ialah Gaya Fosbury Flop. Pelepasan palang yang menggunakan gaya ini ialah dengan

bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Secara umumnya, lompat tinggi dilakukan dengan melalui empat fasa iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan.

20

RUJUKAN
Dari internet :
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_tinggi 2. http://www.sportunterricht.de/animation/laani.html 3. http://www.youtube.com/watch?v=itQrpeIx7HI 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga 5. http://www.CartoonStock.com 6. http://www.acclaimimages.com/search_terms/high_jump.html

Dari bahan bacaan :


1. Mahamad Amran Kamsi ( 2004 ). Siri Sukan Malaysia Olahraga. Pencetakkan Menang Sdn.Bhd. 2. Lee Ai Ting, Ahmad Jamhar bin Osman (1997). Mahir Olahraga. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

3. Wee Eng Hoe ( 2005 ). Panduan Pengajaran Olahraga. Karisma Publicatiions Sdn. Bhd. 4. Vasudevan T. Arasoo.( 1993 ). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 5. Borhannudin bin Abdullah, Abdul Razak bin Sulaiman, Hamizan bin Hamid (2006). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Buku Teks Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 21

LAMPIRAN

22

Anda mungkin juga menyukai