Anda di halaman 1dari 4

THARANI SRI A/P RAMAYA

Laporan Refleksi
Pada 5 Mac 2012, saya bersama rakan-rakan semester 5 yang lain telah
menghadiri ceramah yang bertajuk Pengurusan Pendidikan. Ceramah ini adalah
sebahagian daripada Program Bina Insan Guru Fasa IV dan kami diwajibkan untuk
menghadiri ceramah ini. Ceramah ini dimulakan pada 2 petang.
Penceramah, Encik Mohammad Nek Ezar B. Ismail telah memberi ceramah
yang berfaedah bagi saya. Beliau memulakan ceramahnya dengan menerangkan
tentang Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan (JPNS). JPNS berfungsi
dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan hal-hal pendidikan
di Negeri Sembilan. JPNS telah ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan
bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,beriman, berakhlak mulia,
berilmu,

berketrampilan

dan

sejahtera.

Jabatan

ini

juga

bermatlamatkan

menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara dan
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia.
Saya dapat tahu bahawa penempatan guru-guru dan kakitangan sokongan ke
sekolah- sekolah setelah menerima bekalan dari Kementerian Pelajaran Malaysia
terletak dibawah bidang kuasa JPN secara amnya dan JPNS secara khususnya di
Negeri Sembilan. Selama ini saya telah berpendapat bahawa hanya Bahagian
Pendidikan Guru yang menguruskan penempatan guru permulaan selepas
menamatkan pelajaran seperti saya dalam masa yang akan datang. Selepas
menghadiri ceramah ini, saya dapat tahu bahawa guru-guru akan dibekalkan kepada
setiap negeri mengikut bilangan keperluan di negeri tersebut oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Guru-guru tersebut akan ditempatkan di sekolah-sekolah oleh
Sektor Pengurusan Sekolah JPNS. Maka dengan melalui proses itulah kita akan
dapat penempatan di sekolah.
* saya tafsir mengikut fungsi sektor-sektor dan JPNS.
Saya berasa selama ini saya seperti katak di bawah tempurung yang tidak
tahu apa yang berlaku di keliling saya. Mungkin sikap saya yang kurang ambil tahu
ini menyebabkan saya ketandusan pengetahuan malah tentang perkara yang amat
penting dalam bidang kerjaya saya. Melalui ceramah ini, saya dapat tahu tentang
serba sedikit tentang JPNS. Pengetahuan ini akan membantu semasa penempatan

THARANI SRI A/P RAMAYA

sebagai guru permulaan. Saya sekurang-kurangnya dapat tahu tentang sektor yang
bertanggungjawab untuk setiap masalah yang timbul seperti sektor yang asing untuk
kewangan, penilaian dan peperiksaan, khidmat pengurusan dan pembangunan,
jaminan kualiti dan sebagainya. Saya tidak memikirkan bahawa pengetahuan ini
hanya berguna jika saya ditempatkan di Negeri Sembilan, malah pengetahuan ini
amat berguna kepada tidak kira di mana saya ditempatkan kerana hampir semua
Jabatan Pendidikan Negeri memainkan peranan yang sama. Pengetahuan ini dapat
membantu saya untuk merujuk sektor yang mana satu untuk yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah saya mengikut fungsinya. Ini akan memudahkan saya dan
juga pegawai yang terlibat untuk mengambil tindakan terbaik dalam usaha
menyelesaikan masalah.
Selain JPNS, beliau juga menerangkan tentang Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). PPD mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat
daerah. PPD menguruskan perihal setiap sekolah di daerah masing-masing sebelum
menyampaikannya di peringkat seterusnya iaitu JPN. Mengikut hieraki pengurusan
pendidikan, sekolah terletak di peringkat bawah, diikuti oleh PPD dan JPN sehingga
pada peringkat tingginya ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tambahan lagi, beliau juga memberi penerangan tentang Pusat Kegiatan
Guru (PKG). PKG adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat
Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan memberi khidmat
sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan
dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P). PKG juga merupakan

pusat

peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang


mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia
sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran
dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi
keperluan guru-guru.
PKG berperanan sebagai pusat sumber bagi menyediakan kedudukan dan
perkhidmatan bahan-bahan pendidikan, alat dan bahan bantu mengajar serta
penghasilan bahan pengajaran-pembelajaran yang pelbagai. Dengan ini perkara

THARANI SRI A/P RAMAYA

yang merunsingkan minda saya tentang bagaimana dan di mana hendak mencari
sumber P&P pada masa akan datang telah selesai. Saya dapat tahu bahawa guruguru boleh mendapatkan alat dan bahan bantu mengajar(BBM) daripada PKG. Ini
akan membantu saya untuk membuat dan menggunakan BBM yang pelbagai dan
menarik semasa P&P. Saya juga mendapati bahawa PKG menjadi medan untuk
guru-guru

memberi

fikiran,

mengkaji

semula

amalan-amalannya,

mentaksir

keperluan-keperluan pelajar dan menilai semula prestasi dalam profesion perguruan.


Dengan ini, saya berharap dapat mengesan serta menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi dengan usahasama guru-guru lain dari
sekolah yang lain. Selain menyelesaikan masalah, ini juga memberi peluang kepada
saya untuk bertukar pandangan tentang ilmu yang diperolehi bersama guru-guru
yang lain. Saya juga boleh menggunakan pendekatan yang mereka gunakan di
sekolah mereka jika ia bersesuaian dengan pelajar saya.
Selepas berbincang tentang JPN dan bahagian pengurusan yang terlibat,
penceramah telah beralih ke Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Memandangkan
penceramah yang sepatutnya hadir untuk memberi penerangan tentang akta tidak
dapat hadir sebab hal penting, terpaksa Encik Mohammad Nek Ezar menyambung
ceramah.
Saya difahamkan bahawa akta ini merupakan suatu akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia
digubal bagi tujuan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan tentang sesuatu
bahagian atau bidang. Selain itu, akta juga memudahkan pihak-pihak tertentu
membuat rujukan semasa kes mahkamah. Akta Pendidikan 1996 ini mengandungi
16 bahagian termasuk Penilaian Dan Peperiksaan, Pendidikan Tinggi, Kewangan,
Jemaah

Nazir

Sekolah,

Peraturan-Peraturan,

Kesalahan

dan

Penalti

dan

sebagainya. Saya mendapati terdapat juga peraturan tentang Institut Pendidikan


Guru (yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan) dan pendaftaran guru
selepas habis belajar juga amat ditekankan dalam akta ini.
Disamping akta, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) juga di fokuskan dalam
ceramah ini. SPI adalah surat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk
mengatasi masalah yang ditimbul. Pada pandangan saya SPI ini amat penting
walaupun terdapat Akta Pendidikan 1996 kerana SPI ini memberi panduan yang

THARANI SRI A/P RAMAYA

jelas tentang apa yang perlu buat dan tidak perlu buat. Ini membantu pemahaman
penyelesaian tentang sesuatu masalah secara mendalam dan jelas. Jika SPI yang
dikeluarkan tidak dapat memberi penyelesaian secara menyeluruh, maka SPI yang
baru dengan tindakan yang lain akan dikeluarkan. SPI yang lama akan terbatal dan
dimansuhkan secara automatik dan hanya SPI yang akan diguna pakai. Sebagai
contohnya terdapat SPI bil 11/2005 yang berkaitan larangan membawa dan
menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah.Pelaksanaannya agak tidak
berkesan maka ia di maksuhkan dengan wujudnya SPI 2/2009.
Dalam bahagian penerangan tentang akta ini, ada beberapa maklumat yang
saya tidak dapat memahami kerana banyak perkara yang berkaitan dengan
perundangan dan bahasanya agak susah untuk faham. Walaubagaimanapun, saya
membuat bacaan tentangnya dari pelbagai sumber untuk mendapat penjelasan.

Anda mungkin juga menyukai