Anda di halaman 1dari 3

Lompat tinggi

Isi kandungan

Peraturan
Gaya-gaya
Latihan dan Alat Bantu
Gaya Fosbury

Peraturan
Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah
salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang
tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.
Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang
yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan
lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga
kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat
setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.

Gaya-gaya
Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan
menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat
penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta
ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.
Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput
dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak
mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop
telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil
bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.

Latihan dan Alat Bantu


Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya
dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa
lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasan, tali
menggantung bola (latih melonjak), skitel, tandaan, tali palang, dan tiang adalah sangat
diperlukan untuk memberi daya keyakinan.
Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang
sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.
Gaya Fosbury

Dalam gaya Fosbury Flop misalnya, larian konsisten, kelembutan, lentikan, anjalan,
dan koordinasi adalah perkara yang sangat dititikberatkan, untuk mencipta sesuatu lompatan
yang lebih tinggi dan sempurna.

4 Fasa dalam acara Lompat Tinggi Gaya Fosbury/Gaya Pelana:

1. Fasa lari landas

2. Fasa lonjakan

3. Fasa layangan

4. Fasa pendaratan.

Anda mungkin juga menyukai