Anda di halaman 1dari 6

QUIZ SAINS PERTANIAN 1

(20 QUESTIONS)
1. Mengapakah bahagian bawah keratan dalam pembiakan keratan batang
dipotong serong?
A Menggalakkan tumbesaran batang
B Membolehkan lebih banyak air diserap
C Membolehkan akar keluar dengan lebih cepat
D Memudahkan krja mencucuk pada medium

2. Mengapakah pasir sungai digunakan dalam penyediaan medium penanaman?


A Membaiki saliran dan pengudaraan tanah
B Membekalkan nutrien untuk anak pokok
C Mengelakkan serangan kulat pada akar
D Menguatkan cengkaman akar pokok

3. Apakah tujuan membina batas sayuran?


A Memperbaiki pH tanah
B Mengelakkan air bertakung
C Mengawal serangan perosak
D Meningkatkan hasil tanaman

4. Selepas menyiram batas sayuran didapati air tidak meresap kesemuanya.


Apakah
yang harus dilakukan?
A Meninggikan batas
B Membuat lubang saliran
C Menambahkan sungkupan
D Menggemburkan permukaan batas

QUIZ SAINS PERTANIAN 1


(20 QUESTIONS)

5. Maklumat berikut merujuk kepada kepentingan landskap.


Mengawal hakisan tanah
Merendahkan suhu persekitaran
Mengurangkan pencemaran udara
Apakah aspek yang berkaitan kepentingan itu?
A Sosial
B Ekonomi
C Alam sekitar
D Nilai estetika

6. Apakah tujuan menutup lubang saliran pada dasar pasu?


A Supaya akar tidak keluar dari pasu
B Untuk mengelakkan kehilangan nutrien
C Mengurangkan air siraman keluar dari pasu
D Mengelakkan medium keluar semasa menyiram
.
7. Antara yang berikut pernyataan yang manakah menerangkan maksud kompos?
A Bahan lebihan yang terdapat di kawasan rumah
B Baja organik yang diperbuat dari bahan-bahan lebihan ladang.
C Bahan organik hijau yang dibiarkan mereput secara semulajadi.
D Baja organik hasil pereputan sisa tanaman, makanan dan najis haiwan.

8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kayu yang digunakan untuk menguji
timbunan kompos berkeadaan panas dan lembap?
A Timbunan kompos perlu dibina semula
B Siram timbunan kompos sehingga lembap
C Timbunan kompos perlu dibalik-balikkan
D Biarkan proses pereputan terus berlaku

QUIZ SAINS PERTANIAN 1


(20 QUESTIONS)

9. Apakah kerja penjagaan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sayuran


daripada tumbang?
A Membina batas
B Memberi sokongan
C Menggembur tanah
D Meletak sungkupan

10.Apakah kerja penjagaan yang perlu dilakukan untuk melarutkan nutrien supaya
mudah diserap oleh sayuran?
A Membaja
B Merumput
C Menyiram
D Menggembur

11.Apakah yang dimaksudkan dengan giliran tanaman?


A Menanam sayuran secara bergilir di kawasan yang sama
B Menanam tanaman yang sama di kawasan yang berlainan
C Menanam sayuran secara serentak di kawasan yang sama
D Menanam tanaman secara berperingkat di kawasan yang sama

12.Antara berikut yang manakah langkah melakukan pengerasan ke atas anak


benih sayuran?
A Membaja
B Membina sokongan
C Meletakkan sungkupan
D Mengurangkan naungan

13.Antara yang berikut yang manakah tujuan utama pemasuan semula tanaman
hiasan?
A Menggalakkan pertumbuhan akar pokok

QUIZ SAINS PERTANIAN 1


(20 QUESTIONS)
B Mengurangkan persaingan untuk mendapatkan nutrien
C Menggantikan medium dan pasu lama yang kurang sesuai
D Menambah kelembapan medium pasu

14. Apakah kelebihan menyemai biji benih dalam kotak semaian jika dibandingkan
dengan
batas semaian ?
A Pengurusan mudah dilakukan
B Peratusan percambahan lebih tinggi
C Lebih banyak biji benih boleh disemai
D Biji benih lebih cepat bercambah

15.Antara yang berikut yang manakah merupakan baja sebatian ?


A Urea
B Baja fosfat
C Potasy minurat
D Nitrophoska ( NPK )

16.Antara berikut kaedah penanaman yang manakah paling sesuai untuk


menanam cili dan tomato?
A Menyemai dalam lubang menanam di batas
B Menyemai secara tabur terus di batas semaian
C Menyemai di kotak semaian kemudian diubah ke batas
D Menyemai terus di batas dan diikuti dengan penjarangan

17. Apakah alat yang digunakan untuk menguji kejayaan kompos?


A Sudip tangan
B pH meter
C Serampang tangan
D Kayu penguji

QUIZ SAINS PERTANIAN 1


(20 QUESTIONS)
18.Mengapakah merumput harus dilakukan sebelum membaja ?
A Mengelakkan larutlesapan baja
B Mendapatkan ruang baja yang lebih luas
C Menggunakan rumpai sebagai baja organik
D Mengelakkan nutrien dari diserap oleh rumpai

19.Berikut adalah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memasarkan hasil


sayuran
kecuali
A harga pasaran
B bilangan pembeli
C kuantiti permintaan
D latar belakang pembeli

20. Antara yang berikut yang manakah tujuan utama membuang daun dalam
pembiakan tumbuhan
secara keratan kayu keras?
A Mengurangkan kadar fotosintesis
B Menggalakkan pertumbuhan tunas
C Mempercepatkan pengeluaran bunga
D Mengurangkan kadar transpirasi

21.Antara yang berikut amalan yang manakah dilakukan sebaik sahaja anak benih
sayuran
diubah ke batas?
A Membaja
B Menggembur
C Memberi teduhan
D Menyembur racun perosak

QUIZ SAINS PERTANIAN 1


(20 QUESTIONS)

Anda mungkin juga menyukai