Anda di halaman 1dari 15

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


Tajuk 2
Bahasa

SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap tahap perkembangan bahasa kanak-


kanak (mengikut umur dan kemahiran berbahasa), teori-teori pemerolehan
bahasa (Teori Kognitif, Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori
Interaksionis), jenis-jenis pendekatan (Induktif, Deduktif, Cerakinan,
Eklektik / Gabungan) dan prinsip-prinsip intervensi bahasa (sedikit kepada
banyak, mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak, pelbagai situasi dan
pelbagai media).

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak normal dan


kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
2. Menghuraikan mengenai teori-teori pemerolehan bahasa.
3. Membanding beza antara jenis-jenis pendekatan dalam pengajaran
dan
pembelajaran bahasa.
4. Membincangkan prinsip-prinsip intervensi bahasa untuk kanak-kanak
bermasalah
pembelajaran.

1
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK

BAHASA

Jenis-jenis
Jenis-jenis
Teori-Teori Pendekatan Prinsip-prinsip
Pendekatan
Tahap Pemerolehan Bahasa Intervensi
Perkembangan Bahasa
Bahasa

- Induktif
Fonologi Teori Kognitif - Deduktif - Sedikit kepada banyak
Morfologi Teori Behavioris - Cerakinan - Mudah kepada sukar
Sintaksis Teori Mentalis - Eklektik / - Konkrit kepada abstrak
Semantik Teori Interaksionis Gabungan - Pelbagai situasi
Pragmatik 2 - Pelbagai media
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

KANDUNGAN

2.0 Tahap Perkembangan Bahasa

Anda mungkin telah berbincang secara sepintas lalu tentang masalah


berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran
dalam sesi interaksi anda dengan pensyarah sebelum ini. Dalam tajuk ini akan
dijelaskan lagi berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah
pembelajaran terutama dalam konteks mengikut umur mereka.

Di bawah ini akan digariskan beberapa peringkat perkembangan bahasa


kanak-kanak normal, dan anda disarankan agar membuat perbandingan dalam
aspek perkembangan bahasa kanak-kanak normal dengan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran.

Mari kita tinjau maklumat perkembanagan bahasa kanak-kanak normal di


bawah;

2.1 Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

Rajah 1. Tahap Perkembangan / Penguasaan Bahasa Kanak-kanak Normal

Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa

3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan


semakin lama melupuskan penggunaan
bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan
dalam persekitarannya.

12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama'


dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan
keseluruhan
ayat yang hendak dikatakan.

Menggunakan dua atau tiga patah


18 bulan ( 11/2 perkataan seperti tengok ayam. Kanak-
3
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

tahun ) kanak mewujudkan peraturan-peraturan


berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang
kuasai lebih kurang 300 patah
perkataan.

Kanak-kanak menggunakan perkataan dari


24 bulan - 36 bulan pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh
( 2 tahun - 3 tahun ) menggunakan ayat mudah dan ayat
majmuk. Mula memasukkan konsep banyak
dan sedikit dalam ayat.

Penggunaan kata-kata yang berunsur


36 bulan - 48 bulan negatif mula digunakan. Konsep nombor
( 3 tahun - 4 tahun ) seperti satu, dua dan tiga dapat difahami.
Pertuturan semakin kompleks dengan
penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata
kerja, kata ganti diri dan kata hubung.
Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500
perkataan.

Bahasa semakin abstrak dan dapat


menguasai peraturan-peraturan asas
48 bulan - 60 bulan berbahasa. Kanak-kanak menggunakan
( 4 tahun - 5 tahun ) ayat-ayat yang betul dari segi struktur
tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih
kurang 2500 perkataan.

Kebanyakan kanak-kanak menggunakan


ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata
5 tahun - 6 tahun ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata
jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak
menguasai lebih kurang 6000 perkataan.

Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat


kompleks dan perkataan seperti kalau, jika
6 tahun – 7 tahun dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-
kanak mula membaca dan menulis serta
memahami konsep masa dan musim.
Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.
4
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Kanak-kanak mula menghubungkan konsep


8 tahun – 10 tahun kepada idea-idea umum dengan
menggunakan kata hubung seperti
walaupun, sementara dan manakala. Purata
perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat


10 tahun – 12 tahun majmuk dalam kehidupan. Perkataan
seperti mungkin dan pasti semakin kerap
digunakan. Purata perkataan dalam ayat
ialah 9.5 perkataan.

( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language
Arts )

Anda diharapkan telah dapat memahami tahap perkembangan bahasa kanak-


kanak. Dapatkah anda membuat perbandingan tahap perkembangan bahasa
kanak-kanak normal dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran? Baiklah,
anda kini dapat menggolongkan murid anda berdasarkan bahasa yang mereka
kuasai. Sekarang mari kita pelajari tentang bagaimana kanak-kanak
mempelajari atau memperoleh bahasa.

2.2 Teori-teori Pemerolehan Bahasa

Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana


bahasa diperoleh. Di sini kita akan membincangkan tiga teori utama iaitu
Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis, dan Teori Kognitif.
Setelah anda membaca mengenai teori-teori pemerolehan bahasa ini, cuba
kaitkan dari segi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2.2.1 Teori Behavioris

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran


bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh
B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak
berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak
bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-
5
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang
diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang
berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah
pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain
yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan
dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu
bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang
terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu;

Rangsangan tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat


penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam
bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai
bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan
merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

2.2.2 Teori Mentalis

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak
dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui
alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa
apa sahaja

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani


( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah
dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia
telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai
LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat


kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan


sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan
kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa
6
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

pada masa dan cara yang hampir sama );


iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau
emosi kanak-kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan
sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari


bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu


kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan
kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan
diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4
hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan
dikuasai.

2.2.3 Teori Kognitif

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi


berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak
berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat
bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada
perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang
kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak


berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini
kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi
yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai
bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki
peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan
bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun
kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta
memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 –
12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum
pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas
12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
7
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

AKTIVITI

Terdapat satu lagi teori pemerolehan bahasa yang utama iaitu Teori
Interaksionalis yang telah dikemukakan oleh Halliday. Anda diminta
membuat rujukan di perpustakaan dan hasilkan satu nota ringkas
mengenainya. Kumpul nota tersebut dan bincangkan dalam sesi kuliah hari
berikutnya. Setelah itu masukkan nota tersebut ke dalam portfolio anda.

2.3 Jenis-jenis Pendekatan

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau


pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam
bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang
berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu
pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam
bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan


empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif
ii. pendekatan deduktif
iii. pendekatan eklektik, dan
iv. pendekatan komunikatif

Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah
yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya
8
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang
telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

2.3.1 Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat


contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu
akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek
bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan,
berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir
sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri
berdasarkan pemahamannya.

2.3.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu


dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau
generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah
dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan


dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut
seperti berikut:

Perbezaan antara Pendekatan Deduktif dengan Pendekatan Induktif.

Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif

1. Satu penyusunan awal Pelajar memperolehi manfaat


Andaian (advanced organiser) jika menemui jawapan sendiri
amat berguna kepada
pelajar

9
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Generalisasi Contoh Generalisasi


2. Cara Contoh

Sebagai pendorong dan


3. Sebagai pembentang pengarah dalam pencarian
Peranan dan penghurai jawapan
Guru jawapan

Sebagai pencari jawapan


4. Sebagai penerima yang aktif
Peranan jawapan yang agak
pelajar pasif

2.3.3 Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini berdasarkan prinsip ’analisis; yang mendahulukan unsur-unsur


besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil.
Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin
dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu
kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan
itu dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ’Ali ada baju baru’

Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada


baju baru

Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]

2.3.4 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan


pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model
10
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi


penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami
penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

2.4 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah


diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk
membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada
kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa
teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak
tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-
kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu
kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai
kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan
berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika


memperkenalkan konsep baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk
11
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik


REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan


Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah
fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap
adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang
mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta
mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain.
Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh
kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi


kemahiran bahasa yang khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya
kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul.
Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara
guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan
rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-


kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah
boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman
bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian
pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran
bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada


kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

12
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

AKTIVITI

Dalam usaha melaksanakan program intervensi bahasa terhadap


kanak-kanak bermasalah pembelajaran, beberapa prinsip intervensi
bahasa perlu diambil kira. Jelaskan prinsip-prinsip intervensi bahasa
berikut dalam bentuk perbincangan bersama dengan tutur anda:

Prinsip-prinsip intervensi bahasa:

i. Sedikit kepada banyak


ii. Mudah kepada sukar
iii. Konkrit kepada abstrak
iv. Pelbagai situasi
v. Pelbagai media

Rumusan

Sebagai seorang guru pendidikan khas yang mengajar murid-murid


bermasalah pembelajaran, anda terpaksa berhadapan dengan sebilangan
besar kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Sebelum
anda menjalankan program intervensi bahasa terhadap murid-murid khas ini,
anda perlu menjalankan satu proses pendiagnosisan untuk mengenal pasti
jenis-jenis masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi oleh murid-murid
tersebut. Setelah itu barulah beberapa strategi dan pendekatan untuk
intervensi bahasa dirancang. Pihak yang terlibat dalam intervensi bahasa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu merancang strategi yang lebih berkesan.
Setelah itu dilaksanakan setiap perancangan yang telah dibuat dan diikuti
dengan proses penilaian.

13
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan


kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian


sukatan
pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah
& menengah:
Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan
pengajaran
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman.

Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication


disabilities.
Boston: Allyn & Bacon.

Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching


strategies.
(6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties.


London: David
14
PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu

Fulton Pub.

Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems.
Columbus:
Chales & Merrill.

Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5 th ed.). Boston :


Allyn &
Bacon.

Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special
needs. New
York: Maxwell Macmillan International.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd


ed.) Boston: Allyn & Bacon.

Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan
pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa


Melayu. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

15

Anda mungkin juga menyukai