Anda di halaman 1dari 39

Bil.

Isi kandungan.

Muka
surat.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Penghargaan.
Pengenalan lompat jauh.
Sejarah lompat jauh.
Kriteria pembelajaran dan pengajaran.
Latihan lompat jauh.
Kelengkapan lompat jauh.
Undang-undang peraturan asas
Teknik dan aspek lompatan.
Gaya dan fasa lompatan.
Ansur maju lompat jauh.
Refleksi
Bibliografi

SENARAI KANDUNGAN

PENGENALAN LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli


sukan atau atlet cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.
Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya
mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh
yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi
pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada
pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana
bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan
dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya
diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta
akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya
lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan
lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai
juara.Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan
yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan
memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri
dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens
mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph
Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba.
Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil
halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat
untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara
untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang
lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan
sejauh 7 m 5 cm.
Manakala di Malaysia, ramai yang meminati acara lompat jauh ini
berbanding acara-acara olahraga yang lain. Hal ini demikian kerana, acara
lompat jauh boleh dilakukan oleh semua orang kerana ia mudah dilakukan
walaupun lompatan yang dilakukan tidak terlalu jauh. Namun yang demikian,
acara ini tetap mempunyai peraturan-peraturan dan ansur maju yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, bagi atlet, acara ini memerlukan latihan yang teliti.
Hal ini kerana, atlet hendaklah menggunakan hukum-hukum sains seperti
kedudukan pusat graviti, kelajuan, momentum, daya, kedudukan kaki dan
sebagainya. Hal ini perlu dititikberatkan kerana ia mempengaruhi lompatan dan
jarak lompatan yang sempurna dan memuaskan.
Selain itu, khidmat jurulatih profesional adalah amat diperlukan oleh atlet ketika
menjalani latihan. Jurulatih profesional akan menjalankan latihan yang sistematik
kepada atlet untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan.
Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari dengan kelajuan maksimum
dan meletekkan kaki pada papan lonjakan tanpa menggangu kelajuan atau

pecutan larian awal. Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh atlet
lompat jauh, antara masalah utama bagi pelompat jauh ialah mengekalkan
langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melakukan lonjakan. Di
samping itu, pelompat jauh perlu meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan
otot dan kuasa eksplosif.

SEJARAH LOMPAT JAUH.

Menurut kajian, sejarah lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708
Sebelum Masihi iaitu dalam sukan olimpik kuno di Greece. Selain itu, menurut
Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis,
peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat
berlainan daripada lompatan yang dibuat kini. Lompatan dibuat secara barkalikali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple
berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada
zaman itu.
Namun demikian, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara
olahraga Apabila sukan olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896. Sejak itu ia
terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakkan kejohanan
yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Lebih menggembirakan lagi, rekod
lompat jauh telah diperbaharui dari semasa ke semasa. Contohnya, Kejayaan
peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.90 meter
dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi
peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter.
Ini menunjukkan bahawa sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki
oleh peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan
teknik dan keazaman yang tinggi dari atlet itu sendiri.

Kriteria Pembelajaran dan Pengajaran.

Acara

Lompat Jauh.

Tahun

Tahun Empat.

Tahun Lima.

Tunjang Pembelajaran
1. Berlandaskan perlakuan motor : Kuasa eksplosif.
2. Kemahiran : Olahraga.
3. Kesukanan : Keselamatan dalam bersukan.

Konsep
1. lompat jauh tergolong dalam satu acara padang sukan olahraga.
2. Matlamat utama bagi setiap peserta adalah untuk mendapatkan jarak
sejauh mungkin menerusi lompatan dan mempraktikkan fasa- fasa
lompatan dengan teknik yang betul, sempurna dan selamat.

Nilai Murni

Nilai
Mematuhi arahan
Dedikasi
Berusaha

Situasi Pengajaran dan Pembelajaran


Patuh kepada undang-undang dan peraturan lompat jauh.
Melakukan setiap aktiviti dengan bersungguh-sungguh.
Mempraktikkan fasa-fasa lompatan dengan teknik yang

Kerjasama
Keyakinan

betul, sempurna dan selamat.


Bekerjasama mempelajari teknik lompatan.
Kebolehan melakukan lompatan dengan sempurna.

Objektif khusus lompat jauh.

Aras Satu
1. Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan acara lompat
jauh.
2. Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam acara lompat
jauh.
3. Menyatakan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat.
4. Memastikan berkeyakinan, seronok dan selamat semasa melakukan
aktivivti bersama rakan disamping mengikut arahan dan teknik lopatan
yang betul.
Aras dua
1. Menyatakan fasa-fasa acara lompat jauh.

Aras tiga
1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kesalahan biasa yang dilakukan
oleh rakan semasa latihan.

2. Mengenalpasti otot utama yang digunakan dalam acara lompat jauh.


3. Melakukan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat secara individu.
4. Menyenaraikan undang-undang dan peraturan asas dalam acara lompat
jauh.
5. Membincangkan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira dalam
acara lompat jauh.
6. Jelaskan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh rakan semasa
melakukan lompatan.

Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Skital
2. Kayu pendek
3. Gelung rotan
4. Paparan cecair kristal (LCD)
5. Komputer
6. Pita ukur
7. Carta

Kesediaan Murid

Murid mungkin melakukan pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan


lompatan semasa tahap satu.

Murid memerlukan sokongan dan keyakinan untuk melakukan lompatan.

Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

A. Lompat jauh
Hasil pembelajaran
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

Menyatakan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan acara lompat


jauh

Strategi Utama Pembelajaran

Belajar cara belajar

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran


1. Murid diperkenalkan oleh guru dengan kawasan lompat jauh :
(a) landas larian

(b) papan lonjak


(c) kawasan pendaratan
2. Murid dibawa ke kawasan lompat jauh.
3. Guru menerangkan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian
Semasa melakukan lompatan.
4. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
5. Setiap murid diberi peluang melakukan lompatan bebas dari landas larian
ke kawasan pendaratan sambil diawasi oleh guru.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.
7. Guru berbincang dengan murid tentang perasaan dan keyakinan mereka
semasa melakukan lompatan.
Arahan Keselamatan
Guru perlu memastikan murid melakukan lompatan mudah kerana mereka
belum lagi mempelajari fasa-fasa lompatan.
Pengukuhan
Murid melukiskan kawasan lompat jauh berpandukan buku atau carta dan
dimasukkan ke dalam folio.

B. Ansur Maju dalam Lompat Jauh


Hasil Pembelajaran
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

10

Melakukan teknik lompat jauh dengan betul dan selamat.

Strategi Utama Pembelajaran


Pembelajaran secara kontekstual.

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

1. Guru menunjukkan beberapa keping gambar ansur maju dalam lompat


jauh.
2. Guru menerangkan kepentingan ansur maju dalam lompat jauh.
3. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
4. Guru menerangkan fasa lari landas dan murid diminta melakukan aktiviti :
(a) lari perlahan.
5. Guru menerangkan tentang fasa lonjakan dan murid diminta melakukan
aktiviti:
(a) berlari sambil mengangkat lutut tinggi.
(b) berlari dan melonjak melepasi halangan.
(c) berlari sambil menanduk objek yang tergantung.
6. Guru menerangkan tentang fasa layangan dan pendaratan dan murid
diminta melakukan aktiviti :
(a) lompat dengan kedua belah kaki antara gelung rotan.
(b) lompat dari atas tombol ke atas tilam.

11

7. Guru

memberi

penerangan

tentang

aspek

keselamatan

semasa

melakukan setipa aktiviti.


8. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid melakukan aktiviti
menyejukkan badan.
Pengukuhan

Murid mencari gambar-gambar yang berkaitan lompat jauh dan ditampal


dalam folio masing-masing.

C. Fasa-fasa Lompat Jauh


Hasil Pembelajaran
Pada akhir aktiviti ini, murid dapat :

Menyatakan dan mempraktikkan fasa-fasa lompatan dalam acara lompat


jauh.

Strategi Utama Pembelajaran

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran


1. Murid melakukan sesi memanaskan badan dan regangan.
2. Murid menerangkan tentang fasa-fasa lompat jauh mengikut urutan dan
Membuat inferens dan beberapa orang murid melakukan tunjuk cara.
3. Murid membuat gambaran mental dan melakukan lompatan berdasarkan
fasa-fasa yang telah dipelajari.
4. Guru

mengawasi

murid

semasa

melakukan

menerangkan kesilapan yang mereka lakukan.

12

lompatan

sambil

5. Pada akhir sesi pengajaran, murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.

Arahan Keselamatan
1. Guru perlu memastikan murid melakukan lompatan mudah pada
peringkat awal kerana mereka belum lagi mempelajari fasa-fasa lompat
jauh.
2. Memastikan

suasana

pembelajaran

terkawal

melakukan lompatan.

LATIHAN LOMPAT JAUH.

13

terutama

semasa

Latihan bangkit tubi L-seat.

Tujuan : menguatkan bahagian abdominal Bergayut pada palang dinding


atau seumpamanya.
angkat kedua-dua belah kaki dengan lurus dan belakang badan rata
pada dinding.
Tujuan : menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki
semasa mendarat)
Letakkan hujung kaki pada atas platform tebal (8cm). Naik dan
turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau
tanpa beratan).
Tujuan : menguatkan achillies tendon.
Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi
maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh).
Tujuan : menguatkan quadriceps .
Latihan plyometric. Latihan lompat dari kotak berketinggian 50 cm
dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas, lompat ke atas dengan
bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.

14

Tujuan : Meningkatkan kuasa eksplosif kaki sewaktu lonjakan.


Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk dan tangan, lutut
bengkok di belakang. Naikkan lutut kaki bebas dan angkat pinggul ke
atas disokong boleh kaki lonjakan.
Tujuan : Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan
kaki.
Lari, lompat ke atas kotak degan kaki lonjak

dan melonjak

seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.


Tujuan : Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan,layangan
dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

KELENGKAPAN LOMPAT JAUH.

15

Acara lompat jauh memerlukan peralatan khususnya, iaitu ruang atau


kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang
diperlukan untuk acara lompat jauh.

1. Lorong Larian

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk
membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m
X 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang
boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

2. Papan Pelepas.

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan


pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20cm lebar yang
diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan .
Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

16

3. Kawasan Pendaratan

Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara
lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan
pendaratan ialah 9m panjang dan 2.75m lebar.

4. Bendera

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan.


Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera
merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk
lompatan yang batal.

5. Pengukur Halaju Angin

Ia digunakan untuk mengukur halaju angina ketika satu-satu lompatan dibuat.


17

6. Petunjuk Plastisin
Petunjuk plastisin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan
pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Ia diletakkan pada hujung
papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya
membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan
lompatan yang dicapai.

7. Pita Pengukur
Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung
terdekat pada tempat pendaratandalam kotak pendaratan.
Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah
digantikan dengan alat pengukur elektronik , yang menjadikan pengukuran lebih
mudah,cepat dan tepat.

18

8. Kasut Berpaku
Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku dan bertumit
plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungan kepada pelompat.

UNDANG-UNDANG PERATURAN ASAS.

1. Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan,
berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta
terlalu ramai, semua peserta akan membuat lompatan tiga kali atau enam
kali. Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke
pusingan akhir.
19

2. Lompatan terbaik, yakni yang paling jauh di antara tiga atau enam
lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang
peserta.
3. Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan
yang disediakan di tempat melompat. Bgaimanapun, peserta dibenarkan
membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak, yakni kaki lonjak
tidak semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan.
4. Lompatan akan dikira batal atau gagal sekiranya seseorang pelompat
melakukan perkara-perkara berikut.
a. Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan
melepasi tanda yang dibenarkan.
b. Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar
kawasan mendarat (kawasan berpasir).
5. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada
kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.
6. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan
mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan
kesan pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir
yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat.
7. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali
kasur berpaku.

20

8. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi


sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang
menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.
9. Seperti mana yang kita ketahui, sebelum melakukan aktiviti senaman kita
hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. Ia patut dilakukan kerana
untuk menyediakan otot kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan
yang berat mahupun ringan.
10. Regangan otot utama di bahagian kaki, peha,badan dan tangan adalah
amat penting kerana ia merupakan anggota utama yang akan mengalami
banyak pergerakan.
11. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk
melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan pendaratan yang berpasir
mestilah digemburkan dan diratakan terlebih dahulu agar pendaratan
dapat dilakukan dengan selamat.
12. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. Dalam erti
kata lain, kawasan aktiviti atau acara lompat jauh hendaklah berada
dalam keadaan selamat dan sesuai termasuklah keadaan cuaca yang
bersesuaian.

21

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN.

Sebagai seorang pelompat jauh, setiap aspek-aspek berikut perlu dimiliki


oleh mereka.
Kelajuan Larian

22

1. Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya


lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh.
2. Kebiasaannya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau
jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan
yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan.

Pelepasan Lompatan

1. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguhjaguh

terkemuka

peringkat

antarabangsa,

disarankan :

23

teknik

seperti

berikut

a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap


pelepasan lompatan.
b. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah
tangan dari atas ke bawah dan pada kaki pula sudut hentian
yang wujud perlulah diubah.
c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu
dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa di Udara

1. Selepas

pelepasan

lompatan

dibuat,

mengambil tempat pada diri pelompat.

24

momentum

menegak

mula

2. Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya graviti di mana
adalah pada badan pelompat.
3. Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti
yang ada pada badan seseorang pelompat.

Pendaratan

1. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan


untuk tujuan ini.
2. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan
pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan
yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki
dan tangan ke bahagian hadapan.
3. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

25

GAYA LOMPATAN DALAM LOMPAT JAUH.

Terdapat 3 gaya lompatan, iaitu :

1. Gaya Layar

2. Gaya Gantung

26

3. Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan yang terdapat dalam setiap lompatan di atas ialah pada fasa
layangan, teknik yanng lain adalah hampir sama.

FASA LOMPATAN.
Acara lompat jauh mempunyai empat fasa lompat jauh.

27

Lari landas ( penujuan )

Lonjakan

Layangan

Mendarat

Fasa Penujuan
Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang maksimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan


maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat harus bersedia untuk


melonjakkan badan.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan ( bengkokkan )


sedikit bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada
kaki yang dibengkokkan.

Fasa Lonjakan

28

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan


lonjak dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk
membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas mestilah dihayun dengan


kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk


membantu mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan.

Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan masa pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah
seperti berikut:

1. GAYA LAYAR

Rapatkan lutut ke dada dan ayunkan kedua-dua tangan ke atas dan ke


hadapan. Fasa mendaratRapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila
badan mula jatuhGerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula
mencecah tanah-Condongkan badan kehadapan seperti duduk ketika
mendarat.

29

2. GAYA GANTUNG.

Ayunkan kedua-dua tangan kebelakang dan lentikkan badan supaya


kelihatan keadaan seperti tergantung.

Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

Angkat kedua-dua belah lutut serentak dengan ayunan tangan ke


hadapan untuk persediaan mendarat.

3. GAYA TENDANG KAYUH.

30

Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua


setengah langkah.
Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah :
Langkah 1 lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas ke
hadapan
Langkah 2 kedua-dua kaki berada bertentangan dengan
langkahan 1.
kaki bebas dan kaki

lonjakan untuk mendarat.

Badan

membongkok sedikit ke hadapan.


Tangan lurus ke hadapan.
Langkah setengah rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan
untuk mendarat.
Badan bongkok ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

31

Fasa Pendaratan

1. Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan


pencapaian jarak.
2. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit
kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan
pendaratan dan tangan dihayun ke atas.
3. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus
menuju ke hadapan.

32

ANSUR MAJU LOMPAT JAUH.


1. ANSUR MAJU LARI LANDAS.

Cara-cara :

Dilakukan secara berpasangan.

A berlari ke permukaan papan lonjakan, manakala B memerhatikan papan


lonjakan untuk melihat pijakan kaki A.

Jika pijakan A tidak tepat pada papan lonjakan ataupun terlebih, ubahsuai
jarak larian pada permulaan.

Jika menapak lebih dari papan lonjakan, anjakkan permulaan ke belakang


dan apabila kurang, anjakkan permulaan kehadapan.

Ulang pererakan tersebut sebanyak 6 kali ditempat permulaan yang baru.

33

Perkara yang perlu diberi perhatian.

Kawal kelajuan larian dan jarak langkah yang konsisten dalam setiap
larian. Langkah pertama adalah penting untuk menentukan langkahan
seterusnya.

Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima, dan keenam.

Larian sama dengan larian pecut badan ditegakkan.

Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat tidak kurang


empat langkah dari papan lonjakan.

Pelompat perlu berada dalam kelajuan terkawal pada penanda terakhir.

Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah
angka ganjil.

34

2. ANSUR MAJU LONJAKAN

Ansur maju 1

Lonjak dari papan lonjak.

Bengkokkan lutut dan merendahkan badan rendah

Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan gaya lonjakan

Lonjak dengan kuat pada papan lonjakan dengan kuat dan mendarat
dengan tumit.

Ansur maju 2

Melonjak dari hujung bangku.

Bargerak dua ke tiga langkah ke hujung bangku.

35

Lonjak dengan kuat dan hayunkan lutut kaki bebas setinggi yang mampu

Ayunkan kedua belah tangan ke atas dan mendarat dengan tumit

Ansur maju 3

Berlari melonjak melepasi kayu atau tali.

Rentangkan seutas tali atau kayu di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari
papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak dan melintasi kayu atau tali dan mendarat.

36

3.ANSUR MAJU LAYANGAN DAN


MENDARAT
Ansur maju 1

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari
papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat di pasir.

37

Ansur maju 2

Mencecah belon dengan dahi.

Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan dikawasan
mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan

Cuba mencecah bola dengan dahi

Lunjurkan tangan dan kaki ke hadapan

Mendarat dengan tumit.

38

Sumber rujukan.

Shariman bin Mohd Haniff, .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan


Kesihatan. Cheras : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1994.
Vasudevan T.A. Olahraga-Acara Padang, Shah Alam : Selangor, Fajar
Bakti Sdn. Bhd, 1985.
Ahmad Ghazali, Siri Sukan Olahraga- Padang. Selangor: Nadi Ilmu
Interprise, 1997.
Ng hai liew, Panduan Pengajaran Olahraga, Cheras : pulau pinang, Siri
Pendidikan Mahir, 1998.
Wikipedia. 2008. 13 Mac 2008<http : // www.wikipedia.htm//

39

Anda mungkin juga menyukai